Stadium Darul Aman Bakal Tinggal Sejarah, Apa Reaksi Anda?

Semalam dalam satu status facebook yang dimuat naik oleh ALOR SETAR – Better City for Better Life menyebut tapak Stadium Darul Aman yang ada sekarang bakal digunakan untuk pembangunan urbanisasi.

Ianya sebahagian daripada program dalam Draf Perancangan Majlis Bandaraya Aor Setar (MBAS) 2035.

Untuk pengetahuan semua, Stadium Darul Aman telah beroperasi sejak 1962.

Tapak stadium yang sedia ada sekarang telah dikenalpasti sebagai kawasan strategik untuk pusat pelbagai pembangunan.

MBAS juga mencadangkan agar stadium baru untuk pasukan bola sepak Kedah akan dibina di Stargate yang merupakan tanah bendang.

Berdasarkan tinjauan kami, rata-rata penyokong Kedah kurang bersetuju dengan cadangan ini.

Mereka lebih memilih untuk kekal di tapak yang ada sekarang kerana ia lebih mudah untuk diakses.

Tambahan pula, jika benar tapak baru itu adalah tanah bendang, ianya dikhuatiri tidak sesuai.

Selain itu, pihak MBAS perlu mengambil kira isu kos yang lebih tinggi untuk membina stadium baru.

Jadi, pilihan yang lebih baik seperti menggunakan duit yang ada untuk penambahbaikan stadium.

Ini termasuk penambahan kapasiti stadium yang sedia ada sekarang.

Mereka turut mengambil contoh kelab seperti Chelsea dan Liverpool yang hanya perbesarkan lagi stadium mereka.

Ini kerana, sentimen penyokong ke atas stadium juga harus diambil kira.

Ianya nampak remeh, namun sebagai peyokong bola sepak sejati, hanya mereka yang tahu akan rasa sayang dengan stadium yang sudah lama menjadi rumah mereka.

Apa pula kata anda? Ia mungkin ada pro dan kontra. Pihak yang melakukan perancangan ini harus ada kajian sedalam-dalamnya.

Pembinaan stadium bola sepak perlu mengambil kira pelbagai faktor.

Baca juga: Kerana Kebencian, Penyokong Dortmund Serang Penyokong RB Leipzig

The post Stadium Darul Aman Bakal Tinggal Sejarah, Apa Reaksi Anda? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Derby Della Capitale: Sejarah Permusuhan Diantara Dua Jaguh Bola Sepak Rom

Bila bercakap mengenai kota Rom, pasti kita akan teringat kisah pahlawan-pahlawan ataupun gladiator yang bertarung di Coliseum.

Namun begitu, bila sebut mengenai kota Rom dalam terma bola sepak. Pasti perkara yang akan diingati adalah Derby Della Capitale antara AS Roma dan Lazio.

Gerakan politik

Jika dibuka semula arkib sejarah, Lazio merupakan kelab pertama yang muncul di kota Rom apabila ia ditubuhkan pada 9 Januari 1900.

Lazio ditubuhkan di sebuah daerah yang bernama Prati dan bermain di kawasan tempat tinggal pihak kelas atasan di Parioli.

27 tahun kemudian, diktator Benito Mussolini bercadang ingin mencipta satu kelab bola sepak yang merupakan hasil daripada penggabungan kesemua kelab bola sepak yang ada di Rom.

Tujuannya hanya satu – menamatkan dominasi kelab-kelab yang berpengkalan di utara Itali.

Mussolini mengajak semua kelab untuk bergabung termasuk Lazio sendiri untuk bersatu menjadi satu kelab Rom yang unggul. Namun mereka menolak untuk bersama-sama menyertai gabungan tersebut.

Semua ini kerana hasil daripada pengaruh jeneral fascist Giorgio Vaccaro yang menyebabkan Lazio tidak menyertai gabungan tersebut.

Maka pada tarikh 22 Julai 1927, tertubuhlah AS Roma hasil gabungann 3 kelab ketika iaitu – Roman, Alba-Audace dan Fortitudo.

Dalam masa yang sama, sejak saat inilah kota Rom terpecah kepada 2. Satu menyebelahi Lazio dan satu lagi menyebelahi AS Roma.

Dekat tapi jauh

Seperti AC Milan dan Internazionale, AS Roma dan Lazio juga berkongsi stadium yang sama sebagai gelanggan rasmi mereka.

Walaupun berkongsi di dalam satu rumah yang sama, namun jiwa kedua-dua kelab ini saling berjauhan.

Selepas Stadio Olimpico siap, kedua-dua pasukan memilih untuk bermain di stadium tersebut.

Secara tradisinya sejak dahulu, penyokong Lazio akan menguasai teres utara (Curva Nord) stadium manakala penyokong AS Roma menguasai teres selatan (Curva Sud).

webcurvasud_romalazio_46133528

Lazio dan AS Roma bukan sahaja bermusuh kerana Lazio tidak mahu menyertai gabungan AS Roma ketika penubuhan mereka.

Namun begitu, mereka juga sering bertarung untuk menjadi jagoan terulung di kota Rom.

Mereka bertarung untuk menjadi kelab terhebat di kota Rom. Seterusnya menjadi wakil utama Rom untuk mencabar kelab-kelab utama Itali yang lain seperti Juventus, AC Milan dan Internazionale.

Insiden kecoh

Derby Della Capitale merupakan pertembungan paling ganas di Itali. Malah, antara yang terganas dalam dunia bola sepak.

Perlawanan ini tidak pernah lekang dari insiden panas. Sebagai contoh pada 2004, perlawanan diantara 2 kelab ini telah digantung kerana terdapat insiden tidak diingini berlaku.

Hal ini berlaku pada separuh masa kedua apabila sekumpulan penyokong bertindak liar selepas mereka mendapat tahu pihak polis telah membunuh kanak-kanak lelaki dengan kereta di luar stadium.

Namun begitu, pasukan perubatan telah mendapat tahu yang budak lelaki tersebut sebenarnya hanya mengalami masalah pernafasan akibat terhidu gas pemedih mata.

Walaupun khabar angin itu telah dinafikan menerusi pembesar suara di stadium, akan tetapi majoriti penyokong tetap tidak boleh menerima penafian tersebut.

Hal ini memaksa kapten AS Roma, Francesco Totti untuk meminta agar perlawanan ini ditangguhkan serta merta.

sp4766ea

Permintaan Totti ini ditunaikan oleh presiden Serie A, Adriano Galliani. Beliau terus mengarahkan pengadil perlawanan menggantung perlawanan.

Perlawanan di stadium berjaya dihentikan. Namun perlawanan di luar stadium tidak.

Penyokong bertempur bersama dengan pihak polis dan menyaksikan 13 orang penyokong ditahan. Dan 170 pihak polis cedera akibat pertempuran itu.

Kain rentang provokasi

Selain aksi panas di padang. Derby Della Capitale juga tidak lekang dengan persaingan diantara para penyokong ketika berada di Curva masing-masing.

Persaingan yang dimaksudkan adalah kedua-dua penyokong saling berbalas sorakan yang berunsurkan provokatif serta kain rentang yang sering diselitkan dengan mesej provokasi.

169518405

Sebahagian kecil penyokong Lazio terdiri daripada golongan yang didorong dengan ideologi fascist. Oleh itu mereka sering menayangkan kain rentang berbentuk perkauman kepada penyokong dan pemain AS Roma.

Pemain kulit gelap AS Roma juga sering menjadi sasaran kumpulan kecil penyokong Lazio ini. Pernah satu ketika, penyokong Lazio menayangkan kain rentang yang tertulis “Pasukan yang dipenuhi pemain kulit hitam (niggers) dan Yahudi.”

Pengurusan kelab Lazio bagaimana pun pernah menjauhkan diri dari kumpulan penyokong yang bersifat perkauman ini. Bagi mereka, kumpulan penyokon ini hanya memberikan masalah kepada pengurusan kelab.

Namun dalam masa yang sama, penyokong AS Roma juga pernah menayangkan kain rentang berbentuk perkauman sebagai tindak balas.

Kesimpulan

Derby Della Capitale ini sebenarnya pertembungan yang berskala kecil sahaja. Hal ini kerana, perlawanan ini lazimnya tidak akan menentukan kejuaraan liga seperti perlawanan Derby Della Madonnina atau Debry D’Italia.

Namun begitu, kisah luar padang dan sejarah permusuhan 2 kelab Rom ini telah menyebabkan mengapa perlawanan ini merupakan perlawanan terulung di Itali dan juga dunia bola sepak umunya.

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Derby Della Madonnina: Permusuhan Dua Gergasi Itali Yang Masih Lagi Tidur

The post Derby Della Capitale: Sejarah Permusuhan Diantara Dua Jaguh Bola Sepak Rom appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Sejarah Dan Perkembangan Kontrak Pemain Dalam Bola Sepak

Pada hari ini, kadar purata gaji seorang pemain EPL adalah pada paras £44,000 seminggu. Lantas ada penganalisis berpendapat, pemain yang berpendapatan £1 juta seminggu semakin hampir.

Ia adalah berkait rapat dengan pemberian kontrak kepada seseorang pemain. Jadi, apa itu kontrak dalam bola sepak?

Sejarah Kontrak Dalam Bola Sepak

Mark Lawrenson berkata:

“Dahulu kontrak pemain hanya dalam 4 atau 5 helaian kertas. Namun pada hari ini ia adalah satu buku novel”

Ramai yang percaya kontrak dalam bola sepak dapat dikesan seawal tahun 1863 di Tudor. Ini apabila pelajar Universiti Cambridge memperkenalkan peraturan kontrak dalam pasukan ragbi.

Pada tahun yang sama, Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA Inggeris) telah ditubuhkan, konsep ‘profesionalisme’ pertama kali diwujudkan dan ia dilindungi oleh undang-undang.

Ini membolehkan pemain bola sepak mendapatkan lebih banyak wang untuk bermain peringkat tertinggi. Enam tahun kemudian, had gaji minimum adalah pada paras £4 seminggu diperkenalkan.

Permintaan gaji oleh para pemain semakin meningkat. 50 tahun kemudian berlaku peningkatan tiga kali ganda dalam gaji pemain. Pemain berpendapatan £12 seminggu wujud pertama kali pada musim 1947.

Maka wujudlah istilah terlebih bayaran atau overpaiddek kerana gaji £12 seminggu tersebut.

Pemain Fulham yang juga Pengerusi Kesatuan Pemain (PFA) ketika itu, Jimmy Hills telah memperjuangkan kenaikan gaji pada pemain kerana kuasa komersial ke atas imej pemain semakin kuat.

jimmy-hills

Hills berkempen untuk memansuhkan gaji minimum £20 seminggu pada tahun 1961. Ia tercatat dalam salah satu kejayaan terbesar dalam sejarah PFA.

Pemain 3 Angka Pertama

Bola sepak Inggeris dikejutkan dengan bayaran 3 angka seminggu yang pertama untuk pemain bola sepak milik penyerang Scotland, Johnny Haynes.

S114 LP3D - 15TH APRIL 1961 QUEEN PRESENTS THE INTERNATIONAL TROPHY TO HAYNES THE QUEEN wearing a dress and coat of primrose-coloured tweed with a matching hat, smilingly shakes hands with the English soccer captain, inside left Johnny Haynes of Fulham as she presents the British International Championship to him at Wembley Stadium to-day (Saturday). The Queen and the Duke of Edinburgh had watched England score a 9-3 vistory over Scotland. Haynes - like the other players - was wearing a black armband as a tribute to the memory of Mr. Arthur Drewry, the FA Chairman who died recently.

Haynes menerima £100 seminggu dan ia dianggap kejayaan penting bagi Kesatuan Pemain walaupun ramai tidak menyenanginya kerana hanya dengan bermain bola sepak anda boleh mendapat  £100 seminggu.

Baru-baru ini, Manchester United telah mengumukan kontrak baru untuk pemain remaja Marcus Rashford yang dilaporkan bernilai £20,000 seminggu.

Kira-kira 22 tahun yang lalu, bintang sensasi Chris Sutton telah menandatangani kontrak lumayan £10,000 seminggu di Blackburn Rovers pada 1994.

sutton

Kenaikan Mendadak Kepada 6 Angka

Pada tahun berikutnya, 1995 adalah tahun pengenalan kepada peraturan Bosman yang membolehkan pemain yang tamat kontrak berhak untuk mendapatkan perpindahan percuma tanpa melalui kelab semasa.

Selepas itu, berlaku gelombang lebih besar dalam gaji pemain. Pada November 2016, Wayne Rooney dan Lionel Messi menerima bayaran £300,000 seminggu.

rooney

Pada hari ini terlalu ramai bintang bola sepak yang menerima gaji lebih daripada £100,00 seminggu. Betapa drastiknya perubahan dalam gaji pemain.

Komponen Kontrak Pemain Bola Sepak

Apabila seorang pemain menurunkan tandatangan ke atas kertas kontrak, ini bermakna mereka sudah bercakap dengan kelab yang sedia ada ataupun kelab baru di sebuah kelab.

walker

Ada beberapa perkara biasa yang biasanya dibincangkan. Matthew Buck daripada PFA menjelaskan bahawa kontrak pemain bola sepak umumnya akan mengandungi:

1. Gaji pokok

Gaji asas pemain tanpa melibatkan bonus ataupun bayaran tambahan.

2. Bayaran ketika menandatangani kontrak (signing on fees)

Bayaran kepada pemain dan biasanya ejen sebaik sahaja pemain menurunkan tanda tangan pada kertas kontrak baru. Ejen dibayar kerana menjadi perantara dalam perbincangan kontrak.

3. Bonus kesetiaan

Sejumlah wang yang dibayar selepas pemain menamatkan tempoh kontrak mereka secara bersih.

4. Bayaran berdasarkan objektif tertentu ataupun berdasarkan jumlah penampilan

Imbuhan tambahan seperti berapa sasaran gol untuk pemain tersebut. Ada juga yang dibayar untuk setiap gol dan assist. Bonus penampilan biasanya untuk pemain yang dikhuatiri tidak mampu bermain lebih kerap.

Ada juga bayaran bonus berdasarkan disiplin dan banyak lagi.

5. Sub-perjanjian untuk hak imej

Membolehkan kelab menggunakan pemain untuk publisiti kelab. Imej merangkumi rupa, suara dan lain-lain.

6. Klausa tambahan lain yang boleh jadi diminta oleh kelab atau pihak pemain

Klausa khas atas persetujuan bersama.

Kuasa Ejen Dan Kuasa Pemain vs. Kelab

Ejen dalam bola sepak digambarkan sebagai opportunist dan kerap menipu demi kepentingan peribadi. Namun begitu mereka adalah komponen terpenting dalam perihal kontrak pemain.

mino

Sebab itu wujud terma bayaran perkhidmatan ejen. Mereka boleh menjadi talian bantuan, dan pada masa yang sama boleh menjadi batu api.

Misalnya, Aitor Karanka mengakui Jorge Mendez banyak membantu beliau dalam memujuk pemain di bawah naungan agensi beliau untuk menyertai Middlesbrough musim ini.

Manakala, Pep Guardiola pula menuduh ejen Yaya Toure mengeruhkan lagi keadaan dalam isu pemain tersebut kerana panik dengan nilai pasaran pemain tersebut yang menurun.

Ejen biasanya akan cepat memberikan tekanan kepada pengurusan kelab supaya menaikkan gaji apabila ada pemain mereka yang beraksi cemerlang.

Carlos Tevez selepas beraksi cemerlang bersama Manchester City hampir membuat perpindahan ke Bayern Munich. Ejen beliau meminta £400,00 seminggu namun perjanjian tidak dipersetujui oleh Tevez dipercayai kerana terlalu banyak klausa dalam kontrak.

Ejen akan cuba mempengaruhi pemain untuk pergi ke kelab yang menawarkan mereka gaji lebih lumayan sekiranya kelab sedia ada enggan berbuat demikian atau menawarkan gaji lebih rendah.

Walaupun banyak kontrak yang melibatkan pemain berbakat mencecah 4 atau 5 tahun, sebaliknya hampir setiap tahun atau 2 tahun sekali mereka akan mendesak kelab untuk mengubah beberapa klausa pada kontrak semasa pemain, terutamanya kenaikan gaji.

Ejen secara tidak langsung memberikan kuasa lebih tinggi kepada pemain yang digelar bintang. Jadi istilah no player bigger than a club turut dicabar pada hari ini. Dalam erti kata lain, kuasa pemain lebih kuat.

Perkara 17 Peraturan Perpindahan Pemain oleh FIFA menjelaskan:

Pemain dibenarkan untuk membatalkan kontrak mereka dengan kelab mereka.

Peraturan ini akan aktif selepas tiga tahun (jika berusia di bawah 28-tahun) atau dua tahun (jika berusia lebih 28 tahun), dengan syarat kelab itu menerima pampasan yang mencukupi daripada pemain tersebut.

Peraturan ini berkuatkuasa pada Julai 2015 dan pemain Hearts, Andy Webster yang merupakan orang pertama untuk mengambil kesempatan daripada undang-undang baru ini.

Andy meminta perlepasan dari Hearts ke Wigan Athletic pada Ogos 2006. Maka wujudlah istilah ‘transfer request atau permohonan perpindahan oleh pemain.

Kelab baru yang inginkan khidmat mereka biasanya sedia untuk membayar pampasan atau klausa khas jika kelab semasa mereka menerima permohonan perpindahan itu.

Kelemahan Dan Klausa Pelik

Beberapa isi dalam kontrak pemain ada kelemahannya. Ini kerana pemain terpaksa terikat kepada klausa tertentu dan ada di antaranya adalah pelik.

Sebagai contoh, bek Liverpool, Stig Inge Bjornebye sangat suka bermain ski-jumping. Mendengar hobi beliau ini, Liverpool telah memasukkan klausa khas dalam kontrak beliau yang melarang beliau tidak boleh bermain ski yang melebihi ketinggian 200 ela.

Ini kerana, pihak kelab khuatir beliau akan tercedera teruk kerana perkara selain bola sepak.

Paul Gascoigne pernah menuntut supaya penginapan beliau hendaklah sentiasa berhampiran tasik memancing sebagaimana yang telah dipersetujui oleh kelab dalam kontrak beliau.

Tottenham Hotspurs dikatakan pernah memasukkan klausa khas supaya Robbie Keane tidak meraikan gol dengan cara cartwheel and forward roll kerana mereka mendapati ia salah satu sebab kenapa Keane boleh tercedera.

Namun Keane tetap meraikan gol ke-100 beliau dengan cara tersebut.

Crystal Palace dikatakan ada menyelitkan klausa untuk memotong gaji bagi pemain yang lebih berat badan.

Ingat lagi peristiwa ketika Arsenal cuba membayar klausa perlepasan Luis Suarez dengan tambahan £1 dahulu? Ia antara beberapa usaha untuk memanipulasi klausa.

Baca juga : Impak Brexit; Sanchez & Ozil Dilapor Mahukan Bayaran Jauh Lebih Tinggi Untuk Kontrak Baru

The post Sejarah Dan Perkembangan Kontrak Pemain Dalam Bola Sepak appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Sejarah Bagaimana Stadium Pirelli Mendapat Nama

Di dalam industri bola sepak, memang biasa ada syarikat sanggup membayar sejumlah wang untuk pemasaran. Pelbagai cara dilakukan termasuk mengubah nama stadium.

Contoh popular pada hari ini seperti Arsenal (Emirates Stadium), Bayern Munich (Allianz Arena) dan Manchester City (Etihad Stadium).

Selain itu, konsep ini diamalkan di divisyen bawahan seperti Bolton (Macron Stadium) dan Coventry (Ricoh Arena).

burton3

Berbeza dengan apa dialami sebuah kelab kecil di England, Burton Albion, penjenamaan stadium mereka tidak memerlukan kelab ‘melelong’ hak tersebut secara terbuka.

Bagi penyokong Manchester United, mereka pasti ingat sesuatu mengenai kelab yang digelar Brewers ini.

Brewers mengikat Red Devils dalam saingan Pusingan Ketiga Piala FA 2005-06. Perlawanan ini diadakan di Pirelli Stadium.

Perlawanan ulangan beberapa hari kemudian, Red Devils melepaskan geram dengan membenam Brewers dengan keputusan 5-0. Ketika itu, Burton Albion diuruskan oleh Nigel Clough, anak kepada pengurus terkenal, Brian Clough.

pirelli-stadium-cover

Apa menariknya mengenai Pirelli Stadium ialah stadium ini diberikan nama sempena gergasi pembuatan tayar Itali tersebut. Tapak stadium ini asalnya milik Pirelli UK Tyres Ltd Sports & Social Club.

Tapak stadium ini didermakan oleh syarikat tersebut dan balasannya ialah menamakan stadium itu sebagaimana nama sekarang. Satu pemasaran sangat mudah dan santai!

Brewers sebelum ini bermain di Eton Park sejak 1958 sehinggalah 2005. Pada 2005, barulah mereka berpindah ke Pirelli Stadium.

Kos pembinaan stadium memakan belanja hanya £7.2 juta Pound Sterling. Untuk rekod, seramai 6,746 orang penonton telah hadir ke stadium ini pada Ogos tahun lalu.

Pada ketika itu, berlangsungya perlawanan derbi antara Burton Albion menentang Derby County dalam saingan English Football League Championship. Brewers menewaskan Rams dengan jaringan tunggal Jackson Irvine.

burton2

Jika dilihat rekabentuk stadium berkapasiti 6,912 ini, ia menggambarkan stadium moden yang sangat ringkas dan cantik. Arkiteknya masih mengekalkan elemen stadium berbentuk segi empat.

Rekabentuknya klasik dan berbeza dengan sesetengah stadium baru di Britain yang mula menerapkan elemen stadium berbentuk bujur.

Bagi mereka, benda yang paling penting dalam bola sepak adalah cuba memiliki stadium sendiri dan padang yang cantik untuk mengajurkan perlawanan bola sepak.

Sebagai penutup, stadium ini boleh dijadikan penanda aras kepada pembangunan stadium bola sepak berkapasiti rendah di negara kita.

Baca juga :  Arsenal Mahu Hukum Pemilik Pas Semusim Yang Gagal Hadir Ke Stadium

The post Sejarah Bagaimana Stadium Pirelli Mendapat Nama appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bagaimana Sekeping Duit Syiling Bantu Itali Bina Sejarah Bola Sepaknya Bermula 1968

Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) adalah antara badan bolasepak yang paling aktif melakukan perubahan dalam format bolasepak.

Dari format perlawanan, kejohanan sehinggalah format penentuan pemenang perlawanan kalah mati, UEFA sentiasa menjadi yang pertama dalam dunia untuk mengubah dan mencubanya.

Dan semasa kejohanan Piala Eropah 1968, UEFA pernah menjadi tumpuan dek perubahan format pertandingan yang diperkenalkannya.

Itali lawan USSR

Lokasi: Naples, Itali
Tarikh: 5 Jun 1968
Separuh akhir Piala Eropah 1968

Perlawanan separuh akhir Piala Eropah 1968 yang menemukan tuan rumah Itali dengan Kesatuan Soviet (USSR) menarik minat kira-kira 70,000 penyokong (majoritinya penyokong Itali) untuk datang ke stadium Napoli ini.

Ini kerana semasa Piala Dunia 1966, Itali ditewaskan USSR. 2 tahun sebelum itu pula pada 1964, USSR sekali lagi menyingkirkan Itali daripada kejohanan Piala Eropah.

Lantas pasukan USSR dilihat sebagai pasukan pilihan dalam pertemuan kali ini.

Dalam usaha untuk menambah keyakinan pemain-pemainnya, ketua jurulatih Itali, Ferruccio Valcareggi cuba melancarkan perang psikologi dengan menyatakan USSR bukan pasukan yang terlalu hebat sehingga tidak boleh dikalahkan.

Walaubagaimanapun ketika perlawanan berlangsung, pemain-pemain Itali jelas dalam tekanan.

Dua-dua sama hebat

Ketika perlawanan berlangsung, ternyata kedua-dua pasukan bermain berhati-hati. Malah kedua-dua pasukan juga gagal menyempurnakan beberapa peluang gol.

Perlawanan separuh akhir Piala Eropah 1968 ini berlangsung sangat sengit dan berakhir dengan kedudukan 0-0 selepas tamat 90 minit.

Pada ketika itu masih belum ada peraturan masa tambahan, silver goal, golden goal mahupun penentuan sepakan penalti untuk menentukan pemenang dalam peringkat kalah mati.

Tamat perlawanan kedua dua pasukan menuju bilik persalinan.

Kapten kedua-dua pasukan kemudiannya dipanggil oleh pengawai pertandingan. Kapten USSR, Albert Shesternyov dan kapten Itali, Giaccinto Facchetti (gambar bawah) dibawa ke satu ruang oleh beberapa pegawai pertandingan.

Penentuan ditentukan nasib

Pengadil dari Jerman, Kurt Tschenscher, mengeluarkan syiling dari poket beliau dan memberikan taklimat. Kedua-dua kapten faham pentingya nasib baik mereka kali ini berbanding kemahiran bermain bolasepak.

Ini kerana buat pemenang perlawanan ditentukan oleh lambungan duit syiling.

coin toss

Frachetti meneka ekor (tails). Manakala Shesterynov pula mahu tidak mahu meletakkan nasib USSR kepada kepala (heads). Lambungan syiling tersebut memihak kepada Itali dan Fracchetti.

Lantas beliau berlari keluar dari terowong dan memberikan isyarat yang mereka sudah beroleh kemenangan. Sekitar 70,000 penyokong Itali di stadium bergembira.

UEFA mengeluarkan rangkuman video perlawanan di televisyen pada 2 hari kemudian untuk membuktikan prosedur balingan syiling dijalankan dengan telus.

Itali akhirnya mara ke perlawanan akhir untuk bertemu dengan Yugoslavia. Sebagai rekod, mereka menang 2-0 dalam perlawanan ulangan akhir selepas terikat 1-1 dalam perlawanan akhir pertama.

Ia adalah tie breaker paling pelik pernah berlaku dalam sejarah perlawanan bolasepak.

Tetapi tuah duit syiling ini membantu Itali membina pasak sejarah bola sepak moden mereka selepas kali terakhir menang trofi semasa Piala Dunia 1938, iaitu 30 tahun sebelumnya.

Baca juga : Sejarah Perubahan Format & Peraturan Liga Bola Sepak Malaysia Dari 1982 Hingga 2016

The post Bagaimana Sekeping Duit Syiling Bantu Itali Bina Sejarah Bola Sepaknya Bermula 1968 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Wales v Portugal; Mendaki Tangga Untuk Mencipta Sejarah

Wales akan berdepan dengan Portugal di Euro 2016 separuh akhir. Tinggal dua anak tangga lagi untuk mereka menjulang kejuaraan berprestij Piala Eropah.

Wales mahu mara ke perlawanan akhir kejohanan major buat pertama kali.

Portugal pula mahu melengkapkan sejarah bolasepak mereka dengan kejuaraan major pertama setelah bolasepak mereka disegani sejak berdekad lamanya.

Pasukan Lebih Penting.

Ia seperti kisah pertarungan di antara super hero dalam filem aksi Civil Wars.

2 hero yang berasal dari projek BBC berpangkalan di Madrid terpaksa melupakan persahabatan demi perjuangan di padang.

Lebih ironi Bale dan Ronaldo akan menjadi pusat kuasa kepada kedua dua pasukan.

Namun lebih penting daripada itu adalah bagaimana mereka berdua mengemudi ‘pasukan’ masing masing.

Ini adalah 11 vs 11 bukannya Bale v Ronaldo!

Itulah yang lebih penting. Bale dan Ronaldo tetap sebahagian daripada instrumen dalam pertarungan ini, tidak lebih dan tidak kurang daripada yang lain.

Kuasa pasukan adalah lebih besar daripada kuasa individu.

Tetap Ada Bale v Ronaldo


Namun kedua dua pemain tetap tidak boleh lari daripada naratif ini. Mereka berdua tetap akan cuba dibandingkan secara statistik dan pencapaian.

Namun saya letakkan ia sebagai misi dan perbandingan peribadi dan bukannya aspek utama dalam menentukan kemenangan.

Ramai yang lebih meletakkan perjuangan Bale lebih utama dalam perlawanan ini untuk melepasi pasukan yang memang lebih stagnant namanya berbanding Wales.

Ini adalah masa terbaik untuk Bale membuktikan dia adalah lebih baik daripada Cristiano Ronaldo kerana di Real Madrid bukanlah tempat yang sesuai untuk melakukannya.

Ia bukan bermaksud mereka bermusuh, tetapi ia lebih kepada kuasa peribadi yang dimiliki di dalam pasukan.

Ia adalah kualiti yang mungkin akan mewujdudkan persaingan lebih kompetitif di antara mereka sama ada di peringkat kebangsaan dan ketika balik ke kem Zidane kelak.

Bale sudah meledak 3 gol dalam kejohanan ini dan 2 daripadanya adalah melalui sepakan bebas.

Ronaldo sudah melalukan 30 cubaan gol dan Bale cuma 21 sahaja.

Ronaldo kerap kali ‘hilang’ dalam perlawanan sebelum memberikan inspirasi ketika menentang Hungary.

Taktikal

Coleman mendedahkan Wales tidak akan mengenakan kawalan khas kepada mana mana pemain termasuk Ronaldo.

Mereka mahu meneruskan corak permainan mereka sendiri.

Mereka mahu fokus mengawal pasukan bukannya individu tertentu.
Falsafah 3-5-2 terus menjadi pegangan beliau ditambah dengan komitmen yanh luar biasa daripada pemain beliau.

Sementara Fernando Santos masih percaya akan magis Ronaldo.

Beliau mulai memberi kepercayaan kepada Renato Sanhes dalam pasukan utama dan kesannya amat meyakinkan.

Di bangku simpanan Portugal Ricardo Quaresma yang menjadi pemain pertukaran paling berbisa dalam Piala Eropah kali ini.

Namun beliau juga mungkin akan diturunkan dalam kesebelasan utama.

Tekanan


Tekanan mungkin lebih kepada Portugal. Mereka mahu memenangi sesuatu terutama dengan adanya pemain istimewa seperti Cristiano Ronaldo.

Ronaldo sendiri pastinya mahu menjadikan kejuaraan major seperti ini sebagai testimoni besar untuk status beliau.

Namun mereka masih gagal menang dalam 90 minit permainan.

Wales pula mungkin tertekan untuk memikirkan kehilangan Ramsey dan Davies yang menjadi pemain penting mereka dalam kejohanan kali ini.

Selebihnya mereka lebih menikmati setiap perlawanan sebagai sejarah baru, setiap gol dan kemenangan juga sebagai sejarah baru.

Kualiti

Bila berbicara soal kualiti. Portugal mungkin lebih kepada individual dan Wales lebih kepada team player.

Selain Cristiano, Portugal ada Nani, Renato Sanches, Ricardo Quaresma dan Joao Mario yang memiliki kemahiran individu yang tinggi.

Untuk Wales mereka ada Ashley Williams yang akhirnya menjadikan kejohanan kali ini sebagai testimoni kuat untuk diri beliau sebagai di antara most under rated center back di Eropah.

Tanpa Ramsey, Wales ada Joe Allen yang menjadi ‘Allen’ yang Rodgers mahukan.

Pemain pemain seperti Cristiano Ronaldo boleh hilang 75 minit namun mereka boleh mengubah nasib pasukan hanya dengan berberapa peluang yang ada.

Sebelum Wisel

Saya lebih merasakan ini adalah perlawanan untuk Portugal menangi (Portuguese to win).

Maksud saya, mereka akan lebih terdesak untuk memenangi perlawanan ini.

Manakala Wales buat masa ini menjadi pasukan yang benar benar sukar diramal.

Mereka boleh menjadi seperti pasukan divisyen 3 ketika tewas di tangan England dan boleh menjadi seperti juara duni ketika menewaskan Russia dan Belgium.
Jadi anda ramalkan siapa akan menang

Baca juga: Analisis Taktikal Piala Eropah 2016: Portugal v Croatia (0-0, aet 1-0)

The post Wales v Portugal; Mendaki Tangga Untuk Mencipta Sejarah appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Sejarah Nombor Jersi & Kaitannya Dengan Posisi Pemain (Era Chapman Hingga Guardiola)

Anda pasti pernah tertanya-tanya – kenapa pengulas di televisyen atau penganalisis taktikal kerap menggunakan istilah seperti ‘pemain no.9’, ‘posisi no.6’ atau ‘peranan no.8’. Apa maksudnya?

Kami juga selalu menggunakannya. Kami kerap menggelar Juan Lucero, penyerang JDT sebagai modern no.9, sedangkan beliau memakai jersi bernombor 19. Matias Hadwa pula kami gelar sebagai pemain no.10, sedangkan beliau memakai jersi bernombor 30.

Apa maksudnya?

Secara ringkasnya, ia merujuk kepada posisi seseorang pemain dalam taktikal pasukan. Bukannya nombor jersi pemain. Ini bermakna Aidil Zafuan bukannya ‘pemain no.7’. Sebaliknya beliau merupakan ‘pemain no.5’.

aidil_zafuan-1

Persoalannya mengapa?

Untuk menjawab, kami menulis artikel ini kerana masih ramai peminat bolasepak tempatan tidak memahami konsep ini.

Sejarah awal

Semuanya bermula ketika perlawanan pembukaan Divisyen 1 England. Sheffield Wednesday menentang pasukan pelawat, Arsenal pada 25 Ogos 1928. Pada hari bersejarah tersebut, penyokong yang datang ke Hillsborough Stadium pada ketika itu nampak sesuatu yang ganjil di jersi pemain Arsenal.

Pemain Arsenal yang pada ketika dilatih oleh pakar taktikal, Herbert Chapman dilihat memakai jersi yang tertera nombor di belakangnya.

Pada hari yang sama di Divisyen 2 England, Chelsea melayan kunjungan Swansea Town di Stamford Bridge.

Seperti penyokong yang datang ke Hillsborough Stadium, pengunjung Stamford Bridge dapat melihat semua pemain Chelsea – kecuali penjaga gol – memakai jersi yang tertera nombor di belakangnya.

Arsenal tewas 2-3 kepada Wednesday. Manakala Chelsea pula menang 4-0. Dan pada hari tersebut buat kali pertamanya di England, pemain bola sepak memakai jersi bernombor.

Pencipta asal – Arsenal atau Chelsea?

Laman web rasmi Arsenal mendakwa Herbert Chapman adalah pengurus pertama yang memperkenalkan inovasi nombor jersi ini di England.

Tetapi beberapa blog di England mendakwa idea asal nombor jersi ini datang dari David Calderhead, pengurus Chelsea yang terlebih dahulu mencubanya pada tahun 1927. Dakwaan ini dibuat berdasarkan artikel bertajuk ‘A Football Innovation’ di akhbar Dublin Evening Mail pada 16 Ogos 1927.

numbered-jerseys-scan

Pada ketika itu, Chelsea menggunakan nombor pada jersi untuk membantu penonton mengenali pemain Chelsea ketika perlawanan ujian.

Ideanya adalah supaya penonton serta-merta tahu ‘pemain no.2 sentiasa bermain di bahagian pertahanan sebelah kanan’.

Idea ini kemudiannya dicuba pakai oleh Herbert Chapman di Arsenal supaya penyokong dapat menjejak pergerakan pemain-pemainnya dalam formasi W-M beliau.

2222

Nombor dan posisi pemain dalam 4-4-2

Sistem pernomboran posisi pemain pada mulanya diasaskan mengikut formasi 2-3-5.

main-qimg-41a72b098b60f961614daf2b656c6e30

Selepas itu, ia diasaskan mengikut formasi W-M Herbert Chapman pula. Apabila ia semakin tidak relevan dalam bolasepak moden, sistem pernomboran posisi pemain diasaskan berdasarkan formasi 4-4-2 yang lebih popular pula.

Gambar di bawah menunjukkan perbezaan sistem pernomboran posisi dalam formasi 4-4-2 (putih hitam) dengan formasi ‘W-M’ Herbert Chapman (merah kuning).

wm442

Secara ringkasnya, posisi untuk nombor-nombor dalam formasi 4-4-2 adalah:

  1. Penjaga gol
  2. Bek kanan
  3. Bek kiri
  4. Pemain tengah defensif/deep lying playmaker/defensive midfielder/holding midfielder/volante
  5. Bek tengah
  6. Bek tengah
  7. Pemain sayap kanan
  8. Pemain tengah ofensif/box-to-box midfielder/secondary playmaker
  9. Penyerang utama/target man/false nine
  10. Penyerang kedua/chief playmaker/trequartista/enganche/attacking midfielder/false ten
  11. Pemain sayap kiri

Jika sesebuah pasukan bermain formasi 4-3-3 pula, kebiasaannya pemain no.10 – the chief playmaker – akan bermain di jentera tengah, bersama pemain no.8 dan no.4.

433

Modifikasi sistem pernomboran posisi pemain dalam bola sepak moden

1. Pemain no.4

Apabila peranan taktikal pemain dalam bola sepak moden menjadi lebih kompleks, kaitan nombor jersi pemain dengan posisinya menjadi semakin lemah atau ‘loosely-defined’.

Sebagai contoh pada zaman dahulu, pemain no.4 pasti akan bermain sebagai holding midfielder.

Bagaimanapun hasil inovasi Pep Guardiola dalam formasi 4-3-3 Barcelona, pemain no.4 mereka – Sergio Busquet – diarahkan bermain sebagai holding midfielder dan bek tengah (tugas pemain no.4 atau 5) secara serentak!

Peminat bola sepak yang bermain Football Manager mengenali tugas ini sebagai ‘half back’.

Ia mula-mula digunakan oleh Guardiola (kemudian diguna pakai Luis Enrique) untuk membantu Barcelona merancang serangan dari bawah ketika ditekan (pressed heavily) oleh pasukan yang menggunakan 2 penyerang.

Barca v Atleti 2_zps7vxsishl

Hasil inovasi Guardiola, kini pemain-pemain no.4 dari pelbagai pasukan juga melakukan tugas sama di pasukan lain. Contohnya Michael Carrick (Manchester United) dan Casemeiro (Real Madrid).

Di Malaysia, kita mempunyai Amirul Hisyam yang melakukannya di Kedah dan Azrul Ahmad di Pulau Pinang (ketika diurus Mamu Jackson).

2. Pemain no.9 dan no.10

Bercakap tentang pemain no.9, peminat bola sepak pasti mengaitkannya dengan penyerang seperti Ronaldo (Luis Nazario de Lima), Alan Shearer, Ian Rush atau Robbie Fowler.

Bagaimanapun sekali lagi hasil inovasi Pep Guardiola dalam formasi 4-3-3 Barcelona, pemain no.9 mereka pada musim 2009/2010 – Lionel Messi – diarahkan bermain sebagai false nine.

Dalam tugas ini, Messi diarahkan mengisi posisi penyerang utama (pemain no.9) ketika Barcelona hilang penguasaan bola.

Tetapi apabila pasukannya memperolehi penguasaan bola, beliau akan turun ke bawah untuk mengutip bola dan merancang serangan dari bawah – seperti chief playmaker (pemain no.10)!

Fungsi false nine di Barcelona selalunya digabungkan dengan false ten.

Tugas false ten – kebiasaannya digalas Cesc Fabregas – pula adalah mengisi posisi penyerang utama (pemain no.9) yang ditinggalkan Messi. Inilah yang biasa dilakukan Fabregas pada musim 2012/2013 ketika di Barcelona.

Nombor alternatif

Bagi sesetengah pemain, nombor jersi yang dipakai oleh mereka perlu mempunyai kaitan dengan tugas mereka di padang.

Mungkin kerana ada nilai sentimental kepada mereka, ini mungkin menjelaskan sebab mengapa penyerang seperti Mario Balotelli memilih nombor 45 (4+5=9)…

Mario-Balotelli-at-Melwood-on-August-25

….Ivan Zamorano memilih nombor 18 (1+8=9)…

sa

….dan Ronaldo memakai no.99 apabila nombor 9 sudah diambil pemain lain.

Seperti yang kami tekankan sebelum ini, kaitan nombor jersi pemain dengan posisinya menjadi semakin lemah atau ‘loosely-defined’ apabila taktikal bola sepak moden menjadi semakin kompleks.

Ini yang paling banyak berlaku sekarang. Pemilihan nombor jersi lebih bersifat bebas dan tidak semestinya mewakili posisi pemain.

Contohnya Nicklas Bendtner dan Asamoah Gyan yang menggemari no.3.

nicklas-bendtner-inter-wolfsburg-europa-league_2wtmu17m7m9f1vak2cm188t3v

Manakala lagenda Argentina, Osvaldo Ardiles pula gemar menyarung  jersi nombor 1 walaupun tidak bermain sebagai penjaga gol.

interesting shirt numbers in football

Penjaga gol Mexico, Jorge Campos pernah memakai no.9 dan juga no.19 ketika mewakili Mexico.

15 Jun 1997: Jorge Campos of the Los Angeles Galaxy in action during a game against the Tampa Bay Mutiny at the Rose Bowl in Pasadena, California. The Galaxy won the game, 4-1.

David Beckham pernah meminta nombor 77 ketika menyertai Real Madrid kerana no.7 sudah dipakai Raul Gonzalez. Tetapi kelab tidak membenarkannya. Akhirnya Beckham memilih no.23 hasil inspirasi daripada bintang NBA, Michael Jordan.

Pemain seperti Andrey Shevchenko (no. 76), Ronaldinho (no. 80), dan Mathieu Flamini (no. 84) pula menggunakan nombor yang mewakili tahun kelahiran mereka (1976, 1980 dan 1984).

ac-milan-number-trio

Baca juga: Cerita Disebalik Nombor Jersi Yang Pelik

The post Sejarah Nombor Jersi & Kaitannya Dengan Posisi Pemain (Era Chapman Hingga Guardiola) appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Peminat MLS Undi Frank Lampard Sebagai Pemain Paling Teruk Dalam Sejarah MLS

Apabila Stefan Brody, wartawan sukan New York Daily News menulis tweet yang berbunyi…

“Senarai terkini pemain paling teruk pernah ditandatangani dalam sejarah MLS: 1) Frank Lampard 2) Rafa Marquez”

…beliau tak menyangka tweet beliau akan muncul di laman-laman web peminat MLS yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapat beliau.

Frank Lampard merupakan designated player (pemain yang dibenarkan mempunyai gaji melebihi peraturan gaji siling MLS) untuk New York City FC.

Gaji Lampard dilaporkan berjumlah USD6 juta setahun, melebihi gaji dua lagi designated player NYCFC – David Villa (USD5.6 juta setahun) dan Andrea Pirlo (USD2 juta setahun).

Bagaimanapun sepanjang dua musim bersama NYCFC, Lampard hanya bermain 10 perlawanan sahaja. Musim ini beliau cedera dan langsung tak dapat diturunkan.

Persoalannya bagaimana beliau mendapat gelaran ‘pemain paling teruk pernah ditandatangani dalam sejarah MLS’? Laman web FTW USA menyediakan hujah-hujahnya:

Julai 2014

MLS mengumumkan Frank Lampard telah menandatangani kontrak sebagai Designated Player untuk New York City FC (NYCFC) dan akan mula bermain pada 2015.

Lampard dijangka akan menyertai David Villa untuk memperkuatkan NYCFC.

Ogos 2014

Sebulan selepas mengumumkan Lampard telah sah menandatangani kontrak dengan NYCFC, Manchester City pula mengumumkan Lampard akan menyertai pasukan mereka secara pinjaman sehingga pra-musim MLS bermula.

Hal ini tidak menjadi masalah kerana Manchester City dan NYCFC dimiliki oleh pihak yang sama iaitu City Football Group. Jadi berita ini taklah mengejutkan penyokong NYCFC.

NYCFC juga menyatakan Lampard akan kembali beraksi bersama pasukan untuk perlawanan sulung musim 2015 mereka.

Januari 2015

Selepas membuat debut bersama pasukan Manchester City, pengurus pasukan Manuel Pellegrini meluahkan minatnya untuk ‘menyimpan’ Lampard sehingga habis musim.

Lebih mengejutkan, City Football Group mengakui bahawa Lampard tidak pernah menandatangani kontrak bersama pasukan NYCFC. Mereka juga menyatakan laporan laman web rasmi Manchetser City yang mengatakan Lampard ‘dipinjam’ adalah satu kesilapan.

Ketika inilah media dan penyokong NYCFC baru tahu, Lampard sebenarnya hanya menandatangani kontrak dengan City Football Group. Bukannya NYCFC.

Ini membolehkan Lampard memilih pasukan mana yang ingin beliau bermain. Penyokong NYCFC benar-benar kecewa.

Julai 2015

Selepas musim Premier League berakhir serta mengambil sedikit masa untuk berehat, barulah Lampard secara rasminya menyertai NYCFC.

Tetapi ketika inilah, Lampard ditimpa kecederaan sehingga terpaksa diketepikan selama sebulan untuk menjalani rawatan pemulihan.

Ogos 2015

Lampard akhirnya melakukan debut sebagai pemain gantian. Beliau bermain sebanyak sepuluh perlawanan dan membuat 3 jaringan semusim. NYCFC bagaimanapun terlepas perlawanan playoff MLS Cup.

Kini

Lampard tidak bermain langsung sepanjang musim MLS ini dan terlepas 10 perlawanan berturut-turut selepas mengalami kecederaan betis.

Tanpa kehadiran Lampard, NYCFC telah memenangi 3 kejuaraan sepanjang musim ini dan menduduki kedudukan keempat dalam MLS Eastern Conference.

Dengan NYCFC sendiri sudah memiliki ramai pemain tengah, Lampard bukan lagi pilihan kesebelasan utama pengurus baru, Patrick Vieira.

Baru-baru ini, stesen penyiaran British BBC mengumumkan bahawa Lampard akan menjadi pundit untuk kejohanan EURO 2016 pada musim panas nanti. Perlu diingat, ketika itu MLS sedang berlangsung.

Ini bagaikan satu penghinaan buat penyokong NYCFC. Lampard meraih USD6 juta setahun tanpa bermain walau seminit untuk kelabnya. Tak cukup dengan itu, beliau akan meluangkan masa musim panas ini bekerja sebagai penganalisis TV pula.

Tak hairanlah bagi penyokong NYCFC dan peminat MLS secara umumnya, Lampard adalah ‘pemain paling teruk pernah ditandatangani dalam sejarah MLS’.

Baca juga: Penyokong NY Red Bulls Mengutuk Lampard Dan Pirlo Dengan Kain Rentang Ini

The post Peminat MLS Undi Frank Lampard Sebagai Pemain Paling Teruk Dalam Sejarah MLS appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Sejarah Perubahan Format & Peraturan Liga Bola Sepak Malaysia Dari 1982 Hingga 2016

Liga Super merupakan liga bola sepak peringkat tertinggi di Malaysia. Setiap pasukan yang menjuarainya, akan layak bertanding ke peringkat kelayakan AFC Champions League. Jika gagal layak, mereka masih boleh bertanding dalam AFC Cup.

Liga Super sudah diasaskan sejak musim 2004. Ini bermakna pada tahun 2016 ini, Liga Super sudah 13 tahun dipertandingkan.

Sejarah liga bola sepak negara

Sebelum Liga Super yang bermula pada 2004, pertandingan bola sepak utama di Malaysia adalah:

  • Piala Malaysia (1921-1981)
  • Liga Piala Malaysia (1982-1988)
  • Liga Semi Pro Divisyen Satu (1989-1993)
  • Liga Perdana (1994-1997)
  • Liga Perdana Satu (1998-2003)

Sejak 1982, juara liga terbanyak adalah Selangor sebanyak 6 kali, diikuti oleh Pahang 5 kali.

Skuad lagenda Selangor 1985 bersama Tengku Muda Selangor (kini Sultan) bergambar dengan Piala Sumbangsih 1985, Piala Malaysia 1984, Piala Liga 1984 (merah)
Skuad lagenda Selangor 1985 bersama Tengku Muda Selangor (kini Sultan) bergambar dengan Piala Sumbangsih 1985, Piala Malaysia 1984, Piala Liga 1984 (merah)

Liga Super pula telah menyaksikan JDT, Kelantan, Selangor, Kedah sebagai juara. Paling menarik, kesemuanya muncul juara back-to-back untuk 2 musim berturut-turut!

back to back champion liga super

Manakala Lions XII Singapura, Negeri Sembilan, Perlis, dan Pahang (gambar bawah) bergelar juara sebanyak satu kali.

Skuad Pahang 2004
Skuad Pahang 2004

Perak walapun belum pernah menjulang trofi Liga Super muncul sebagai satu-satunya pasukan yang tak pernah tersingkir dari liga teratas bola sepak Malaysia!

Perubahan demi perubahan dalam liga

Jika kita fokus kepada 13 musim Liga Super sahaja, FAM sudah seringkali membuat perubahan demi perubahan kepada peraturan dan format liga.

1) Perubahan jumlah pasukan liga:

Musim 2004-2006 (3 tahun):

Jumlah pasukan adalah 8 sahaja, setiap pasukan akan bermain 3 kali dalam format round-robin!

Pasukan kedua terbawah akan tersingkir secara automatik ke Liga Perdana (Divisyen Dua) kecuali pada musim 2006 kerana perubahan format.

Musim 2007-2008 (2 tahun):

Jumlah pasukan meningkat kepada 13, setiap pasukan bermain 2 kali dalam format round-robin dan akan berehat sekali seminggu kerana jumlah ganjil pasukan yang bertanding.

Musim 2009-2012 (4 tahun):

Jumlah pasukan meningkat kepada 14, FAM mencukupkan bilangan pasukan menjadi genap.

Musim 2013-kini:

Jumlah pasukan dikurangkan kepada 12, atas alasan terlalu banyak perlawanan liga jika 14 pasukan.

2) Perubahan format di atas dan juga penarikan diri pasukan-pasukan bermula:

  • MPPJ (kali terakhir Liga Super 2006)
  • TMFC (2007)
  • Brunei DPMM FC (2008)
  • MyTeam (2009)
  • KL Plus (2010)
  • Harimau Muda A (2011)
  • Lions (2015)

…menyaksikan ada pasukan Liga Perdana yang layak secara automatik atau play-off untuk layak ke Liga Super.

3) Pengharaman polisi pemain import selama 3 tahun bermula musim 2009 sebelum dibenarkan semula pada musim 2012.

Dominasi treble Kedah pada musim 2007-2008 terhenti akibat polisi ini sehingga menyebabkan mereka gagal menjuarai sebarang piala sehinggalah bergelar juara Liga Perdana 2015!

Barisan import lagenda Kedah 2007-2008
Barisan import lagenda Kedah 2007-2008

Selangor yang ketandusan sebarang piala sejak menjuarai treble 2005, berjaya memenangi Liga Super dua kali berturut-turut 2009-2010 (termasuk Piala FA 2009) dengan barisan pemain tempatan terbaik semasa polisi ini dikuatkuasakan!

Kelantan juga gah menjuarai Liga Super musim 2011 dengan 100% pemain tempatan!

4) Perubahan jumlah pemain import:

  1. 2012: hanya 2 pemain import
  2. 2013: 3 pemain import
  3. 2014: 4 pemain import namun hanya 3 pemain di atas padang
  4. 2015-kini: 4 pemain import di atas padang

5) Penglibatan pasukan luar Malaysia

Brunei DPMM FC pernah bertanding Liga Super musim 2007-2008 sebelum ditolak penyertaannya bermula 2009.

MoU dengan FA Singapura hanya bertahan 4 musim sahaja, jadi pasukan Lions XII bertanding secara automatik sepanjang Liga Super 2012-2015.

Sepanjang penglibatan Lions XII, mereka berjaya menjulang sekali Liga Super 2013, selain menjuarai Piala FA 2015.

Sejak itu, tiada lagi pasukan luar Malaysia yang bertanding dalam Liga Super.

6) Pasukan Malaysia U-23 yang dibentuk sebagai Harimau Muda A telah bertanding dalam Liga Super 2011, sebelum pergi ke Liga FA Singapore bermula musim 2012. Lions XII pula masuk Liga Super.

7) Bermula 2016, FMLLP dilantik menjadi penganjur Liga Super & Liga Perdana menggantikan Jawatankuasa Pertandingan FAM.

Fakta-fakta di atas hanya berdasarkan daripada pertandingan Liga Super sahaja sejak 2004.

Jika kita mengambil kira perubahan format liga sejak 1982 lagi, polisi yoyo FAM akan bertambah ketara dengan perubahan seperti:

  • Liga sepusingan sahaja (1982-1988)
  • Dipecahkan kepada dua divisyen (1989-1993)
  • Kembali kepada 1 divisyen (1994-1997)
  • Kembali kepada 2 divisyen (1998 sampai sekarang)
  • Format mata tambahan penalti shoot-out jika perlawanan liga berakhir seri selepas 90 minit (1999)
  • Import tiada (1999-2001)
  • Format dua pengadil termasuk dua pembantu pengadil (1999)
  • dan beberapa perkara lagi jika kita masih ingat!

Adakah perubahan format liga membantu bola sepak Malaysia?

Format liga bola sepak Malaysia telah mengalami perubahan besar sebanyak 4 kali, dan banyak perubahan kecil sejak 1982 sehingga kini 2016.

Tempoh perubahan besar liga kita adalah setiap 8-9 tahun secara puratanya.

Jangankan liga Eropah, jika kita bandingkan dengan liga bola sepak negara ASEAN lain sekalipun, kita akan mendapati mereka jarang membuat polisi yoyo kepada format dan peraturan liga mereka.

Liga Perdana Thailand masih kekal merupakan liga paling berprestij di Thailand sejak penubuhannya pada musim 1996/1997.

12805678_1559587050999590_2892946192312950976_n

Singapura dan Vietnam juga jarang melakukan perubahan besar kepada liga bola sepak mereka. Indonesia pula hanya melakukan perubahan besar pertama selepas 13 tahun penubuhan liganya.

Aspek positif

Pengharaman polisi pemain import oleh FAM pada musim 2009-2011 telah memaksa semua pasukan Liga Super menggunakan pemain tempatan.

Ada pihak mendakwa penguatkuasaan polisi ini membentuk pasukan kebangsaan yang menjulang Piala AFF 2010.

malaysiaclaim

Di bawah kendalian K. Rajagobal, skuad Malaysia juga bersaing hebat dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2015 sepanjang tahun 2013-2014.

Malaysia tetap kalah tetapi kita tidak pernah dibelasah melebihi 2 gol dalam 3 kekalahan peringkat kumpulan. Selain itu, kita juga menang 2 kali dan seri sekali.

Aspek negatif

Kesan negatif paling ketara hasil pengharaman polisi pemain import pada musim 2009-2011 adalah kegagalan pasukan Liga Super di peringkat AFC Cup.

Inilah yang dialami oleh Selangor ketika kempen AFC Cup 2010. Malah mereka juga terpaksa menarik diri AFC Cup 2011!

DSC_6145

Jika dibandingkan dengan musim Liga Super 2012 yang membenarkan semula pengambilan polisi import, pasukan kebangsaan boleh dikatakan berjaya juga di peringkat ASEAN apabila layak ke separuh akhir AFF 2012 dan naib johan AFF 2014.

Jadi mungkinlah pengharaman polisi pemain import tiada kena-mengena dengan kejayaan skuad kebangsaan semasa AFF 2010?

Di peringkat Asia, Malaysia mengalami sejarah paling teruk kekalahan terbesar dalam sejarah apabila dibelasah melebihi 6 gol dalam 3 perlawanan. Kalah 0-6 sebanyak 2 kali kepada Palestin serta 0-10 kepada UAE!

Adakah dengan kehadiran pemain import, menyebabkan skuad kebangsaan kemarau pemain tempatan yang berkualiti sehingga menyebabkan pemain yang sama sahaja mewakili negara?

Cadangan

Liga Super sepatutnya menjadi medan terbaik bagi pemain-pemain tempatan untuk bersaing dengan pemain-pemain import.

Tetapi jika kita tiada pemain tempatan berkualiti, pasukan Liga Super tiada pilihan lain selain mengimport pemain luar untuk mendapatkan kualiti.

Ketika ini, bola sepak kita sedang mengalami masalah kekurangan kumpulan pemain berbakat yang sangat kronik. Dalam hal ini, FAM, FA Negeri dan FMLLP perlu sama-sama bertanggungjawab.

Jurulatih-jurulatih dan pemain-pemain tempatan pula perlu lebih berani mencari dan menimba pengalaman di luar negara untuk memperbaiki kemahiran dan ilmu masing-masing.

Jika jurulatih dan pemain import sanggup tinggal di Malaysia untuk tempoh yang lama, kenapa kita tidak boleh?

Seperti JDT, pasukan liga di Malaysia juga perlu menswastakan pengurusan pasukan di bawah pengurusan kelab. Bukannya FA negeri masing-masing.

Usaha sudah pastinya memerlukan perbelanjaan, penajaan dan pelaburan yang banyak, tetapi pulangan jangka masa panjangnya kepada bola sepak negara akan berbaloi.

Semoga FMLLP tidak lagi mengamalkan polisi yoyo kepada format dan peraturan liga dan menjalankan tugas yang baik menguruskan liga kita!

Nota editor: Artikel ini dihasilkan oleh Imran Mim, admin laman Facebook SelangorFC. Sila like fanpage mereka untuk info-info berkualiti dan terkini tentang Selangor.

Jika anda boleh menulis artikel bola sepak dan mahu artikel anda dibaca oleh lebih 300,000 peminat bola sepak setiap bulan, hantarkan artikel anda (dalam MS Word) ke semuanyabola@gmail.com.

The post Sejarah Perubahan Format & Peraturan Liga Bola Sepak Malaysia Dari 1982 Hingga 2016 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Sejarah Old Firm Derby: Mengapa Celtic Dan Rangers Bermusuh?

Celtic menentang Rangers boleh dikatakan sebagai antara perlawanan derby antara yang terhangat dan teristimewa di dunia.

Dengan 100 kejuaraan liga, 69 kejuaraan Scottish Cup dan 42 gelaran Scottish League Cup antara dua pasukan ini, The Old Firm Derby sentiasa menjadi tumpuan dunia.

Sedangkan aksi liga bola sepak Scotland kebiasaannya bukanlah liga bola sepak tumpuan peminat global.

Apa yang menjadi menyebabkan Celtic dan Rangers bermusuh?

1. Katolik vs Protestan

Pendatang Irish dari Ireland yang beragama Kristian Katolik rata-ratanya memilih bandar Glasgow sebagai tempat memulakan kehidupan baru selepas Ireland dilanda Potato Famine.

Untuk pengetahuan anda, peristiwa Potato Famine berlaku pada 1845–1852. Pada tempoh ini, tanaman kentang yang menjadi makanan ruji orang Irish (kerana murah) dilanda penyakit, hingga menyebabkan seluruh penduduk Ireland kebuluran.

Jika anda masih ingat, novel Potato People tulisan Angela Wright pernah dijadikan komponen sastera Bahasa Inggeris Tingkatan Dua. Novel ini menceritakan bagaimana ada orang Ireland terpaksa makan bangkai anjing semata-mata untuk hidup.

Potato Famine mengorbankan 1 juta orang. Manakala 1 juta lagi terpaksa berhijrah ke negara lain – antaranya ke Boston, Kanada, Australia, Liverpool dan juga Glasgow seperti yang dilakukan oleh nenek moyang penyokong Celtic.

Walaupun mazhab Kristian utama di Glasgow adalah Katolik, ramai warga British yang datang mencari kerja di Glasgow bermazhabkan Protestan.

Ini menimbulkan konflik dan pergeseran antara dua mazhab.

Persaingan untuk mendapatkan kerja dilihat berat sebelah, kerana kebanyakan majikan mempunyai polisi tidak menggaji pekerja bermazhab Katolik.

Pendatang Irish-Katolik terpaksa menerima cacian, berhadapan dengan sentimen anti-Irish dan anti-Katolik sepanjang hidup mereka di bandar Glasgow.

Untuk mengurangkan tekanan diskriminasi warga British, pendatang Irish-Katolik memilih sukan sebagai medium untuk mengekspreskan jati diri dan identiti mereka.

Dan pada 6 November 1887, Celtic FC ditubuhkan dan secara tidak langsung menjadi musuh kepada Rangers FC yang ditubuh 15 tahun sebelum mereka, iaitu pada Mac 1872.

2. Loyalist vs Republican

Krisis politik juga mendorong kepada permusuhan dua pasukan ini. Tragedi The Troubles merupakan salah sebuah tragedi hitam yang pernah berlaku kepada United Kingdom.

Secara asasnya, The Troubles adalah peristiwa dimana Ireland – sebuah negara republik – mahukan Ireland Utara – sebuah negara di bawah naungan United Kingdom – untuk keluar dari naungan tersebut dan menyertai mereka membentuk sebuah negara republik baru iaitu ‘United Ireland’.

Namun idea penyatuan bangsa Irish yang bermazhab Katolik ini ditentang oleh penganut Kristian-Protestan yang didokong oleh kerajaan pusat British di England.

Untuk mempertahankan ketuanan mazhab Protestant di United Kingdom, sebuah organisasi  yang dinamakan Orange Order ditubuhkan.

Orange Order juga menentang idea pembentukan negara merdeka untuk bangsa Scotland semasa pilihanraya umum Scotland pada 2014.

3. Sentimen Sectenarian

Sentimen sectenarian adalah permusuhan sosio-politik antara dua kumpulan yang secara luarannya nampak sama tetapi berbeza pendapat antara satu sama lain.

Contohnya orang Islam mazhab Syiah vs Sunni. Orang luar mungkin menganggap Syiah dan Sunni adalah kumpulan Muslim yang sama, tetapi hakikatnya mereka ada perbezaan pendapat.

Contoh lain adalah seperti orang Northern Ireland yang berfahaman Nationalist vs Unionist.

Dalam situasi di Glasgow, penganut Kristian mazhab Katolik dan Protestant pula saling berbalah sesama sendiri.

Setiap kali perlawanan Old Firm, penyokong kedua-dua kelab akan menayangkan kain rentang berunsur sectenarian dan menyanyikan lagu-lagu provokasi.

Puncak sectenarian dalam Old Firm Derby

Sentimen ini menemui kemuncaknya pada perlawanan akhir Scottish Cup 1980.

Sejurus wisel penamat dibunyikan, penyokong beramai-ramai meluru ke padang Hampden Park.

Lazimnya hanya penyokong pasukan yang menang sahaja akan turun untuk meraikan kejayaan. Namun kali ini tidak, kerana penyokong kedua-dua pasukan turun untuk bergaduh!

Menyedari sentimen ini akan terus memberi impak buruk pada bandar Glasgow, Parlimen Scotland bersama-sama Celtic FC dan Rangers FC sendiri berusaha untuk menghapuskan sentimen sectenarian ini.

Celtic melancarkan kempen ‘Bhoys against Bigotry’ dan Rangers melancarkan kempen ‘Pride Over Prejudice’ sebagai langkah mengatasi masalah ini.

4. Peristiwa menarik Old Firm Derby

1) Scottish League Cup 1957:

Celtic menang di perlawanan akhir dengan jaringan 7-1. Rangers yang diangkat sebagai pasukan pilihan ketinggalan 2-0 di separuh masa, dan terus bolosi 5 gol dalam 45 minit separuh masa kedua.

2) Scottish Cup 2002:

Rangers bangkit sebanyak dua kali selepas Celtic mendahului sebanyak dua kali di perlawanan akhir.

Peter Lovenkrands menjaringkan gol kemenangan untuk Rangers menang 3-2.

3) Pengurus Celtic pertama bermazhab Protestan:

Jock Stein merupakan pengurus Celtic yang membawa Celtic menjuarai gelaran liga sebanyak 9 kali berturut-turut. Celtic juga menjadi pasukan pertama di Britain menjuarai gelaran Eropah ketika Stein menjadi pengurus.

Menariknya, beliau merupakan seorang Protestant.

4) Pemain Rangers bermazhab Katolik yang pertama:

Mo Johnston merupakan pemain Katholik pertama yang bermain untuk Rangers. Beliau dibeli semasa Graeme Souness menjadi pemain-pengurus untuk Rangers.

Johnston juga merupakan bekas pemain Celtic sebelum ke Nantes di Perancis. Kemudian dari Nantes, beliau bermain untuk Rangers pula.

Perpindahannya membuatkan penyokong kedua-dua pasukan berang, dengan penyokong Celtic menggelarnya ‘Judas’. Penyokong Rangers pula mengugut untuk mengembalikan pas bermusim mereka.

Namun Johnston berjaya menawan hati peminat Rangers, dengan menjaringkan gol minit akhir ke atas Celtic untuk membolehkan mereka menyamai rekod kejuaraan liga 9 kali berturut-turut Celtic.

5) Kontroversi Gascoigne:

Pemain Rangers dan England, Paul Gascoigne melakukan kontroversi apabila melakukan gaya bermain seruling ketika perlawanan menentang Celtic.

Gaya yang sinonim dengan gerakan Orange Order itu membangkitkan kemarahan penyokong Celtic sehingga menyebabkan Gascoigne menerima ugutan bunuh.

5. Kesimpulan

Old Firm Derby merupakan permusuhan yang terjadi sejak lamanya atas pelbagai sebab antaranya politik, mazhab agama dan semestinya kerana mereka berjiran.

Walaupun perlawanan ini merupakan perlawanan terbesar di Scotland, namun anda tidak akan jumpa bendera Scotland kerana penyokong Celtic dan Rangers lebih gemar mengibarkan bendera Ireland dan Union Jack.

Bagi Celtic, Rangers kini ibarat kelab yang ‘baru’ dek kerana mereka diturunkan liga kerana masalah kewangan.

Namun bagi Rangers, Celtic seolah obses kepada mereka kerana sering mengejek mereka dengan gelaran ‘kelab baru’.

Baca juga: Mengapa Peningkatan Rangers Bakal Menguntungkan Celtic Dan Scotland

The post Sejarah Old Firm Derby: Mengapa Celtic Dan Rangers Bermusuh? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA