Previu Dan Analisis: Mengapa Natxo Insa Adalah Pemain ‘Sepanyol’ Dimaksudkan TMJ

Seorang pembaca setia kami, Hairi Mohd membuat satu previu ringkas tentang prospek perpindahan pemain yang akan berlaku dalam jendela perpindahan pertengahan musim.

Previu Hairi Mohd

TMJ ada menyatakan, “Selain Ghaddar, kami akan membawa seorang lagi pemain berasal dari Sepanyol menyertai JDT.”

Sepanyol? Siapakah gerangannya?

Melalui suatu rakaman video yang disiarkan di laman rasmi Johor Southern Tiger pada hari ini, TMJ telah membayangkan bahawa selain Mohammed Ghaddar, akan ada seorang lagi pemain yang dibawa masuk.

Dan pemain itu ialah pemain berasal dari Sepanyol. Kini, JDT telah mempunyai 4 pemain asing iaitu Gabriel Guerra, Gonzalo Cabrera (Argentina), Brian Ferreira (Iraq) dan Marcos antonio (Brazil).

Analisis berdasarkan regulasi

Secara kiraan 3 + 1, apabila Mohammed Ghaddar dibawa masuk sebagai pemain yang berpasport Asia, sudah pasti kedudukan Brian Fereirra yang akan terancam.

Jelas sekali Brian pasti akan disingkirkan dari JDT. Namun, kini TMJ tampil dengan suatu lagi kejutan, apabila mengumumkan bahawa seorang lagi pemain asal Sepanyol akan dibawa masuk semasa musim perpindahan kedua nanti.

Jadi siapakah pula seorang lagi pemain yang terpaksa disingkirkan? Gabriel Guerra? Gonzalo Cabrera? Mahupun Marcos Antonio?

Di dalam hati, saya berkata tidak mungkin Marcos kerana secara jelas JDT mahu memperkuat bahagian serangan dan tengah.

Pengumuman ini amat mengejutkan kerana ketiga-tiga import ini iaitu Gabi, Cabrera, dan Marcos memperagakan aksi yang amat baik bersama JDT dan kini menjadi kesayangan penyokong JDT.

MALAYSIA. Johor Bahru: JDT players celebrates Guerra goal during Super League match between JDT and Melaka at Larkin Stadium on April 9, 2017. Photo by Nizam Rahman – www.asiana.my

Oleh itu, apakah solusi untuk membawa masuk seorang lagi pemain asing dari Sepanyol di samping mengekalkan 3 lagi pemain asing?

Setelah puas berfikir dan mengambil kira syarat-syarat pendaftaran pemain asing dan trend-trend perpindahan pemain di Malaysia, saya membuat kesimpulan yang mudah iaitu naturalisasi!

Namun begitu, Siapakah pemain yang layak dinaturalisasikan oleh JDT? JDT nama yang besar, JDT telah mengambil beberapa pemain naturalisasi sebelum ini namun impaknya tidaklah begitu besar.

Potensi corak pengurusan pasukan model TMJ

Seperti yang kita tahu, TMJ ialah seorang yang sentiasa mahukan perubahan, kemajuan dan tidak gemar akan sesuatu yang statik.

Sudah pasti kalau benar, pemain naturalisasi yang ingin dibawa masuk, pastilah beliau mestilah pemain bertaraf liga antarabangsa seperti liga Eropah, mempunyai ikatan darah dengan Malaysia dan mestilah berasal dari Sepanyol.

Namun siapakah gerangannya? Setelah membuat rujukan tentang posisi paling kritikal yang dialami oleh JDT iaitu bahagian deffensive midfielder (DM).

Prospek dari kaca mata Hairi Mohd

Dan dengan sedikit pembacaan ditambah dengan pelbagai khabar angin dan ‘hint’ yang pernah TMJ sendiri dedahkan mengenai pemain pilihannya.

Pada perkiraan saya pemain berkualiti tinggi yang paling sesuai dinaturalisasikan pastilah Natxo Insa. Siapakah Natxo Insa?

Beliau adalah abang kepada Kiko Insa, pemain berusia 28 tahun yang berasal dari Sepanyol yang baharu saja dinaturalisasikan oleh pasukan Pahang.

Kiko Insa kini bermain bersama Pahang atas status naturalisasi. Sebagai logiknya, jika Kiko Insa berjaya mendapatkan status naturalisasi kerana neneknya berasal dari Malaysia, mengapa tidak Natxo?

Pasti Natxo juga tidak menghadapi masalah untuk memohon status naturalisasi.

Jika JDT benar-benar menaturalisasikan Natxo Insa, pastinya ia berpotensi menjadi pemain naturalisasi Malaysia yang paling berprofil tinggi.

Kenapa?

Ini kerana pemain ini merupakan pemain Sepanyol yang mempunyai pemgalaman bersaing di kelab-kelab hebat La Liga dan kini beraksi di Liga Segunda bersama Levante UD.

Mengapakah JDT perlukan Natxo? Kemungkinan jika Natxo diserap masuk sedikit sebanyak beliau akan dapat menampung masalah paling kronik yang dihadapi oleh JDT pada masa ini iaitu posisi ‘deffensive midfielder’.

Oleh itu kemasukan pemain seperti Natxo akan menutup kelemahan di bahagian itu yang dialami oleh JDT sejak ketiadaan Harris Harun.

Profil Natxo Insa

Nama sebenar: Ignacio Insa Bohigues
Umur: 30 tahun (9 Jun 1986)
Ketinggian: 1.77m
Kelab-kelab terdahulu:
Valencia, Villareal, Celta Vigo, Real Zaragoza.
Kelab sekarang Levante UD
Posisi: pemain tengah
Keluarga: Abang kepada Kiko Insa (Pahang FA, bekas pemain Arema Indonesia dan Bali United & pemain naturalisasi Malaysia asal Sepanyol)

Adakah ia berlaku?

Jika benarlah seperti perkiraan saya, maka tiada apa yang dapat saya katakan buat pemilik pasukan JDT iaitu TMJ melainkan anda memang seorang yang bijak, oportunis dan berpandangan jauh.

Jika impian untuk melihat Natxo menjadi pemain naturalisasi JDT akan menjadi kenyataan, hal ini pasti akan membawa keuntungan kepada pasukan JDT dan juga akan memperkasakan skuad kebangsaan Malaysia pada masa hadapan.

Untuk pengetahuan semua pembaca ini hanyalah pandangan peribadi saya sebagai seorang pencinta bola sepak liga Malaysia.

The post Previu Dan Analisis: Mengapa Natxo Insa Adalah Pemain ‘Sepanyol’ Dimaksudkan TMJ appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Gara Gara Komen Kontroversi, Cristiano Hentam Xavi & Tuduh Lagenda Sepanyol Itu Gila Publisiti Murahan

Cristiano Ronaldo akhirnya kembali beraksi selepas kecederaan ketika perlawanan akhir Piala Eropah lalu. Ronaldo, membantu Real Madrid 5-2 La Liga menang ke atas Osasuna pada Sabtu lalu.

Ronaldo hanya memerlukan 6 minit sahaja untuk menjaringkan gol pertama beliau musim ini dalam La Liga.

Pengurus Real Madrid Zinedine Zidane sangat gembira dengan kepulangan Ronaldo. Ini selepas beberapa pemain agak keletihan selepas minggu antarabangsa dan perlu digilirkan.

Namun di sebalik kegembiraan Ronaldo meraikan kemenangan besar tersebut, Ronaldo memberikan respon ‘panas’ ke atas kenyataan Xavi Hernandez.

Xavi Memberi Komen Tentang Ronaldo Dan Messi

Ini adalah kenyataan Xavi yang mengundang amarah Ronaldo:

“Hanya pemain bola sepak yang bodoh sahaja tidak mengiktiraf Cristiano sebagai pemain bola sepak elit. Tetapi malangnya beliau bermain dalam era yang sama dengan Leo (Messi).”

“Ronaldo adalah luar biasa tetapi jika dibandingkan dengan Messi, bagi saya dan untuk semua orang yang sukakan bola sepak, ia tidak ada perbandingan.”

“Messi sentiasa menjadi nombor satu selagi dia mahu (sehingga berhenti bermain). Dia terlalu unggul. Di mata ramai pihak dia adalah yang terbaik di dunia, kecuali anda adalah ‘Real Madrid’.”

Ronaldo Panas!

Cristiano Ronaldo tidak menyenangi kenyataan daripada bekas pemain Barcelona itu. Lantas Ronaldo memberikan respon panas di dalam akhbar Marca. Beliau berkata:

“Saya adalah pemain bola sepak yang paling dicari di internet.”

“Jadi, sesiapa sahaja yang mahukan publisiti percuma atau perhatian media maka mereka akan membincangkan tentang saya.”

“Saya tidak kisah apa sahaja yang Xavi tentang saya, dia bermain di Qatar atau.. (muka keliru), dan saya tidak tahu di mana dia bermain sekarang.”

“Dia memenangi setiap trofi kolektif, termasuk Piala Dunia dan Kejohanan Eropah, tetapi saya ada 3 Ballon d’or dan dia tidak pernah memenangi langsung.”

Baca juga: Barton Kutuk Brown Tak Setarafnya, Brown Balas ‘Lawan Rangers Seperti Lawan Budak-Budak’

The post Gara Gara Komen Kontroversi, Cristiano Hentam Xavi & Tuduh Lagenda Sepanyol Itu Gila Publisiti Murahan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Kelab La Liga Sepanyol 2016/17

Sepak mula musim baru liga-liga sekitar eropah dijadualkan bermula pada bulan Ogos 2016 akan datang. Saingan La Liga Sepanyol 2016/17 dijadualkan bermula pada 19 Ogos 2016 akan datang dan dijangka berakhir pada 21 Mei 2017 akan datang. Ini merupakan musim ke 86 sejak saingan liga diperkenalkan pada tahun 1929. 20 kelab akan bersaing merebut kejuaraan musim 2016/17 dengan juara bertahan FC Barcelona pastinya sekali lagi akan mempertahankan gelaran kejuaraan yang mereka miliki musim 2015/16 yang lalu. Namun begitu, saingan 2 kelab Madrid iaitu Real Madrid dan Atletico Madrid serta 17 pasukan lain pastinya getir dan tiada laluan mudah buat kelab FC Barcelona mempertahankan gelaran kejuaraan mereka kali ini.

Bagi musim 2016/17, 3 kelab dari Liga Segunda Sepanyol 2015/16 yang bakal bersaing ialah Deportivo Alaves, CD Leganes dan CA Osasuna menggantikan 3 kelab yang berada di tangga tercorot La Liga 2015/16 iaitu Rayo Vallecano, Getafe dan Levante. Setiap kelab kini sedang mempersiapkan pasukan masing-masing bagi menghadapi musim 2016/17 dengan mengadakan perlawanan pra musim selain menandatangani pemain-pemain baru bagi memantapkan pasukan bagi saingan panjang musim 2016/17 ini. Bual Sukan percaya, setiap pasukan pastinya akan memberikan permainan terbaik masing-masing bagi memastikan mereka mampu bersaing selain mengelakkan pasukan tersingkir ke saingan Liga Segunda Sepanyol 2017/18 akan datang. Berikut adalah kelab La Liga Sepanyol 2016/17 akan datang :

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Sepanyol Takkan Ubah Taktikal, Itali Bakal Guna Eder Untuk Ikat Busquet

Perang psikologi antara media Itali dengan Sepanyol sudah bermula.

Ketika ini, media kedua-dua negara sedang cuba mengkaji taktikal lawan masing-masing untuk menjangka keputusan Itali vs Sepanyol; perlawanan berprofil paling tinggi dalam peringkat 16 pasukan terakhir Piala Eropah 2016.

Football Espana mendedahkan komen Cesc Fabregas yang memberitahu, Sepanyol takkan mengubah apa-apa taktikal mereka meskipun sedar Itali bermain dengan formasi ultra-menyerang 3-3-4.

“Italy sentiasa sukar untuk ditewaskan. Apa yang pasti dari segi taktikal, kami takkan ubah cara kami menyerang dan bertahan.”

“Kami hanya akan bergantung kepada variasi pemain yang kami ada di bahagian serangan.”

 

Ketika ini, Sepanyol mempunyai dua pilihan untuk mengetuai jentera serangan – Alvaro Morata dan Aritz Aduriz.

Vincente del Bosque lebih gemarkan Morata yang gemar melakukan link-up play dengan pemain-pemain tengahnya.

Ini membolehkan Sepanyol menyerang dengan hantaran pendek dan menggunakan kebijaksanaan Morata mencari ruang membuat penyudah untuk menjaringkan gol.

Tetapi jika Sepanyol perlukan alternatif yang lebih direct dan fizikal, Aduritz adalah calonnya.

Ulangan final Piala Eropah 2012

Fabregas turut menjelaskan perlawanan awal pagi esok (waktu Malaysia) ini akan sangat berlainan dengan perlawanan final Piala Eropah 2012.

“Perlawanan itu mungkin persembahan terbaik saya untuk La Roja.”

“Selalunya anda akan rasa tekanan yang tinggi dalam final. Tetapi segalanya mudah bagi kami pada malam itu. Bagaimanapun, pada malam nanti, ia cerita lain.”

Eder kunci Itali kalahkan Sepanyol

Sementara itu di kem Itali, akhbar La Gazzetta dello Sport mendedahkan penyerang Internazionale, Eder bakal menjadi pemain paling penting untuk menggagalkan Sepanyol pada awal pagi esok.

Eder akan diarahkan untuk turun dan melakukan intense pressing kepada Sergio Busquets untuk menyukarkan build-up serangan Sepanyol yang sentiasa bermula dari bawah.

 

Ini juga taktik sama yang dilakukan oleh Croatia apabila Ivan Rakitic diarahkan untuk melakukan perkara sama kepada Busquets semasa Croatia menewaskan Sepanyol 2-1.

Tugas Eder ini sangat memenatkan kerana Eder juga perlu naik menyerang dan menyokong Graziano Pelle apabila Itali mempunyai penguasaan bola.

Conte: Itali bukan kambing korban

Sementara itu, ketua jurulatih Itali, Antonio Conte memberi amaran kepada Sepanyol bahawa pasukannya tidak akan menjadi ‘kambing korban’ untuk Sepanyol.

“Mereka (Sepanyol) perlu menjadi ‘lebih dari istimewa’ untuk kalahkan kami,” kata Conte.

 

Ketika ditanya mengenai stereotaip Sepanyol sering bergelut ketika bertemu pasukan yang menggunakan back three, Conte menjawab:

“Formasi hanyalah nombor sahaja. Setiap pasukan sudah ada sistem unik yang secocok dengan karakteristik pemain-pemainnya.”

“Kalau kami kalahkan Sepanyol, ia adalah kerana kami mengkaji pasukan mereka. Kami tahu kekuatan dan kelemahan mereka. Bukannya kerana stereotaip tersebut.”

Itali akan menentang Sepanyol di Stade de France, Paris pada pukul 12 tengah malam ini (waktu Malaysia). Pemenang akan bertemu Jerman dalam peringkat suku akhir.

Baca juga: Antonio Conte Tegur Analisis Taktikal Media Itali: Kami Main 3-3-4, Bukannya 3-5-2

The post Sepanyol Takkan Ubah Taktikal, Itali Bakal Guna Eder Untuk Ikat Busquet appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Analisis Taktikal Piala Eropah 2016: Itali v Sepanyol (2-0)

Pelan Conte meneutralkan Busquet dan transisi lancar Itali

Sergio Busquet telah menjadi antara pemain yang paling banyak melakukan hantaran untuk Sepanyol setakat ini. Namun dalam perlawanan ini beliau sangat terhad.

Permulaan

Itali memulakan perlawanan dengan 3-5-2 yang berkembang kepada 3-3-4 apabila mereka melakukan transisi serangan.

Conte jelas sekali mengejutkan ramai dengan menurunkan 6 pemain yang sudah ada kad kuning dalam kesebelasan utama. Beliau juga melakukan 8 pertukaran dalam perlawanan ini.

Ia adalah mesej bahawa, pasukan ini tidak ada bintang penting kerana semua adalah sama. Mentaliti juara ?

Sepanyol pula dengan taktikal signifikan 4-3-3 mereka yang akan cuba membentuk 3-4-3 ketika serangan. Iniesta adalah kunci penting untuk membuka blok pertahanan Itali.

Separuh masa pertama

Itali pressuring ke atas Busquet

Salah satu perkara yang dilakukan mereka sepanjang perlawanan ini adalah mengarahkan 2 penyerang mereka, Eder dan Pelle akan menekan Busquet setiap kali Sepanyol mahu memulakan build up.
33

5

Paling ketara adalah ketika Sepanyol melakukan sepakan gol. Sepanyol akan tertutup opsyen untuk mendapatkan Busquet. Kesannya, Sepanyol dipaksa melakukan long goal kick.

Kontranya pula, pemain pemain Sepanyol selain Morata sangat lemah untuk pertarungan udara. Pada ketika ini, mereka akan kehilangan bola kepada Italy dan dicounter attack.

Ini adalah 2 perbezaan kontribusi Busquet. Sebelah kiri adalah sumbangan hantaran ketika menentang Turki dan kanan adalah menentang Itali.

collage

Ini pula adalah heatmap untuk Pelle dan Eder dalam perlawanan ini. Anda tahu kan itu kawasan siapa? ya, itu kawasan Busquet.

pelle

Maknanya, Itali telah menutup salah satu sumber penting dalam pasukan Sepanyol. Perkara yang pernah dilakukan Diego Simeone di Atletico ketika menewaskan Barcelona.

Dapatlah dirumuskan pasukan Sepanyol hampir totally contained oleh  dalam perlawanan ini.

Taktikal quick transition Itali

Salah satu taktikal yang menarik digunakan Conte dalam Euro kali ini adalah sistem transisi yang cepat. Ia dilakukan dengan lancar. Kenapa ?

Kami mendapati, cara Itali bergerak dalam unit dan mereka bermain seperti yang dikehendaki di pusat latihan.

Pemain mereka tidak perlu melakukan dribbling melepasi 2 atau 3 pemain, apabila terkepung, mereka akan mendapat bantuan (support) dari rakan rakan mereka.

Mereka kerap bertahan dengan chain of 5 dalam keadaan 5-3-2, namun bila melakukan counter attack mereka akan membentuk 3-4-3 atau 3-3-4 dengan lancar.

italy

4

Gol Pertama Itali

Tak siapa akan menyangka Chiellini akan menjadi penjaring gol pertama dalam perlawanan ini. Pertamanya ia berlaku kerana silly foul oleh Ramos.

Lihat pulak bagaimana De Gea dan Sepanyol menguruskan benteng pertahanan mereka. De Gea dilihat berpuas hati dengan organisasi benteng yang agak kecil dengan ruang di kanan beliau dibuka.

Ia mungkin kerana De Gea yakin dapat berhadapan dengan sepakan percuma ke arah itu. Seterusnya, kami merasakan pemain Sepanyol tidak kisah pemain Itali berada di dalam benteng mereka.

3333

Dalam situasi ini, biasanya pengambil sepakan akan ‘menembak’ titik yang ada rakan mereka dan rakan mereka akan membuka ruang.

44

De Gea gagal mengeluarkan bola dengan baik dan beliau sendiri hampir memberikan penalti dan kad merah jika pengadil tidak memberikan Itali advantage untuk gol itu.

res

Perubahan Sepanyol pada separuh masa kedua

Sepanyol bertukar kepada 4-4-2 diamond pada separuh masa kedua. Ia adalah pelan untuk memenangi center circle. 

Namun persoalannya adalah di manakah posisi Morata. Beliau dilihat banyak berada di kawasan yang terlalu wide di sebelah kiri. Akhirnya Del Bosque mengeluarkan beliau.

Ianya seperti satu pembaziran teknikal. Del Bosque mungkin bolh menukarkan terus Morata dengan Aduriz. Ini kerana Morata cuma melakukan 28 sentuhan sepanjang perlawanan.

Ia jumlah yang menunjukkan Morata disjointed daripada organisasi pasukan.

morata

Del Bosque lambat bertindak

Del Bosque terlalu lama untuk mencari plan mengatasi 3-5-2 Itali pada separuh masa kedua. Sehinggalah minit ke-70 barulah Sepanyol kelihatan lebih baik dengan sistem back 3 dalam 3-4-3 dengan kemasukan Lucas Vazquez.

Ini yang sepatutnya dilakukan Sepanyol lebih awal iaitu pertukaran formasi kepada satu sistem yang lebih dominan di tengah dan juga di wide attacking line. Perubahan ini meningkatkan penguasaan bola mereka dari 68% – 70%.

Pada awal perlawanan Itali agak dominan dan mengekalkan penguasaan dengan nisbah sekitar 45:55 peratus pada separuh masa pertama.

The Italian Trap

Masalah utama Sepanyol adalah kegagalan untuk mengatasi Italian Defensive Trap. Itali bermain cattenaccio football dengan unit pertahanan yang ramai dalam disiplin yang tinggi.

Pada masa yang sama 3 aksi menyelamat Buffon juga antara yang menjadi sebab kenapa Sepanyol terus buntu.

Ini adalah penjelasan tentang Italian trap yang dilakukan Itali ketika menentang Belgium

22222

Ini pula cara mereka memerangkap wide player Belgium dalam perlawanan pertama.

13435368_677196785765474_1405711533080901639_n

13465951_677196879098798_1084528446009422180_n

Sekarang kita lihat bagaimana mereka mengaktifkan perangkap ini ketika menentang Sepanyol. Pelan ini yang menyukarkan Sepanyol.

Setakat ini, masih belum ada pasukan yang efektif mengatasi taktikal Conte ini walaupun Sepanyol telah berusaha memecahkan blok melalui pelbagai arah.

trrap4

Ini adalah pelan perangkap yang dengan jumlah pemain yang lebih ramai.

trap2

Sistem wingplay dan box to box Itali

Dalam perlawanan ini, 2 wingback Itali, Florenzi dan De Sciglio diberikan ruang yang sangat bebas. Ia mungkin kerana berlaku kesukaran untuk Sepanyol mengekang mereka.

Ini kerana, kedudukan mereka yang berada di celah celah fullback dan side midfielder Sepanyol. Maka tugasan untuk mengawal 2 pemain ini menjadi sukar. Kesannya, Sepanyol banyak diserang dalam keadaan ruang besar.

Itali juga memiliki box to box play yang efisien. Ia membuatkan Sepanyol sukar untuk bersaing secara taktikal dan teknikal.

Gerakan box to box oleh hampir kesemua midfielder Itali telah memberikan Sepanyol masalah untuk bersaing dengan tenaga yang banyak.

Kerapuhan pertahanan Sepanyol.

Tidak dinafikan mereka dipaksa bekerja keras. Namun dalam berberapa situasi, back 4 Sepanyol kelihatan naif berdepan asakan Itali sama ada dari sayap mahupun dari tengah.

Gol kedua Itali adalah kerana kegagalan zonal marking mereka. Itali hampir mendapat lebih banyak gol jika tidak kerana ketangkasan De Gea.

Secara defensifnya, Sepanyol tidak terlalu bermain sebagai unit seperti Itali. Mereka cuma berjaya menang 3 daripada 9 aerial duels.

Verdict

Ia adalah satu pertarungan taktikal yang dimenangi Conte secara total. Beliau menjadikan Itali seperti Sepanyol berberapa tahun yang lalu dalam perlawanan ini.

Itali lebih baik dari segi taktikal, teknikal, dengan bola dan tanpa bola, semuanya nampak berpandukan program taktikal mereka.

Del Bosque terlalu lambat membuat perubahan taktikal kerana berharap pelan asal akan membuahkan hasil.

Aksi cemerlang Buffon juga harus diberikan pujian ketika back 3 Itali pada satu fasa melakukan berberapa siri weak marking.

Pemain seperti Iniesta dan Silva berjaya menunjukkan aksi yang cemerlang dengan berberapa kali mereka berjaya ‘unlock’ defensive block Itali tetapi produk akhir Sepanyol kali ini agak lemah dengan cuma 5 sahaja cubaan tepat.

Conte setakat ini telah menjadikan pemain ‘biasa’ menjadi luar biasa.

Tahniah Itali !

Man Of The Match

Mattia De Sciglio

_90132742_descig_getty

Statistik

stass

The post Analisis Taktikal Piala Eropah 2016: Itali v Sepanyol (2-0) appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Canizares Mahu De Gea Jadi Penjaga Gol No.1 Sepanyol, Casillas Digugurkan Terus

Iker Casillas mungkin telah muncul sebagai pemain paling banyak mendapat caps antarabangsa di Eropah dengan 166 penampilan, tetapi rekod itu sedikit pun tidak menghalang ramai penyokong Sepanyol yang mempersoalkan kebolehan beliau menjaga gawang La Roja.

Dengan kehadiran ramai penjaga gol muda yang hebat seperti David de Gea (Manchester United), Sergio Rico (Sevilla), Sergio Asenjo (Villareal) dan Jaume Domènech (Valencia), buat kali pertamanya Casillas menghadapi risiko digugurkan daripada skuad Sepanyol untuk EURO 2016.

Prospek menggugurkan penjaga gol Porto itu daripada skuad EURO 2016 turut disuarakan oleh bekas penjaga gol Sepanyol dan rakannya sendiri, Santiago Cañizares.

Santiago Cañizares dan Iker Casillas merupakan kawan baik, dan kedua-duanya datang daripada sistem akademi Real Madrid.

Ketika bercakap dalam program radio El Larguero selepas Sepanyol seri 0-0 dengan Romania pada Ahad lepas, Cañizares yang mesra dipanggil Cañete berpendapat David de Gea sepatutnya sudah menjadi penjaga gol no.1 Sepanyol.

“De Gea sepatutnya sudah menjadi penjaga gol no.1. Prestasi beliau telah lama mengatasi tahap prestasi Casillas.”

Cañizares yang mengumpul 46 caps bersama Sepanyol ketika bermain untuk Valencia turut berpendapat ketua jurulatih Sepanyol, Vincente del Bosque tidak perlu membawa Casillas ke Perancis dalam EURO 2016 nanti.

“Jika De Gea menjadi penjaga gol no.1, saya takkan bawa Casillas dalam skuad sebagai pengganti. Sergio (Rico) dan Jaume (Domènech) lebih sesuai menjadi pengganti De Gea.”

Di Porto, Casillas tidak terlepas daripada kritikan peminat Porto.

Paling terbaru, beliau melakukan beberapa kesilapan besar ketika Porto kalah mengejut 0-1 kepada Vitória de Guimarães dan 1-3 kepada Braga dalam saingan liga Portugal.

Baca juga: 5 Sebab Mengapa Prestasi Real Madrid Teruk Pada 2015

The post Canizares Mahu De Gea Jadi Penjaga Gol No.1 Sepanyol, Casillas Digugurkan Terus appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Portugal Dan Sepanyol Sedang Bincang Penggabungan Liga, Dinamakan Liga Iberia

Presiden pengurusan liga Portugal dan Sepanyol telah membaut satu perjumpaan untuk membincangkan idea penggabungan liga yang dinamakan Liga Iberia, menurut laporan rasmi Liga Portugal.

Dalam laman webnya, Liga Portuguesa de Futebol Profissional (LPFP) melaporkan presiden Pedro Proenca telah berjumpa dengan rakan sejawatannya dari Sepanyol, Javier Tebas dari Liga de Fútbol Profesional (LFP).

Perjumpaan rasmi itu merupakan ‘langkah pertama’ bagi kedua-dua negara untuk menubuhkan liga bersama dalam masa 4 tahun.

liga-sepanyol-portugal-bergabung

LPFP bagaimanapun turut memberitahu media, liga sedia ada tidak akan digabungkan. Sebaliknya LPFP dan LFP mahu mewujudkan pertandingan liga baru.

Matlamat liga ini adalah untuk mendedahkan kelab Portugal ke audiens yang lebih besar. Ini sekaligus menambah pendapatan kelab.

Idea menghasilkan Liga Iberia sudah lama diutarakan.

Tetapi baru mula dibincangkan ketika Portugal dan Spain bergabung untuk memohon hak sebagai tuan rumah Piala Dunia 2018, yang akhirnya menjadi milik Russia.

Spain_and_Portugal_2018-2022_FIFA_World_Cup_bid_logo.svg

Untuk rekod, kejohanan Iberian Cup pernah diadakan untuk mencari pasukan terbaik dari Semenanjung Iberia. Tetapi ia telah berkubur.

Kali terakhir ia diadakan adalah pada 2005 apabila Vitória de Setúbal menewaskan Real Betis 2-1.

Media Sepanyol melaporkan Portugal lebih mahukan Liga Iberia diwujudkan. Sedangkan Sepanyol hanya mahukan kejohanan berbentuk piala diwujudkan.

Idea Liga Iberia nampak terlalu sukar untuk dilaksanakan memandangkan ada beberapa komplikasi terpaksa mereka hadapi dengan slot kelayakan UEFA Champions League dan Europa League.

Sebelum ini, presiden LFP, Javier Tebas pernah menyuarakan hasratnya untuk mengadakan perlawanan La Liga di luar negara untuk mempromosikan liga Sepanyol secara ‘agresif’ di peringkat global.

Baca juga: Kenali Pemain Baru Sporting Lisbon Dari Indonesia, Yang Juga Mangsa Tsunami 2004

The post Portugal Dan Sepanyol Sedang Bincang Penggabungan Liga, Dinamakan Liga Iberia appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA