Bola Sepak : Rekod Johor Darul Ta’zim FC Lebur

Tarikh 18 Februari 2017 pastinya menjadi saksi apabila pasukan Juara Liga Super tiga tahun berturut-turut, Johor Darul Ta’zim FC (JDTFC) gagal meneruskan rekod tanpa kalah mereka dalam 25 perlawanan berturut-turut selepas tewas kepada pasukan Perak The Bos Gaurus (Perak TBG) di bawah kendalian Ketua Jurulatih paling tua Liga Super 2017, Karl-Heinz Weigang dari Jerman dengan keputusan 1-2 dalam perlawanan di Stadium Ipoh, Perak. Jaringan 2 pemain import Perak TBG iaitu Yashir Pinto dan Vladislav Mirchev meranapkan rekod mereka setelah kali terakhir tewas adalah pada musim Liga Super 2015 iaitu kepada pasukan Felda United juga dengan keputusan 1-2 pada 22 Ogos 2015. Gol saguhati pasukan Harimau Selatan dijaringkan oleh penyerang kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri. Pada musim lalu, pasukan Harimau Selatan unggul apabila mencatat rekod baru yang pastinya sukar disaingi oleh pasukan-pasukan lain iaitu tidak tewas dalam 22 perlawanan Liga Super 2016 (18 Kemenangan & 4 Seri)

Walaupun rekod tanpa kalah mereka telah berakhir, pasukan JDT FC tetap merupakan antara pasukan terkuat saingan Liga Super 2017. Pasukan Harimau Selatan di bawah kendalian Ketua Jurulatih baru dari Mexico, Benjamin Mora masih mengekalkan rekod bersih tanpa kalah di stadium keramat mereka Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos. Dengan saingan Liga Super 2017 yang masih panjang, pasukan Harimau Selatan tetap menjadi pilihan edisi kali ini. Bual Sukan percaya, pasukan Harimau Selatan pastinya akan bangkit semula dan memberikan fokus kepada satu perlawanan ke satu perlawanan yang lain. Apapun tahniah kepada pasukan Perak TBG dan JDTFC kerana berjaya mempamerkan permainan terpuji dan beraksi dengan penuh semangat kesukanan walaupun bermain di atas padang yang becak. Saingan Liga Super 2017 pastinya akan menyajikan aksi-aksi menarik 12 pasukan yang bertanding.   

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Karim Benzema Bantu Real Madrid Atasi Rekod Barcelona

Real Madrid turun dengan reputasi 39 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan. Ia rekod yang sama dengan pencapaian Barcelona sekitar 2015-2016 di bawah Luis Enrique.

Jam di tangan pengadil sudah menunjukkan minit ke-92. Real Madrid ketinggalan 3-2 di tangan Sevilla. Ia seakan-akan reality check untuk mereka.

Kali terakhir mereka tewas adalah dalam suku akhir UCL pada April 2016 di tangan Wolfsburg.

Namun Karim Benzema menjaringkan gol penyamaan lewat untuk Real Madrid pada minit ke-93 ataupun Sergio Ramos time bagi peminat Real Madrid.

Keputusan seri ini bermakna Real Madrid mara ke suku akhir dengan aggregate 6-3.

Jadi, kini mereka adalah pemegang rekod tanpa kalah terpanjang di Sepanyol dengan 40 perlawanan. Dalam proses tersebut, Real Madrid menjuarai UCL, Piala Super UEFA dan juga Piala Kelab Dunia FIFA.

Mereka menang 31 perlawanan, seri 9 kali. Menjaringkan 115 gol dan bolos 39 kali.

Zinedine Zidane adalah pengurus yang bertanggungjawab membantu Real Madrid mencipta rekod ini. Ia lebih ironi apbila pemegang rekod sebelum ini adalah Barcelona. Mereka kekal tidak terkalah dalam Liga Sepayol.

Zidane dilantik pada Januari 2016 selepas 2 tahun mengemudi skuad remaja Real Madrid. Pada awalnya Zidane hanyalah pelan jangka pendek sementara mencari pengurus baru.

Namun Zidane membuatkan Real Madrid tidak perlu membazir untuk mencari pengurus baru yang mahal di luar sana. Zidane terus diberikan kontrak tetap oleh Real Madrid.

Lagenda Real Madrid, Juventus dan Perancis itu turut dicalonkan dalam 3 finalis Anugerah Jurulatih Terbaik FIFA 2016 dalam malam gala FIFA di Zurich yang lalu.

Tahniah Real Madrid! Adakah ini musim invincibles untuk Real Madrid?

Baca juga: Morgan Schneiderlin Sertai Everton, Dapat Nombor Jersi Pelik Dari Pihak Kelab

The post Karim Benzema Bantu Real Madrid Atasi Rekod Barcelona appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Olahraga : Khairul Hafiz Jantan Pecah Rekod 100 Meter

Sensasi baru olahraga negara, Khairul Hafiz Jantan berjaya memecahkan rekod 100 Meter kebangsaan milik Watson Nyambek iaitu 10.3s apabila berjaya mencatatkan kepantasan 10.18s pada Sukan Malaysia Sarawak 2016 (SUKMA 2016). Beliau yang mewakili kontinjen Melaka nyata mempunyai daya pecutan yang baik menewaskan 2 pencabar terdekat iaitu Jonathan Nyepa dari Sarawak serta rakan sepelatih beliau Badrul Hisyam Abdul Manap dari Melaka. Kejayaan ini nyata membuktikan bahawa Malaysia kini mempunyai pelapis yang baik untuk acara pecut. Bual Sukan merakamkan ucapan tahniah kepada beliau serta penghargaan kepada barisan kejurulatihan yang nyata berjaya membentuk beliau sebagai pelari pecut negara masa kini.

Dengan umur yang masih muda, tidak mustahil beliau mampu melangkah lebih jauh di masa akan datang sama ada di peringkat ASEAN, Asia dan seterusnya ke saingan tertinggi peringkat dunia. Dengan disiplin serta latihan yang berterusan beliau mampu terus mengharumkan nama negara di persada yang lebih tinggi. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Khairul Hafiz Jantan atas kejayaan yang membanggakan ini. 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Olahraga : Badrul Hisham Manap Lebur Rekod Lari 100 Meter

Pelari pecut negara yang sedang meningkat naik, Badrul Hisham Manap berjaya meleburkan rekod 17 tahun yang dipegang Watson Nyambek iaitu 10.30 saat apabila berlaja mencatatkan masa 10.29 saat iaitu 0.01 saat lebih pantas. Beliau mencatatkan masa tersebut dalam Kejohanan Sukan sekolah-sekolah ASEAN 2015 yang berlangsung di Bandar Seri Begawan, Brunei. Beliau nyata memberikan harapan kepada pasukan negara yang kini ketandusan pelari pecut berkualiti.

Bual Sukan percaya, pihak bertanggungjawab wajar menggilap potensi beliau untuk dijadikan antara pelapis olahraga negara di masa akan datang. Dengan disiplin serta latihan yang konsisten tidak mustahil beliau mampu untuk melangkah lebih jauh di pentas yang lebih tinggi di masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada pelari muda negara Badrul Hisham Manap atas kejayaan memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 100 Meter. 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Rekod yang perlu dikemaskini (Bahagian 2)

Lanjutan daripada Bahagian 1.

Disebabkan kurangnya kesedaran akan betapa pentingnya pengurusan maklumat, ketokohan lagenda bolasepak negara iaitu Mokhtar Dahari turut mendapat tempiasnya. Mana tidaknya, rekod 125 gol yang dijaringkan beliau dalam 167 penampilan bersama skuad kebangsaan tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa. Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan juga Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah memutuskan bahawa nama besar bolasepak negara yakni “SuperMokh” hanya menjaringkan 5 gol dalam 20 penampilan antarabangsa sahaja. Katakanlah 125 gol tersebut tidak dapat dibuktikan sebagai gol yang telah dijaringkan oleh beliau dalam perlawanan-perlawanan antarabangsa yang bertaraf ‘A’, namun ianya masih belum pula membuktikan bahawa 125 gol tersebut sebenarnya tidak pernah berlaku. Jadi, bagaimana untuk benar-benar memastikan bahawa rekod yang diiktiraf diterima pakai oleh orang ramai samada di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah, membuktikannya dengan maklumat yang betul. Maklumat yang betul hanya boleh dibentangkan sekiranya maklumat tersebut dikumpul dan disusun dengan rapi. Maklumat yang dikumpul dan disusun dengan rapi itulah yang dipanggil sebagai pengurusan maklumat.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas
Allahyarham Dato’ Mokhtar Dahari.

Biar pun buat masa ini tiada siapa yang dapat mengeluarkan segala maklumat yang diperlukan dengan segera, tetapi pengurusan maklumat sebetulnya sudah pun boleh dimulakan sekarang dengan mengambil dahulu apa-apa sahaja maklumat yang ada. Bermula dari situ, sedikit demi sedikit maklumat dikumpulkan. Kemudian, setelah banyak maklumat telah dikumpulkan maka bermulalah pula proses penyusunan. Semua maklumat yang diterima hendaklah ditapis terlebih dahulu supaya maklumat yang boleh dikongsi nanti adalah benar dan tepat. Walaupun pada awalnya nampak agak susah untuk dilaksanakan, tapi dengan berbekalkan doa, usaha, dan tawakkal, tugas berat yang telah bertangguh sejak sekian lama ini akan dapat diselesaikan juga apabila tiba masanya. InshaaAllah, moga-moga ia turut dikira sebagai amal kebaikan.

Menurut rekod rasmi yang ada pada FIFA, hanya ada lima perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia FIFA yang melibatkan nama Mohamed Mokhtar Dahari. Perlawanan-perlawanan tersebut adalah:

  • Kalah 3-0 menentang rejim Zionis (Israel) pada 19 Mei 1973 di Seoul, Korea Selatan bagi edisi 1974
  • Kalah 2-1 menentang Korea Selatan pada 21 April 1981 di Bandar Kuwait, Kuwait bagi edisi 1982
  • Kalah 4-0 menentang Kuwait pada 25 April 1981 di Bandar Kuwait, Kuwait bagi edisi 1982
  • Seri 2-2 menentang Thailand pada 27 April 1981 di Bandar Kuwait, Kuwait bagi edisi 1982
  • Kalah 2-0 menentang Korea Selatan pada 19 Mei 1985 di Seoul, Korea Selatan bagi edisi 1986

Sayang sekali apabila tidak dinyatakan pula berapa atau jumlah gol yang dijaringkan oleh Mokhtar Dahari dalam arkib yang disimpan dalam laman sesawang FIFA. Selain itu, pada tarikh yang bersejarah iaitu 30 Mei 1978, nama Mokhtar Dahari juga termaktub sebagai pemain yang telah menjaringkan gol penyamaan Malaysia semasa melawan England. Kehebatan Mokhtar Dahari memang tidak boleh disangkal terutama sekali apabila turut mendapat pujian pengurus England ketika itu iaitu Bobby Robson yang cukup ternama dalam sejarah bolasepak dunia. Walaupun perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur tersebut hanya berhadapan dengan pasukan England ‘B’, keputusan seri 1-1 yang diperoleh akan tetap dikenang sampai bila-bila.

Namun begitu, ternyatalah bagi semua pihak bahawa rekod menunjukkan Mokhtar Dahari mempunyai sekurang-kurangnya 5 kaps atau penampilan bersama skuad kebangsaan Malaysia. Maka, tugas penting yang perlu dilakukan oleh sesiapa yang berkesempatan adalah mencari sebahagian lagi kaps dan gol lain bagi membuktikan rekod sebenar Mokhtar Dahari. Ini baru mengenai rekod Mokhtar Dahari, bagaimana pula dengan rekod pemain-pemain ternama yang lain seperti R. Arumugam, Soh Chin Aun, Santokh Singh, Isa Bakar, Abdul Ghani Minhat, mahupun Dollah Don? Terpulanglah samada pihak yang bertanggungjawab mahu mengambil perkara ini sebagai suatu perkara yang serius ataupun tidak. Jika tidak, tugas tersebut nampaknya akan berpindah. Beralih dan terletak ke atas bahu-bahu penyokong dan peminat tegar bolasepak Malaysia.

Di sini, duniabolasepak.blogspot.com ingin mengambil kesempatan untuk membentangkan beberapa rekod di sepanjang sejarah bolasepak tanahair. Untuk makluman, walaupun terdapat beberapa rekod yang tidak muktamad, ia tetap merupakan catatan sejarah yang penting. Ia boleh sahaja dikemaskini pada bila-bila masa sekiranya terdapat maklumat baru yang terkini.

Berikut adalah para pemenang anugerah Kasut Emas liga utama Malaysia (penjaring terbanyak Liga-M) semenjak tahun 1989 sehingga kini:

1989 Zainal Abidin Hassan (Selangor/Malaysia): 12 gol
1990 Alistair Edwards (Singapura/Australia): 13 gol
1991 Abbas Saad (Johor/Australia): 11 gol
1992 Zainal Abidin Hassan (Pahang/Malaysia): 12 gol
1993 Mohd Hashim Mustapha (Kelantan/Malaysia): 13 gol
1994 Mohd Hashim Mustapha (Kelantan/Malaysia): 25 gol
1995 Scott Ollerenshaw (Sabah/Australia): 22 gol
1996 Scott Ollerenshaw (Sabah/Australia): 18 gol
1997 Laszlo Repasi (Perak/Hungary): 19 gol
1998 Vyacheslav Melnikov (Pahang/Rusia): 17 gol
1999 Azman Adnan (Pulau Pinang/Malaysia): 13 gol
2000 Azizul Kamaluddin (Pahang/Malaysia): 12 gol
2001 Norizam Ali Hassan (Perak/Malaysia): 13 gol
2002 Muhamad Khalid Jamlus (Perak/Malaysia): 17 gol
2003 Phillimon Chepita (Perlis/Zambia): 23 gol
2004 Indra Putra Mahayuddin (Pahang/Malaysia): 15 gol
2005 Julio Cesar Rodriguez (Sabah/Brazil): 18 gol
Zacharia Simukonda (Perlis/Zambia): 18 gol
2005-2006 Keita Mandjou (Perak/Guinea): 17 gol
2006-2007 Keita Mandjou (Perak/Guinea): 21 gol
Mohd Shahrazen Said (DPMM FC/Brunei): 21 gol
2007-2008 Marlon Alex James (Kedah/Saint Vincent and the Grenadines): 23 gol
2009 Mohd Nizaruddin Yusof (Perlis/Malaysia): 18 gol
2010 Ashari Samsudin (Terengganu/Malaysia): 18 gol
2011 Abdul Hadi Yahya (Terengganu/Malaysia): 20 gol
2012 Jean-Emmanuel Effa Owona (Negeri Sembilan/Cameroon): 15 gol
Francis Forkey Doe (Terengganu/Liberia): 15 gol
2013 Marlon Alex James (ATM/Saint Vincent and the Grenadines): 16 gol
2014 Paulo Rangel (Selangor/Brazil): 16 gol

Pemenang-pemenang anugerah Kasut Emas liga divisyen kedua Malaysia pula adalah:

1989 Praduphan Jarunya (Perlis/Thailand): 13 gol
1990 Mohd Hashim Mustapha (Kelantan/Malaysia): 13 gol
Boonphop Praphut (Kelantan/Thailand): 13 gol
1991 Marshall Soper (Pulau Pinang/Australia): 11 gol
1992 Dariusz Dudala (Kelantan/Poland): 9 gol
1993 Alistair Edwards (Singapura/Australia): 18 gol
1994 tiada
1995 tiada
1996 tiada
1997 tiada
1998 Seidu Issifu (Terengganu/Ghana): 8 gol
1999 Rusdi Suparman (Selangor/Malaysia): 15 gol
2000 Anuar Abu Bakar (Kelantan/Malaysia): 12 gol
2001 Suharmin Yusuf (Sabah/Malaysia): 12 gol
Shahrin Majid (Sabah/Malaysia): 12 gol
2002 Isaac Kuffour (Telekom Melaka FC/Ghana): 22 gol
2003 Juan Manuel Arostegui (Selangor MPPJ FC/Argentina): 33 gol
2004 Brian Diego Fuentes (Selangor/Argentina): 25 gol
2005 Marlon Alex James (MK Land FC/Saint Vincent and the Grenadines): 23 gol
2005-2006 Gustavo Fuentes (Melaka/Argentina): 18 gol
2006-2007 Marin Mikac (UPB-MyTeam FC/Croatia): 13 gol
2007-2008 Mouhamadou Moustapha (Kelantan/Senegal): 27 gol
2009 Mohd Haris Safwan Mohd Kamal (T-Team FC/Malaysia): 24 gol
2010 Mohammad Zamri Hassan (PKNS FC/Malaysia): 20 gol
2011 Mohd Fitri Omar (Majlis Perbandaran Muar FC/Malaysia): 19 gol
2012 Khairul Izuan Abdullah (PDRM/Malaysia): 14 gol
Marlon Alex James (ATM/Saint Vincent and the Grenadines): 14 gol
2013 Karlo Primorac (Sime Darby FC/Croatia): 24 gol
2014 Edward Junior Wilson (Felda United FC/Liberia): 19 gol

Tidak ketinggalan adalah rekod yang berkenaan dengan pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia. Berikut dipetik 10 orang pemain yang paling banyak mencatatkan kaps penampilan bersama skuad kebangsaan:

1.  Soh Chin Aun, pertahanan tengah, 324 kaps
2. Arumugam Rengasamy, penjaga gawang, 196 kaps
3. Mokhtar Dahari, penyerang, 167 kaps
4. Chandran Muthuveeran, pertahanan tengah, 163 kaps
5. Zainal Abidin Hassan, pertahanan tengah, 138 kaps
6. Thanabalan Nadarajah, penyerang, 107 kaps
7. Hairuddin Omar, pemain tengah, 105 kaps
8. Dollah Salleh, penyerang, 97 kaps
9. Norhafiz Zamani Misbah, pertahanan tengah, 84 kaps
10. Ali Bakar, pemain tengah, 80 kaps

10 orang pemain yang paling banyak menjaringkan gol bersama skuad kebangsaan pula adalah:

1.  Mokhtar Dahari, penyerang, 125 gol
2. Abdul Ghani Minhat, penyerang, 106 gol
3. Zainal Abidin Hassan, penyerang, 78 gol
4. Azman Adnan, penyerang, 49 gol
5. Dollah Salleh, penyerang, 48 gol
6. Muhamad Khalid Jamlus, penyerang, 39 gol
7. Hairuddin Omar, penyerang, 30 gol
8. Mohd Amri Yahyah, penyerang, 29 gol
9. Safee Sali, penyerang, 23 gol
10. Indra Putra Mahayuddin, pemain sayap, 17 gol

Sekian sahaja buat kali ini, selamat menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan al-Mubarak.

Rujukan:

http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrecords/players/player=48173/index.html

http://www.11v11.com/matches/malaysia-v-england-30-may-1978-234730/

https://en.wikipedia.org/wiki/FAM_Football_Awards#Golden_Boot_Award

DUNIA BOLA SEPAK

Rekod cemerlang ke atas Kelantan musim ini menjadi sandaran Bojan Hodak

Johor Bahru: Rekod cemerlang ke atas Kelantan musim ini harus menjadi sandaran Bojan Hodak tatkala persiapannya membentuk pasukan mantap menghadapi bekas pasukannya itu pada perlawanan pembuka tirai Kumpulan C di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin malam ini, terjejas.

Pengendali dari Croatia itu mengakui pening membentuk barisan mantap kerana pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan penggantungan dan kecederaan selain kelibat lapan pemain kebangsaan hanya memulakan latihan dua hari lalu.

“Mohd Amri Yahyah terpaksa diketepikan untuk dua perlawanan selepas mengumpul enam kad kuning manakala Luciano Figueroa digantung satu perlawanan.

Pemain kebangsaan yang baru pulang dari Tajiskistan hanya dapat dikumpulkan dua hari lalu.
Johor Darul Ta’zim

Rekod yang perlu dikemaskini (Bahagian 1)

Salah satu aspek yang sangat penting dalam pembangunan bolasepak negara adalah pengurusan maklumat. Pengetahuan sejarah dan simpanan rekod yang kemas serta tersusun dilihat sering diabaikan oleh pihak yang bertanggungjawab. Mujurlah masih terdapat usaha yang dilakukan oleh segelintir pihak di kalangan wartawan dan penulis bebas untuk memelihara warisan dan identiti negara. Boleh dikatakan hampir semua usaha tersebut dilakukan atas initiatif sendiri manakala pihak yang sepatutnya bertanggungjawab seolah-olah hanya berpeluk tubuh dan lebih suka menggoyangkan kaki. Terdapat pihak yang tertentu dengan tidak bertanggungjawabnya seperti cuma mahu menceduk sahaja maklumat yang ada tanpa memberi sebarang kredit apatah lagi pengiktirafan terhadap usaha yang dilakukan. Mungkinkah harapan untuk melihat pihak yang bertanggungjawab menjadi lebih bertanggungjawab hanya tinggal sebagai harapan sahaja? Oleh itu, sebelum semuanya menjadi lebih rumit atau sulit pada masa hadapan, duniabolasepak.blogspot.com juga cuba mengambil inisiatif sendiri. Sekalipun ikhtiar seperti ini dipandang remeh, mudah-mudahan pihak-pihak yang berkenaan boleh mendapat inspirasi bagaimana untuk mengurus maklumat dengan betul.

Stadium Merdeka: Bolasepak dan Malaysia

Menurut International Federation of Football History & Statistics (IFFHS), Liga Malaysia (Liga-M/M-League) pada tahun 2013 menduduki tempat ke-88 yakni turun 14 anak tangga dari tempat ke-74 pada tahun sebelumnya. Biar pun negara kita tersenarai dalam 125 liga nasional yang terkuat di dunia, realitinya Malaysia masih jauh terkebelakang berbanding negara-negara serantau seperti Korea Selatan (ke-23), Arab Saudi (ke-24), Jepun (ke-30), China (ke-34), Iran (ke-37), Kuwait (ke-56), Thailand (ke-63), Qatar (ke-66), Emiriah Arab Bersatu (ke-71), Iraq (ke-74), Oman (ke-75), dan Jordan (ke-85). Kalau hendak dibandingkan dengan 10 negara teratas iaitu Sepanyol, England, Jerman, Itali, Brazil, Argentina, Perancis, Rusia, Colombia, dan Romania, sudah tentu lebih jauh lagi. Walau bagaimanapun, dengan adanya maklumat seperti ini, pihak yang berwajib boleh menilai sendiri kemampuan sebenar sukan bolasepak negara dan mula merancang mengikut potensi yang boleh dikembangkan. Berdasarkan maklumat yang tepat, kemajuan yang ingin dicapai menjadi lebih realistik dan tidak lagi bersumberkan angan-angan Mat Jenin.

Sekiranya Wikipedia menjadi rujukan yang paling mudah dan cepat, Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation (RSSSF) pula menyimpan rekod yang agak komprehensif dan menyeluruh. Berikut disenaraikan juara liga utama negara semenjak tahun 1982 sehingga setakat ini:

1982 Pulau Pinang
1983 Melaka
1984 Selangor
1985 Singapura
1986 Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur)
1987 Pahang
1988 Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur)
1989 Selangor
1990 Selangor
1991 Johor
1992 Pahang
1993 Kedah
1994 Singapura
1995 Pahang
1996 Sabah
1997 Sarawak
1998 Pulau Pinang
1999 Pahang
2000 Selangor
2001 Pulau Pinang
2002 Perak
2003 Perak
2004 Pahang
2005 Perlis
2006 Negeri Sembilan
2007 Kedah
2008 Kedah
2009 Selangor
2010 Selangor
2011 Kelantan
2012 Kelantan
2013 Lions XII (Singapura)
2014 Johor Darul Ta'zim FC

Manakala senarai johan liga tahap kedua negara pula adalah seperti berikut:

1989 Perlis
1990 Terengganu
1991 Negeri Sembilan
1992 Kedah
1993 Selangor
1994 tiada [dua liga yang tertinggi digabungkan]
1995 tiada
1996 tiada
1997 tiada
1998 Terengganu
1999 Johor
2000 Kelantan
2001 Johor FC
2002 Kedah
2003 Selangor Public Bank FC
2004 Selangor MPPJ FC
2005 Selangor
2006 Kedah
2007 PDRM (Polis Diraja Malaysia)
2008 Kuala Muda FC
2009 Harimau Muda
2010 Felda United FC
2011 Selangor PKNS FC
2012 ATM (Angkatan Tentera Malaysia)
2013 Sarawak
2014 PDRM (Polis Diraja Malaysia)

Dalam sejarah bolasepak Malaysia, pembentukan liga pada asalnya hanyalah sebagai pusingan kelayakan bagi pasukan-pasukan yang bertanding untuk layak ke Piala Malaysia. Piala Malaysia dianggap lebih berprestij kerana mempunyai kisah yang lebih panjang apabila dimulakan dengan Malaya Cup pada tahun 1921, kemudian HMS (Her Majesty’s Ship) Malaya Cup pada tahun 1933 sebelum dinamakan Piala Malaya pada tahun 1948 sehinggalah dikenali dengan nama sekarang, Piala Malaysia sejak tahun 1967. Senarai lengkap pemenang-pemenang perlawanan akhir Piala Malaysia adalah seperti berikut:

Malaya Cup
1921 Singapura 2-1 Selangor
1922 Selangor 3-2 Singapura
1923 Singapura 2-1 Perak
1924 Singapura 1-0 Selangor
1925 Singapura 2-1 Selangor
1926 Perak 1-0 Singapura [aet]
1927 Selangor 8-1 Singapura
1928 Selangor 2-2 Singapura [aet] [berkongsi trofi]
1929 Singapura 2-2 Selangor [aet] [berkongsi trofi]
1930 Singapura abd 3-0 Selangor
1931 Perak 3-1 Singapura
1932 Singapura 5-3 Selangor
1933 Singapura 8-2 Selangor
1934 Singapura 2-1 Pulau Pinang
1935 Selangor 2-0 Singapura
1936 Selangor 1-0 Singapura
1937 Singapura 2-1 Selangor
1938 Selangor 1-0 Singapura
1939 Singapura 3-1 Selangor
1940 Singapura 2-0 Kedah
1941 Singapura 3-1 Pulau Pinang
1942-47 [tidak dimainkan]
Piala Malaya
1948 Negeri Sembilan 2-2 2-1 Selangor
1949 Selangor 3-2 Army/Navy (Tentera)
1950 Singapura 2-0 Pulau Pinang
1951 Singapura 6-0 Perak
1952 Singapura 3-2 Pulau Pinang
1953 Pulau Pinang 3-2 Singapura
1954 Pulau Pinang 3-0 Singapura
1955 Singapura 3-1 Kelantan
1956 Selangor 2-1 Singapura
1957 Perak 3-2 Selangor
1958 Pulau Pinang 3-3 3-1 Singapura
1959 Selangor 4-0 Perak
1960 Singapura 2-0 Perak
1961 Selangor 4-2 Perak
1962 Selangor 1-0 Pulau Pinang
1963 Selangor 6-2 Pulau Pinang
1964 Singapura 3-2 Perak [aet]
1965 Singapura 3-1 Selangor
1966 Selangor 1-0 Armed Forces (Tentera)
Piala Malaysia
1967 Perak 2-1 Singapura
1968 Selangor 8-1 Pulau Pinang
1969 Selangor 1-0 Pulau Pinang
1970 Perak 2-0 Kelantan
1971 Selangor 3-1 Perak
1972 Selangor 3-0 Perak
1973 Selangor 2-1 Terengganu
1974 Pulau Pinang 2-1 Perak
1975 Selangor 1-0 Singapura
1976 Selangor 3-0 Singapura
1977 Singapura 3-2 Pulau Pinang [aet]
1978 Selangor 4-2 Singapura
1979 Selangor 2-0 Singapura
1980 Singapura 2-1 Selangor
1981 Selangor 4-0 Singapura
1982 Selangor 1-0 Terengganu
1983 Pahang 3-2 Selangor [aet]
1984 Selangor 3-1 Pahang
1985 Johor 2-0 Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur)
1986 Selangor 6-1 Johor
1987 Kuala Lumpur 1-0 Kedah
1988 Kuala Lumpur 3-0 Kedah
1989 Kuala Lumpur 2-1 Kedah
1990 Kedah 3-1 Singapura
1991 Johor 3-1 Selangor
1992 Pahang 1-0 Kedah
1993 Kedah 2-0 Singapura
1994 Singapura 4-0 Pahang
1995 Selangor 1-0 Pahang [asdet]
1996 Selangor 1-1 Sabah [asdet, 5-3 pen]
1997 Selangor 1-0 Pahang [asdet]
1998 Perak 1-1 Terengganu [asdet, 5-3 pen]
1999 Brunei 2-1 Sarawak
2000 Perak 2-0 Negeri Sembilan
2001 Terengganu 2-1 Perak
2002 Selangor 1-0 Sabah [asdet]
2003 Selangor MPPJ FC 3-0 Sabah
2004 Perlis 1-0 Kedah
2005 Selangor 3-0 Perlis
2006 Perlis 2-1 Negeri Sembilan
2007 Kedah 3-0 Perak
2008 Kedah 3-2 Selangor
2009 Negeri Sembilan 3-1 Kelantan
2010 Kelantan 2-1 Negeri Sembilan
2011 Negeri Sembilan 2-1 Terengganu
2012 Kelantan 3-2 ATM (Tentera) [aet]
2013 Pahang 1-0 Kelantan
2014 Pahang 2-2 Johor Darul Ta'zim FC [aet, 5-3 pen]

Pemenang-pemenang Piala FA pula adalah:

1990 Perak                      4-2 Selangor
1991 Selangor 1-0 Perak
1992 Sarawak 2-1 Kuala Lumpur
1993 Kuala Lumpur 2-1 Sabah
1994 Kuala Lumpur 3-1 Sabah
1995 Sabah 3-1 Pahang
1996 Kedah 1-0 Sarawak
1997 Selangor 1-0 Pulau Pinang
1998 Johor 1-0 Sabah
1999 Kuala Lumpur 0-0 Terengganu [aet, 5-3 pen]
2000 Terengganu 1-1 Pulau Pinang [aet, 4-3 pen]
2001 Selangor 1-0 Sarawak [aet]
2002 Pulau Pinang 1-0 Perak
2003 Negeri Sembilan 2-1 Perlis [asdet]
2004 Perak 3-0 Terengganu [aet]
2005 Selangor 4-2 Perak
2006 Pahang 0-0 Perlis [aet, 4-2 pen]
2007 Kedah 0-0 Perlis [aet, 4-2 pen]
2008 Kedah 3-2 Selangor
2009 Selangor 1-1 Kelantan [aet, 4-1 pen]
2010 Negeri Sembilan 1-1 Kedah [aet, 5-4 pen]
2011 Terengganu 2-1 Kelantan [aet]
2012 Kelantan 1-0 Sime Darby FC
2013 Kelantan 1-0 Johor Darul Ta'zim FC
2014 Pahang 2-1 Felda United FC

Di samping itu, disenaraikan juga pemenang Piala Sumbangsih atau yang kini dipanggil sebagai Piala Sultan Ahmad Shah:

1985 Selangor                   2-1 Pahang
1986 Johor 1-1 Singapura [5-4 pen]
1987 Selangor 1-0 Kuala Lumpur
1988 Kuala Lumpur 2-1 Pahang
1989 Singapurs 1-0 Kuala Lumpur
1990 Selangor 0-0 Kuala Lumpur [3-0 pen]
1991 Kedah 2-1 Selangor
1992 Pahang 2-0 Johor
1993 Pahang 5-0 Sarawak
1994 Kedah 1-0 Kuala Lumpur
1995 Kuala Lumpur 3-2 Pahang
1996 Selangor 2-0 Sabah
1997 Selangor 2-0 Kedah
1998 Sarawak 3-1 Selangor
1999 Perak 2-0 Johor
2000 Kuala Lumpur 2-1 Brunei [asdet]
2001 Terengganu 4-0 Perak
2002 Selangor 2-1 Terengganu
2003 Pulau Pinang 1-0 Selangor
2004 Selangor MPPJ FC 4-2 Negeri Sembilan
2005 Perak 2-2 Perlis [aet, 4-2 pen]
2006 Perak 4-1 Selangor
2007 Perlis 2-1 Pahang
2008 Perlis 0-0 Kedah [5-4 pen]
2009 Selangor 4-1 Kedah
2010 Selangor 2-1 Negeri Sembilan
2011 Kelantan 2-0 Selangor
2012 Negeri Sembilan 2-1 Kelantan
2013 ATM (Tentera) 1-1 Kelantan [4-3 pen]
2014 Pahang 1-0 Lions XII (Singapura)
2015 Johor Darul Ta'zim FC 2-0 Pahang

Merekod data bukan sahaja diperlukan untuk mengumpul maklumat tetapi juga amat berguna dalam meningkatkan pengetahuan agar setiap penambahbaikan boleh dikenal pasti. Seterusnya, pengetahuan tersebut bolehlah digunakan untuk melaksanakan agenda pembangunan bolasepak negara.

Ikuti sambungannya dalam Bahagian 2.

Rujukan:

http://www.iffhs.de/the-strongest-national-league-of-the-world/

http://www.rsssf.com/tablesm/malaychamp.html

DUNIA BOLA SEPAK