VIDEO: Renato Sanches, Juan Bernat & Thomas Muller ‘Gaduh’ Di Bangku Simpanan

2 pemain Bayern Munich Renato Sanches dan Juan Bernat didapati ‘bergaduh’ ketika semuanya duduk di bangku simpanan.

Perkara ini berlaku ketika aksi perlawanan Bundesliga antara FC Augsburg yang dimana keputusannya berakhir dengan jaringan 3-1 memihak Bayern Munich.

Mereka yang sedang bergurau ketika itu turut bertepuk-tampar sesama sendiri menjadikan video ini lucu!

Tambah menarik, Thomas Muller juga terlibat sama dalam ‘pergaduhan’ ini. Kali ini beliau ‘menentang’ Sanches pula!

Beyern Munich kini sudah memenangi 7 daripada 9 perlawanan yang dilalui mereka.

Gol-gol dihasilkan oleh Koo Ja Cheol untuk Augsburg dan 2 gol dari Robert Lewandowski serta 1 dari Arjen Robben.

Dengan kemenangan ini meletakkan Bayern Munich berada di puncak liga dengan 23 mata, 2 mata di hadapan pencabar terdekat – RB Leipzig.

Baca juga: Raumdeuter: Memahami Maksud Dan Peranan ‘Pentaksir Ruang’ Dalam Bola Sepak

The post VIDEO: Renato Sanches, Juan Bernat & Thomas Muller ‘Gaduh’ Di Bangku Simpanan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bintang Muda Benfica, Renato Sanches Sertai Mats Hummels Ke Bayern Munich

Belum pun jendela perpindahan musim panas 2016 bermula, Bayern Munich telah pun menandatangani 2 pemain baru – bintang muda Benfica, Renato Sanches dan pertahanan tengah Borussia Dortmund, Mats Hummels.

Mats Hummels yang mempunyai baki setahun dalam kontraknya telah manghantar surat memohon berpindah kepada Dortmund baru-baru ini.

Renato Sanches pula merupakan anggota kesebelasan utama Benfica yang melangkah ke suku akhir UEFA Champions League 2015/2016 meskipun baru berusia 18 tahun.

Renato Sanches – diburu Liverpool, Arsenal dan United

Bercakap mengenai perpindahan Sanches, Pengarah Eksekutif Bayern, Karl-Heinz Rummenigge berkata:

“Renato Sanches merupakan pemain tengah yang dinamik, bagus dari segi teknikal dan defensif.”

Pada November 2015 lepas, kontrak Sanches – yang dipilih sebagai Shooting Star oleh Persatuan Bola Sepak Portugal pada musim ini – telah diperbaharui oleh Benfica.

Dalam kontraknya ia mengandungi klausa perpindahan sebanyak €45 juta. SkySports melaporkan Bayern telah membayar yuran pendahuluan sebanyak €35 juta.

Sanches yang diminati oleh Liverpool, Arsenal dan Manchester United turut pernah ditinjau oleh Barcelona yang mencari pengganti jangka masa panjang Sergio Busquets.

Bayern perlu membayar yuran bonus tambahan kepada Benfica jika Sanches terpilih sebagai pemain Pasukan Terbaik Dunia atau FIFA World Player of the Year kelak.

Hummels bagai sirih pulang ke gagang

Mengenai Hummels pula, Ruminegge berkata:

“Mats (Hummels) adalah antara pertahanan tengah berkelas dunia. Beliau akan meningkatkan kualiti kami.”

Hummels bakal menandatangani kontrak baru dengan Bayern sehingga 2021.

SkySports melaporkan Bayern telah membayar harga yang diminta oleh Dortmund, iaitu €40 juta untuk mendapatkan servis Hummels.

Hummels yang berpindah ke Dortmund pada 2009 merupakan produk akademi Bayern Munich. Bagaimanapun beliau disisihkan oleh pengurus Bayern ketika itu, Jurgen Klinsmann yang lebih menggemari Holger Badtstuber.

mats-hummels

Hummels yang menyuarakan keinginannya untuk menyertai Bayern secara terbuka pada musim ini memberitahu laman web Dortmund:

“Ini merupakan pilihan yang sukar buat saya selepas lapan setengah tahun bersama Dortmund. Saya begitu bangga menyarung jersi Dortmund ini dan merupakan sebahagian daripada kelab luar biasa ini.”

Turut menyertai Sanches dan Hummels pada musim depan adalah pengurus baru mereka nanti, Carlo Ancelotti.

Baca juga: Dortmund Benarkan Hummels Ke Bayern, Kelab Sama Yang Pecat Bapanya 4 Tahun Lepas

The post Bintang Muda Benfica, Renato Sanches Sertai Mats Hummels Ke Bayern Munich appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA