Karim Benzema Bantu Real Madrid Atasi Rekod Barcelona

Real Madrid turun dengan reputasi 39 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan. Ia rekod yang sama dengan pencapaian Barcelona sekitar 2015-2016 di bawah Luis Enrique.

Jam di tangan pengadil sudah menunjukkan minit ke-92. Real Madrid ketinggalan 3-2 di tangan Sevilla. Ia seakan-akan reality check untuk mereka.

Kali terakhir mereka tewas adalah dalam suku akhir UCL pada April 2016 di tangan Wolfsburg.

Namun Karim Benzema menjaringkan gol penyamaan lewat untuk Real Madrid pada minit ke-93 ataupun Sergio Ramos time bagi peminat Real Madrid.

Keputusan seri ini bermakna Real Madrid mara ke suku akhir dengan aggregate 6-3.

Jadi, kini mereka adalah pemegang rekod tanpa kalah terpanjang di Sepanyol dengan 40 perlawanan. Dalam proses tersebut, Real Madrid menjuarai UCL, Piala Super UEFA dan juga Piala Kelab Dunia FIFA.

Mereka menang 31 perlawanan, seri 9 kali. Menjaringkan 115 gol dan bolos 39 kali.

Zinedine Zidane adalah pengurus yang bertanggungjawab membantu Real Madrid mencipta rekod ini. Ia lebih ironi apbila pemegang rekod sebelum ini adalah Barcelona. Mereka kekal tidak terkalah dalam Liga Sepayol.

Zidane dilantik pada Januari 2016 selepas 2 tahun mengemudi skuad remaja Real Madrid. Pada awalnya Zidane hanyalah pelan jangka pendek sementara mencari pengurus baru.

Namun Zidane membuatkan Real Madrid tidak perlu membazir untuk mencari pengurus baru yang mahal di luar sana. Zidane terus diberikan kontrak tetap oleh Real Madrid.

Lagenda Real Madrid, Juventus dan Perancis itu turut dicalonkan dalam 3 finalis Anugerah Jurulatih Terbaik FIFA 2016 dalam malam gala FIFA di Zurich yang lalu.

Tahniah Real Madrid! Adakah ini musim invincibles untuk Real Madrid?

Baca juga: Morgan Schneiderlin Sertai Everton, Dapat Nombor Jersi Pelik Dari Pihak Kelab

The post Karim Benzema Bantu Real Madrid Atasi Rekod Barcelona appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Previu UCL 2016/2017: Jentera Serangan Dortmund Boleh Beri Masalah Kepada Real Madrid

Wow! Itulah reaksi kami melihat jadual perlawanan yang mesti ditonton pada minggu ini. Borussia Dortmund vs Real Madrid sentiasa menjamin kualiti bola sepak yang terbaik.

Kedua-dua pasukan sedang berada dalam prestasi bagus. Kedua-dua pasukan mempunyai pemain berkualiti. Kedua-dua pasukan mempunyai pengurus muda yang berbakat. Kedua-dua pasukan gemar menyerang.

Ini adalah perlawanan yang membuatkan anda rasa berbaloi untuk hilang masa tidur.

Prestasi semasa

Jika ada satu perkataan yang boleh dikaitkan dengan jentera serangan Dortmund ketika ini, ia adalah ‘memukau’. Dan adjektif diterjemahkan dengan tepat dalam keputusan perlawanan 5 perlawanan terakhir Dortmund.

Mereka menang 4 perlawanan terakhir dengan kekalahan terakhir mereka berlaku ketika tumbang 0-1 kepada pasukan yang baru dipromosi ke Bundesliga, RB Leipzig.

Dalam 5 perlawanan ini, Dortmund sudah menjaringkan 20 gol dan hanya bolos 3 gol sahaja!

screen-shot-2016-09-27-at-10-00-56-am

Real Madrid juga tidak kurang hebatnya.

Dalam 5 perlawanan terakhir, mereka menang 3 dan seri 2 kali. Kekalahan terakhir mereka berlaku pada 5 bulan lepas (kalah 0-2 kepada Wolfsburg dalam suku akhir UCL musim lepas).

screen-shot-2016-09-27-at-10-05-11-am

Rekod pertemuan

Dalam 6 pertemuan terakhir kedua-dua pasukan, 3 daripadanya memihak kepada Dortmund, 2 milik Real Madrid dan 1 lagi berakhir dengan seri.

Ia sudah cukup menggambarkan betapa sukar perlawanan ini sejak akhir-akhir ini untuk Real Madrid.

screen-shot-2016-09-27-at-10-06-49-am

Perkembangan semasa pasukan

  • Marc Bartra, Erik Durm, Neven Subotic, Sven Bender dan Marco Reus kesemuanya dalam senarai kecederaan.
  • Andre Schurrle masih belum cergas sepenuhnya
  • Casemiro dijangka akan berehat panjang. Real Madrid turut kehilangan khidmat Marcelo yang turut dalam senarai kecederaan.

Fakta OPTA

  • Borussia Dortmund dan Real Madrid telah bertemu antara satu sama lain untuk kali ketujuh dalam tempoh lima musimUCL (2 kali di peringkat kumpulan, 2  kali di separuh akhir dan 2 kali di suku akhir.
  • Real Madrid tidak pernang menang dalam 5 kunjungan mereka ke Signal Iduna Park, kesemua perlawanan adalah dalam UCL (2 seri,3 kalah).
  • 6 gol terakhir Dortmund ke atas Real Madrid telah dijaringkan oleh Robert Lewandowski (4 gol pada 24 April 2013) dan Marco Reus (2 gol pada 8 April 2014), semuanya di Signal Iduna Park.
  • Borussia Dortmund menang empat perlawanan terakhir mereka di tempat sendiri menentang mana-mana semua lawan dari Sepanyol dalam pertandingan Eropah, dengan purata sekurang-kurangnya 2 gol per perlawanan.
  • Dortmund telah menang 7 daripada 9 perlawanan terakhir peringkat kumpulan di tempat sendiri dalam UCL (W7 D1 L1), mereka hanya gagal menjaringkan gol sekali sahaja iaitu ketika tewas 0-2 di tangan Arsenal pada 2013.
  • Real Madrid hanya tewas sekali dalam UCL sejak awal musim lalu (10 kemenangan &  3 seri), walaubagaimanapun  kekalahan terakhir mereka adalah ketika berkunjung ke Jerman ( tewas 0-2 di tangan Wolfsburg pada April 2016).
  • Pasukan terakhir yang menewaskan Real Madrid di peringkat kumpualan UCL adalah Borussia Dortmund pada 2012.

Pemain Tumpuan

Gonzalo Castro (Borussia Dortmund)

Pemain ini dalam prestasi terbaik dalam skuad Dortmund buat masa ini. Thomas Tuchel baru sahaja menghamburkan pujian ke atas pemain tengah dinamik ini dengan menyatakan:

“Gonzalo Castro terlalu bagus untuk bermain satu peranan sahaja di dalam padang”

Cristiano Ronaldo (Real Madrid)

Selepas menunjukkan ketidakpuasan hatinya terhadap keputusan Zinedine Zidane yang mengeluarkannya ketika Real Madrid diikat 2-2 dengan Las Palmas dalam aksi La Liga baru-baru ini, Cristiano Ronaldo pastinya mahu ‘mengamuk’ di depan gol.

Sebelum wisel

Taktikal yang mantap dan kesempurnaan bakat teknikal pemain! Dua aspek inilah yang kami jangka bakal dihidangkan kepada penonton perlawanan ini.

Tuchel pada musim ini boleh dikatakan memiliki pasukan beliau sendiri selepas musim kedua bersama-sama dengan Dortmund.

Zinedine Zidane pula masih bergantung dengan majoriti kudrat yang sama seperti musim lalu selepas Real Madrid mengambil pendekatan agak pasif dalam pasaran perpindahan pemain.

Dortmund memiliki kekuatan dari segi kepantasan. Manakala Real Madrid sentiasa tahu cara untuk menang dalam perlawanan sebesar ini.

Baca juga: Teori Taktikal: Gegenpressing Borussia Dortmund Di Bawah Thomas Tuchel

The post Previu UCL 2016/2017: Jentera Serangan Dortmund Boleh Beri Masalah Kepada Real Madrid appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Real Madrid Juara 2016 UEFA Super Cup

Juara Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 atau 2015/16 UEFA Champions League , Real Madrid di bawah kendalian pengurus Perancis, Zinedine Zidane membuka tirai saingan eropah 2016/17 dengan penuh bergaya apabila merangkul gelaran pembuka tirai saingan eropah iaitu Piala Super 2016 atau UEFA 2016 Super Cup. Pasukan Real Madrid menewaskan kelab senegara yang juga juara Piala Liga Europa 2015/16 atau 2015/16 UEFA Europa League, Sevilla dengan keputusan 3-2 selepas masa tambahan dalam perlawanan yang berlangsung pagi tadi di Larkendal Stadion di Trondheim, Norway. Daniel Carvajal menjadi pemusnah kepada pasukan Sevilla apabila beliau berjaya menyempurnakan peluang pada minit le 119 masa tambahan sekaligus membantu pasukannya muncul juara. Ini merupakan kejuaraan kali ketiga buat Real Madrid setelah muncul juara pada edisi UEFA Super Cup tahun 2002 dan 2014.
 
Pasukan Sevilla dilihat berpeluang muncul juara apabila berjaya mendahului Real Madrid dengan jaringan 2-1 sehinggalah jaringan penyamaan masa tambahan melalui tandukan mudah oleh Ketua Pasukan Real Madrid, Sergio Ramos (minit ke 90+3) mengheret perlawanan ke masa tambahan. Sebelum itu, gol-gol Sevilla dijaringkan oleh Franco Vazquez (minit ke 41) serta penalti Yevhen Konoplyanka (minit ke 72). Gol pertama pasukan Real Madrid dijaringkan oleh Maco Asensio (minit ke 21). Sevilla terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain apabila pemain pertahanan mereka, Timothée Kolodziejczak dibuang padang ekoran menerima 2 kad kuning. Pasukan Real Madrid merehatkan beberapa pemain utama seperti Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale pada perlawanan ini.
Kejayaan ini pastinya akan menjadi pencetus semangat kepada pasukan Real Madrid untuk menghadapi saingan di peringkat domestik dan peringkat eropah musim ini. Bagi pasukan Sevilla pula, mereka selepas ini bakal berdepan FC Barcelona dalam saingan 2016 Supercona de Espana pada 14 dan 17 Ogos 2016 akan datang. Bual Sukan percaya, saingan eropah musim ini pastinya menjanjikan aksi yang menarik serta penuh dramatik dan mendebarkan. Tahniah diucapkan kepada pasukan Real Madrid atas kejayaan merangkul gelaran edisi 2016 UEFA Super Cup.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Real Madrid & Barcelona Perkenal Jersi Away Warna Sama Pada Hari Yang Sama

Seteru El Clasico dan musuh tradisi, Barcelona dan Real Madrid telah pun memperkenalkan jersi away mereka untuk musim 2016/2017 baru-baru ini.

Tetapi apa yang menariknya, kedua-dua pasukan ini bukan sahaja mengambil hari sama (14 Julai 2016) untuk memperkenalkan jersi away mereka, malah warnanya juga turut sama!

Secara kebetulan, Barcelona dan Real Madrid telah memilih warna ungu sebagai warna jersi away mereka.

rma

bc

Kali terakhir kedua-dua pasukan memilih warna yang sama untuk jersi tempat lawan adalah pada musim 2011/2012. Jersi tempat lawan mereka ketika itu adalah hitam.

3rd

Kedua-dua kelab gergasi Sepanyol itu dikatakan memilih warna twrsebut sebagai penghormatan kepada penyanyi lagenda Prince. Tetapi kebenarannya masih tidak dapat disahkan.

Baju dan seluar Barcelona mungkin tidak terlalu menonjol, namun jalur warna merah jambu yang kuat pada bahagian torso, kolar adalah antara tarikan utama.

Mereka juga memilih warna merah jambu untuk stoking.

36434D3B00000578-3689768-image-a-1_1468487072947

barcelona-away-kit-barca_3744500

Walaupun sebelum ini Barca kerap bereksperimen dalam rekaan jersi away mereka, namun mereka tidak pernah memilih warna ungu sebelum ini.

36434D2B00000578-3689768-image-a-2_1468487076314

Reka bentuk kali ini adalah berdasarkan template Nike Vapour, yang digunakan dalam jersi England dan Perancis ketika Piala Eropah yang lalu.

93097903_A_view_of_the_new_England_football_kit_PRESS_ASSOCIATION_Photo_Picture_date_Thursday_March-large_trans++EDjTm7JpzhSGR1_8ApEWQA1vLvhkMtVb21dMmpQBfEs

Sementara itu, Real Madrid pula agak sinonim dengan penggunaan warna ungu sama ada untuk jersi kedua ataupun jersi ketiga mereka.

real-madrid-16-17-away-kit-6

Rekaan Adidas untuk jersi away Real Madrid kali ini dijangka akan menjadikan ia antara sebab penyokong Real Madrid pening; sama ada untuk memilih jersi utama atau jersi away.

bale

Adidas mengambil inisiatif meletakkan 3 jalur signifikan mereka di atas bahagian bahu. Manakala untuk jersi home, jalur tersebut diletakkan di bahagian torso.

3643561400000578-3689911-It_includes_a_white_ribbed_crewneck_collar_the_shorts_and_socks_-a-52_1468493884506

Rekaan ini juga dikatakan inspirasi daripada jersi tempat lawan Real Madrid pada era 80-an dahulu.

madrid-purple-700x437

Template untuk jersi Real Madrid banyak digunakan Adidas dalam rekaan mereka untuk pasukan-pasukan di Piala Eropah dan Copa America Centenario 2015 yang baru habis berlangsung baru-baru ini.

36438A6200000578-3689911-image-a-53_1468493894332

Jadi, ia adalah musim yang menarik untuk melihat penyokong mereka akan mengenakan warna yang sama.

Pada pendapat anda, jersi tempat lawan mana yang lebih cantik?

Baca Juga : Shaqiri Sindir Jersi PUMA Switzerland: Saya Harap Puma Tak Buat Kondom

The post Real Madrid & Barcelona Perkenal Jersi Away Warna Sama Pada Hari Yang Sama appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Bola Sepak : Real Madrid Juara UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2015/16

Kelab Sepanyol Real Madrid atau nama gelaran mereka Los Blancos berjaya merangkul kejuaraan UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 apabila berjaya menewaskan kelab senegara Atletico Madrid dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium San Siro, Milan, Itali. Pasukan bimbingan pengurus Zinedine Zidane daripada Perancis ini memenangi perlawanan menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 setelah kedudukan terikat 1-1 dalam tempoh 120 minit permainan. Kejuaraan ini merupakan kejuaraan buat kali ke 11 dalam sejarah kelab Real Madrid sepanjang kejohanan ini diperkenalkan pada musim 1955/56. 

Pasukan Real Madrid terlebih dahulu mendahului Atletico Madrid di bawah bimbingan Pengurus Argentina, Diego Simeone menuri jaringan ketua pasukan, Sergio Ramos pada minit ke 15 sebelum Yannick Ferreira-Carrasco menyamakan kedudukan pada minit ke 79 perlawanan. Antoine Griezmann terlebih dahulu terlepas peluang menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke 46 perlawanan selepas sepakannya sekadar menggegarkan palang gol Real Madrid. Dalam penentuan sepakan penalti, kegagalan pemain Atletico Madrid iaitu Juanfran menyempurnakan tendangan penalti keempat pasukannya membenarkan pasukan Real Madrid mendapat peluang menerusi penalti kelima yang nyata disempurnakan sebaiknya oleh Cristiano Ronaldo. Sebelum itu, 4 sepakan penalti Real Madrid disempurnakan oleh Lucas Vazquez, Marcelo, Gareth Bale dan Sergio Ramos manakala 3 sepakan penalti Atletico Madrid disempurnakan oleh Antoine Griezmann, Gabi dan Saul Niguez. Ketua Pasukan Real Madrid, Sergio Ramos telah dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan akhir manakala penjaring prolifik mereka, Cristiano Ronaldo muncul selaku penjaring terbanyak UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2015/16. 

Dengan kejuaraan ini, kelab Real Madrid akan bersaing dalam kejohanan FIFA Piala Kelab Dunia 2016 akan datang selain merebut UEFA Piala Super Eropah 2016 bertemu Sevilla yang juga juara UEFA Piala Liga Europa 2015/16. 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Nota Pelan Taktikal Real Madrid Dedah Bagaimana Mereka Kalahkan Barcelona

Jika ini betul-betul merupakan nota pelan taktikal yang disediakan oleh Zinedine Zidane dan staf teknikalnya sebagai persiapan menghadapi El Clasico, ia bakal memberi kita perspektif paling hampir kepada perancangan taktikal pasukan.

Akhbar Sepanyol, AS melaporkan semalam bahawa mereka menerima sebuah pakej yang berisi beberapa nota tulisan tangan beberapa jam sebelum perlawanan El Clasico bermula.

Setelah diteliti, nota tersebut berisi maklumat pelan taktikal Real Madrid dan bagaimana mereka merancang untuk menghentikan ancaman serangan Barcelona.

nota taktikal madrid

Akhbar Sepanyol itu bagaimanapun gagal melakukan verifikasi untuk mengesahkan sama ada nota tersebut ditulis oleh pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane.

Berdasarkan komen pembaca akhbar tersebut, kami mendapati ramai yang meragui nota tersebut disediakan oleh Zinedine Zidane. Ini kerana tatabahasa dan lenggok bahasa nota yang sempurna ini mencadangkan ia ditulis oleh orang Sepanyol yang asli.

Seorang pembaca memberitahu walaupun Zidane fasih berbahasa Sepanyol, amat jarang bagi seorang penutur bahasa Sepanyol dari Perancis yang mahir menggunakan bahasa pasar ‘ojo’ dan penanda wacana ‘que’ dalam tulisan.

Selain itu, ada juga pembaca yang mengatakan nota tersebut palsu kerana salah meletakkan posisi betul Ivan Rakitic dan Andres Iniesta (Rakitic sepatutnya bermain di tengah kanan, bukannya tengah kiri seperti yang ditulis dalam nota).

Tetapi ada juga pembaca yang yakin dengan keaslian nota tersebut walaupun ia bukan ditulis oleh Zidane. Mereka berhujah ia mungkin ditulis oleh staf teknikalnya.

Selain itu, nota tersebut juga ditulis di atas kertas yang mempunyai letterhead Real Madrid. Itu adalah petunjuk pertama yang memberi sedikit bukti keaslian nota tersebut datang dari staf teknikal Real Madrid.

Isi nota

Dalam nota tersebut, Real Madrid memberi perhatian istimewa kepada taktik high pressing Barcelona dan menekankan kepentingan pemain Madrid untuk sentiasa menyediakan pilihan hantaran (passing options) ketika memegang bola.

Nota tersebut juga mendedahkan pelan taktikal Madrid yang tidak mahu Barcelona menyerang dari tengah. Pemain Madrid diarahkan untuk memberi tekanan kepada Iniesta dan Rakitic sahaja. Busquet pula dibiarkan tanpa tekanan.

Dengan menyekat serangan Barcelona dari tengah, Madrid sebenarnya mahu memaksa Barcelona menyerang dari kawasan sayap mereka.

Carvajal dan Marcelo ditugaskan untuk mengawal pergerakan Alba dan Alves. Ramos dan Pepe pula perlu mengawal Messi dan Neymar.

Siapa pula yang perlu mengawal Suarez? Menurut nota ini, Casemiro ditugaskan untuk turun dan mengawal Suarez.

Nota ini juga memberitahu bahaya larian diagonal Suarez untuk membawa Ramos, Casemiro dan Pepe keluar dari posisi tengah, sekaligus membuka ruang di tengah untuk diserang Neymar dan Messi.

nota taktikal madrid

Berikut merupakan terjemahan nota tersebut:

(1) 4v3 bakal berlaku pada peringkat awal permainan Barcelona
– sekat lorong-lorong hantaran mereka di tengah
– Iniesta dan Rakitic tidak boleh menerima bola
– jika mereka menerima bola, mereka tidak boleh diberikan ruang untuk memusingkan badan
– perhatian kepada orang ketiga, biarkan Busquet tanpa tekanan

OBJEKTIF: Barcelona tak boleh dibenarkan untuk menerima bola di kawasan sayap

(2) Siapa yang akan mengawal full back mereka?
– full back kita mesti kawal full back mereka
– perbetulkan kawalan pemain, pertahanan tengah kawal pemain sayap mereka dan Case(miro) mesti turun sebaris dengan 4 pertahanan kita

(3) Siapa yang akan kawal Messi jika dia turun bawah untuk mengutip bola?
– seseorang perlu ikutnya -> perbetulkan kawalan pemain

(4) Beri perhatian kepada pergerakan diagonal Suarez di belakang pertahanan jika mereka mendapat bola di kawasan sayap
– kawal dia secara langsung
– guna pemain ketiga (Casemiro) di pertahanan tengah

Hampir semua pelan taktikal ini berjaya dilakukan oleh Madrid. Mereka memaksa Barcelona untuk menyerang dari kawasan sayap. Malah Cristiano Ronaldo turut dilihat membantu Carvajal untuk menjejak larian Alba di kawasan sayap.

Sebagai rekod, Real Madrid berjaya emnewaskan Barcelona 2-1 hasil jaringan Karim Benzema dan Cristiano Ronaldo. Gol Barcelona dijaringkan oleh Gerard Pique.

Baca juga: Sejarah El Clasico: Bagaimana Perang Saudara 1936 Buat Real Madrid & Barcelona Bermusuh

The post Nota Pelan Taktikal Real Madrid Dedah Bagaimana Mereka Kalahkan Barcelona appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Sejarah El Clasico: Bagaimana Perang Saudara 1936 Buat Real Madrid & Barcelona Bermusuh

Sudah banyak stereotaip tentang El Clasico yang diulang-ulang sehingga sejarah sebenar diabaikan.

Jika anda tahu stereotaip tentang perlawanan El Clasico, anda pasti pernah mendengar sentimen bahawa El Clasico adalah ulangan Perang Saudara Sepanyol yang berlaku pada 1936, sebelum Perang Dunia Kedua.

Dalam erti kata lain, ia adalah pertembungan sejarah penindasan kumpulan Nasionalis (yang disokong oleh orang Madrid) terhadap kumpulan Republikan (yang disokong oleh pejuang nasionalisme Catalonia).

Rakyat Catalonia berarak meraikan kemenangan pilihanraya barisan Republik (kredit: Rjgeib.com)

Apa itu Perang Saudara Sepanyol?

Perang Saudara Sepanyol tercetus pada Julai 1936 selepas kumpulan Republikan yang bertanggungjawab menjadikan Sepanyol sebuah negara republik (yang meruntuhkan sistem beraja monarki Sepanyol pada 1931) menang pilihanraya umum sekali lagi pada Februari 1936.

Pada ketika itu, majoriti penduduk Catalonia (penyokong Barcelona) menyokong kumpulan Republikan kerana mereka dijanjikan autonomi kuasa memerintah wilayah mereka sendiri.

Baca: Mengapa Catalonia Ingin Merdeka Dari Sepanyol?

Kemenangan kumpulan Republikan nyata tidak menyenangkan kumpulan nasionalis Sepanyol yang rata-ratanya disokong oleh penyokong Real Madrid. Tetapi ada juga penyokong Real Madrid yang menyokong kumpulan Republikan.

Kumpulan Nasionalis mahu sistem beraja di Sepanyol dikembalikan.

Mana tidaknya, mereka merupakan golongan yang selalu mendapat keistimewaan oleh keluarga diraja Sepanyol.

Jadi kumpulan Nasionalis berpendapat mereka tiada jalan lain untuk menghentikan Sepanyol daripada menjadi sebuah negara republik, selain daripada melakukan rampasan kuasa.

Untuk melakukan rampasan kuasa, kumpulan Nasionalis melancarkan perang pada musim panas 1936.

Serangan kumpulan Nasionalis ini diketuai oleh Francisco Franco (gambar bawah) – seorang jeneral tentera muda berusia 44 tahun.

Jeneral Franco ketika meraikan kejyaan rampasan kuasanya dari barisan Republikan (kredit: Rjgeib.com)

Kaitan Perang Saudara Sepanyol dengan El Clasico

Untuk pengetahuan anda, Santiago Bernabeu – individu penting dalam sejarah Real Madrid – merupakan salah seorang penyokong kuat kumpulan Nasionalis dan tentera yang berkhidmat di bawah Jeneral Franco.

Bernabeu merupakan penyerang dan kapten Real Madrid sebelum bersara pada 1927 – 9 tahun sebelum tercetusnya Perang Saudara Sepanyol.


Santiago Bernabeu (kanan) bersalaman dengan Jeneral Franco (kredit: DiarioMadrid.net)

Selepas Perang Saudara Sepanyol tamat, Bernabeu bertanggungjawab menyusun semula organisasi Real Madrid.

Beliau menghubungi pegawai-pegawai, bekas pemain dan ahli kelab yang masih hidup untuk menghidupkan semula Real Madrid.

Sementara itu di Barcelona, penduduk Catalonia juga perlu menghidupkan semula kelab bola sepak mereka selepas Perang Saudara Sepanyol.

Apatah lagi selepas presiden FC Barcelona, Josep Suñol mati dibunuh oleh pejuang Nasionalis dalam perang tersebut.


Monumen peringatan Josep Suñol, presiden Barcelona FC (kredit: EqualizerBlog)

Perang Saudara Sepanyol berakhir dengan kemenangan kepada kumpulan Nasionalis apabila wilayah Catalonia berjaya ditawan oleh tentera Jeneral Franco pada Februari 1939.

Kerajaan republik Sepanyol runtuh. Wilayah Catalonia hilang kuasa autonomi untuk memerintah wilayah mereka sendiri.

Dengan kemenangan Jeneral Franco, wilayah Catalonia berada di bawah pimpinan kerajaan fascist pimpinan Jeneral Franco.

Mengapa sentimen Perang Saudara Sepanyol tidak boleh ditiup dalam El Clasico?

Apabila Raja Alfonso XIII menghadiahkan perkataan ‘real’ (yang bermaksud royal dalam English) dan mahkotanya untuk diabadikan dalam logo Real Madrid, ramai orang mula mengaitkan Real Madrid dengan keluarga diraja Sepanyol.


Evolusi perubahan emblem Real Madrid selepas dihadiahkan mahkota oleh keluarga diraja Sepanyol (kredit: TheBlaze.com)

Apatah lagi selepas pejuang pro-kemerdekaan Catalonia mula menghidupkan semula sentimen Perang Saudara Sepanyol sejak pilihanraya tahun 2015.

Tetapi apa yang sering diabaikan oleh pejuang pro-kemerdekaan Catalonia dan orang ramai adalah – ramai juga penyokong Real Madrid menjadi mangsa penindasan kumpulan Nasionalis semasa Perang Saudara Sepanyol.

Antaranya adalah dua Presiden Real Madrid ketika era Perang Saudara Sepanyol iaitu Rafael Sánchez Guerra dan Antonio Ortega.

Malah ada juga sesetengah penyokong Real Madrid yang mempunyai ahli-ahli keluarga dan saudara mereka yang terkorban dalam Perang Saudara Sepanyol.

Semuanya angkara kumpulan Nasionalis yang mengagungkan Jeneral Franco dan keluarga diraja Sepanyol.

Bagi kami, adalah tidak adil apabila pejuang pro-kemerdekaan Catalonia meniup sentimen Perang Saudara Sepanyol 1936 dalam perlawanan El Clasico.

El Clasico perlu menjadi arena pertembungan dua pasukan bola sepak terbaik di Sepanyol (malah dunia juga) untuk menentukan kelab mana yang paling agung.

El Clasico cukup hanya perlu menjadi pride battle antara Real Madrid dan Barcelona. Bukannya medan menoreh luka lama.

Baca juga: Barcelona, Juventus & Bayern Sokong Idea UEFA Super League, Penyokong Dortmund Mengamuk

The post Sejarah El Clasico: Bagaimana Perang Saudara 1936 Buat Real Madrid & Barcelona Bermusuh appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

[Video] Pengulas Perlawanan Real Madrid vs PSG Di China Berdengkur Ketika Perlawanan

Seorang pengulas perlawanan bola sepak hampir dipecat selepas tidur ketika siaran langsung perlawanan UEFA Champions League antara Real Madrid vs PSG.

Bukan saja tidur, penonton stesen televisyen LeTV di China juga dapat mendengar Dong Lu, seorang pengulas perlawanan bola sepak yang berpengalaman di China, berdengkur dalam 20 minit terakhir perlawanan.




Malah gol tunggal Real Madrid yang dijaringkan oleh Nacho Fernandez juga masih tidak dapat menganggu kenyenyakan tidur Dong Lu.

Dong Lu meminta maaf kepada penonton selepas insiden tersebut. Di sebalik laporan Daily Mail UK yang menulis beliau dipecat, sumber dari China hanya menyatakan beliau digantung buat sementara.

Baca juga: Pemain Kelab Venezuela Raikan Gol Dengan Aksi Silap Mata

The post [Video] Pengulas Perlawanan Real Madrid vs PSG Di China Berdengkur Ketika Perlawanan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Real Madrid – Juara Kelab Dunia FIFA

Bale dan Ramos sumbang dua gol untuk memberi Real Madrid kejuaraan dunia menewaskan San Lorenzo.

Real Madrid mengahiri kalendar tahun 2014 dengan merangkul kejuaraan kejohanan Kelab Dunia Fifa hasil jaringan Sergio Ramos 37′, dan G. Bale 51′.

Kejayaan ini menjadikan tahun yang gemilang buat skuad Carlo Ancelotti selepas mereka juga menjuarai Liga Juara-Juara, Copa del Rey dan juga Uefa Super Cup ini.

Satu lagi kejayaan yang dipahat oleh Real Madrid ialah mereka turut memanjangkan rekod kemenangan kepada 22 perlawanan dalam semua kejohanan.
Sergio Ramos terus menemui momentum jaringan hasil sepakan sudut Toni Kroos minit ke 37 melalui tandukan. Beliau sebelum ini menjaringkan dua gol pada aksi separuh akhir menentang Cruz Azul.

Kesilapan penjaga gol San Lorenzo, Sebastian Toriicco dihukum Bale pada minit ke 51 menyaksikan Bale melakarkan rekod peribadi apabila menjaringkan gol dalam tiga aksi final. Beliau turut menjaringkan gol pada aksi final Liga Juara-Juara dan Copa del Rey.

Copy of Full Text RSS Builder

Incoming search terms:

Isco, Bale & Ronaldo memberikan Real Madrid 20 kemenangan berterusan

Real Madrid meneruskan rentak kemenangan kepada 20 perlawanan dalam semua kejohanan.

Dalam saingan La Liga awal pagi tadi, Real menewaskan Almeria 1-4 melalui jaringan Isco 34′, G. Bale 42′, Cristiano Ronaldo 81′, 88′ dan gol tunggal pasukan tuan rumah dijaringkan Verza, 39.

Ronaldo juga meneruskan aksi terbaik buat dirinya apabila menjaringkan dua gol untuk mengumpul gol ke 25 untuk dirinya dalam 14 penampilan aksi La Liga jauh meninggalkan Messi pada kedudukan kedua penjaring terbanyak dengan 13 gol.

Almeria pula masih mencari kemenangan pertama semejak september

Isco membuka tirai jaringan melalui gerakan menarik apabila memperdaya seorang pertahanan Almeria sebelum merembat masuk untuk gol pertama Real Madrid.
Almeria menyamakan kedudukan pada minit ke 39 apabila Verza melakukan rembatan dari luar kotak penalti untuk menewaskan Cassilas. Kegembiraan mereka tidak kekal lama apabila Bale turut menemui sentuhan jaringan pada minit ke 42 melalui tandukan apabila beliau langsung tidak dicabar.

Almeria beroleh keputusan baik apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti namun digaglkan oleh aksi menyelamat dari Cassilas.

Ronaldo sebagaimana kebiasaan turut menemui sentuhan jaringan pada lewat permainan dengan dua gol. Terus mematikan saingan Almeria.

Copy of Full Text RSS Builder