Kevin Ramalingam: “Stadium Shah Alam Venue Final Piala FA 2017”

Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam memberitahu bahawa Stadium Shah Alam sekali lagi akan menjadi venue untuk menganjurkan final Piala FA 2017.

Perlawanan final Piala FA 2017 dijadualkan berlangsung pada 20 Mei hadapan.

Pemilihan Stadium Shah Alam kerana kapasiti stadium tersebut yang besar dan sesuai untuk menampung jumlah kehadiran penyokong yang ramai pada final.

FMLLP yakin jumlah kehadiran untuk final Piala FA musim ini akan terus kekal pada paras sekitar 80,000 penyokong.

Stadium Shah Alam bukanlah venue asing untuk penganjuran final pertandingan domestik sejak ia siap dibina pada 1994.

Namun pada awal musim 2017, Stadium tersebut hanya dibenarkan menganjurkan bola sepak di bawah kelolaan FMLLP untuk sebelah petang sahaja.

Ini kerana pencahayaan lampu limpah stadium tersebut yang tidak mencapai piawaian yang ditetapkan oleh FMLLP.

FMLLP menetapkan tahap pencahayaan lampu limpah hendaklah minimum 1,500 lux. Pihak pengurusan Stadium Shah Alam sebelum ini memeberitahu bahawa aspek pencahayaan ini akan selesai pada April 2017.

Piala FA 2017 kini dalam fasa suku akhir. 3 perlawanan sudah berlangsung pada Jumaat. 3 pasukan sudah pun mengesahkan kemaraan ke separuh akhir iaitu Kedah, Terengganu dan juga Negeri Sembilan.

Manakala 1 lagi perlawanan suku akhir tumpuan akan berlangsung pada Ahad ini. Ianya melibatkan JDT dan Pahang.

Baca juga: Analisis Taktikal: Pertarungan Direct Football Di Antara Negeri Sembilan Dan Sabah

The post Kevin Ramalingam: “Stadium Shah Alam Venue Final Piala FA 2017” appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Kedah Juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017

Pasukan Kedah berjaya merangkul gelaran Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017 apabila berjaya menewaskan pasukan Johor Darul Ta’zim FC dalam penentuan penalti dengan keputusan 5-4 setelah kedudukan sepenuh masa terikat dengan keputusan seri 1-1. Pasukan JDTFC di bawah kendalian Ketua Jurulatih baru, Benjamin Mora membuka tirai jaringan melalui sepakan penalti Ketua Pasukan mereka, Safiq Rahim sebelum di samakan oleh Ketua Pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar hasil percubaan jarak jauh yang menewaskan penjaga gol JDTFC, Farizal Marlias. JDTFC terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabina bek kanan mereka, S.Kunanlan dilayangkan kad merah setelah menerima 2 kad kuning daripada pengadil perlawanan.

Dalam penentuan sepakan penalti, kegagalan sepakan penalti keempat pasukan JDTFC oleh pemain import mereka Brian Ferreira dimanfaatkan apabila pemain import Kedah iaitu Liridon Krisniqi berjaya menyempurnakan sepakan penalti kelima sekaligus berjaya membawa pasukan Helang Merah muncul juara edisi 2017. Sepakan penalti pasukan Kedah disempurnakan oleh Farhan Roslan, Akram Mahinan, Ken Ilso, Baddrol Bakthiar dan Liridon Krisniqi manakala penalti pasukan JDTFC disempurnakan oleh Jeronimo Barrales, Marcos Antonio, Gonzalo Cabrera dan Safiq Rahim. Kedua-dua pasukan ini juga berkongsi 1 mata dalam Liga Super 2017 hasil keputusan seri ini. Bual Sukan ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan Kedah merangkul kejuaraan Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017 ini. Pasukan JDTFC pastinya akan berusaha bangkit lebih garang dalam perlawanan-perlawanan akan datang.  

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Shah Alam Antlers 4-0 Dataran FC: Laporan Perlawanan KVL (Matchday 3)

Dataran FC cuba memberikan saingan sengit kepada Shah Alam Antlers dalam saingan Klang Valley Super League petang Sabtu semalam.

Bagaimanapun hari semalam telah ditakdirkan menjadi hari Shah Alam Antlers berpesta apabila menang mudah 4-0.

4 gol Antlers dijaringkan oleh Mohamad Raffi (22′, 28′), Azri Baharom (40′) dan Shahid Akhbar (44′).

Sejak dari minit pertama, Shah Alam Antlers jelas menguasai perlawanan. Bagaimanapun kita bergelut untuk mencipta peluang serangan akibat kurang kesefahaman antara pemain.

Taktikal Dataran FC yang memilih untuk meletakkan 9 pemain di belakang bola menyukarkan lagi usaha Antlers.

Bagaimanapun apabila Mohamad Raffi (gambar bawah) berjaya memecah perangkap ofsaid Dataran untuk menjaringkan gol pertama, Antlers tidak menoleh belakang lagi. Tamat separuh masa kedua, kedudukan sudah pun berubah menjadi 4-0.

Antlers sedikit leka apabila masuk separuh masa ketiga. Tetapi jurang gol yang terlalu besar – ditambah dengan faktor keletihan dan kehilangan fokus – menyukarkan usaha Dataran FC untuk mengejar Antlers.

Antlers bergelut separuh masa pertama

Turun dengan misi meneruskan momentum kemenangan, Antlers turun tanpa 2 pemain utama: Mohamad Naim (tengah) dan Firdaus Selvam (penyerang).

Tempat mereka digantikan oleh Muhammad Hakimi (tengah) dan Shahid Akhbar (penyerang, gambar bawah). Dan ia mungkin punca utama mengapa kita seperti kehilangan team chemistry yang sebelum ini membolehkan kita menyerang dengan lancar.

Jentera tengah kita bergelut untuk mencengkam dominasi di tengah padang.

Gandingan serangan P. Arjunan-Shahid pula tercari-cari kesefahaman yang hanya biasanya diperolehi setelah selalu bermain bersama.

Peluang ini digunakan sebaiknya oleh Dataran FC untuk melancarkan beberapa serangan ke kubu kita. Tetapi penjaga gol, Khairil Ikhwan masih selesa menyelamatkan 2 percubaan tepat mereka.

Ketika penyokong Antlers mula mengharapkan separuh masa kedua yang lebih baik, pemain sayap kiri kita, Mohamad Raffi berjaya menjaringkan gol pendahuluan.

Antlers garang di separuh masa kedua

Bergelut mendominasi tengah, G. Muthu memasukkan Amres Singh untuk menggantikan Hakimi di separuh masa kedua. Hasilnya pantas kelihatan.

Jentera tengah segera lancar. Tempo serangan diperlajukan. Kekurangan tekanan dan garisan defensif Dataran FC yang tinggi segera dihukum Antlers.

Berpunca daripada satu sepakan percuma, Raffi memberi kejutan kepada penjaga gol Dataran FC dengan mengambilnya secara pantas.

Baru 3 minit separuh masa kedua berlangsung, Antlers sudah mendahului 2-0. Dan kedua-duanya melalui kualiti teknikal Raffi.

12 minit kemudian, penjaga gol Dataran FC sekali lagi ‘menembak kakinya sendiri’. Berpunca dari balingan dalam bek kiri Antlers, Azri Baharom, penjaga gol Dataran FC melepaskan bola hingga masuk ke gawangnya sendiri.

Shah Alam Antlers 3. Dataran FC 0.

4 minit kemudian, sayap kiri Antlers menguburkan segala sisa harapan Dataran FC untuk bangkit apabila menambah gol ke-4 yang disudahkan oleh Shahid.

Ezzemet Iswan 发布于 2017年1月7日

1 gol dalam penampilan sulung. Shahid segera menjadi pujaan penyokong Shah Alam Antlers.

Antlers kembali bergelut

Barangkali selesa mendahului 4-0, Antlers kelihatan leka dan cuai dalam penguasaan bola.

Ditambah pula dengan perangkap ofsaid yang dipasang Dataran FC, penyerang Antlers bergelut untuk memecahkannya dan kerap dihukum ofsaid oleh penjaga garisan.

Tamat perlawanan, jumlah jaringan tidak berubah. Shah Alam Antlers dijadualkan akan bertemu SLBJ (Subang Local Boys der’ Jaeger) pada 14 Januari 2016 ini.

Pemain terbaik perlawanan: Mohamad Raffi

Statistik perlawanan

The post Shah Alam Antlers 4-0 Dataran FC: Laporan Perlawanan KVL (Matchday 3) appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017

Sepak mula Liga Malaysia 2017 akan bermula pada 20 Januari 2017 akan datang di mana Juara Piala Malaysia 2016, iaitu Kedah bakal bertemu dengan pasukan juara tiga kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta’zim FC pada perlawanan merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017. Pertemuan ini akan berlangsung di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos atau Stadium Larkin. Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017 atau juga dikenali sebagai Piala Sumbangsih 2017 merupakan edisi kali ke 32 sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1985.

Pasukan JDT FC atau nama gelaran mereka Harimau Selatan di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Argentina, Mario Gomez pastinya menjadi pilihan untuk merangkul kejuaraan edisi kali ini. Ini kerana mereka memiliki deretan pemain-pemain berstatus bintang, pemain import berkualiti serta barisan pemain-pemain baru dalam satu pasukan. Namun begitu, saingan pasukan Kedah atau Lang Merah di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe ini pastinya tidak boleh dipandang mudah kerana mereka memiliki gandingan pemain berpengalaman, pemain import berkualiti selain pemain-pemain muda berpotensi yang pastinya membentuk ramuan pasukan yang mantap bersaingan dengan JDT FC. 

Bual Sukan menjangkakan, seluruh peminat bola sepak tempatan akan menyaksikan satu pertembungan dramatik dan terbaik sepanjang aksi 90 minit antara kedua-dua pasukan. Semoga kedua-dua pasukan dapat mempamerkan aksi terbaik masing-masing seterusnya memberikan masa depan yang cerah kepada bola sepak negara. Siapa pun yang menang adalah penting mengekalkan semangat kesukanan yang tinggi bagi memartabatkan bola sepak Malaysia di masa mendatang. 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Previu Perlawanan Tumpuan Piala Malaysia (Matchday 2): Selangor Kebal Di Shah Alam

Kedua-dua pasukan hadir ke perlawanan ini dalam prestasi yang terbaik.

Selangor mencatatkan kemenangan dalam 3 perlawanan terakhir mereka. Manakala Kelantan pula dengan 2 kemenangan berturut-turut.

Perlawanan terakhir mereka berakhir dengan thriller 7 gol di mana Selangor menang 2-5 di Kota Bharu.

Sebelum ini kedua-dua pasukan turut menang dalam 2 derbi penting mereka. Selangor menang ke atas Kuala Lumpur.

Manakala Kelantan pula segar daripada membelasah Terengganu 1-6 dalam Derbi Pantai Timur. Pada malam ini, mereka akan bertemu di Stadium Shah Alam.

Mana-mana pasukan yang menang dalam pertemuan ini akan memintas Kuala Lumpur sebagai pendahulu kumpulan B.

Kedudukan dalam Kumpulan B

Perlawanan Menang Seri Kalah Gol Bolos Mata
Kuala Lumpur 2 1 0 1 2 1 3
Kelantan 1 1 0 0 1 0 3
Selangor 1 1 0 0 1 0 3
Pahang 2 0 0 2 0 2 0

Prestasi semasa (5 Perlawanan Terakhir)

Selangor kela

Kelantan kelantan

Rekod 6 pertemuan terakhir

Selangor menang: 3 (50%)
Kelantan menang: 2 (33%)
Seri: 1 (17%)

h2h

Fakta perlawanan

  • Selangor masih belum tewas dalam 4 perlawanan terakhir
  • 5 daripada 6 kemenangan terakhir Selangor adalah kemenangan dengan perbezaan 1 gol sahaja
  • Selangor masih belum tewas di  tempat sendiri dalam 16 perlawanan domestik terakhir dan 8 perlawanan terakhir termasuk perlawanan antarabangsa
  • Kelantan adalah pasukan yang terakhir menewaskan Selangor di tempat sendiri dalam pertandingan domestik pada September 2015 dalam Piala Malaysia dengan keputusan 0-3
  • Kemenangan 1-6 di Terengganu adalah kemenangan pertama Kelantan di tempat lawan selepas tewas 5 perlawanan berturut turut dan seri sebelum itu
  • Kelantan cuma menang 2 daripada 11 perlawanan di tempat lawan

Karakter Pasukan

Selangor

  • Gemar mengunakan Taktikal Klasik 4-4-2
  • Menyerang melalui sayap kiri
  • Aktif mencipta peluang menerusi hantaran lintang

Kelantan

  • Aktif menyerang melalui  sayap kanan
  • Bermain secara agresif
  • Cuba untuk kerap mencipta peluang melalui through passes

Kekuatan Pasukan

Selangor

  • Mempertahankan gol pendahuluan
  • Menyudahkan hantaran lintang
  • Memiliki kreativiti di kawasan serangan dengan adanya pemain seperti Andik dan Nazmi Faiz
  • Lemah berhadapan dengan pasukan yang agresif dan bermain secara fizikal

Kelantan

  • Memiliki kelajuan di bahagian sayap untuk melancarkan counter attack
  • Sistem box-to-box player yang aktif
  • Menyudahkan peluang gol

Potensi kelemahan

Selangor

  • Kerap membazirkan peluang dan mengambil masa yang lama untuk melakukan cubaan tepat
  • Gemar untuk bertahan selepas mendapat gol pendahuluan
  • Bermasalah untuk bertahan berdepan pemain laju di bahagian sayap

Kelantan

  • Melindungi gol pendahuluan
  • Kerap melakukan individual errors yang menmbawa kepada ancaman gol oleh pihak lawan
  • Melakukan kesalahan di kawasan luar kotak penalti
  • Kadangkala terlalu agresif dan berpontensi mendapat kad disiplin

Pemain tumpuan

Ugo Ukah (Selangor)

Pemain bek tengah ini akan mejadi tumpuan. Mereka berdepan dengan penyrang yang sedang dalam prestasi yang terbaik di hadapan gol, Blazhe Ilijoski.  Ukah menjadi matchwinner ketika Selangor menewaskan PDRM.

13723942_1133266700079153_3986103257020995350_o

Blazhe Ilijoski (Kelantan)

Man of the moment untuk pasukan Kelantan.  Meledak 4 gol ketika menentang Terengganu dalam Derbi Pantai Timur. Beliau juga adalah penjaring terbanyak dalam Liga Super setakat ini.

[UNSET]

Sebelum wisel

Jika ada satu keluhan yang relevan dengan Selangor ketika ini, ia adalah kelambatan mereka untuk ‘panas’, terutamanya depan penyokong sendiri di Shah Alam.

Mereka kerap bermula dengan perlahan pada separuh masa pertama. Tetapi tetap berjaya menang kerana kualiti-kualiti pemain sering membolehkan Selangor tetap pulang dengan kemenangan.

Peluang inilah yang perlu diambil oleh Kelantan di Shah Alam pada malam ini.

Ketika kedua-dua pasukan ini bertemu dalam aksi Liga Super 2016 (debut Velizar Popov bersama Kelantan) di Shah Alam, Kelantan bermula dengan baik.

Bagaimanapun kegagalan mereka menghukum Selangor lebih awal walaupun bermain dengan baik menyebabkan mereka hanya seri 0-0.

Ditambah pula dengan kehilangan disiplin pemain mereka sendiri (Wan Zack dibuang padang) sehingga terpaksa bermain 10 orang, Kelantan gagal menghukum Selangor.

Selangor bakal turun dengan keyakinan bahawa mereka kebal di Shah Alam.

Jika Kelantan gagal menghukum Selangor lebih awal, kekebalan Selangor di Shah Alam akan berlanjutan ke 17 perlawanan tanpa kalah di halaman sendiri.

Baca juga: Previu Piala Malaysia 2016 (Matchday 2): Mampukah Terengganu Bangkit Dari Mimpi Ngeri 1-6?

The post Previu Perlawanan Tumpuan Piala Malaysia (Matchday 2): Selangor Kebal Di Shah Alam appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Hoki : Piala Sultan Azlan Shah 2016

Kejohanan Hoki Jemputan berprestij Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2016 akan kembali mewarnai saingan pada bulan April 2016 akan datang. Kejohanan edisi kali ke 25 ini bakal menyaksikan 7 pasukan bersaing merebut gelaran juara. Pasukan negara atau nama gelaran The Speedy Tigers yang kini di bawah Ketua Jurulatih baru, Stephan Van Huizen pastinya akan memberikan cabaran terbaik kepada 6 pasukan lain iaitu pasukan juara edisi 2015 New Zealand, Australia, India, Kanada, Pakistan dan Jepun. Kejohanan ini pastinya menarik sebagai medan perlawanan pemanas badan sebagai persediaan 4 pasukan yang bakal bersaing di Sukan Olimpik 2016 Rio, Brazil akan datang iaitu Australia, New Zealand, Kanada dan India.

Bual Sukan percaya, barisan kejurulatihan negara pastinya akan menyenaraikan pemain-pemain hoki terbaik negara gabungan antara pemain-pemain berpengalaman serta pemain-pemain muda berpotensi serta berbakat besar pada kejohanan kali ini. Tidak mustahil, gabungan ini mampu membentuk pasukan negara yang menjadi antara pasukan yang mampu bersaing dengan pasukan-pasukan lain.  

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2016

Tirai saingan Liga Malaysia 2015 telah pun berakhir dengan gilang gemilang di mana pasukan Selangor berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2015 menewaskan pasukan Kedah sekaligus berjaya dalam misi 33 mereka. Musim baru Liga Malaysia 2016 bakal menyaksikan saingan liga diswastakan bagi memberikan saingan yang lebih kompetitif. Perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia 2016 bakal menyaksikan pasukan Selangor atau The Red Giant selaku juara Piala Malaysia 2015 bakal bertemu pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) atau Harimau Selatan merebut gelaran juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2016 atau Piala Sumbangsih 2016 yang dijadualkan berlangsung pada 13 Februari 2016 akan datang. 

Pada saingan Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2015 yang lalu, pasukan JDT FC berjaya merangkul gelaran juara apabila berjaya menewaskan pasukan Pahang atau Tok Gajah dengan keputusan 2-0. Kedua-dua pasukan ini pastinya akan memberikan permainan terbaik masing-masing bagi merangkul kejuaraan pembuka tirai ini selain memungut 3 mata berharga untuk saingan Liga Super 2016. Kedua-dua pasukan ini mempunyai reputasi yang baik dengan barisan-barisan pemain yang berkualiti sebagai satu pasukan. Bual Sukan percaya, saingan perebutan juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah ini pastinya akan berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan pastinya akan menandatangani pemain-pemain baru yang berkualiti untuk cabaran panjang Liga Malaysia 2016 akan datang. 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa