VIDEO: Juninho Pernambucano Ajar Cara Ambil Sepakan Sepakan Percuma Dengan Baik

Siapa masih lagi ingat dengan Juninho Pernambucano? Lagenda Olympique Lyonnais yang cukup hebat satu masa dahulu merupakan pakar sepakan percuma!

Hampir dari 80 gol beliau terhasil menerusi sepakan percuma dan beliau merupakan antara pemain terawal yang menggunakan teknik knuckle ball yang cukup sukar untuk diatasi oleh penjaga gol.

Beliau kali ini dijemput oleh pakar bola sepak gaya bebas iaitu Sean Garnier untuk mengajar cara yang cukup berguna untuk digunakan ketika mengambil sepakan percuma.

Selamat menonton!

Nota kaki: Jangan lupa buka sari kata dahulu sebelum menonton kerana video ini ditutur dalam bahasa Perancis. Klik pada ‘CC’ pada kanan bawah video ya!

Baca juga: Juninho Pernambucano: Lagenda Sepakan Percuma Kebanggaan Lyon

The post VIDEO: Juninho Pernambucano Ajar Cara Ambil Sepakan Sepakan Percuma Dengan Baik appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Juninho Pernambucano: Pemain Yang Mengambil Sepakan Percuma Seperti Sepakan Penalti

Jika anda membesar dengan menonton bola sepak ketika era 2000-an. Pasti anda berasa beruntung bukan?

Mana tidaknya, pada waktu itu kita mempunyai ramai pemain yang merupakan pakar sepakan percuma!

David Beckham, Roberto Carlos antara nama-nama yang cukup hebat mengambil sepakan percuma. Tapi siapa yang teratas diantara semua?

Pastinya lagenda dari Brazil yang merupakan kebangaan Olympique Lyonnais – Juninho Pernambucano.

Raja Cilik Sao Januario

Juninho memulakan karier seniornya pada tahun 1993 di pasukan yang bernama Sport Recife. Di situ, beliau menstabilkan nama di dalam pasukan dengan cukup pantas apabila bermain untuk pasukan pertamanya.

Selepas berjaya membantu Sport Recife memenangi 2 gelaran peringkat wilayah. Juninho dirisik Vasco da Gama untuk menyertai mereka.

Dan pada tahun 1995, Juninho menjadi kebanggaan para peminatnya kerana banyak perkara.

Antaranya kerana sepakan percuma beliau ketika menentang River Plate dalam saingan separuh akhir Copa Libertadores 1998.

Sepakan percuma itu yang membawa mereka perlawanan akhir Copa Libertadores dan kemudiannya menjadi juara pada tahun tersebut.

Jasa beliau terhadap Vasco da Gama terlalu banyak. Sepanjang 6 tahun beliau di sana, Juninho telah membantu kelabnya memperoleh 2 gelaran liga pada 1997 dan 2000.

Selain itu, Juninho telah membantu kelabnya kepada 2 gelaran Amerika Selatan iaitu Copa Libertadores pada tahun 1998 dan Copa Mercosur pada tahun 2000.

Oleh kerana sumbangan yang cukup banyak, Juninho telah menerima nama jolokan iaitu Reizinho de São Januário (Raja Cilik Sao Januario) di atas nama stadium Vasco da Gama iaitu Sao Januario.

Selain itu juga, beliau dikenali sebagai Reizinho da Colina atau Raja Cilik di Rimba yang merujuk kepada gelaran Vasco da Gama iaitu Rimba (The Hill).

Lagenda Olympique Lyonnais

Juninho tiba di Perancis untuk bersama Olympique Lyonnais pada 2001 dan ternyata kehadiran beliau telah mengubah segala-galanya mengenai nasib Olympique Lyonnais.

Jika diikutkan rekod, Olympique Lyonnais merupakan kelab yang tidak pernah menjulang gelaran Ligue 1 sebelum kehadiran Juninho.

Namun selepas kehadiran beliau, kelab tersebut telah berjaya merangkul 7 gelaran Ligue 1. Dan ia dilakukan secara 7 kali berturut-turut!

Di Perancis, beliau telah mengumumkan nama beliau ke dunia bola sepak sedunia. Juninho dikenali sebagai pemain yang sering membantu pasukan untuk mendapatkan gol menerusi hantara-hantaran beliau.

Dan yang paling penting, beliau merupakan pemain yang terkenal dengan kebolehan mengambil sepakan percuma beliau dengan cukup cemerlang.

Beliau dipilih sebagai kapten oleh pengurus Gerard Houlier diatas kebolehan beliau memimpin pasukan. Dan selepas 8 tahun bersama Olympique Lyonnais, Juninho pergi meninggalkan kelab selepas kontrak beliau tamat pada Mei 2009.

Karier selepas Olympique Lyonnais

Selepas beraksi di liga Perancis. Juninho berpindah ke Timur Tengah untuk bersama dengan Al-Gharafa di Qatar.

Di sana, beliau berjaya memimpin pasukannya memenangi gelaran liga, Qatari Stars Cup dan Qatari Crown Prince Cup.

Oleh kerana persembahan beliau yang cemerlang, Juninho telah dipilih sebagai pemain terbaik tahunan untuk Liga Qatar.

Selepas itu, Juninho kembali ke Brazil untuk bersama dengan Vasco da Gama untuk kali kedua.

Beliau menjaringkan gol pertama beliau di karier kedua beliau bersama dengan Vasco da Gama pada perlawanan pertama beliau.

Juninho kemudiannya menjaringkan beberapa lagi jaringan sepakan percuma yang sinonim dengan beliau. Antaranya ketika menentang Corinthians dan Bahia.

Pada 2013, Juninho kemudiannya menerima tawaran untuk beraksi di Major League Soccer (MLS) bersama New York Red Bulls.

Namun begitu, jodoh beliau di MLS tidak lama. Hal ini kerana, selepas 6 bulan bersama Juninho dan New York Red Bulls mencapai persetujuan untuk menamatkan kontrak beliau.

Kelab terakhir yang diwakili Juninho adalah Vasco da Gama. Dalam karier ketiga beliau bersama kelab tersebut, Juninho mempunyai misi untuk menyelamatkan kelab tersebut dari tersingkir dari Serie A Brazil.

Namun begitu, usaha beliau untuk membantu pasukannya terselamat dari disingkirkan ke divisyen 2 berkecai apabila pasukannya menjadi sebahagian daripada 4 pasukan yang terpaksa disingkirkan dari Serie A Brazil untuk musim 2013.

Selepas tersingkir ke liga bawahan, Juninho kemudiannya mengambil keputusan untuk bersara dari bermain bola sepak.

Karier bersama Brazil

Bersama pasukan Brazil, Juninho tidaklah mempunyai karier yang gemilang seperti rakan-rakan lain seperti Ronaldhino ataupun Ronaldo.

Hal ini kerana beliau hanya mempunyai cuma 3 gelaran sahaja di peringkat antarabangsa iaitu Touloun Cup pada tahun 1995, Piala Konfederasi FIFA pada 2005 dan Lunar New Year Cup juga pada 2005.

Lebih malang, beliau pernah disisihkan dari menyertai skuad Copa America Brazil untuk edisi kejohanan 2004.

Apa yang menarik mengenai karier antarabangsa beliau, Juninho pernah bermain di 2 perlawanan berbeza dalam 1 hari.

Hal ini terjadi pada 7 September 1999 di mana di Brazil, beliau bermain 15 minit di separuh masa kedua untuk pasukan Brazil ketika menentang Uruguay.

Selepas perlawanan, beliau terus terbang ke Montevideo di Uruguay untuk bersama-sama kelabnya, Vasco da Gama untuk perlawanan Copa Mercosur menentang Nacional.

Raja sepakan percuma

Tidak terlalu keterlaluan untuk penulis katakan Juninho merupakan pemain paling cemerlang dalam mengambil sepakan percuma sepanjang zaman.

Hal ini kerana sebelum Cristiano Ronaldo terkenal dengan teknik sepakan percuma knuckleball, beliau sudah pun menggunakan teknik tersebut.

Teknik tersebut ternyata banyak membantu beliau untuk menjaringkan banyak gol dari situasi bola mati. Ia juga membolehkan beliau untuk menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dari jarak yang jauh.

Rekod beliau cukup cemerlang, di Olympique Lyonnnais sahaja beliau sudah menjaringkan 44 gol sepakan percuma.

Secara keseluruhan beliau menjaringkan 75 gol dari sepakan percuma – terbanyak diantara pakar sepakan percuma yang lain.

Itulah kisah Juninho si pakar sepakan percuma dari Brazil. Kata orang, beliau mengambil sepakan percuma seperti mengambil sepakan penalti.

Benar apa yang orang katakan itu. Buktinya? Lihat gol beliau ketika menentang Barcelona ini!

Baca juga: Shunsuke Nakamura: Raja Sepakan Percuma Dari Jepun

The post Juninho Pernambucano: Pemain Yang Mengambil Sepakan Percuma Seperti Sepakan Penalti appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Teori Fizik Di Sebalik Sepakan Percuma Faiz Subri

“Naw, I’m pretty sure he is a wizard”

“We found the last airbender”

“That’s the best free kick I’ve ever seen”

Ini adalah antara komen peminat bola sepak antarabangsa di forum Reddit selepas melihat gol sepakan percuma Faiz Subri ketika menentang Pahang FC dalam Liga Super 2016.

Ramai peminat bola sepak menyamakannya dengan gol sepakan percuma Roberto Carlos ketika Brazil menentang Perancis dalam perlawanan persahabatan pada 1997.

Ada juga yang menyamakannya dengan gol Papiss Cisse ketika Newcastle United menewaskan Chelsea 2-0 dalam perlawanan Premier League musim 2012/2013. Teknik yang sama, tetapi gol Faiz Subri lebih sukar kerana beliau menyepaknya ketika bola sedang statik.

Teknik yang sukar

Ada sebab mengapa sehingga kini gol sepakan percuma Roberto Carlos pada 1997 tersebut masih disebut-sebut sebagai calon sepakan percuma terbaik di dunia. Ini kerana ianya sukar, istimewa – oleh itu, ianya jarang berlaku.

Andrea Pirlo pernah cuba melakukannya ketika Itali menang 2-1 ke atas England semasa Piala Dunia 2014, tetapi gagal. Sepakannya hanya singgah ke palang ketika Joe Hart tak mampu berbuat apa-apa.

Jadi apabila Faiz Subri berjaya melakukannya, tidak hairanlah komuniti peminat bola sepak di Internet menjadi gila.

Kerana gol tersebut, nama Faiz Subri, Pulau Pinang dan Malaysia menjadi terkenal. Mulai sekarang, peminat bola sepak dunia akan menyebut 3 nama ini setiap kali topik sepakan percuma terbaik di dunia muncul.

Melanggar hukum fizik

“I think that guy broke physics”

Ini adalah satu lagi komen peminat bola sepak di Reddit mengenai gol Faiz Subri. Ia mencadangkan gol tersebut sangat mustahil, unik dan pelik; seolah-olah melanggar hukum fizik.

Tetapi mengikut kajian ahli-ahli fizik Perancis dari Ecole Polytechnique di Paris, gol Faiz Subri dan Roberto Carlos sebenarnya boleh dijelaskan mengikut hukum fizik.

Malah Isaac Newton sudah mengesan fenomena ini seawal tahun 1672 selepas bermain tenis. Heinrich Gustav Magnus pula melengkapkan penjelasan fenomena ini pada 1852; dan memanggilnya ‘Magnus effect’.

Bagaimana Faiz Subri menjaringkan gol ‘mustahil’

Mengikut Hukum Newton Pertama, sesuatu objek akan kekal bergerak dalam haluan dan halaju yang sama sehinggalah ada daya yang bertindak ke atas objek tersebut.

Apabila Faiz Subri menyepak bola tersebut, beliau memberikan haluan dan halaju kepada bola tersebut. Tetapi tiada daya yang bertindak ke atas bola tersebut.

Jadi mengapa bola tersebut melencong?

Bola tersebut melencong kerana Faiz Subri memberikan putaran (spin) kepada bola tersebut. Dengan menyepak di bahagian bawah kiri bola, bola tersebut akan melayang ke atas sambil berputar pada paksinya.

Putaran inilah yang menyebabkan bola ini melencong. Fenomena ini dipanggil Magnus effect.

Bagaimana lencongan bola Faiz Subri boleh menjadi extreme seperti Roberto Carlos?

Berdasarkan kertas kajian ahli-ahli fizik Perancis tersebut (yang boleh dibaca di New Journal of Physics), bola yang disepak oleh Faiz Subri mempamerkan lencongan extreme kerana ia mengikut ‘trajektori seperti cengkerang siput’ atau spiral.

Dengan menggunakan gol sepakan percuma Roberto Carlos pada 1997 sebagai contoh, ahli-ahli fizik Perancis tersebut mendedahkan inilah trajektori sebenar bola yang disepak Carlos jika faktor graviti tidak diambil kira:

Sumber: BBC
Sumber: BBC

roberto carlos FK

Menurut kertas kajian tersebut, pada jarak 35 meter, sudut relatif kepada pintu gol sebanyak 12 darjah, dan kelajuan 38m/s:

(a) bola tersebut akan tersasar 4 meter dari pintu gol jika tiada spin

(b) bola tersebut akan tersasar 1 meter dari pintu gol jika ia mengikut trajektori bulat

(c) bola tersebut akan masuk ke pintu gol jika ia mengikut trajektori cengkerang siput (spiral)

roberto carlos FK2

Kesimpulan

Jika dilihat dari segi teori fizik, sepakan percuma Faiz Subri boleh diulang dan dicipta semula.

Tetapi dari segi praktikal, ianya sukar. Mengapa?

Ini kerana untuk menguasai sepakan percuma seperti ini, anda perlu mengawal tiga pemboleh ubah (variables):

  • sudut relatif kepada pintu gol,
  • kelajuan bola dan
  • kawasan bola disepak.

3 pembolehubah ini pula perlu disesuaikan mengikut jarak sepakan percuma tersebut dengan pintu gol.

Dalam bahasa pasarnya, ya. Ia sukar untuk diulang. Tetapi seperti yang kita tahu dalam bola sepak, semuanya tak mustahil.

Baca juga: Inilah Apa Yang Jepun Pelajari Selepas Membandingkan Kualiti Pemain Bola Sepak 15 Negara

The post Teori Fizik Di Sebalik Sepakan Percuma Faiz Subri appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

10 Pakar Sepakan Percuma Terbaik Di Eropah

Laman web WhoScored telah mengeluarkan senarai pakar sepakan percuma di Eropah dan keputusannya di luar jangkaan kami.

Dalam senarai ini, WhoScored hanya mengambil kira pemain-pemain yang:

  1. sudah menjaringkan sekurang-kurangnya 3 gol daripada sepakan percuma dan
  2. sudah mengambil sekurang-kurangnya 20 sepakan percuma
  3. menjaringkan gol sepakan percuma dalam liga sahaja.

Data ini dibekalkan oleh Opta dan dikumpul sejak musim 2013/2014 hingga 16 November 2015.

Berikut adalah 10 pakar sepakan percuma terbaik di Eropah mengikut peratusan gol mereka (conversion rate).

10. Gareth Bale (Real Madrid)



Jumlah sepakan percuma diambil: 24
Gol daripada sepakan percuma: 3
Peratusan gol: 12.5%

9. Hakan Calhanoglu (Hamburg SV, Bayer Leverkusen)



Jumlah sepakan percuma diambil: 82
Gol daripada sepakan percuma: 11
Peratusan gol: 13.4%

8. Kevin Mirallas (Everton)



Jumlah sepakan percuma diambil: 22
Gol daripada sepakan percuma: 3
Peratusan gol: 13.6%

7. Christian Eriksen (Tottenham Hotspurs)



Jumlah sepakan percuma diambil: 42
Gol daripada sepakan percuma: 6
Peratusan gol: 14.3%

6. Zlatko Junuzovic (Werder Bremen)



Jumlah sepakan percuma diambil: 35
Gol daripada sepakan percuma: 5
Peratusan gol: 14.3%

5. James Rodriguez (AS Monaco, Real Madrid)



Jumlah sepakan percuma diambil: 27
Gol daripada sepakan percuma: 4
Peratusan gol: 14.8%

4. Steven Gerrard (Liverpool)



Jumlah sepakan percuma diambil: 20
Gol daripada sepakan percuma: 3
Peratusan gol: 15.0%

3. Daniele Conti (Cagliari)



Jumlah sepakan percuma diambil: 26
Gol daripada sepakan percuma: 4
Peratusan gol: 15.4%

2. Daniel Wass (Celta de Vigo)



Jumlah sepakan percuma diambil: 38
Gol daripada sepakan percuma: 6
Peratusan gol: 15.8%

1. Miralem Pjanic (AS Roma)



Jumlah sepakan percuma diambil: 38
Gol daripada sepakan percuma: 7
Peratusan gol: 18.4%

Mengapa senarai ini tiada nama Willian?



Ya, Willian adalah pengambil sepakan percuma yang cemerlang sejak kebelakangan ini. Tetapi seperti yang kami beritahu, senarai ini hanya meliputi:

  • pemain yang sudah mengambil sekurang-kurangnya 20 sepakan percuma sejak 2013/2014

Lagipun 4 gol yang dijaringkan oleh Willian melalui sepakan percuma pada musim ini berlaku dalam kejohanan UEFA Champions League, bukannya dalam liga.

Yaya Toure sendiri sudah menjaringkan 4 gol sepakan percuma pada musim 2013/2014 sahaja.

Tetapi seperti Willian, Toure juga belum mengambil sekurang-kurangnya 20 sepakan percuma untuk masuk dalam senarai ini.

carta-sepakan-percuma

Baca juga: 10 Dribbler Terbaik EPL (Daripada 10 Perlawanan)

The post 10 Pakar Sepakan Percuma Terbaik Di Eropah appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Lelaki Ini Menyalahkan Mario Götze Kerana Gagal Sepakan Penalti. Ini Reaksi Götze

10405499_806246109412331_1563351738613395517_n

Anda mesti pernah melaluinya.

Pasukan FIFA 15 anda diheret ke penentuan penalti selepas masa tambahan. Apabila tiba masa pemain anda mengambil sepakan penalti, sepakan pemain tersebut melambung melepasi palang.

Anda rasa seperti mahu melempar joystick anda.

Itulah yang terjadi kepada peminat FIFA 15, Mario Thiessen baru baru ini.

Selepas Mario Götze gagal menyempurnakan sepakan penalti di FIFA 15, Thiessen melepaskan geram beliau dengan melempar joystick beliau sehingga hancur.

Tak cukup dengan itu, dia memuatnaik pula gambar joystick-nya ke akaun rasmi Facebook Bayern Munich.

gotze-playstation-controller2

Yang menariknya, post tersebut mendapat perhatian Mario Götze sendiri!

Dalam post tersebut, Thiessen meminta ganti rugi €49.90 (RM207.60) daripada Götze. Beliau juga memberitahu akan akan menghantar maklumat akaun banknya pada keesokan harinya.

Gotze bersimpati atas apa yang berlaku. Dengan segera, dia membalas mesej yang diterimanya, malah turut bersetuju untuk menggantikan joystick Thiessen!

gotze-playstation-controller3

Terjemahan:

Hello Mario,

Terlepas penalti di penghujung 90 minit memang saat yang pahit. Ia mengecewakan awak dan saya memahaminya. Apa yang terjadi kepada Thomas Muller (pemain yang selalu ditugaskan oleh Bayern untuk sepakan penalti)?

Jangan sesuka hati lempar joystick awak. Saya akan tempahkan pakej kecil untuk awak. Selepas ini, saya akan buat dengan betul. Saya janji! Semoga berjaya, Mario!

Beberapa hari lepas, Thiessen menerima pakej tersebut dan menulis status ini:

jj

Baca juga: Sokongan Kelab Jerman Kepada Pemain Yang Menghidap Kanser Ini Sungguh Mengharukan

Sumber: Bild

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

The post Lelaki Ini Menyalahkan Mario Götze Kerana Gagal Sepakan Penalti. Ini Reaksi Götze appeared first on Semuanya Bola.

Semuanya Bola