FIFA 16 Memperkenalkan Pasukan Bola Sepak Wanita Buat Kali Pertama

fifa_16_womens_teams-8

Berita baik untuk peminat permainan bola sepak FIFA. Ini berita gempar yang baru kami terima – FIFA 16 bakal dilengkapi dengan pasukan bola sepak wanita!

Ya, ia bukan khabar angin. Ia sudah disahkan sendiri oleh pihak EA Sports dan FIFA.

e16947de-c310-45f2-a0ed-7aa941651a03-620x372

12 pasukan kebangsaan wanita

Untuk kali pertama dalam sejarah francais pemainan sukan popular tersebut, anda boleh memilih untuk bermain pasukan kebangsaan wanita dari 12 buah negara. 11 daripadanya bakal beraksi di pertandingan Piala Dunia wanita pada Jun 2015 di Kanada.

12 pasukan wanita yang boleh pilih adalah:

1. Jerman
2. USA
3. Perancis
4. Sweden
5. England
6. Brazil
7. Kanada
8. Australia
9. Sepanyol
10. Itali
11. Mexico
12. China

Satu-satunya perkara yang mengecewakan kami adalah ketiadaan pasukan kebangsaan wanita  Jepun.

2609584_full-lnd

Pasukan wanita vs pasukan lelaki?

Anda boleh menggunakan pasukan wanita ini dalam mod Match Day, Offline Tournement dan Online Friendly.

Walau bagaimanapun, pasukan kebangsaan wanita ini hanya boleh berlawan dengan pasukan kebangsaan wanita yang lain sahaja.

Jadi anda boleh berhenti berfantasi jauh membayangkan susuk tubuh Alex Morgan menjaringkan gol ala-ala Messi melalui celah kangkang David Luiz. Kami dapat merasakan aktivis feminisme tidak akan gembira dengan perkara ini.

Penambahan pasukan wanita ini merupakan penambahbaikan yang dialu-alukan untuk menggalakkan populariti bola sepak wanita. Selepas ini, anda boleh hafal majoriti nama pemain wanita terkenal!

Menurut naib presiden dan pengurus besar EA Sport, David Rutter:

Menampilkan sebahagian dari pemain bola sepak wanita terbaik dunia dan pasukan kebangsaan mereka ke dalam dunia francais kami adalah perkara yang besar bagi EA Sport. Dan kami juga teruja untuk membawakan jutaan peminat kami ke arah cara bermain yang lain dari yang lain

Kami ingin memastikan para pemain merasai pengalaman sebenar ketika bermain pasukan wanita ini, terima kasih kepada sistem player capture kami yang inovatif dan reference tool yang baik. Ia menjanjikan permainan yang lebih sofistikated yang kami ingin persembahkan dalam FIFA 16

BURNABY, BC: APRIL 7, 2015 - The USA Women’s Soccer Team visits the EA MOCAP facility at EA Canada in Burnaby, BC April 7, 2015 in Vancouver, Canada.  Photo by Jeff Vinnick/EA

BURNABY, BC: APRIL 7, 2015 - The USA Women’s Soccer Team visits the EA MOCAP facility at EA Canada in Burnaby, BC April 7, 2015 in Vancouver, Canada.  Photo by Jeff Vinnick/EA

BURNABY, BC: APRIL 7, 2015 - The USA Women’s Soccer Team visits the EA MOCAP facility at EA Canada in Burnaby, BC April 7, 2015 in Vancouver, Canada.  Photo by Jeff Vinnick/EA

USA Women’s Soccer Team visits the EA MOCAP facility at EA Canada in Burnaby

Animasi seperti dunia sebenar

EA Sports juga telah menggandakan usaha mereka dalam animasi dalam permainan dan model 3D setiap pemain. Jadi anda bakal merasai pengalaman sebenar bermain dalam pasukan wanita. Watak pemain wanita juga lebih hidup dan bergerak seperti mana mereka bergerak dalam dunia sebenar.

leroux_hi_2-720x405

Antara pemain utama yang menjalani 3D modelling adalah Christine Sinclair (Kanada), Stephanie Houghton (England), Sydney Leroux, Abby Wambach, Megan Rapinoe dan tentunya, Alex Morgan dari USA.

Morgan_Hero-3-720x408

Bakal dilancar September 2015

FIFA 16 bakal dilancarkan pada bulan September tahun ini diatas pelantar PC, PlayStation 3, Playstation 4, Xbox 360 dan Xbox One.

fifa_16_womens_teams-5

Reaksi gamers kepada penambahan pasukan wanita

Agak malang apabila majoriti gamers menyambut berita EA Sports ini dengan jenaka seksis (sexist). Antara reaksi mereka adalah:

Kesimpulan

Jadi, adakah penambahbaikan ini bakal menjadi game changer dalam industri permainan simulasi bola sepak? Adakah ia bakal menamatkan legasi PES yang sedang dirundum masalah bersama Konami?

Secara jujurnya kami merasakan ia boleh berlaku. Mungkin ini merupakan strategi baru EA untuk menambahkan bilangan FIFA gamers wanita. Segalanya nampak cerah dan progresif di EA Sports, namun tampak sebaliknya di Konami.

Selamat tinggal PES.

Sumber : IGN, GamesRadarVG 24/7, Telegraph UK

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

The post FIFA 16 Memperkenalkan Pasukan Bola Sepak Wanita Buat Kali Pertama appeared first on Semuanya Bola.

Semuanya Bola

Incoming search terms:

Inilah Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara #NFDP Malaysia

Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara merupakan satu pelan jangka masa panjang, dimana fasa pertama bermula 2014-2020 yang diketuai oleh Pengarah Projek, Lim Teong Kim.

Pelan ini bukan sahaja untuk pembangunan bola sepak, malahan untuk pembangunan jurulatih dan juga turut mengadakan satu falsafah atau DNA baharu bagi bola sepak negara kita.

Satu falsafah bola sepak negara ini termasuk corak permainan, strategi, teknik, taktik serta perwatakan yang akan kita gariskan supaya dapat diselaraskan di seluruh pusat-pusat kecemerlangan yang akan ditubuhkan di setiap daerah.

Kemuncak kepada program ini ialah Akademi Bola Sepak Negara di Gambang yang akan menempatkan 500 pemain muda terbaik dari seluruh negara antara 13 dan 17 tahun.

Bayangkan ribuan kanak-kanak sekolah dilatih secara sistematik, seterusnya membentuk generasi pemain yang benar-benar memahami formasi, skil serta gaya permainan asas. Inilah program pembangunan bola sepak yang menjadi harapan kita semua.

Kita mulakannya sekarang.

KEJE KOSONG DI SINI https://www.facebook.com/kerjakosongdisini
Video Rating: / 5

Incoming search terms:

Sembang Bola Sepak: Mutu & Kualiti Skuad Kebangsaan di tahap membimbangkan?

Assalamualaikum wbt

Ketika ini penulis pasti masih ramai yang tidak henti bersembang dan memperkatakan tentang kekalahan besar skuad kebangsaan 6-0 terhadap Oman, selain ranking skuad kebangsaan yang jatuh teruk di tangga 164 dunia, di bawah negara-negara seperti Bhutan & Timor Leste. Disebabkan itu, kita menghadapi kesulitan sewaktu undian kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 baru-baru ini dimana kita ditempatkan bersama skuad Arab Saudi, UAE, Palestin & Timor Leste, dimana skuad kita adalah skuad paling rendah diantara kesemua skuad di dalam kumpulan berkenaan.

Semakin ramai mempersoalkan dimana silapnya sehinggakan ranking kita jatuh teruk. Ketika ini terdapat ramai yang mempersoalkan tentang kebolehan jurulatih Dollah Salleh, terutamanya di sudut taktikal, selain ada yang memperkatakan bahawa inilah tahap bola sepak kita kerana bergantung kepada pemain yang ada yang mungkin tidak semua mempunyai kualiti untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Manakala tempoh persiapan yang pendek juga dijadikan alasan di atas kekalahan tersebut. Dimanakah silapnya sebenarnya?

Pada pandangan penulis, semua pihak harus mula bertanggungjawab tentang hal ini. Malangnya, dilihat hanya sekarang baru pihak seperti FAM mula melihat ini sebagai serius. Atas sebab apa penulis sendiri tidak pasti. Pada pandangan penulis mungkin sudah terlambat untuk menyediakan skuad yang penuh kualiti di setiap posisi dan terpaksa bergantung kepada pemain yang sedia ada dan dinilai dari segi prestasi terkini di Liga, namun tidak ada salahnya untuk memanggil pemain-pemain muda daripada skuad Harimau Muda A & B untuk bermain terus untuk skuad kebangsaan, memandangkan mereka sudah mula terlibat dengan “international assignment” sebelum skuad kebangsaan bermain perlawanan persahabatan dengan Oman tempoh hari. Penulis berpendapat bahawa perlunya skuad ini beraksi dengan skuad-skuad yang mana ranking mereka lebih tinggi daripada kita seperti Bhutan, India, Hong Kong dan Afghanistan yang sudah mula jauh meninggalkan kita dari segi ranking sebagai persediaan kelayakan Piala Dunia & Piala Asia berbanding perlawanan menentang Spurs & Liverpool dimana negara-negara berkenaan juga dalam persiapan perlawanan yang sama berbanding perlawanan kelab EPL yang mana skuad yang lain boleh dihantar untuk perlawanan tersebut.

Mungkin ini masanya untuk memanggil Kumaaran,Nazirul Naim, Rozaimi dan lain-lain untuk skuad kebangsaan. Penulis juga menyokong saranan yang dibuat baru-baru ini oleh Menteri Belia & Sukan YB Khairy Jamaluddin untuk memanggil lebih ramai pemain seperti Matthew Davies, Brendan Gan & Junior Edstal untuk mewakili skuad kebangsaan, namun harus diteliti terlebih dahulu kualiti mereka. Penulis berpendapat mungkin bola dipanggil semula pemain seperti Tan Shun Seang (maaf jika salah eja nama) yang tidak silap penulis pernah dipanggil sebelum ini oleh Datuk Ong Kim Swee serta jika boleh dipanggil juga Titus James Palani untuk dilihat aksinya setelah sekian lama berkelana di Eropah.

Filed under: Sembang-Sembang pasal bola sepak
Copy of Full Text RSS Builder

Incoming search terms: