Sains: Sorakan Penyokong Barca Ketika Gol Sergi Roberto Hasilkan Gempa Bumi

Sorakan penyokong Barca ketika meraikan gol kemenangan Sergi Roberto telah menghasilkan satu gegaran yang sangat kuat dan boleh dikatakan sebagai gempa bumi skala kecil.

Semua kita tahu bunyi itu terhasil daripada getaran. Getaran yang kuat ini telah membawa kepada gegaran pada skala minor di permukaan bawah tanah Camp Nou.

Sorakan 96,000 penyokong di Camp Nou pada malam itu memang luar biasa.

Seorang pakar seismologi, Jordi Diaz telah mengemukakan laporan beliau tentang hal ini.

Satu seismometer telah dipasang di Institute of Earth Sciences Jaume Almera. Ianya kira-kira 500 meter daripada Camp Nou, tempat berlangsungnya perlawanan Barca vs PSG.

Laporan Diaz mengesahkan ia adalah gegaran terkuat yang pernah dirakamkan oleh seismometer yang berada di institut tersebut, sejak ia dipasang 5 tahun yang lalu.

Ketika gol ke-2 dan ke-3 Barca, sorakan yang dihasilkan juga telah mewujudkan gegaran yang agak kuat daripada yang biasa ataupun yang pernah berlaku sebelum ini di Camp Nou.

Untuk gol ke-4 dan ke-5, kadar gegaran itu dikatakan agak normal seperti mana yang pernah direkodkan sebelum ini. Ianya tidak seperti ketika jaringan ke-2 atau ke-3 tadi.

Kebiasannya dalam perlawanan sebegini, jaringan ke-4 dan ke-5 pastinya akan lebih gegak gempita. Ianya mungkin kerana penyokong Barca tersentak selepas gol Edinson Cavani.

Namun gol ke-6 oleh Sergi Roberto telah mewujudkan satu gegaran kecil dan boleh dikatakan menyamai gempa bumi skala kecil.

Untuk tambahan, Jordi Diaz juga kerap juga mengukur gegaran yang terhasil daripada konsert besar yang dianjurkan di Camp Nou.

Ia adalah Earthquake Celebration!

Baca juga: Analisis Taktikal UCL: Taktikal High Pressing Barcelona Hampakan Taktikal Defensif PSG

The post Sains: Sorakan Penyokong Barca Ketika Gol Sergi Roberto Hasilkan Gempa Bumi appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Ketua Scout Hoffenheim Kesan Bakat Roberto Firmino Dari Football Manager

Kisah Roberto Firmino dan bola sepak sentiasa seperti kisah dongeng Disney. Daripada kisah bakatnya yang dikesan oleh doktor gigi yang kemudiannya menjadi ejen beliau.

Firmino juga menjadi pemain yang tidak diketahui posisi utama beliau pada peringkat awal. Ketika usia awal belasan tahun, beliau bermain sebagai bek tengah.

Jurulatih beliau mendapati beliau ada kaki yang pantas dan ditukarkan ke posisi tengah pertahanan. Hoffenheim mendapatkan khidmat beliau atas kapasiti pemain tengah.

rf

Namun melihatkan skil dan kemampuan beliau, Firmino ditukarkan ke sayap kiri dan kanan sebelum menjadi 9 jadian (false 9) sepanjang musim 2013/14. Kini beliau menjadi mesin penting di Anfield.

Football Manager Cadangkan Firmino Kepada Scout Hoffenheim

Menyoroti kisah bagaimana beliau mulai ke Eropah menyertai Hoffenheim, rupa-rupanya beliau dipantau/scouted melalui permainan popular Football Manager oleh Lutz Pfannenstiel dan rakannya.

Lutz Pfannenstiel adalah ketua pemantau bakat di Hoffenheim. Beliau antara individu yang bertanggunjawab untuk menerbangkan Firmino ke Hoffenheim dengan harga £3.5 juta pada 2011.

4 tahun kemudian, bintang Brazil ini dijual dengan £29 juta ke Liverpool.

Wartawan talkSPORT Paul Hawksbee bertanya :

“Lutz, Bercakap tentang Firmino, Anda berkata, telah menemui beliau di Football Manager, benarkah dia ke Hoffenheim dengan hanya £3.5 juta?”

“Ya, sekitar £3.5 juta,” jawab Lutz Pfannenstiel (gambar).

lutz

“Ramai yang merasakan pemain yang berusia 17-18 tahun, terutamanya yang dari divisyen 2 Brazil dengan harga tersebut seharusnya terus masuk ke dalam pasukan utama dan bermain.”

“Jadi ada yang merasakan anda membayar jumlah sebesar itu untuk pemain yang masih gagal menonjol.”

Pfannenstiel turut berpendapat langkah untuk mendapatkan Firmino melalui bantuan Football Manager dengan harga £3.5 juta adalah bisnes yang tepat.

Lutz turut memuji permainan tersebut dan berkata:

“Saya rasa ia (Football Manager) adalah pemantau bakat (scout) yang sangat bagus sekali.”

“Pada awalnya ramai yang tidak berpuas hati karena harga Firmino dinilai agak mahal untuk pemain yang berusia 20 tahun dan belum membuktikan apa-apa.”

“Dan akhirnya kami menjualnya dengan harga €42 juta euro dengan bonus tambahan.”

rf1

“Jadi akhirnya keputusan yang sangat tepat.”

Roberto Firmino kini menjadi pemain utama di Liverpool dan juga Brazil. Beliau sudah menjaringkan 5 gol dan 3 assist daripada 10 perlawanan EPL setakat ini.

Baca juga :
Urus Fiorentina 154 Musim, Lelaki Ini Catat Rekod Dunia Main Football Manager

The post Ketua Scout Hoffenheim Kesan Bakat Roberto Firmino Dari Football Manager appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Alexis Sanchez dan Roberto Firmino, Kebangkitan Semula 9 Jadian Di EPL

Terminologi false 9 atau 9 jadian ini pernah kami huraikan di dalam artikel lama kami yang mungkin anda boleh baca kembali untuk mengerti maksudnya lebih mendalam.

Sistem ini merujuk kepada penggunaan pemain bukan target man sebagai penyerang utama.

Ramai percaya sistem ini pada awalnya digunakan oleh pasukan kebangsaan Austria pada 1934, namun ketiadaan bukti video membuatkan amat sukar untuk penganalisis mengiktiraf hal itu dengan lebih kuat

Pada era total football, Johan Cruyff dan penyerang Hungary, Nandor Hidegkuti menunjukkan cara bermain sistem ini. Pada hari ini pemain terbaik dunia, Lionel Messi adalah raja kepada sistem ini.

9 Jadian Di EPL

Sebelum ini di EPL kita melihat Arsene Wenger pernah menggunakan Robin Van Persie yang merupakan penyerang sayap menjadi 9 jadian ini.

Namun atas sebab fizikal beliau yang memang jenis target man, pengulas mula membuang terma 9 jadian pada Van Persie dan menganggap beliau sebagai 9 tulen selepas itu.

Van Persie sendiri tidak bermobiliti tinggi setelah bermain di serangan. Dalam erti kata lain, Wenger menukar (convert) pemain penyerang sayap menjadi no.9 tulen sebenar.

Kes yang sama berlaku di Old Trafford apabila Alex Ferguson kerap menggunakan penyerang bayangan (shadow striker) sebagai penyerang utama. Wayne Rooney dan Tevez kerap menggalas tugas itu termasuk Ronaldo.

tevez

Trio Tevez-Rooney-Ronaldo pernah dianggap antara trio terbaik di dunia.

Ketika Brendan Rodgers kehilangan Luis Suarez dan juga krisis kecederaan Sturridge beliau pernah menjadikan Sterling sebagai 9 jadian.

Begitu juga di Everton, sebelum ini Naismith pernah memegang peranan ini di bawah kendalian Roberto Martinez.

during the Barclays Premier League match between Everton and Liverpool at Goodison Park on October 4, 2015 in Liverpool, England.

during the Barclays Premier League match between Everton and Liverpool at Goodison Park on October 4, 2015 in Liverpool, England.

Konsep Dan Kefahaman Taktikal Berpasukan

Sistem ini kerap menjadi pilihan kerana ia lebih mobiliti dan ada juga kerana pelan kecemasan.

Pemain yang menggalas tugas ini adalah penyerang kedua atau penyerang bayangan yang ada set skil yang baik serta boleh turun naik.

Namun begitu, ia memerlukan satu pasukan yang memahami bahawa mereka tidak memiliki pemain yang duduk di dalam kotak penalti sepanjang masa.

Kefahaman taktikal seperti ini yang akan mempengaruhi keupayaan sistem ini ‘melekat’ di dalam sistem mereka.

Liverpool Dan Arsenal 2016

Pada musim ini, kita dapat melihat 2 pasukan utama yang bergantung kepada sistem 9 jadian ini iaitu Arsenal dan Liverpool.

Klopp tidak bersembunyi bahawa Firmino sentiasa menjadi pilihan utama beliau sebagai penyerang utama.

Namun untuk Arsene Wenger, ramai pemerhati masih tertanya-tanya adakah beliau akan mengekalkan Alexis Sanchez dengan peranan ini selepas kembalinya Olivier Giroud.

2 pasukan ini menjadi sangat menarik untuk ditonton dengan sitem 9 jadian mereka. 47 gol telah dicetak oleh kedua-dua pasukan setakat ini dalam EPL, 23 oleh Arsenal dan 24 oleh Liverpool.

Kebanyakan perlawanan mereka adalah mennggunakan tiada penyerang tulen.

Ini menunjukkan 2 pasukan ini tetap produktif dengan sistem ini setakat ini. Hanya Manchester City (24) dan Spurs (21) yang turut menjaringkan lebih 20 gol selain Liverpool dan Arsenal setakat perlawanan ke-10.

Liverpool Dan Firmino

Firmino dikeliligi oleh pemain-pemain seperti Philippe Coutinho, Adam Lallana dan Sadio Mane. Ketika beliau turun ke bawah, biasanya Sadio Mane dan Lallana akan berada di hadapan beliau.

firmino3

Masalah musim lalu yang jelas sudah diperbaiki Klopp. Musim lalu, apabila Firmino turun ke bawah untuk membantu pertahanan, Liverpool ada masalah dengan serangan balas.

Eksploitasi ruang oleh Liverpool sangat baik setakat ini dengan sistem yang lebih cair (fluid). Alan Pardew selepas perlawanan menentang Liverpool berkata:

“Firmino memainkan peranan itu (penyerang) dengan sangat bijak. Anda tidak tahu di mana dia akan berada, dan ia sangat jarang dilakukan penyerang utama.”

“Dia menarik pertahanan keluar, tiba-tiba muncul di bahagian tengah. Ketika dia berada bahagian tengah (lebih deep), ada pemain lain yang menggantikan dia di atas.”

“Dia seperti piston dalam enjin yang bekerja di dalam padang.”

Liverpool kelihatan tidak ada peranan khas kepada front 4 atau front 6 mereka musim ini.

Coutinho, Lallana dan Mane sering bertukar-tukar peranan dan cuba untuk cut inside dan masuk ke dalam kotak penalti. Kelebaran(width) pasukan akan dibekalkan oleh bek sisi iaitu, Milner dan Clyne.

Klopp mengulas tentang Firmino:

“Roberto seorang pemain yang sentiasa terlibat dalam serangan dan ketika bertahan. Dia sangat suka melakukan perkara-perkara seperti menekan (pressing), kerana ia salah satu kemahiran semula jadi beliau (Firmino adalah bekas pemain pertahanan).”

Ini adalah heatmap Firmino menentang Hull City yang jelas bukan pemain yang sesuai untuk pertahanan kenakan kawalan ketat dengan man to man marking. Peranan beliau benar-benar sebagai floating attacker.

firmino1

Arsenal Dan Alexis Sanchez

Dari segi fluiditi, Arsenal memang terkenal dengan aspek ini sejak dari dulu. Wengerball?

Jadi tugasan Wenger mungkin lebih mudah berbanding Klopp untuk memasukkan pemain seperti Sanchez ke dalam sistem ini.

sanchess

Baca juga: Bagaimana Arsenal Guna Sistem False 9 & Deep Lying Playmaker Dengan Alexis & Xhaka

Namun sebenarnya silap, Wenger mengakui dia sangat sukar memasukkan Sanchez ke dalam pasukan untuk bermain sistem 9 jadian ini.

Paling ketara pada awal musim ini, apabila ada Ozil beliau nampak menjadi, namun tanpa Ozil Sanchez nampak kurang efektif. Contoh yang jelas adalah pada perlawanan pertama menentang Liverpool.

Wenger mengakui dia memang merancang untuk menjadikan Sanchez sebagai penggempur utama sebelum ini. Ini kerana beliau gemar melihat penyerang yang bermobiliti tinggi dalam pasukan yang sedia ada.

Kemasukan Mesut Ozil dan peningkatan mendadak oleh Iwobi berjaya membantu Sanchez untuk mendapat rentak lebih awal. Dan kini, kami percaya Sanchez sudah boleh bermain tanpa Ozil dalam sistem ini.

sancq

Komen Wenger tentang Sanchez adalah:

“Saya pernah mencuba dia beberapa kali untuk bermain sistem ini sebelum ini, namun hasilnya tidak meyakinkan.”

“Pada masa itu saya terfikir sama ada saya buat keputusan yang salah dan harus berhenti; atau saya perlu yakin dia pemain yang betul dan perlu berikan dia lebih masa?”

“Dua perlawanan pertama musim ini saya tidak begitu yakin dan keliru. Tetapi selepas perlawanan demi perlawanan, dia semakin meningkat dan bermain lebih baik dalam sistem ini.”

Sanchez kerap turun ke zon 14 atau lebih ke bawah. Pada ketika ini gerakan dari arah lain di sekitar beliau akan digerakkan oleh Ozil, Alex Iwobi dan Theo Walcott/Alex Oxlade-Chamberlain.

Ketika pemain di sayap cuba masuk ke dalam, Sanchez akan mencari ruang tertentu untuk menerima bola atau untuk potensi memenangi bola kedua.

Ini adalah heatmap Sanchez ketika menentang Sunderland. Jelas sekali beliau berlegar di tengah terutama di zon 11 dan 14.

sanchez

Kesimpulan

Jelas Wenger dan Klopp sudah mendapat formula terbaik untuk serangan mereka setakat ini. Kami rasakan Giroud dan Sturridge adalah pilihan kedua atau pelan kedua atau ketiga pasukan.

Daripada penjelasan Klopp dan Wenger, kita dapati, Klopp mengambil masa yang lama untuk membentuk pasukan. Ini kerana rata-rata pemain tidak begitu komprehensif dalam sistem ini sebelum ini.

Buktinya pada musim lalu, Firmino tidak mendapat sokongan sebaik pada hari ini dalam sistem ini.

Wenger pula mengambil masa yang agak lama untuk membentuk pemain kerana beliau memang ada pasukan yang boleh bermain sistem 9 jadian seperti Ozil (Jerman) dan graduan Arsenal sendiri.

Yang pasti adalah, membangunkan sistem ini dalam pasukan bukan sesuatu yang mudah kerana ia melibatkan 10 lagi pemain lain.

Selain Liverpool dan Arsenal 2 lagi pasukan yang kerap menggunakan sistem ini musim ini adalah Southampton, dengan Nathan Redmond dan West Ham menguji dengan Michail Antonio.

Baca juga : Pengenalan Kepada Taktik Licik “The False 9”

The post Alexis Sanchez dan Roberto Firmino, Kebangkitan Semula 9 Jadian Di EPL appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA