Kriteria Asas Dan Fungsi Seorang Pemain Defensive Midfielder Di Dalam Pasukan Bola Sepak

Defensive midfielder atau pemain tengah bertahan adalah antara posisi yang sangat penting dalam sesebuah pasukan.

Memiliki defensive midfielder yang terbaik adalah antara keutamaan bagi ramai pengurus dan jurulatih bola sepak di seluruh dunia.

Kadangkala, ia juga dikenali sebagai “stopper”. Peranan utama anda mereka adalah untuk bermain di hadapan garisan pertahanan dan cuba untuk melindungi garisan tersebut.

maxresdefault

Berikut  adalah penerangan tetang posisi ini.

Apakah Tugas-Tugas Defensive Midfielder

Istilah defensive itu sendiri merujuk kepada sifat mereka yang lebih kepada bertahan.

Defensive midfielder adalah pemain yang akan melindungi barisan pertahanan ketika diserang. Mereka akan cuba untuk mematahkan ancaman lebih awal dan mengeluarkan bola daripada tekanan pihak lawan.

Oleh itu, eorang pemain defensive midfielder  perlu menguasai sentuhan pertama yang berkesan untuk mengalihkan bola daripada tekanan pihak lawan.

main-qimg-0dade30171d349de09f988dc5a774405-c

Selain itu defensive midfielder juga bertanggungjawab untuk mencipta ruang (creating space) kepada pemain serangan ketika dalam proses transisi daripada bertahan kepada menyerang.

Pemain defensive midfielder perlu ada komunikasi dan perhubungan yang berkesan dengan pemain-pemain di sektitar beliau ketika di dalam padang.

Apakah Kriteria Yang Perlu Ada Dalam Seorang Defensive Midfielder

Pemain defesive midfielder hendaklah:

1. Kecerdasan taktikal (tactical awarness) yang tinggi. Ini kerana mereka terlibat dalam bertahan, menyerang dan juga ketika transisi taktikal.

Real Madrid v Club Atletico de Madrid - UEFA Champions League Final

2. Kemampuan untuk melindungi pemain pertahanan sama ada secara taktikal dan teknikal.

3. Kemampuan mengawal bola, menggelecek, menghantar bola dan juga menerima bola menggunakan pelbagai jenis anggota badan, bukan sahaja dengan kaki.

56d75c7901199d516f000001

4. kebolehan untuk melakukan aksi bertahan seperti membentes dan juga memintas bola.

5. Dari segi posisi mereka perlulah ada kemampuan untuk mengawal garisan di hadapan pertahanan dengan bijak dan efektif.

6. Memiliki kualiti hantaran akhir yang baik membolehkan mereka menjadi perancang dari bahagian bawah (deep lying) yang berkesan. Ia juga antara nilai tambahan sangat bermakna untuk dimiliki.

Ini kerana sifatnya yang menjadi pivot kepada taktikal dan formasi pasukan.

7. Dari segi visi, hendaklah memiliki visi yang tajam  serta awareness yang tinggi untuk mengenalpasti potensi ancaman dan juga siapakah yang berada di sekeliling termasuk rakan dan juga pihak lawan.

Ramai jurulatih di dunia menjadikan defensive midfielder sebagai penentu atau asas kepada taktikal dan formasi ketika bertahan mahupun menyerang.

8. Perlu ada work rate yang tinggi di dalam padang dan juga seorang pemain yang mengutamakan pasukan (team player). Ini bukan posisi yang sesuai untuk pemain yang individualistik.

Apakah Ciri-ciri Fizikal Yang Sesuai Untuk Bermain Defensive Midfielder

Kebiasaannya, saiz bukan masalah utama. Ramai jurulatih selesa dengan defensive midfielder yang berpusat graviti rendah berbanding dengan pemain yang tinggi dan besar.

Ini kerana mereka perlu lebih tangkas daripada bek tengah ketika berada di dalam padang.

Aspek yang paling penting adalah kecergasan fizikal dan stamina yang optimum. Ini kerana mereka posisi ini banyak terlibat dengan transisi taktikal.

Secara tidak langsung mereka antara pemain yang paling banyak berlari di dalam padang. Mereka juga perlu aktif dalam transisi pasukan termasuk melakukan tugas tugas pertahanan seperti membentes dan memintas bola.

Kegagalan untuk mengekalkan tahap fizikal dan stamina di paras optimum membuatkan mereka berisiko hilang karier lebih awal.

Seboleh-bolehnya seorang defensive midfielder hendaklah berupaya menggunakan kedua-dua belah kaki dan pelbagai anggota badan mereka dalam permainan terutamanya untuk melakukan aksi bertahan,  dan juga menerima bola.

Penggunaan kedua-dua belah kaki yang aktif juga penting untuk melancarkan hantaran dengan kadar segera.

Selain itu, seseorang yang bermain posisi ini perlu ada ketangkasan dan juga kecerdasan mental. Contohnya N’golo Kante yang agak rendah, mereka perlu ada kemampuan untuk bermain lebih bijak dalam menangani situasi duel di udara.

Kesimpulan

Jelas ia bukan satu posisi yang mudah untuk dimainkan. Pemahaman ke atas keperluan posisi ini secara teknikal dan taktikal oleh jurulatih di peringkat usia awal amat penting untuk membantu pembangunan pemain-pemain muda untuk menjadi produk yang baik di masa hadapan.

p1060647

Dalam bola sepak, ada bermacam-macam jenis dan karakter defensive midfielder. Ada yang jenis destroyer, ada yang jenis keras, ada juga yang jenis terlalu agresif.

Apa sahaja jenis mereka, tugasan mereka apabila bertahana adalah untuk memenangi bola dan mematikan ancaman lawan secepat mungkin.

Ia antara posisi yang paling dikehendaki dalam bola sepak global kerana kepentingannya di dalam organisasi pasukan.

Baca juga : Bagaimana Arsenal Guna Sistem False 9 & Deep Lying Playmaker Dengan Alexis & Xhaka

The post Kriteria Asas Dan Fungsi Seorang Pemain Defensive Midfielder Di Dalam Pasukan Bola Sepak appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Zlatan Ibrahimovic Buat Seorang Pencari Kerja Jadi Menggelabah Dalam Temuduga

Jika anda sedang giat pergi ke temu duga mencari kerja, perkara terakhir yang anda pasti tak mahu hadapi adalah ditemuduga oleh Zlatan Ibrahimovic.

Inilah yang dilalui oleh Philip, seorang penganggur muda yang datang ke temuduga jawatan kosong di Vitamin Well – sebuah syarikat minuman bervitamin dari Sweden.

Terkejut ditemuduga Zlatan

Menyangka dirinya bakal ditemuduga oleh eksekutif syarikat Vitamin Well, Philip nampak terkejut apabila mendapati beliau ditemuduga oleh duta produk tersebut, Zlatan Ibrahimovic.

Ibrahimovic yang datang ke bilik temuduga dengan seluar pendek dan t-shirt kemudiannya melontarkan beberapa soalan berkenaan Vitamin Well kepada Philip.

Tetapi baru satu soalan saja, Philip sudah tergagap-gagap dan tak mampu menjawab soalan dengan baik. Ketika Ibrahimovic menyoal berapa perisa yang Vitamin Well ada, Philip memberi respon ini:

zlatan-interview1

Ibrahimovic kemudiannya bertanya (dengan nada tegas):

“Awak tahu apa-apa tak tentang Vitamin Well?

Menyedari Ibrahimovic semakin serius, Philip cuba menjawab. Tetapi sekali lagi, beliau gagal.

zlatan-interview2

Zlatan cuba menenangkan Philip yang semakin menggelabah. Tetapi apabila Ibrahimovic menyoal apa nama produk Vitamin Well yang berperisa buah peach, Philip sekali lagi gagal menjawabnya.

Di akhir temu duga, Ibrahimovic bertanya soalan:

“Siapa pemain bola sepak kegemaran awak?”

Pada mulanya Philip kelihatan seperti mahu memberi nama pemain lain. Tetapi beliau mengubah jawapannya kepada Zlatan Ibrahimovic selepas penyerang PSG itu memberi ‘amaran’ ini:

zlatan-interview3

Disebabkan jawapan itu sahaja, Ibrahimovic berjanji akan menolong Philip mendapat kerja tersebut. “Philip, saya berjanji akan tolong awak dapatkan kerja ini. Selamat berjaya,” katanya.

Keseluruhan video tersebut boleh dilihat di bawah:

Baca juga: Bagaimana Zlatan Meleraikan Pergaduhan Dua Pemain Pasukan Lawan Yang Berebutkan Jersinya

The post Zlatan Ibrahimovic Buat Seorang Pencari Kerja Jadi Menggelabah Dalam Temuduga appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

3 Perkara Yang Seorang Penyokong EPL Belajar Daripada Pengalaman Gary Neville Di Valencia

Sebagai seorang bekas pemain yang hanya menghabiskan kariernya di England, adalah normal bagi Gary Neville untuk mempunyai kesukaran berkomunikasi dengan pemain-pemainnya yang tidak memahami bahasa Inggeris.

Tetapi keputusan pihak pengurusan Valencia untuk memecat pengurus di tengah-tengah musim dan menggantikannya dengan pengurus yang langsung tak boleh bercakap bahasa Sepanyol seperti Neville, adalah tidak normal bagi saya.

Jika Neville tidak menjadi, ia bukan saja menjejaskan prestasi Valencia. Malah ia menjejaskan portfolio Neville dan merosakkan hubungan pemilik dengan penyokong Valencia.

Anda boleh lihat sendiri betapa sukarnya Neville untuk berkomunikasi dengan pemain-pemainnya dalam video di bawah.

Maka tak hairanlah, Neville baru mengecapi 3 kemenangan sepanjang 12 perlawanan Valencia yang dikendalinya.

Malah sehingga kini, Valencia belum pernah menang 1 perlawanan liga pun lagi di bawah Neville.

Di sebalik rekod kemenangannya yang tak memberansangkan setakat ini, anda tak boleh nafikan betapa bekerja kerasnya Neville di Valencia.

Baca: Gary Neville Keluar RM130,000 Sendiri, Belanja iPad Kepada Semua Pemain Valencia

Saya berpendapat ada beberapa perkara tentang Neville yang boleh kita pelajari.

1. Jangan jadi ketam

Saya nampak persamaan antara cabaran Gary Neville di Valencia dengan kisah ketam yang saya pernah baca dalam buku Everything That Happens to Me is Good tulisan Geoff Thompson.

Dalam buku tersebut penulisnya menceritakan apabila nelayan berjaya menangkap ketam dan mengumpulnya dalam bakul, bakul tersebut tidak perlu ditutup, walaupun ada ketam yang akan cuba memanjat dinding bakul untuk keluar.

Mengapa?

Ini kerana apabila ada ketam yang cuba memanjat dinding bakul untuk keluar, ketam-ketam yang lain akan menariknya masuk semula ke dalam bakul semula.

Kemudian ketam yang gagal keluar tersebut akan menarik ketam lain yang cuba melarikan diri.

Di England, Neville sudah selesa dan terkenal sebagai pembantu jurulatih England dan pundit di Sky Sports. Beliau tidak mempunyai sebab untuk meninggalkan semua ini untuk kerja di negara asing, liga asing, bersama pemain yang asing.

Tetapi Neville masih mahu mencuba? Mengapa?

Ini kerana sudah menjadi DNA Neville untuk mencuba, mencari cabaran dan bekerja keras. Ini adalah kualiti yang boleh kita contohi untuk berjaya dalam hidup.

Untuk berjaya, kita perlu sentiasa mencuba, mencari cabaran dan bekerja keras. Kita tak boleh sentiasa berada di zon selesa seperti ketam yang tak mahu keluar bakul.

Untuk berjaya, kita perlu keluar dari ‘bakul ketam’ kita. Keluar dari zon selesa kita.

2. Komunikasi adalah elemen penting dalam bidang pengurusan dan kejurulatihan

Bijak dalam aspek teori taktikal dan teknikal adalah satu hal.

Tetapi bijak berkomunikasi dengan pemain untuk menyampaikan apa yang anda mahu dari segi taktikal dan teknikal adalah satu hal yang lain pula.

Carlo Ancelotti pernah berkata:

“Komunikasi adalah kunci. Bola sepak adalah sukan yang penuh dengan idea. Jika anda tak tahu bagaimana nak sampaikan idea ini, anda tak boleh menjadi jurulatih.”

Gary Neville mungkin berpengetahuan luas dan mempunyai banyak idea, tetapi bagaimana beliau nak sampaikan ilmu dan ideanya jika pembantunya Miguel Angel Angulo sendiri pun tak faham bahasa Inggeris?

Jadi satu-satunya pilihan Gary dan Phil Neville adalah belajar bahasa Sepanyol dari kosong. Dan untuk memastikan komunikasi antara Neville dengan pemain-pemainnya menjadi berkesan, ia memerlukan masa.

Bagi saya, kegagalan Valencia untuk menang dalam perlawanan liga setakat ini bukannya kerana pemain Valencia tak faham apa yang Neville cakap.

Sebaliknya, ia kerana Neville masih belum mampu menterjemahkan apa yang terbuku dalam otaknya ke otak pemain-pemainnya.

Mungkin kerana kekurangan pengalaman Neville sebagai pengurus pasukan. Mungkin juga kerana kelemahan skil interpersonal communication Neville sendiri.

3. Peter Lim perlu lebih fikirkan tentang penyokong Valencia

Saya cuba berfikir dari perspektif penyokong Valencia.

Alangkah malangnya apabila pemilik kelab mereka, Peter Lim menjadikan Valencia sebagai platform menzahirkan kecintaannya terhadap Manchester United.

Kefanatikan Peter Lim terhadap Manchester United bukan satu rahsia lagi.

Beliau pernah membeli 50% syer kelab Salford City. Pemegang syer Salford City yang lain adalah Phil Neville, Gary Neville, Paul Scholes, Ryan Giggs dan Nicky Butt.

Beliau juga merupakan pemegang hak imej Cristiano Ronaldo dan pernah menderma dalam projek kebajikan Hotel Football yang diketuai oleh Gary Neville dan Ryan Giggs.

Malah hubungan rapatnya dengan ejen pemain, Jorge Mendes menyebabkan Valencia dipenuhi oleh banyak pemain-pemain yang berada di bawah naungan Mendes.

Antaranya ialah Joao Cancelo, Zakaria Bakkali, Danilo, Aymen Abdennour, Rodrigo dan Enzo Perez.

Ini menyebabkan Valencia dipenuhi oleh pemain yang taat setia kepada ejen, bukannya kepada kelab dan penyokong Valencia. Masakan tidak, ejen mereka adalah kawan baik Peter Lim!

Inilah impak yang perlu ditanggung oleh penyokong apabila kelab bola sepak mereka menjadi perniagaan tanpa jiwa atau dalam bahasa orang putih, business without soul.

Baca juga: 5 Perkara Yang Seorang Penyokong Perak Belajar Daripada Final Piala Malaysia 2015

The post 3 Perkara Yang Seorang Penyokong EPL Belajar Daripada Pengalaman Gary Neville Di Valencia appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Surat Terbuka Kepada PBNJ Dari Seorang Peminat Bola Sepak Sarawak

Saya bukanlah pengulas sukan ataupun pakar dalam sukan bolasepak.

Jadi dengan rasa rendah diri, saya ingin menyatakan pendapat saya yang mungkin boleh diambil kira untuk pembangunan bola sepak tempatan. Kalau tak pun, jadikanlah pendapat saya ini sekadar bahan bacaan di masa lapang sahaja.

Saya berasal dari Sarawak. Namun saya merupakan salah peminat pasukan JDT sejak ianya direvolusikan pada tahun 2013.

Kenapa saya minat JDT? Padahal Johor bukanlah negeri kelahiran saya.

Saya minat JDT kerana struktur pembangunan bolasepak, fasiliti pasukan dan budaya pentadbiran mereka yang telus.

Bermula daripada sekadar mengikuti perkembangan JDT sejak 2013, kini JDT telah menjadi satu obsesi. Secara jujurnya sejak penubuhan JDT pada 2013, saya agak mencemburui apa yang TMJ lakukan untuk peminat bolasepak Johor.

Sumber gambar: http://www.johortimes.my/
Sumber gambar: www.johortimes.my

Dengan rasa rendah diri, berikut adalah harapan saya kepada PBNJ dan juga kepada persatuan-persatuan bola sepak negeri dan kelab seluruh Malaysia.

1. Luaskan kuasamu ke pendalaman Sarawak

IMG_3704

Seperti yang anda sedia tahu, Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Mengikut pemerhatian saya, ramai belia yang berbakat di pendalaman Sarawak.

Namun, mereka tidak mendapat pendedahan yang sepatutnya. Bakat yang mereka ada disia-siakan.

Saya tahu, bukan mudah untuk mencungkil bakat-bakat di pedalaman. Sepertimana yang kita tahu, Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) pun tidak dapat mencari bakat menyeluruh di pedalaman Sarawak.

Tetapi saya yakin dengan apa sumber dan kepakaran yang JDT ada, tidak mustahil akan ada bakat yang segar dari pedalaman Sarawak.

Contohnya, ramai anak-anak Kayan, Kenyah, Bidayuh, Iban, Melayu, Cina, Orang Ulu, Bisaya dan Penan yang mempunyai bakat. Namun mereka sangat dahagakan pendedahan dan peluang untuk membuktikan keupayaan mereka.

2. Jadikan JDT satu jenama universal

IMAGE ONE

Ketika ini jika seseorang menyebut nama ‘JDT’, kita akan segera ingat ia jenama untuk bangsa Johor saja. Tidak. Bagi saya, JDT boleh menjadi lebih daripada itu. JDT boleh menjadi jenama universal.

Ketika ini, kelab-kelab besar dari Eropah seperti Manchester United, Barcelona, Bayern Munich dan sebagainya sibuk mempromosikan jenama pasukan mereka ke rantau Asia.

Manchester United bukan lagi kelab untuk penduduk Greater Manchester sahaja. Barcelona pula bukan lagi kelab untuk rakyat Catalonia sahaja. Bayern Munich pula bukan lagi kelab untuk orang Bavaria sahaja.

Jika kelab-kelab besar Eropah ini boleh, kenapa tidak JDT? Kenapa tidak Sarawak? Dan kenapa tidak Selangor?

Jadi saya berpendapat pihak pengurusan PBNJ dan pengurusan persatuan pasukan lain perlu meluaskan lagi pengaruh mereka ke Sarawak dan negeri lain.

Dengan strategi pemasaran yang betul, PBNJ dapat membantu pemain muda tempatan untuk untuk mengembangkan bakat di akademi bolasepak masing-masing pada masa hadapan.

3. Cawangan JDT di Sarawak

a7

Membuka cawangan penyokong JDT di negeri lain bukanlah satu kesalahan. Ia tak bermakna kita membelakangkan pasukan dan persatuan bolasepak negeri sendiri. Mungkin PBNJ boleh berkerjasama dengan pihak tempatan.

Dengan adanya cawangan di setiap ibu negeri, JDT dapat menyediakan informasi selain dapat menjual tiket dan merchandise untuk perantau Johor dan penyokong JDT yang dibesarkan di negeri lain.

Ini membolehkan PBNJ mempunyai sumber kewangan tambahan selain daripada hasil jualan tiket perlawanan.

Cadangan ini tak terhad kepada PBNJ saja. Persatuan-persatuan bolasepak negeri di Malaysia juga boleh membuka cawangan di negeri lain bagi memeriahkan lagi industri bolasepak negara.

Cadangan saja

Ini cadangan saya saja peminat bolasepak tanah air. Bukanlah niat saya untuk mencari salah semua pihak. Saya cuma sangat meminati gaya kepimpinan PBNJ yang didukung oleh TMJ.

Pencapaian serta prestasi JDT amat saya kagumi. Saya berharap suatu hari nanti saya dapat bersua muka dengan beliau untuk berkongsi pendapat dan membincangkan mengenai pembangunan bola sepak.

Saya percaya dengan adanya pengurusan yang professional dan disiplin yang tinggi, tidak mustahil bola sepak kita akan maju.

Malah cadangan saya tidak terhad untuk PBNJ saja, malah untuk persatuan-persatuan bola sepak yang lain juga.

Adalah menjadi impian saya untuk menyumbang pembangunan bolasepak negara secara langsung atau tidak langsung. Saya bukan lah mengkritik ataupun mengatakan semua pihak tidak bagus, tetapi sekadar menyampaikan pendapat.

Sekian, terima kasih. Salam dari Borneo.

Nota editor: Artikel ini ditulis oleh Justine Pengiran Igai, seorang peminat bola sepak dan penyokong JDT dari Sarawak.

Jika anda boleh menulis artikel bola sepak dan mahu artikel anda dibaca oleh lebih 300,000 peminat bola sepak setiap bulan, hantarkan artikel anda (dalam MS Word) ke semuanyabola@gmail.com

Baca juga: 4 Sebab Mengapa Bilik Persalinan JDT Impian Setiap Pemain Bola Sepak

The post Surat Terbuka Kepada PBNJ Dari Seorang Peminat Bola Sepak Sarawak appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Seorang Penyokong Liverpool Namakan Anaknya YNWA

Sepasang suami isteri dari Norway membawa kefanatikan mereka terhadap Liverpool ke satu tahap baru apabila menamakan anak mereka YNWA.

YNWA adalah singkatan kepada lagu ‘You’ll Never Walk Alone’ yang menjadi lagu tema Liverpool.

Sebelum kelahiran bayi mereka, pasangan ini hanya bergurau untuk menamakan anak mereka YNWA.

Tetapi mereka menjadi serius selepas anak mereka hampir mati akibat komplikasi pembedahan Caesarean.

ynwa2

Bapanya memberitahu Norway TV beliau mengambil keputusan untuk menamakan anaknya YNWA selepas ‘bersembang’ dengan anak perempuannya ketika dalam pemulihan.

ynwa

Ketika ditanya apa akan terjadi jika anaknya membesar sebagai penyokong Manchester United, bapanya menjawab:

ynwa3

Berita ini mengingatkan kami kepada seorang penyokong Arsenal di Malaysia yang menamakan anaknya sempena nama pemain Arsenal.

Oppkalla etter Liverpool-song/Named after Liverpool-anthem.

Det starta som ein spøk. Men namn skal ein ikkje spøke med, det blir fort alvor av det! #NominoNRK #YNWA

Posted by Nomino NRK on Wednesday, September 2, 2015

Baca juga: BAGAIMANA ROBERTO FIRMINO AKAN MEMBANTU LIVERPOOL?

The post Seorang Penyokong Liverpool Namakan Anaknya YNWA appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA