Respons Kami Terhadap Sesi Dialog TMJ Bersama Penyokong JDT

Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah melakukan sesi dialog bersama penyokong dan mereka telah membincang banyak perkara mengenai pasukan JDT khususnya dan bola sepak Malaysia amnya.

Banyak perkara yang dibincang oleh TMJ ketika itu, namun terdapat beberapa perkara yang menjadi perhatian kami seperti:

  • Perbelanjaan pasukan setiap musim
  • Struktur pasukan JDT
  • Yayasan JDT
  • Hak penyiaran

TMJ-1

Kenytaan 1: Perbelanjaan pasukan setiap musim

TMJ memberi gambaran bahawa musim 2017 adalah musim ‘berehat’ JDT dari berbelanja besar serta mengejar kejuaraan. Hal ini kerana JDT mahu meraih semula wang yang telah dibelanjakan untuk fasiliti stadium dan pusat latihan.

TMJ juga berkata JDT juga mengalami masalah yang sama setiap musim iaitu mahu mendapatkan wang dari penaja.

“Setiap tahun kami terpaksa berhempas pulas mencari dana pasukan. Pasukan lain seperti Selangor, FELDA United serta pasukan-pasukan lain di Malaysia.”

Jengka - JDT player, Fazly Mazlan (15) and Aidil Zafuan And Razak (7) and Felda United FC player, Firdaus Faudzi (15) in action during the Malaysia Super League match at Stadium Tun Abdul Razak Jengka on 24 August 2016. Photo by Imotai / www.asiana.my

Gambar oleh Imotai / www.asiana.my

“Cuma Pahang sahaja yang tiada masalah dalam hal wang dana kerana kita tahu dari mana mereka dapat wang penajaan bukan?”

Bagi kami, apa yang diperkatakan TMJ itu adalah betulnya. Ia ibarat lumrah bagi pasukan bola sepak sering mengalami masalah dana setiap musim.

Jika bagi pasukan negeri, mereka sedikit lega kerana mereka lazimnya akan memperoleh dana dari kerajaan negeri.

Namun bagi pasukan kelab seperti JDT, mereka perlu bermain dengan nilai komersial agar banyak penaja akan tertarik untuk menaja kelab mereka.

Kenyataan 2: Struktur pasukan JDT

TMJ juga berkata pasukannya sedang dalam proses pembangunan pemain muda. Hal ini jelas kebanyakan pemain JDT II terdiri daripada pemain muda.

TMJ juga menegaskan pasukannya tiada masalah untuk melakukan perpindahan pemain bila-bila masa dari JDT II ke JDT dan sebaliknya tanpa perlu menunggu jendela perpindahan.

Hal ini kerana struktur kelab di JDT yang mengiktiraf JDT II hanya sebagai feeder team sahaja. Struktur yang dilakukan JDT ini adalah sama dengan cara yang diterapkan di Jerman. Sebagai contoh, pasukan Bayern Munich mempunyai pasukan feeder team yang diberi nama Bayern II.

Oleh kerana struktur sebegitu rupa, ia membolehkan JDT melakukan perpindahan pemain muda bila-bila masa tanpa perlu menunggu jendela perpindahan.

Ia boleh dilakukan kerana peraturan FMLLP yang tidak mempunyai had dalam mendaftar pemain B-21 tahun. Dan kerana status JDT II sebagai feeder team kepada JDT, mereka tiada masalah untuk melakukan melibatkan pemain muda pada bila-bila masa.

Kenyataan 4: Yayasan JDT

TMJ juga ada menyebut mengenai Yayasan JDT. Ketika sesi dialog, TMJ berkata terdapat sedikit kesulitan dalam mengenai pendaftaran dan akaun. Kini, hal-hal tersebut sudah diselesaikan dan kelak akan dibuka kepada penyokong

TMJ juga memberitahu masih lagi terdapat ramai penyokong yang tidak faham dengan konsep Yayasan JDT ini.

Konsep Yayasan JDT ini membolehkan penyokong mempunyai wakil untuk dihantar ke mesyuarat ahli lembaga kelab serta memperoleh pelbagai info dan mengetahui hala tuju kelab.

dsc_8997

Bagi kami, Yayasan JDT ini adalah satu jambatan yang baik untuk kelab membina satu hubungan yang baik dengan para penyokong serta berlaku telus dalam pengurusan mereka.

Kami juga berharap pasukan-pasukan lain di Malaysia dapat mencontohi apa yang JDT lakukan.

Kenyataan 4: Hak penyiaran

Dalam sesi dialog itu juga, TMJ ada menyebut beberapa perkara berbangkit yang pernah dilontarkan dahulu. Dan yang menarik perhatian kami adalah isu hak penyiaran Liga Malaysia.

Antara mengenai isu hak penyiaran untuk semua pasukan Liga Malaysia.

TMJ menjadikan contoh bagaimana Barclays menguruskan hak penyiaran bagi pasukan di Premier League.

Bagi kami, mekanisma yang digunakan oleh Premier League menerusi Barclays adalah mekanisma yang terbaik. Hal ini kerana setiap pasukan akan memperoleh wang hasil penyiaran secara langsung sama banyak.

Jadi sekurang-kurangnya setiap pasukan akan sudah ada dana dari wang penyiaran.

Itu adalah sebahagian dari banyak intipati sesi dialog TMJ bersama penyokong yang menarik perhatian kami.

Jika anda mahu membaca ringkasan penuh, anda boleh klik di sini.

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Respons Kami Terhadap Pendedahan Fakta Bola Sepak TMJ

The post Respons Kami Terhadap Sesi Dialog TMJ Bersama Penyokong JDT appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Penyokong Kelab Brazil Ceroboh Sesi Latihan Pasukan, Cabar Pemain Lawan Mereka

Idea ini mungkin bakal tidak digemari oleh pihak pengurusan Pahang FC.

Sekumpulan penyokong kelab Brazil, Portuguesa meluahkan kekecewaan mereka kepada prestasi pasukan dan pemain yang mengecewakan dengan menceroboh sesi latihan pasukan.

Seramai 15 penyokong Portuguesa menceroboh sesi latihan pasukan mereka setelah mendapat bantuan akses daripada wartawan tempatan.

Dengan memakai hidung badut berwarna merah dan jersi yang seragam, mereka mencabar pemain-pemain untuk mengalahkan mereka dalam satu perlawanan persahabatan.

Sesi latihan pasukan tergendala sementara lantaran gangguan 15 penyokong ini dan hanya bersambung kembali selepas pemain-pemain memujuk mereka untuk meninggalkan padang latihan mereka.

Portuguesa kemudiannya menulis kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut di laman web mereka:

“Pihak pengurusan kelab memahami kekecewaan penyokong, tetapi menolak rasional tindakan sekumpulan penyokong yang mengacau suasana profesional di kelab.”

“Apa yang lebih teruk adalah tindakan seorang wartawan yang tidak mendapat kreditasi daripada Portuguesa, yang membantu penyokong-penyokong ini menceroboh masuk ke dalam kawasan yang dilarang untuk orang awam.”

“Kelab akan mengambil tindakan selanjutnya kepada pihak yang terlibat dalam insiden ini.”

Insiden ini mengingatkan kami kepada peristiwa sekumpulan penyokong Selangor yang menceroboh masuk sesi latihan pasukan mereka. Kejadian itu berlaku berikutan persembahan buruk Selangor semasa kempen Piala Malaysia 2014.

Baca juga: Penyokong Dinamo Zagreb Boikot Pergi Stadium, Sokong Pasukan Futsal Pula

The post Penyokong Kelab Brazil Ceroboh Sesi Latihan Pasukan, Cabar Pemain Lawan Mereka appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA