Andik Vermansah Tiba Di Malaysia, Sedia Kembali Sarung Jersi Selangor

Andik Vermansah ternyata merupakan pemain yang disayangi oleh para peminat pasukan Selangor.

Kecederaan yang diterima beliau ketika mewakili Indonesia ketika Piala AFF tahun lalu ternyata memberikan kesan kepada pasukan Selangor.

Hasilnya, beliau terpaksa disisihkan daripada pasukan Selangor untuk separuh musim dan akan kembali untuk ketika jendela perpindahan Liga Malaysia dibuka semula.

Mujur dalam masa yang sama, pengganti beliau iaitu Juliano Mineiro beraksi baik ketika ini.

Walaupun begitu, prestasi Mineiro yang cukup baik membuatkan P. Maniam ketika ini pening kepala kerana pastinya beliau tidak mahu kehilangan Mineiro.

Akan tetapi, kontrak Mineiro tetap akan berakhir pada pertengahan musim ini untuk memberi laluan semula kepada Andik untuk beraksi bersama Selangor.

Kembali

Melalui laman Instagramnya, Andik dikhabarkan sudah tiba pun di Malaysia untuk kembali berlatih bersama pasukan Selangor.

Menerusi fungsi Instagram Story, Andik bergambar dengan berlatarbelakangkan Tourism Malaysia.

Sumber: Instagram Andik Vermansah

Kepulangan beliau pasti menaikkan semangat para penyokong Selangor yang nyata menggemari corak permainan beliau yang terkenal dengan larian-larian pantas ketika diatas padang.

Jadi penyokong Selangor, adakah anda bersedia melihat Andik beraksi semula?

Baca juga: Singapura Bakal Lawan Argentina Dalam Aksi Persahabatan, Messi Juga Akan Turut Serta

The post Andik Vermansah Tiba Di Malaysia, Sedia Kembali Sarung Jersi Selangor appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

FA Selangor Nyatakan Sokongan Terhadap TMJ Untuk Jadi Presiden FAM

FA Selangor (FAS) baru-baru ini menyatakan sokongan terhadap Tunku Mahkota Johor untuk menjadi Presiden FAM menjelang pemilihan kerusi tersebut – penghujung Mac ini.

FAS menurut presidennya iaitu Datuk Subahan Kamal berkata FAS memberikan sokongan tak berbelah bahagi kepada TMJ untuk menerajui FAM.

Yakin dengan TMJ

Subahan berkata FAS yakin untuk memilih TMJ kerana beliau adalah seorang individu yang boleh mengubah landskap bola sepak negara.

“TMJ adalah individu yang tepat kerana masih muda serta berani dalam memperjuangkan bola sepak yang terbukti dengan kecemerlangan pasukan JDT.”

Subahan bagaimana pun memberitahu Sinar Harian yang kebolehan pencabar TMJ iaitu Tan Sri Annuar Musa tidak boleh dipandang enteng.

“Kita tak boleh pandang sepi kebolehan Annuar Musa. Beliau telah menjadi individu yang mengubah bola sepak Kelantan sementara TMJ pula mengubah bola sepak Johor.”

Tak ambil elaun

Subahan yang dalam masa yang sama merupakan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia dan juga calon Timbalan Presiden FAM berkata beliau tidak akan menerima sebarang wang elaun sekiranya menjadi orang nombor 2 di FAM.

Sebaliknya beliau hanya akan fokus untuk mencari dana untuk sukan tersebut sahaja.

Saya tidak akan jadi yes man dan akan pastikan kebajikan persatuan negeri diperjuangkan. Semua pihak perlu tahu tanpa anggota gabungan, tiadalah FAM.”

“Sebelum ini, FAM hanya menunggu presiden bekerja. Perkara ini perlu berubah kerana timbalan presiden, naib presiden juga perlu bekerja dan berusaha mendapatkan dana.”

Baca juga: Merzagua Abderrazak Bakal Kembali Terajui Pulau Pinang?

The post FA Selangor Nyatakan Sokongan Terhadap TMJ Untuk Jadi Presiden FAM appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Raja Muda Selangor Umum 7 Langkah Perubahan Bola Sepak Selangor

Raja Muda Selangor (RMS) baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mengenai 7 cara untuk menaikkan semula martabat bola sepak Selangor.

Dipetik dari laman rasmi Facebook baginda, jom kita baca 7 cara tersebut!

Tempoh had jawatan

RMS mahukan tempoh jawatan untuk seseorang presiden FAS akan dihadkan untuk tidak lebih kepada 2 penggal. Selain itu, setiap penggal akan dihadkan kepada hanya 4 tahun sahaja jadi tempoh maksimum untuk menjadi presiden hanya 8 tahun sahaja.

Selain itu juga, presiden FAS juga tidak boleh sertai secara langsung atau tidak dalam bidang politik.

Dan individu yang sering mengganggu ketenteraman awam juga tidak dibenarkan untuk sertai sebagai presiden FAS. Adakah RMS maksudkan Dato’ Jamal?

 

Exco & Setiausaha Agung

Menurut RMS yang juga penaung diraja FAS, langkah pembaharuan bola sepak Selangor adalah exco dan & setiausaha agung FAS adalah terdiri daripada pilihan yang dilantik oleh presiden FAS. Dan had maksimum perkhidmatan adalah 2 penggal.

Muka baharu

Barisan exco yang dipilih pada mesyuarat agung luar biasa FAS akan datang haruslah 60% terdiri daripada muka baharu.

Ahli jawatankuasa baru perlu memberi dedikasi dan komitmen yang tinggi, meletakkan petunjuk prestasi dan bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

Beri lebih kuasa

Kuasa presiden akan diberikan lebih kuasa eksekutif, ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi dan memberikan lebih impak kepada bola sepak Selangor.

Perlu telus

Ahli gabungan FAS yang mahu mengundi ketika EGM FAS haruslah bergiat aktif dalam membangunkan bola sepak Selangor serta memberikan laporan berkala kepada FAS.

Proses ini perlu telus di mana kriteria dan penanda aras perlu diletakkan supaya perlaksanaanya berjaya.

Kewangan yang mantap

Jangan bergantung kepada kerajaan negeri secara berterusan! Itu langkah yang mahu dibuat oleh RMS terhadap bola sepak Selangor.

Barisan kepimpinan FAS perlu bergabung tenaga untuk mencipta kewangan yang mantap dan kukuh untuk FAS dan bola sepak Selangor dalam masa yang terdekat.

Majukan pembangunan

Pembangunan bola sepak di Selangor harus dipertingkatkan dengan lebih lagi.

FAS perlu bekerjasama rapat dengan ahli-ahli kelab gabungan, pertandingan-pertandingan bola sepak komuniti dan lain-lain badan sektor awam dan swasta yang berkaitan dalam menyumbang kepada pembangunan akar umbi dan belia bola sepak di Selangor.

Kini RMS sudah bersuara. Jadi sudah tiba masanya untuk bola sepak Selangor kembali mekar seperti sepatutnya?

Baca juga: Bola Sepak Komuniti: Cara Bola Sepak Zaman Dulu Hasilkan Pemain Bagus

The post Raja Muda Selangor Umum 7 Langkah Perubahan Bola Sepak Selangor appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Previu Final Piala Malaysia 2016: Selangor Mahukan Kejuaraan Ke-34, Kedah Mahu Balas Dendam

Pada musim lalu, Selangor menewaskan pasukan Kedah dengan jaringan 2-0 di pentas final. Namun pada ketika itu, Kedah hadir dengan status pasukan Liga Premier.

Pada hari ini, lebih ramai meletakkan pasukan Kedah sebagai pasukan pilihan berbanding dengan Selangor. Pada asasnya, kami rasa tidak boleh juga untuk melabel Selangor sebagai underdog iaitu bukan pilihan.

Kedah musim lalu digelar underdog kerana status dari liga kedua, Selangor musim ini berada dalam kelompok pasukan 5 terbaik. Jadi kami label ia perlawanan 2 pasukan yang hampir setara kekuatannya.

Prestasi Semasa

Prestasi semasa keseluruhannya agak memihak kepada pasukan Kedah. Namun dalam pertandingan Piala Malaysia, kedua-dua pasukan hanya tewas sekali setakat ini sepanjang kempen Piala Malaysia musim ini.

Kedah masih belum tewas dalam 10 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan. Manakala untuk tempoh yang sama Selangor sudah tewas 3 kali.

Ini adalah rekod 9 perlawanan terakhir kedua dua pasukan.

sel

sel1

Rekod 7 Pertemuan

sel2

Selangor menang: 3 (43%)
Kedah menang : 2(29%)
Seri : 2(18%)

Taktikal

Formasi

Dari segi formasi, Selangor sudah mulai menggunakan 4-4-1-1/4-4-2 dalam beberapa perlawanan terakhir mereka, dan ia nampak lebih berkesan berbanding dengan 4-1-4-1.

Namun yang pasti, K.Gunalan kerap memilih 2 formasi utama ini.

Tan Cheng Hoe lebih varian dalam isu formasi. Beliau gemar dengan 4-2-3-1. Pada masa yang sama Tan Cheng Hoe boleh menggunakan 4-3-3 jika beliau mahu menggunakan kelincahan pemain seperti Farhan di bahagian sayap.

Dalam banyak perlawanan musim ini juga, Tan Cheng Hoe gemar menggunakan 4-4-2 dan memberikan ruang kepada 2 penyerang import beliau bermain dalam satu pasukan.

Karakter Pasukan

Selangor

  • Mencipta peluang melalui hantaran lintang
  • Serangan balas yang laju

Kedah

  • Serangan dari sayap kiri
  • Mencipta peluang melalui hantaran lintang dan through passes
  • Gemar mendominasi bahagian tengah

Kekuatan

Selangor

  • Menyudahkan hantaran lintang
  • Laju dalam serangan balas
  • Menjaringkan gol melalui situasi bola mati

Kedah

  • Kreativiti di bahagian tengah dan sayap
  • Boleh mencipta peluang berterusan

Kelemahan

Selangor

  • Melepaskan foul mudah di luar kotak penalti
  • Mempertahankan kelebihan gol
  • Kreativiti

Kedah

  • Agak lemah dalam permainan yang fizikal
  • Menangani serangan balas
  • Berhadapan dengan pemain yang berteknikal di dalam kotak penalti

Apa Kata Jurulatih? 

coach

Wakil media kami berkesempatan menanyakan beberapa soalan dalam sidang media yang berlangsung semalam. Antara isu yang digariskan adalah:

Tan Cheng Hoe menyatakan mereka lebih bersedia dalam final kali ini. Selain latihan taktikal dan teknikal dalam rutin biasa, Kedah juga melakukan latihan tambahan khas.

Mereka berlatih di Bukit Jelutong untuk berhadapan dengan kemungkinan cuaca buruk yang akan mempengaruhi permukaan padang seperti musim lalu.

Ketika ditanya apakah perancangan Selangor sekiranya Kedah berjaya mendapat rentak lebih awal dan bermain dengan possession football?

K. Gunalan menyatakan mereka sudah ada plan mereka tersendiri, sebagai contoh perancangan serangan balas yang berkesan.

Gunalan menolak sebarang teori untuk terlalu menyerap asakan lawan kerana mahu mengelak terlalu terikut-ikut dengan corak permainan pasukan Kedah.

Pemain Tumpuan

Andik Vermansyah (Selangor)

Kredit gambar : Asiana.my

Kredit gambar : Asiana.my

Pemain lincah ini dijangka akan menjadi ketua pasukan untuk pasukan Selangor pada malam ini. Beliau meneruskan kisah romantik pemain dari seberang dengan Selangor selepas era Bambang-Ellie Aiboy.

Andik menjadi pemain penting sepanjang kempen Selangor musim ini walaupun pada awal musim agak sederhana prestasi beliau.

Kedah pastinya sudah ada perancangan untuk menghentikan extra attacker Selangor ini.

Liridon Krasniqi (Kedah)

Dalam final tahun lalu, Liridon memperkenalkan diri beliau kepada peminat bola sepak Malaysia dengan cara yang cukup mengagumkan.

Kredit gambar : Asiana.my

Kredit gambar : Asiana.my

Musim ini, berlaku transisi dari segi formasi dan taktikal Tan Cheng Hoe yang kerap berubah-ubah kerana adanya set baru 2 penyerang import.

Pada masa yang sama, peningkatan kepentingan peranan Syazwan Zainon membuatkan Liridon tidak perlu untuk terlalu advance di dalam padang seperti musim lalu.

Liridon agak berhempas pulas musim ini untuk memastikan dia boleh menyumbangkan yang terbaik dalam peranan yang lebih disiplin di bahagian tengah.

Namun, kami tetap merasakan pemain ini juga akan menjadi ancaman tambahan dari segi kreativiti dan kemampuan untuk menyusup ke dalam kotak penalti pada masa-masa tertentu.

Sebelum Wisel

Ini adalah final ke-49 dalam sejarah pasukan Selangor. Manakala untuk pasukan Kedah ini adalah final ke-11. 33 Piala Malaysia dalam kabinet pasukan Selangor dan 4 lagi dalam kabinet pasukan Kedah.

Kedua-dua pasukan telah bertemu 2 kali dalam perlawanan final dan masing masing menang salah satu daripadanya.

Dengan final ketiga antara Selangor dan Kedah, ini bermakna, pasukan Selangor adalah lawan yang sama banyak dengan Kuala Lumpur (3 kali) untuk ditentang oleh Kedah. Kedua-dua pasukan dari Lembah Klang.

Segalanya bergantung kepada aksi pemain berbanding dengan jurulatih. Dalam final seperti ini, taktikal kadangkala hanya memainkan peranan kurang 50%

Satu perlawanan final yang pastinya meriah kerana kedua-dua pasukan memiliki skala penyokong yang besar.

2206055shah-alam780x390

Selamat maju jya kepada kedua-dua pasukan.

Baca juga : 

The post Previu Final Piala Malaysia 2016: Selangor Mahukan Kejuaraan Ke-34, Kedah Mahu Balas Dendam appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Previu Perlawanan Tumpuan Piala Malaysia (Matchday 2): Selangor Kebal Di Shah Alam

Kedua-dua pasukan hadir ke perlawanan ini dalam prestasi yang terbaik.

Selangor mencatatkan kemenangan dalam 3 perlawanan terakhir mereka. Manakala Kelantan pula dengan 2 kemenangan berturut-turut.

Perlawanan terakhir mereka berakhir dengan thriller 7 gol di mana Selangor menang 2-5 di Kota Bharu.

Sebelum ini kedua-dua pasukan turut menang dalam 2 derbi penting mereka. Selangor menang ke atas Kuala Lumpur.

Manakala Kelantan pula segar daripada membelasah Terengganu 1-6 dalam Derbi Pantai Timur. Pada malam ini, mereka akan bertemu di Stadium Shah Alam.

Mana-mana pasukan yang menang dalam pertemuan ini akan memintas Kuala Lumpur sebagai pendahulu kumpulan B.

Kedudukan dalam Kumpulan B

Perlawanan Menang Seri Kalah Gol Bolos Mata
Kuala Lumpur 2 1 0 1 2 1 3
Kelantan 1 1 0 0 1 0 3
Selangor 1 1 0 0 1 0 3
Pahang 2 0 0 2 0 2 0

Prestasi semasa (5 Perlawanan Terakhir)

Selangor kela

Kelantan kelantan

Rekod 6 pertemuan terakhir

Selangor menang: 3 (50%)
Kelantan menang: 2 (33%)
Seri: 1 (17%)

h2h

Fakta perlawanan

  • Selangor masih belum tewas dalam 4 perlawanan terakhir
  • 5 daripada 6 kemenangan terakhir Selangor adalah kemenangan dengan perbezaan 1 gol sahaja
  • Selangor masih belum tewas di  tempat sendiri dalam 16 perlawanan domestik terakhir dan 8 perlawanan terakhir termasuk perlawanan antarabangsa
  • Kelantan adalah pasukan yang terakhir menewaskan Selangor di tempat sendiri dalam pertandingan domestik pada September 2015 dalam Piala Malaysia dengan keputusan 0-3
  • Kemenangan 1-6 di Terengganu adalah kemenangan pertama Kelantan di tempat lawan selepas tewas 5 perlawanan berturut turut dan seri sebelum itu
  • Kelantan cuma menang 2 daripada 11 perlawanan di tempat lawan

Karakter Pasukan

Selangor

  • Gemar mengunakan Taktikal Klasik 4-4-2
  • Menyerang melalui sayap kiri
  • Aktif mencipta peluang menerusi hantaran lintang

Kelantan

  • Aktif menyerang melalui  sayap kanan
  • Bermain secara agresif
  • Cuba untuk kerap mencipta peluang melalui through passes

Kekuatan Pasukan

Selangor

  • Mempertahankan gol pendahuluan
  • Menyudahkan hantaran lintang
  • Memiliki kreativiti di kawasan serangan dengan adanya pemain seperti Andik dan Nazmi Faiz
  • Lemah berhadapan dengan pasukan yang agresif dan bermain secara fizikal

Kelantan

  • Memiliki kelajuan di bahagian sayap untuk melancarkan counter attack
  • Sistem box-to-box player yang aktif
  • Menyudahkan peluang gol

Potensi kelemahan

Selangor

  • Kerap membazirkan peluang dan mengambil masa yang lama untuk melakukan cubaan tepat
  • Gemar untuk bertahan selepas mendapat gol pendahuluan
  • Bermasalah untuk bertahan berdepan pemain laju di bahagian sayap

Kelantan

  • Melindungi gol pendahuluan
  • Kerap melakukan individual errors yang menmbawa kepada ancaman gol oleh pihak lawan
  • Melakukan kesalahan di kawasan luar kotak penalti
  • Kadangkala terlalu agresif dan berpontensi mendapat kad disiplin

Pemain tumpuan

Ugo Ukah (Selangor)

Pemain bek tengah ini akan mejadi tumpuan. Mereka berdepan dengan penyrang yang sedang dalam prestasi yang terbaik di hadapan gol, Blazhe Ilijoski.  Ukah menjadi matchwinner ketika Selangor menewaskan PDRM.

13723942_1133266700079153_3986103257020995350_o

Blazhe Ilijoski (Kelantan)

Man of the moment untuk pasukan Kelantan.  Meledak 4 gol ketika menentang Terengganu dalam Derbi Pantai Timur. Beliau juga adalah penjaring terbanyak dalam Liga Super setakat ini.

[UNSET]

Sebelum wisel

Jika ada satu keluhan yang relevan dengan Selangor ketika ini, ia adalah kelambatan mereka untuk ‘panas’, terutamanya depan penyokong sendiri di Shah Alam.

Mereka kerap bermula dengan perlahan pada separuh masa pertama. Tetapi tetap berjaya menang kerana kualiti-kualiti pemain sering membolehkan Selangor tetap pulang dengan kemenangan.

Peluang inilah yang perlu diambil oleh Kelantan di Shah Alam pada malam ini.

Ketika kedua-dua pasukan ini bertemu dalam aksi Liga Super 2016 (debut Velizar Popov bersama Kelantan) di Shah Alam, Kelantan bermula dengan baik.

Bagaimanapun kegagalan mereka menghukum Selangor lebih awal walaupun bermain dengan baik menyebabkan mereka hanya seri 0-0.

Ditambah pula dengan kehilangan disiplin pemain mereka sendiri (Wan Zack dibuang padang) sehingga terpaksa bermain 10 orang, Kelantan gagal menghukum Selangor.

Selangor bakal turun dengan keyakinan bahawa mereka kebal di Shah Alam.

Jika Kelantan gagal menghukum Selangor lebih awal, kekebalan Selangor di Shah Alam akan berlanjutan ke 17 perlawanan tanpa kalah di halaman sendiri.

Baca juga: Previu Piala Malaysia 2016 (Matchday 2): Mampukah Terengganu Bangkit Dari Mimpi Ngeri 1-6?

The post Previu Perlawanan Tumpuan Piala Malaysia (Matchday 2): Selangor Kebal Di Shah Alam appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Piala AFC 2016 Pasukan Selangor

Saingan peringkat kumpulan Piala AFC 2016 telahpun bermula di mana 2 kelab Malaysia akan bersaing pada kejohanan edisi 2016 kali ini iaitu Juara Piala Malaysia 2015, Selangor serta Juara Liga Super 2015, Johor Darul Ta’zim FC. Pasukan Selangor telah diundi dalam Kumpulan E bersama-sama dengan kelab Tampines Rovers FC (Singapura), Ceres FC (Filipina) dan Sheikh Jamal Dhanmondi Club (Bangladesh). Keempat-empat kelab ini pastinya mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing untuk merebut 2 tempat teratas peringkat kumpulan bagi mencerahkan laluan ke pusingan 16 terbaik akan datang.
Pasukan Selangor atau nama gelaran mereka The Red Giants yang kini di bawah bimbingan Ketua Jurulatih baru, Zainal Abidin Hassan pastinya akan memberikan cabaran terbaik untuk kelab Malaysia memberikan cabaran bermakna dalam Piala AFC 2016 ini. Pada edisi Piala AFC 2015 yang lalu, Zainal Abidin Hassan berjaya membawa pasukan Pahang ke peringkat suku akhir. Beliau pastinya akan sedaya upaya membawa pasukan Selangor melangkah ke peringkat yang lebih baik dalam cabaran kali ini. Namun begitu, cabaran daripada 3 kelab lain sudah pastinya tidak boleh dipandang mudah dan setiap perlawanan yang dihadapi pastinya penting untuk mendapatkan mata sama ada di gelanggang sendiri mahupun di gelanggang lawan. Bual Sukan percaya, Ketua Jurulatih Zainal Abidin Hassan pastinya akan merangka strategi, formasi serta taktikal terbaik pasukan The Red Giants menghadapi 3 kelab ini.

Setiap peluang dan ruang mencipta jaringan harus dimanfaatkan oleh pasukan Selangor selain mempunyai disiplin pertahanan yang baik mengelakkan gawang daripada dibolosi lawan bagi mencapai keputusan yang diharapkan. Berikut adalah Keputusan Perlawanan Piala AFC 2016 bagi pasukan Selangor :

23 Februari 2016
Ceres FC lwn Selangor – seri 2-2 (Mauro Olivi, Mohd. Hafiz Kamal)
8 Mac 2016
Selangor lwn Tampines Rovers FC
15 Mac 2016
Sheikh Jamal Dhanmondi Club lwn Selangor
12 April 2016
Selangor lwn Sheikh Jamal Dhanmondi Club
26 April 2016
Selangor lwn Ceres FC
10 Mei 2016

Tampines Rovers FC lwn Selangor

* Kemaskini pada 23 Februari 2016.  

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Senarai Pemain Pasukan Selangor 2016

Pasukan Selangor atau nama gelaran mereka Gergasi Merah atau The Red Giants pastinya menjadi antara pasukan yang perlu diberikan perhatian bagi musim Liga Malaysia 2016 akan datang. Kejayaan mereka menjuarai kejohanan penutup tirai bola sepak Malaysia 2015 iaitu TM Piala Malaysia 2015 sekaligus melengkapkan misi 33 mereka pastinya akan menjadi pembakar semangat mereka untuk mencabar piala-piala bola sepak Liga Malaysia 2016 akan datang. Pasukan Selangor bakal dilatih oleh Ketua Jurulatih baru iaitu Zainal Abidin Hassan yang sebelum ini membimbing pasukan Pahang menggantikan Ketua Jurulatih terdahulu iaitu Mehmet Durakovic. 

Musim 2016 ini, pasukan Gergasi Merah bakal diperkuatkan dengan kehadiran 4 pemain tonggak dari Pahang iaitu Khairul Azhan Khalid (Penjaga Gol, bekas Ketua Pasukan Pahang Razman Roslan (Pertahanan), Mohd. Hafiz Kamal (Tengah) dan R.Gopinathan (Tengah). Selain itu, bekas pemain PKNS FC iaitu Patrick Ronaldinho Wleh turut memperkuatkan pasukan Selangor. Dengan pasukan Selangor yang bakal bersaing dalam Kejohanan Piala AFC 2016 akan datang, pastinya memerlukan pemain benar-benar cergas serta berada dalam prestasi terbaik masing-masing. Musim panjang Liga Malaysia 2016 juga pastinya mencabar momentum pasukan bagi terus bersaing dengan 11 pasukan lain. Bual Sukan percaya, Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan pastinya akan menggunakan segala kemahiran serta pengalaman beliau dalam memberikan strtegi, taktikal serta formasi terbaik pasukan Selangor agar terus kekal bersaing dalam Liga Malaysia 2016 akan datang.

Berikut adalah senarai pemain pasukan Selangor atau Gergasi Merah bagi saingan Liga Malaysia 2016 akan datang :

PENJAGA GOL
Khairul Azhan Khalid, Norazlan Razali, Zarif Irfan Hashimuddin

PERTAHANAN
Robert Cornthwaite (Australia), Mohd. Azmi Muslim, Muhd. Shahrom Abdul Kalam (Ketua Pasukan), Mohd. Bunyamin Omar, Mohd. Razman Roslan, Mohd. Raimi Mohd. Nor, Mohd. Rizal Fahmi Abdul Rosid, Mohd. Azrif Nasrulhaq 

TENGAH
Andik Vermansyah (Indonesia), Nazmi Faiz Mansor, Saiful Ridzuwan Selamat, Mohd. Hafiz Kamal, S.Veenod, Mohd. Fitri Shazwan Raduan, R.Gopinathan, Khyril Muhymeen Zambri 
PENYERANG 
Patrick Ronaldinho Wleh (Liberia), Adam Nor Azlin, Ahmad Hazwan Bakri, Abdul Hadi Yahya, Mauro Olivi (Argentina)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Cabaran Pasukan Selangor di Piala AFC 2016

Pasukan Selangor atau nama gelaran mereka Gergasi Merah (The Red Giants) akan mewakili kelab Malaysia bersama-sama dengan pasukan Johor Darul Ta’zim FC dalam cabaran Piala AFC 2016 atau AFC Cup 2016. Pasukan Selangor yang menamatkan aksi Liga Super 2015 di tangga ketiga pada mulanya nyata mendapat laluan setelah pasukan tangga kedua musim lalu, Pahang dikenakan pemotongan 6 mata akibat masalah berkaitan pemain import. Pasukan Gergasi Merah yang kini dikemudikan oleh bekas Ketua Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan pastinya akan menggunakan pengalaman beliau membawa pasukan Pahang ke suku akhir edisi 2015 yang lalu.

Pasukan Selangor diundi dalam Kumpulan E bersama-sama dengan kelab Tampines Rovers FC (Singapura), Ceres FC (Filipina) dan Sheikh Jamal Dhanmondi Club (Bangladesh). Keempat-empat pasukan ini akan bersaing merebut 2 tempat teratas sekaligus melangkah ke pusingan 16 terbaik dalam Piala AFC 2016. Bual Sukan berpendapat, pasukan Gergasi Merah mampu melepasi halangan peringkat kumpulan dengan syarat mereka berjaya memanfaatkan aksi di tempat sendiri serta memungut mata di tempat lawan. Namun begitu, cabaran 3 kelab ini tidak boleh dipandang mudah oleh pasukan Selangor kerana kelab-kelab ini juga pastinya akan memberikan tentengan sengit antara satu sama lain.

Perlawanan peringkat kumpulan akan berlangsung bermula 23 Februari 2016 sehingga 10 Mei 2016 akan datang. Berikut adalah Jadual Perlawanan pasukan Selangor dalam saingan Piala AFC 2016 akan datang :
23 Februari 2016
Ceres FC lwn Selangor
8 Mac 2016
Selangor lwn Tampines Rovers FC
15 Mac 2016
Sheikh Jamal Dhanmondi Club lwn Selangor
12 April 2016
Selangor lwn Sheikh Jamal Dhanmondi Club
26 April 2016
Selangor lwn Ceres FC
10 Mei 2016

Tampines Rovers FC lwn Selangor

* Jadual Tertakluk kepada Pindaan.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Pahang vs Selangor: Previu Separuh Akhir Piala Malaysia 2015

Pahang akan menanti kunjungan Selangor untuk separuh akhir yang pertama. 2 pasukan ini ada rekod yang menarik dalam Piala Malaysia.

Selangor gah dengan 32 kejuaraan dan Pahang (4 kejuaraan) merupakan kuasa Piala Malysia pada sekitar awal 80-an, awal 90-an dan juga merupakan juara 2013, 2014.

Pahang mencari kejuaran hatrik untuk menjadi pasukan ke-4 melakukan hat trik (3 kejuaraan berturut turut) selepas Singapura, Selangor dan Kuala Lumpur.

Pahang dan Selangor pernah bertemu 4 kali dalam final Malaysia dengan kali terakhir adalah pada 1997 yang dimenangi Selangor.

Rekod Pertemuan 6 Perlawanan Terakhir

Pahang (1) v Selangor (3)  Seri- 2

PS

 

Nisbah Gol (6 Perlawanan Terakhir)

Pahang 8 (1.33 )  Selangor 9 (1.50)

Prestasi Semasa: 6 Perlawanan Terakhir

Pahang- K M S M K K 

P6

Gol : 9 Bolos : 11

Nisbah Gol/ Perlawanan (6 perlawanan terakhir) : 1.50
Nisbah Bolos/ Perlawanan (6 perlawanan terakhir) : 1.83

 

Selangor – S M K M M S

S6

Gol : 8 Bolos : 6

Nisbah Gol/ Perlawanan (6 perlawanan terakhir) : 1.33
Nisbah Bolos/ Perlawanan (6 perlawanan terakhir) : 0.66

Analisis Corak Permainan Semasa:

Pahang

  • mencipta gol melalui hantaran silang
  • menyerang daripada sayap kiri
  • menggunakan 2 ‘target man’ yang berkesan
  • gemar bermain ‘counter attack’
  • sistem kawalan ketat ke atas pemain lawan ( tight man marking)

Selangor

  • gemar bermain sistem ‘hole’
  • gemar bertukar tukar fungsi pemain sayap
  • serangan dari tengah
  • bertahan secara ‘zonal marking’

Kekuatan

Pahang

  • menyudahkan peluang gol dengan klinikal
  • stabil di semua bahagian
  • kekuatan bila bersaing secara fizikal dan di udara
  • pemain sayap yang laju
  • mengancam melalui sepakan bebas atau situasi bola mati (sepakan penjuru dan sebagainya)

Selangor

  • ‘playmaker’ yang kreatif
  • lebih ‘fluid’ di kawasan serangan (final third)
  • memiliki pemain yang laju dan berskil
  • efektif dalam mencipta peluang melalui ‘through passes’
  • berkeupayaan tinggi mengekalkan ‘clean sheet’

Kelemahan

Pahang

  • lambat menukar pelan taktikal bila ketinggalan
  • agak sukar berdepan dengan pemain yang lincah
  • kerap melepaskan faul di kawasan bahaya
  • pemain kadang kadang terlalu bermain secara individu

Selangor

  • konsistensi pemain penyerang (no.9)
  • keupayaan yang rendah untuk menguasai kawasan tengah
  • pemain kerap gagal mengelakkan tackle oleh pertahanan yang agresif

Pemain Tumpuan

Matias Conti (Pahang)

conti

Pemain yang gemar menjaringkan gol dalam perlawanan bertekanan tinggi.

Lupakan dahulu Dickson Nwakaeme kerana Matias Conti antara individu yang menjadi kesayangan peminat Pahang.

Beliau pastinya mahukan kejuaraaan hat trik Piala Malaysia bersama sama dengan pasukan Pahang.

Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)

030515HazwanBakri

Salah seorang bakat yang agak under-rated dalam bolasepak tempatan.

Pemain yang memiliki fleksibiliti dan fluiditi untuk bergandingan bersama sama dengan Andik Vermansyah.

Beliau adalah ancaman yang gemar memecah masuk sama ada secara terus ke dalam kotak atau melalui ‘byline’.

Jika beliau dalam prestasi terbaik, agak sukar mengawal pemain ini secara konsisten.

Sebelum Wisel

Selangor hanya tewas 2 kali daripada 10 pertemuan terakhir dengan pasukan Pahang dan Pahang pula tewas 4 kali daripada jumlah perlawanan yang sama.

Sejak tahun 2011 , perlawanan di antara kedua dua pasukan ini cuma 3 kali sahaja salah satu daripada pasukan meledak 3 gol dan ke atas.

Sudah pasti ini satu pertarungan yang sengit dan kedua dua pasukan akan ada kelebihan gelanggang sendiri.

Kedua dua pasukan mungkin akan bertarung 4-4-2 dalam pertembungan ini. Fluiditi Selangor di ‘final third’ mungkin akan menjadi subjek utama latihan pemain pertahanan Pahang.

Begitu juga pertahanan Selangor mungkin akan berdepan dengan 2 penyerang yang sangat prolifik , Conti dan Nwakaeme.

 

The post Pahang vs Selangor: Previu Separuh Akhir Piala Malaysia 2015 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Pahang vs Selangor, Felda United vs Kedah: Pasukan Manakah Yang Akan Ke Final?

Saingan Piala Malaysia 2015 semakin menuju ke klimaks selepas Pahang, Selangor, Felda United dan Kedah masing-masing akan berentap dalam 2 perlawanan separuh akhir bermula esok.

SemuanyaBOLA dengan kerjasama Media Prima mengkaji peluang 4 pasukan ini untuk ke final Piala Malaysia 2015.

Pahang vs Selangor (Siaran Langsung di TV3)

Tidak dinafikan lagi, perlawanan antara dua pasukan negeri yang kaya dengan sejarah Piala Malaysia ini adalah perlawanan tumpuan. Juara bertahan menentang juara 32 kali.

Pahang mungkin masih mencari-cari rentak konsistensi mereka dalam kempen Piala Malaysia, tetapi kebolehan jentera serangan mereka menjaringkan gol di Kuantan sememangnya tak boleh dipertikai.

image

Mangsa terbaru mereka adalah Lions XII yang dibelasah 1-4 di Kuantan. Lions bangkit untuk menang 2-0 di halaman sendiri, tetapi defisit yang dilakar di Kuantan oleh Pahang nyata terlalu besar.

Jika Pahang mampu mengekalkan konsistensi dan mengekalkan rentak kemenangan mereka, Selangor berdepan dengan tugas yang berat di Kuantan esok.

Berbanding Pahang, Selangor tampil dalam perlawanan ini sebagai pilihan underdog. Dan untuk berlaku jujur, ia bukanlah sesuatu yang teruk sangat.

Malah jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic menegaskan status bukan pilihan mereka hanya membuatkan pemainnya lebih kuat berusaha dan tidak mudah berputus asa.

IMG_4476-compressed

Jika status bukan pilihan adalah apa yang Selangor perlukan untuk melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia buat kali pertama sejak 2012, mereka pasti tidak kisah jika nama Selangor berada di luar radar media.

FELDA United vs Kedah (Siaran Langsung di TV9)

Selepas menyingkirkan Johor Darul Takzim di halaman mereka sendiri pada suku akhir lepas, Felda United terus disebut-sebut oleh peminat bola sepak tempatan sebagai salah satu pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Malaysia.

Dan mereka mempunyai sebab mereka masing-masing.

Ketika ini, jentera serangan Felda United dikemudi oleh penjaring terbanyak Piala Malaysia 2015, Thiago Augusto Fernandes yang pada asalnya di bawa masuk untuk menggantikan Edward Wilson.

Tetapi Thiago ternyata terlalu bagus sehingga beliau mampu menggantikan tugas Makeche Ndumba sekali.

183-compressed

Memusnahkan rekod tanpa kalah Johor Darul Takzim di Larkin sememangnya satu pencapaian hebat.

Tetapi persoalan masih berlayang-layang sama ada Felda United mampu menewaskan Kedah yang sudah menjaringkan 19 gol daripada 8 perlawanan Piala Malaysia setakat ini.

b9a695f0-4fd0-4a4f-aa6a-39ff2525078f

Bakal disertai oleh puluhan ribu briged penyokong dari utara tanah air pada setiap perlawanan, Kedah mempunyai lebih banyak sebab untuk menang separuh akhir esok berbanding Felda United.

Perlawanan separuh akhir esok adalah perlawanan untuk pasukan mana yang paling mahukan tempat di final. Ia adalah perlawanan untuk pasukan yang paling lapar.

Antara Felda United – pasukan yang ghairah mahu mula mencipta sejarah – dengan Kedah, pasukan yang mahu mengulangi sejarah, pasukan mana yang lebih lapar esok?

Saksikan perlawanan separuh akhir Piala Malaysia, Pahang vs Selangor di TV3 dan Felda United vs Kedah di TV9 pada Rabu, 2 Disember 2015 ini pada jam 8.30 malam.

Kedua-dua perlawanan juga boleh disaksikan secara Global Live Streaming di www.tonton.com.my/liveList

Insta SA1

The post Pahang vs Selangor, Felda United vs Kedah: Pasukan Manakah Yang Akan Ke Final? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA