Thaipusam & Bola Sepak: Macam Mana Bola Sepak Boleh Dikaitkan Dalam Sambutan Thaipusam?

Thaipusam mungkin bukanlah sambutan perayaan yang disambut secara besar-besaran atau dalam tempoh yang lama seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali atau Tahun Baharu Cina.

Namun bagi mereka yang menyambutnya, ia adalah satu sambutan yang cukup besar lagi bermakna bagi mereka.

Apa itu Thaipusam?

Bagi yang tidak tahu, sambutan Thaipusam adalah sambutan penganut beragama Hindu dan majoriti penyambutnya adalah dari komuniti Tamil.

Sambutan dalam kalendar Tamil itu dilakukan ketika bulan penuh sekitar pada bulan Januari dan juga Februari.

Sambutan ini dapat dilihat di benua Asia di negara-negara seperti Malaysia, Singapura, India, Mauritius dan Amerika Syarikat.

Malah sambutan Thaipusam di Malaysia dikatakan lebih meriah berbanding dengan sambutan di tanah India sendiri!

Kavadi

Salah satu elemen sambutan dalam sambutan Thaipusam adalah Kavadi.

Apa itu Kavadi? Ia merupakan sebuah persembahan yang dilakukan oleh para penyambut sambutan Thaipusam ini untuk menunjukkan simboliknya keimanan mereka kepada Tuhan Perang Hindu – Murugan.

Kavadi ataupun dalam bahasa Melayu bermaksud “Tarian Beban” memerlukan seseorang individu yang mahu melakukan tarian tersebut perlu berpuasa selama 48 hari sebelum Thaipusam.

Ia dilakukan sebagai ‘membersihkan’ diri mereka dan mereka perlu makan makanan Satvik sahaja sekali sehari.

Dan pada hari Thaipusam, mereka perlu mencukur kepala mereka serta membawa membeban atau melakukan disiplin paling ringan iaitu membawa bekalan susu.

Selain itu, mereka perlu membawa beban ketika berhadapan dengan Tuhan Perang Hindu itu.

Bola sepak dalam kavadi

Dalam sambutan Thaipusam, bola sepak juga tidak terlepas dari di bawa ke dalam sambutan tersebut.

Lazimnya, kavadi akan berupa seperti burung merak dengan bulu-bulu burung merak digunakan untuk menghiasi kavadi tersebut.

Namun begitu, ada sesetengah individu mencorakkan kavadi mereka dengan logo pasukan bola sepak kesayangan mereka!

Terdapat sebuah kavadi yang direka dengan menggunakan logo Manchester United sebagai simbolik kesetiaan kepada pasukan tersebut.

Kredit: Forum Lowyat

Malah terdapat juga kavadi yang direka dengan menggunakan logo Liverpool.

Perkara ini nyata mengundang rasa tidak senang bagi mereka yang traditionalist. Bagi mereka, tradisi tidak perlu diubah sebaliknya kekalkan sahaja dengan corak kavadi yang sering digunakan sejak bertahun lamanya.

Malah di Facebook, terdapat sebuah laman peminat (fan page) yang anti-kavadi bercorakkan bola sepak dan juga politik.

Laman Respect Our Culture Say No To Football & Political Cavadi merupakan sebuah laman Facebook yang secara terang-terangan tidak mahu kavadi diubah-ubah dengan bentuk bola sepak dan juga unsur politik.

Kesimpulan

Bagi kami, tidak kira sambutan agama sekalipun. Adalah tidak wajar untuk mengubah sesetengah perkara mengikut kemahuan kita jika ia boleh mengugat iman kita kepada Tuhan.

Sebaliknya, kekalkan sahaja apa yang sudah lama dilakukan sekiranya ia memberi kesan yang baik. Kata orang putih, don’t fix it when ain’t not broken.

Selamat menyambut Hari Thaipusam dari seluruh warga kerja Semuanya BOLA.

Baca juga: Mengapa Mesut Ozil Sentiasa Hilang Dalam Perlawanan Besar? Ini Justifikasi Statistik Opta

The post Thaipusam & Bola Sepak: Macam Mana Bola Sepak Boleh Dikaitkan Dalam Sambutan Thaipusam? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Major League Soccer Uji Konsep Pengadil Dibantu Video, Dapat Sambutan Positif

Bola sepak semakin berevolusi dan mengalami perubahan setiap tahun.

Namun, ada satu pembaharuan yang bakal merubah wajah pengadilan bola sepak secara keseluruhan.

Perubahan itu adalah – pengadil boleh mendapatkan bantuan video ketika melakukan keputusan. Ia dikenali sebagai Video Assistant Referee (VAR).

Amerika Syarikat tampil sebagai penguji pertama

Major League Soccer (MLS) menjadi antara liga terawal di seluruh dunia yang dipilih untuk melakukan ujian terhadap sistem VAR ini.

Selain daripada MLS, liga-liga lain yang dipilih untuk menguji VAR ini adalah A-League Australia, Bundesliga dan Serie A Brazil.

Ketika kursus taklimat pengenalan VAR yang dianjurkan oleh International Football Association Board (IFAB) di Red Bulls Arena (gelanggang rasmi New York Red Bulls), usul menggunakan VAR untuk membantu pengadil mendapat sambutan yang baik dari peserta.

Setiausaha IFAB, Lukas Brud (gambar bawah) berkata peraturan ini dapat menambahbaik sistem pengadilan yang sedia ada.

f05628c3-76bf-4072-a5e5-8733b7d518d4

“Kami percaya dengan adanya ujian tambahan, dapat membantu kami untuk memperbaiki eksperimen terhadap protokol dan menlaksanakan prosedur yang menjadi kunci kepada kejayaan pada ujian seterusnya.”

MLS pada mulanya akan menggunakan United Soccer League (USL) iaitu liga divisyen ketiga Amerika Syarikat sebagai tempat untuk menguji VAR.

Kommisioner MLS, Don Garber (gambar bawah) juga merasakan VAR dapat membantu bola sepak.

don-garber

“MLS adalah liga yang selalu mahu menggunakan teknologi dalam meningkatkan kualiti permainan, dan kami gembira kerana menjadi sebahagian daripada projek VAR ini.”

“Kami percaya sudah tiba masanya untuk sebuah mekanisma diwujudkan untuk membantu pengadil daripada melakukan keputusan yang salah yang boleh mengubah keseluruhan perlawanan.”

Bagaimana VAR akan berfungsi?

VAR akan membuatkan pengadil tambahan mempunyai ‘kerja’ tambahan ketika perlawanan.

Hal ini kerana pengadil tambahan akan memegang pad di tepi padang.

Dalam pad tersebut, terdapat video feed perlawanan yang dirakam dari pelbagai sudut kamera.

VAR akan digunakan untuk menilai situasi-situasi penting seperti:

  • Jaringan gol
  • Keputusan penalti
  • Insiden yang melibatkan pemberian kad merah secara terus
  • Kesilapan ketika melakukan keputusan

Sistem komunikasi khas juga akan diwujudkan diantara VAR dengan ketua pengadil untuk memberitahu jika ada kesilapan terhadap keputusan yang dibuat.

Ujian pertama sistem VAR

Sistem VAR digunapakai untuk ujian buat kali pertama di perlawanan USL melibatkan New York Red Bulls II dan Orlando City B.

Starkey-23.0.0

Hasil ujian itu ternyata membuahkan hasil yang sangat positif apabila situasi kontroversi berjaya diselesaikan menggunakan teknologi VAR.

Seperti contoh, apabila terdapat insiden dimana pemain pertahanan Orlando City B menjatuhkan pemain New York Red Bulls II dikawasan 18 meter.

Insiden itu menjadi kontroversi kerana dari mata kasar penonton, tidak jelas sama ada pemain dijatuhkan di luar atau dalam kotak penalti.

Pengadil bagaimanapun tidak teragak-agak memberikan kad merah terus kepada pemain Orlando City B dan sepakan percuma kepada pasukan New York Red Bulls II.

Pengadil perlawanan kemudiannya menggunakan sistem VAR untuk menyiasat insiden itu.

Ternyata keputusannya memberikan kad merah dan sepakan percuma itu tepat kerana kesalahan yang dilakukan adalah ‘professional foul’ iaitu menafikan peluang menjaringkan gol yang jelas.

_90777974_red_card3

Ujian ini masih lagi di peringkat awal. IFAB mempunyai masa sehingga sekurang-kurangnya 2018 atau 2019 untuk melakukan keputusan sama ada ingin mewajibkan peraturan ini dilaksanakan di setiap pertandingan bola sepak ataupun tidak.

Baca juga: 10 Perubahan Buku Peraturan FIFA Yang Perlu Anda Tahu

The post Major League Soccer Uji Konsep Pengadil Dibantu Video, Dapat Sambutan Positif appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Sambutan Istimewa Untuk Wira ‪JDT‬– Sultan Johor

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah satu sambutan khas akan diadakan untuk menyambut kejayaan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) selepas berjaya mengharumkan nama negara dan Johor khususnya dengan merangkul kejuaraan Piala AFC 2015 di Dushanbe, Tajikistan.

“Kami akan memberikan sambutan istimewa untuk seluruh barisan JDT pada saat kepulangan kamu nanti kerana kamu layak menerima yang terbaik.”

“Saya berterima kasih kepada JDT kerana telah mengharumkan nama Johor ke persada dunia.”

Di dalam laman sosial Facebook rasmi miliknya, baginda juga bertitah rakyat Johor amat berbangga dengan kejayaan pasukan tersebut menundukkan Istiklol FC, 1-0.

“Tahniah Johor Darul Ta’zim! (JDT). Anda telah menempa sejarah dengan memenangi Piala Asian Football Confederation dan kami semua amat berbangga dengan kejayaan kamu.”

“Ini adalah saat yang sarat dengan emosi dan kegembiraan bagi kami yang berada di Dushanbe untuk memberikan sokongan kami kepada JDT, begitu juga pada seluruh rakyat Johor yang menyaksikan perlawanan akhir Piala AFC di kaca TV” titahnya.

Sumber: http://www.johortimes.my/2015/11/sambutan-istimewa-untuk-wira-jdt-sultan-johor/
Johor DT

Incoming search terms: