Jermaine Pennant: “Liga Singapura Tak Akan Maju Walaupun Mereka Bawa Lionel Messi”

Pada tahun 1994, Singapura mengumumkan yang mereka akan keluar dari Liga Malaysia.

Dan pada 1996, mereka menubuhkan liga mereka sendiri iaitu S-League.

Mereka bermula dengan hanya 8 pasukan sahaja ketika musim sulung mereka mengambil tempat. Selepas 20 tahun kewujudan liga, S-League hanya mampu mempunyai maksima 11 pasukan sahaja.

Tak akan berkembang

Bekas pemain Arsenal dan Liverpool Jermaine Pennat, mengejutkan dunia bola sepak apabila beliau berkeputusan untuk menyertai S-League.

Pennant

Beliau memilih untuk menyertai Tampines Rovers dengan nilai gaji rekod tertinggi dalam sejarah S-League iaitu £11,500. (RM 60,000)

Namun begitu, pengalaman Pennant di Singapura tidaklah seindah yang disangkakan.

Beliau merasakan S-League tidak akan berkembang, dan mereka hanya akan duduk di dalam zon selesa mereka sendiri.

Pennant juga merasakan S-League tak akan berkembang kerana walaupun mereka membawa Lionel Messi sekali pun ke liga mereka.

“Buatlah apa saja pun. Kalau mereka bawa Lionel Messi pun tiada masalah. Mereka mampu menarik minat peminat bola sepak di Singapura untuk menonton S-League.”

“Tetapi mereka tidak ada duit. Dan jika liga mereka berterusan dibantu oleh kerajaan seperti liga yang mereka lakukan pada sukan lain. Mereka tak akan berkembang.”

Bagi Pennant, jika S-League tidak melakukan sesuatu. Liga mereka tidak akan kemana.

Tetap berdegil

Sejak penubuhan S-League pada 1996, mereka mengalami kesukaran untuk menarik peminat bola sepak di Singapura untuk datang menyokong liga tempatan.

Hal ini kerana mereka gagal untuk menarik penaja untuk menaja liga mereka dan dalam masa yang sama peminat bola sepak di Singapura lebih memilih untuk menonton aksi liga bola sepak dari Eropah di kaca televisyen.

01_19114155_0ee916_2647618a

Selepas 9 bulan bersama Tampines Rovers, Pennant akhirnya pergi meninggalkan kelab tersebut kerana tidak mahu menerima potongan gaji diatas gaji besar yang diterima beliau.

Beliau tidak berpuas hati kerana Tampines Rovers mengamalkan polisi gaji yang menghadkan nilai gaji untuk sesetengah pemain.

Bagi pengerusi Tampines Rovers Krishna Ramachandra, kelab beliau buat sedemikian untuk demi keadian setiap pemain di kelabnya.

“Adalah tidak adil untuk pemain yang lain kerana mereka semua mengambil potongan gaji tetapi beliau dapat gaji yang amat besar.”

“Ia akan beri suasana yang tidak seronok dibilik persalinan.”

Baca juga: 

The post Jermaine Pennant: “Liga Singapura Tak Akan Maju Walaupun Mereka Bawa Lionel Messi” appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

5 Perkara Daripada Perlawanan Persahabatan Singapura v. Malaysia

Singapura harus menyalahkan diri sendiri kerana gagal memenangi perlawanan ini untuk kali ke-3 berturut-turut setelah Malaysia bermain agak hambar dalam perlawanan ini.

Ini adalah 5 perkara yang kami gariskan daripada perlawanan sebentar tadi yang berakhir dengan seri 0-0.

1. Singapura Lebih Baik Dari Segala Aspek Tetapi Tumpul

Hanya gol yang membuatkan Singapura tidak diiktiraf lebih baik daripada Malaysia secara merit. Dari segi taktikal, keinginan dan intensiti, perlawanan ini bergantung kepada mereka.

Jika mereka bermain cantik, maka cantiklah perlawanan ini. Apabila intensiti mereka menurun maka, bosanlah perlawanan ini.

Penyudah skuad Singapura agak lemah. 3 cubaan mereka terkena palang. Mereka gagal menyudahkan 1 peluang terbuka dan deretan cubaan lemah.

2. Taktikal Ong Kim Swee

Ralat taktikal (tactical error)?

Anak-anak buah banyak bermain dalam sistem 4-1-4-1 daripada platform asas 4-5-1. Safawi Rashid bermain sebagai pemain sayap sebagai side midfielder adalah pilihan yang kurang tepat.

Safawi adalah pemain sayap menyerang dalam rangkaian penyerang bertiga di T-team.

Seterusnya adalah, gandingan lemah di tengah. Baddrol dan Irfan Fazail gagal berhubung di antara satu sama lain. Dari segi hantaran, terlalu mudah dijangka dan banyak hantaran panjang.

Pertukaran Ong Kim Swee gagal memberikan impak secara berpasukan.

Namun begitu Zaquan Adha dan Norshahrul berjaya memberikan sedikit dimensi dari segi keinginan untuk mencetuskan ancaman.

Pemain-pemain Malaysia berada dalam kedudukan terlalu ke bawah (too deep) dan tidak agresif untuk melakukan desakan (pressing).

3. Ramai Pemain Malaysia Gugup

Pemain gugup dalam melakukan hantaran terutama sekali ketika ditekan oleh pemain Singapura. Banyak kesilapan yang membawa kepada ancaman ke arah kawasan gol secara langsung oleh Singapura.

Akibat gugup ini, Malaysia tidak terurus (gagal settle down) hampir 80% dalam perlawanan ini. Bak kata Pochettino, lupakan pasal taktikal jika pemain gagal untuk bermain dengan betul.

Banyak gerakan yang tumpul dan juga kawalan bola dan bentesan yang lemah.

Organisasi pasukan kerap terputus dan tidak ada interaksi yang berkesan di antara bahagian.

4. Pertahanan Selamatkan Malaysia Sekali Lagi

Sudah banyak kali Malaysia terlalu bergantung kepada aspek pertahanan dalam mengurangkan impak (damage limitation).

Walaupun ada beberapa aksi gugup namun, penjaga gol dan pertahanan kita berjaya menjadi unit pemusnah untuk bom jangka yang kadangkala dipasang oleh kita sendiri.

Khairul Azhan mungkin bermain aksi terbaik beliau sekali lagi malam ini pada musim ini.

5. Kreativiti Kedua-dua Pasukan

Singapura terlalu bergantung kepada hantaran lintang. Jika lebih variasi, mereka akan lebih tajam kerana kemampuan mereka untuk melarikan bola ke kawasan Malaysia.

Manakala untuk pasukan Malaysia, isu kreativiti ini  agak lemau dan tak ada percikan (spark). Cubaan gol banyak dilakukan dari cubaan jauh.

Kebanyakan peluang adalah melalui setpis.

Baca juga: 5 Sebab Peminat Malaysia Rasa Mereka Lebih Hebat Daripada Singapura

The post 5 Perkara Daripada Perlawanan Persahabatan Singapura v. Malaysia appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Dua Pemain Muda Singapura Bakal Sertai Skuad Bawah-17 Kelab Brazil, Boavista

Selepas Mahathir Azeman, dua lagi pemain muda Singapura bakal berkelana di Brazil bersama kelab Rio de Janeiro, Boavista SC.

Dua pemain tersebut, Ryan Goh dan Winchell Ng telah menyertai kem latihan selama sebulan dengan Boavista selepas Krismas 2015.

Seperti Mahathir, kedua-dua pemain berusia 16 tahun tersebut berjaya memikat hati pengurusan Boavista yang menjemput mereka untuk berlatih bersama mereka di sana sekali lagi.

Cuma kali ini, Ryan Goh dan Winchell Ng dijemput untuk berlatih selama 6 bulan pula sebelum diserap masuk dalam skuad bawah-17 Boavista.

np_20160330_sobrazil30-md0_1214386

Skuad bawah-17 Boavista bakal berentap dalam liga remaja Rio yang turut disertai oleh Fluminense, Botafogo dan Flamengo. Latihan kedua mereka di Boavista bakal bermula pada November 2016 nanti.

Winchell Ng merupakan pemain pertahanan tengah. Manakala Ryan Goh merupakan seorang pemain tengah seperti Mahathir. Kedua-dua pemain ini merupakan pemain skuad remaja Home United dan kapten sekolah menengah masing-masing.

Sebelum ini seorang lagi pemain muda Singapura, Mahathir Azeman menghabiskan masa 18 bulan antara tahun 2013 hingga 2014 di Boavista.

Mahathir sangat dihargai oleh Boavista sehingga diberikan jersi no.10. Mahathir pula membalas dengan menjaringkan 10 gol untuk skuad bawah-17 Boavista.

mahathir azeman boavista

Mahathir kini berusia 20 tahun dan sedang bermain di S-League bersama Home United.

Fabio da Silva, bekas pemain S-League merupakan individu yang bertanggungjawab mengatur pemergian Mahathir, Ryan dan Winchell ke Boavista.

Di Malaysia, 2 pemain muda Pulau Pinang iaitu S. Kumaahran dan B. Sanjef Dinesh pernah ditawar peluang berlatih di Cruzeiro pada 2011. Selepas 3 bulan latihan, Cruzeiro bagaimanapun tidak berminat untuk menandatangani mereka.

S. Kumaahran dan B. Sanjef Dinesh akhirnya pulang ke skuad Piala Presiden Pulau Pinang. Kumaahran kini bermain untuk skuad senior Pulau Pinang dalam Liga Super, manakala Dinesh bermain untuk DRB-Hicom FC dalam Liga Perdana.

Baca juga: Analisis Jumlah Pemain Muda Dalam Liga Super Dan Liga Perdana Musim 2015

The post Dua Pemain Muda Singapura Bakal Sertai Skuad Bawah-17 Kelab Brazil, Boavista appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Selamat tinggal dan jumpa lagi, Singapura.

Malaysia dan Singapura, benci tapi cinta.
Inilah yang dikatakan ironi. Hampir 21 tahun yang lalu iaitu pada 17 Disember 1994, Singapura telah menumpaskan pasukan Pahang dengan jaringan 4-0 di Stadium Shah Alam untuk menjulang piala berprestij Piala Malaysia buat kali ke-24 dan juga yang terakhir. Namun begitu, nasib tidak menyebelahi mereka lebih kurang 21 tahun kemudian apabila pasukan wakil Singapura yakni LionsXII kali ini tewas kepada juara bertahan Pahang 4-3 secara agregat walaupun menang 2 gol tanpa balas dalam perlawanan timbal balik peringkat suku akhir di tempat sendiri, Stadium Jalan Besar pada 28 November 2015 yang lalu. Dengan tersingkirnya pasukan ini daripada Piala Malaysia edisi ke-89 tahun 2015, maka berakhir jugalah penyertaan Singapura dalam bolasepak Malaysia setelah perjanjian persefahaman antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) tidak lagi disambung bagi musim hadapan.

Dari sudut sejarah Piala Malaysia, Singapura merupakan salah satu pasukan yang terawal menyertai pertandingan yang mula diasaskan pada tahun 1921 ini. Apabila Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Singapura, Borneo Utara (Sabah), dan Sarawak bergabung membentuk gagasan Malaysia pada 16 September 1963, Singapura masih menyertai pertandingan tersebut walaupun menjadi sebuah negara yang asing dua tahun kemudian pada 9 Ogos 1965. Hanya beberapa kali Singapura tidak terlibat atas sebab-sebab tertentu yakni dari tahun 1968 hingga 1969, 1982 hingga 1984, dan 1995 hingga 2011. Adakah Singapura akan kembali lagi ke arena bolasepak Malaysia pada masa yang akan datang? Entahlah, nampaknya mungkin tidak lagi, sekurang-kurangnya dalam masa terdekat ini.

Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang jua.

Biar pun terdapat berbagai reaksi tentang perkembangan terbaru ini, ramai pihak terutamanya di Malaysia menarik nafas lega apabila tidak perlu lagi menyeberangi Tambak Johor untuk perjalanan yang perlu dibayar dengan harga yang sangat tinggi. Mereka menarik nafas lega kerana tidak perlu lagi memikirkan tentang tanggungan kos yang semakin membebankan akibat kejatuhan mendadak nilai wang Ringgit Malaysia sejak kebelakangan ini. Selain itu, pemain-pemain dari Malaysia yang kurang gemar bermain di atas padang rumput tiruan juga nampaknya bertambah lega dan redha sedangkan pemain-pemain dari Singapura sebaliknya tidak merasakan yang serupa. Kalau diperhatikan, pasukan LionsXII dan juga para penyokongnya kelihatan amat teruja dapat mengimbau kembali kenangan lama apabila dapat berentap dengan pasukan-pasukan seteru lama mereka. Malah, mungkin ada di antara mereka yang sampai mengidamkan kejayaan yang boleh mengatasi rekod cemerlang pasukan Selangor sebagai juara Piala Malaysia sebanyak 32 kali. Impian seperti ini sekiranya ada, tidaklah dianggap angan-angan Mat Jenin sebelum ini, lebih-lebih lagi Singapuralah satu-satunya pasukan terdekat yang mampu memberikan cabaran serius.

Walau bagaimanapun, di sebalik berita yang kurang enak di Malaysia mengenai pembubaran pasukan Harimau Muda, Singapura pula sudah mula memandang agak jauh ke hadapan. Sekiranya Liga Singapura (S.League) sebelum ini lebih banyak terdedah sebagai suatu bentuk pertaruhan berbanding permainan sukan, kini mereka sedang mengorak langkah untuk meningkatkan serta mengukuhkan jenamanya. Lebih dahsyat lagi, Singapura sudah pun bercita-cita untuk mencipta nama di peringkat yang lebih tinggi. Liga Super ASEAN (AFF Super League) yang masih menantikan kelulusan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk dijalankan pada tahun 2016 adalah pentas baru yang mana telah dicadangkan bahawa pemenangnya akan terus layak ke Liga Juara-juara AFC tanpa melalui Piala AFC. Jika Hariss Harun yang mewakili kelab Johor Darul Ta’zim FC menjadi pemain Singapura yang pertama memenangi pingat johan Piala AFC, maka tunggu sahajalah nanti kelibat pemain-pemain baru dari Singapura yang kelak suatu hari nanti mampu menempa nama sebagai lagenda baru Singapura. Sudah pasti banyak yang dipelajari oleh Singapura daripada Malaysia, jadi terletak di tangan Malaysia pula untuk mempelajari sesuatu daripada Singapura.

Piala Malaysia pernah menjadi tempat terciptanya sejarah
bagi pemain lagenda Singapura, Fandi Ahmad.
(gambar: bazookapenaka.my)

Selamat tinggal Singapura. Semoga kita berjumpa lagi pada lain kali. Kalau bukan di Liga-M (M-League) atau Piala Malaysia, jumpa sahaja di pentas antarabangsa.

#PialaMalaysia #FandiAhmad #MajulahSingapura

DUNIA BOLA SEPAK