Kesebelasan 30 Tahun Pilihan SemuanyaBOLA Untuk Liga Super Musim 2017

Ini adalah kesebelasan 30 tahun dan ke atas dalam Liga Super 2017 pilihan kami. Kami memilih formasi 4-2-3-1.

Penjagan gol – Farizal Harun – Felda United -30 Tahun

Antara penjaga gol terbaik dalam kejohanan domestik sejak beberapa musim kebelakang ini. Beliau membantu Felda United muncul naib juara Liga Super musim lalu.

Bek kanan – S. Kunanlan –  JDT 30 Tahun

Kunanlan masih menjadi tonggak penting skuad JDT. Kami jangkakan ia akan kekal begitu pada musim ini. Mempunyai gaya permainan yang bertenaga dan boleh mencipta peluang gol

S.Kunanlan & Zar Rahan – kredit gambar : asiana.my

Bek tengah – Razman Roslan – Selangor – 32 tahun

Mungkin nama ini merupakan bakat yang agak underated di dalam bola sepak kita sejak beliau berkarier. Memiliki gaya permainan bek tengah moden yang boleh mengawal bola dan hantaran yang baik untuk seorang bek tengah.

Razman Roslan

Razman juga bek tengah yang berdarah sejuk tetapi sangat komited di dalam padang.

Bek tengah – Shukor Adan – Felda –  37 Tahun

Kami memilih lagenda Shukor Adan sebagai kapten pasukan ini. Masuk tahun ini beliau akan berusia 38 tahun pada September nanti.

Pertahanan kalsik dengan gaya yang keras dan no mercy. Memiliki perwatakan kepimpinan yang kuat. Dan beliau masih boleh bersaing secara duel dengan mana-mana pemain import yang berbadan besar.

Bek kiri – Ronny Harun – Sarawak – 30 Tahun

Pemain yang boleh beraksi di kesemua posisi defensif. Beliau menunjukkan taringnya agak lewat (late bloomer). Musim lalu beliau cemerlang menjadi antara pertahanan terbaik di negara kita.

Foto: Zaini Ahmat / www.asiana-my.com

Tenang dan bersahaja gaya permainan beliau. Mempunyai kepakaran lontaran ke dalam yang boleh mencetuskan ancaman.

Tengah pertahanan -Shakir Shaari – JDT – 30 tahun

Ini adalah senarai kecemasan kami. Kami memerlukan seorang destroyer di dalam pasukan. Sukar untuk mencari pemain tempatan yang boleh bermain posisi ini dengan baik.

Jadi, kami senaraikan Shakir Shaari dan berharap beliau tidak lupa cara melakukan destroying kepada gerakan lawan.

Tengah – Badhri Radzi –  Kelantan – 34 tahun

Photo by Kamarul Akhir / www.asiana.my

Kami memilih Badhri Radzi sebagai pemain tengah. Pasukan ini ada 2 pemain yang boleh bermain defensive winger. Jadi diharap ia dapat mengurangkan impak.

Badhri Radzi masih ada kualiti hantaran yang baik dan juga memiliki pegalaman di dalam perlawanan yang bertekanan tinggi.

Sayap kiri – Christie Jayaseelan – Pahang – 31 Tahun

Kepantasan dan kelincahan adalah kunci utama pemain ini. Beliau adalah tipikal penyerang sayap yang agak direct dan tidak tamak. Beliau juga kunci utama kepada serangan balas ketika transisi kepada serangan segera.

Sayap kanan – Azamuddin Akil – JDT – 31 tahun

Ketika beliau menyertai JDT, ramai menjangkakan beliau sudah di akhir karier. Namun ianya silap. Pemain ini mungkin bermain antara bola sepak terbaik beliau musim lalu.

Dalam 2 perlawanan awal JDT musim ini Azamuddin adalah pemain penting.

Beliau adalah defensive winger. Peranan yang menjadi pilihan oleh ramai jurulatih. Cuma kami perlu pastikan dia tidak hilang fokus untuk menjana output terbaik.

Pemain tengah menyerang/ no.10 – Amri Yahyah – Melaka United – 36 tahun

Beliau masih kompetitif untuk liga kita. Memiliki kemampuan untuk merancang gerakan dari zon 14. Satu peranan yang kami sentiasa mahukan di dalam pasukan.

Memiliki teknik sepakan yang sangat baik. Dan tidak lupa, kami harap dia raikan gol seperti di bawah ini jika menjaringkan gol.

foto: JST

Penyerang – Norshahrul Idlan Talaha – Felda United – 30 tahun

MALAYSIA, Johor Bahru: Norshahrul Idlan Talaha of Felda (centre) celebrate his goal during Super League match between JDT and Felda at Larkin Stadium on Jan 27th, 2017. Photo By Nizam Rahman – www.asiana.my

Kami memilih Norshahrul Idlan Talaha sebagai penggempur utama. Dalam 2 perlawanan  pertama Liga Super musim ini beliau berjaya menjadi penjaring gol yang yang klinikal.

Jika Norshahrul Idlan Talaha menolak untuk beraksi di posisi serangan utama barulah kami memanggil Safee Sali ataupun Indra Putra Mahyuddin.

Itulah kesebelasan 30 tahun pilihan kami. Apa pula pilihan anda? Boleh tak lawan dengan pasukan kami ini?

Baca juga: Hasil Ketagihan Terhadap Football Manager, Lelaki Ini Peroleh Kerjaya Dengan Kelab Bola Sepak

The post Kesebelasan 30 Tahun Pilihan SemuanyaBOLA Untuk Liga Super Musim 2017 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Skuad B-23 Tahun Everton Tidur Stadium Untuk Raih Duit Bantu Gelandangan

Kita punyai banyak sebab untuk menyukai bola sepak. Antaranya kerana permainan itu sendiri, taktikal serta gerakan menarik di atas padang.

Malah terdapat juga cerita seperti pemain bola sepak yang membantu orang susah dan juga anak yatim yang membuatkan kita semakin jatuh cinta dengan sukan ini.

Tidur di stadium

Di England atau lebih tepat di Mersyeside. Skuad B-23 tahun Everton telah mengambil keputusan untuk tidur di stadium mereka iaitu Goodison Park.

Ia bukan sahaja disertai oleh para pemain skuad B-23 tahun Everton itu. Malah pengurus mereka David Unsworth serta staf kejurulatihan mereka yang lain juga menyertai acara tidur stadium itu.

everton-u23-squad-sleepover-at

Selain itu, terdapat juga 50 orang penyokong Everton yang menyertai acara ini.

Acara tersebut adalah untuk membantu meraih sejumlah wang bernilai £230 ribu untuk membantu golongan gelandangan.

Jumlah tersebut akan digunakan untuk membeli sebuah rumah serta melakukan pengubah suaian pada rumah tersebut supaya boleh dijadikan sebagai tempat tinggal yang selesa untuk golongan kanak-kanak yang gelandangan.

Menariknya, acara tidur stadium yang dilakukan oleh skuad B-23 tahun Everton ini dilakukan pada malam yang boleh dikatakan antara yang tersejuk di England ketika ini.

Mereka tidur dengan suhu pada kadar -4 darjah Celcius!

Malam yang sukar

Usaha mereka mula menampakkan hasil apabila pengerusi Everton, Bill Kenwright melakukan sumbangan peribadi apabila menyumbang £23 ribu kepada kempen tersebut.

Bagi Unsworth, beliau sangat gembira dengan pencapaian yang dilakukan oleh anak-anak buahnya.

“Saya sangat gembira melihat komitmen yang dilakukan oleh anak-anak buah saya. Semua pemain yang tidak terlibat dengan skuad senior semuanya bersemangat nak sertai acara ini.”

Malam tersebut ternyata sangat sukar. Apabila semua yang terlibat dengan acara tersebut hanya tidur dengan cara bagaimana orang gelandangan tidur.

“Tiada stokin paras lutut, tiada topi dan sarung tangan pada malam itu.”

“Malah semua peserta tidak dibenarkan untuk pakai but warna merah sempena Krismas kerana ia berwarna merah. Awak tahu apa yang warna merah di Mersyeside bukan? Liverpool.”

js105899071

Bagi Unsworth, ini merupakan cara terbaik untuk merasai keperitan yang dilalui oleh gelandangan di luar sana.

“Kami hanya tidur dengan hanya sarungkan badan kami dengan beberapa lapisan pakaian. Di luar sana ramai yang berbuat sedemikian dan kita perlu hentikan semua ini.”

“Kami ingin memberikan sebanyak mana bantuan untuk orang yang berada di Liverpool. Kami tak mahu mereka tinggal di jalanan lagi kerana kami mahu mereka tinggal di tempat yang selamat.”

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Tidur Depan Stadium, Gelandangan Ini Dapat Kerja Dengan Real Sociedad

The post Skuad B-23 Tahun Everton Tidur Stadium Untuk Raih Duit Bantu Gelandangan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Pemain Muda Celtic Berusia 13 Tahun Lakukan ‘Debut’ Untuk Pasukan B-20 Tahun Celtic

Wow! Ini satu pencapaian yang membanggakan!

Beliau mungkin terlalu muda untuk bermain dengan pasukan B-20 tahun. Tapi bakatnya telah menampakkan beliau sudah matang dari permainannya.

Dan ini kisah Karamoko Dembele untuk anda!

Memukau mata jurulatih                                                

Jika musim ini kita disajikan dengan aksi berkualiti dari Moussa Dembele yang bermain dengan skuad utama Celtic. Kita juga disajikan dengan aksi memukau Ousmane Dembele di Borussia Dortmund.

Mungkin di masa depan, Karamoko Dembele pula akan menjadi bintang dalam dunia bola sepak!

Dembele mencuri mata jurulatih skuad B-20 Celtic Tommy McIntyre selepas beliau mencuri perhatian dengan persembahan menakjubkan bersama skuad B-15 Celtic.

Dembele ternyata menjadi perhatian selepas beraksi cemerlang dalam St Kevin’s Boys Tournament yang diadakan di Dublin, Ireland.

Dalam kejohanan berprestij itu, Celtic bertanding bersama-sama kelab tuan rumah iaitu St Kevin, Deportivo La Caruna, West Bromwich Albion dan juga Barcelona.

Pasukan B-15 tahun Celtic juga menjuarai kejohanan tersebut.

243hq8n

Dembele ternyata menjadi tunjang kepada pasukan B-15 tahun Celtic selepas persembahan cemerlang beliau membolehkan beliau dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan.

Ibarat bulan jatuh ke riba

Terdapat ramai pemain skuad B-20 Celtic yang dipilih untuk skuad B-19 tahun Scotland untuk perlawanan menentang Sweden minggu ini.

Mereka adalah Ross Doohan, Anthony Ralston, Mark Hil, Regan Hendry, Calvin Miller dan PJ Croosan.

Ketiadaan pemain-pemain tersebut membuka ruang untuk Dembele untuk menyertasi skuad B-20 tahun Celtic.

Selepas menyedari prestasi cemerlang Dembele, McIntyre tanpa ragu-ragu meletakkan nama Dembele di bangku simpanan pasukan B-20 tahun Celtic.

Dembele diletakkan di bangku simpanan untuk perlawanan Liga Pembangunan SPFL menentang Heart of Midlothian di Cappielow, Morton.

nintchdbpict000271897277

Dembele sempat diberikan beberapa minit untuk beraksi untuk pasukan B-20 tahun Celtic selepas masuk pada minit ke-81.

Beliau masuk menggantikan rakan sepasukan Jack Aitchison yang berusia 16 tahun!

Dalam perlawanan itu, Dembele tidak menjaringkan gol dalam perlawanan yang berakhir dengan jaringan 3-1 memihak Celtic.

nintchdbpict000271896708

Dengan prestasi memukau seperti ini, Dembele ternyata merupakan prospek besar untuk pasukan Celtic di masa hadapan.

Dengan didikan dan jagaan yang betul pasti beliau mampu menjadi bintang bola sepak yang sebetulnya di masa hadapan.

Diharap Dembele akan berjaya suatu hari nanti. Risau barangkali dengan perhatian yang diberikan sekarang ini akan menjerumus beliau menjadi Freddy Adu yang seterusnya.

Baca juga: 10 ‘Wonderkid’ (Dilahirkan Antara 1986-1990) Yang Gagal Penuhi Potensi Mereka

 

The post Pemain Muda Celtic Berusia 13 Tahun Lakukan ‘Debut’ Untuk Pasukan B-20 Tahun Celtic appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Manchester City Tandatangani Gamer Berusia 18 Tahun Sebagai Pemain E-Sports FIFA Rasmi

Manchester City telah mengumumkan pemain terbaru mereka, namun bukan untuk bermain bola sepak. Pemain tersebut hanya akan mewakili kelab tersebut dalam acara e-sports!

Bintang muda yang bakal menyinar

kez

Kieran ‘Kez’ Brown, yang baru berusia 18 telah menjadi pemain sulung e-sports kelab Manchester City. Beliau bakal mewakili The Citizens dalam kejohanan FIFA, mengadakan sesi live streaming melalui Twitch dan membuat video untuk saluran rasmi YouTube kelab.

Selain itu, beliau juga bakal mencabar beberapa peminat Manchester City untuk berentap dengannya di acara-acara rasmi kelab.

Ketika ini kelab-kelab bola sepak Eropah sedang giat mencari gamers yang hebat untuk mewakili masing-masing.

Pada bulan Mei yang lalu, West Ham United telah menandatangani naib juara pertandingan FIFA 2016 yang berusia 24 tahun dari Jerman yang bernama Sean “Dragonn” Allen.

Sebelum itu, pasukan Wolfsburg juga telah menandatangani seorang permain e-sports mereka dari Wolverhampton, Dave Bytheway pada bulan Februari.

dragonn2

Evolusi semula jadi Manchester City

Menurut Naib Presiden Unit Media & Inovasi Manchester City, Diego Gigloani menandatangi FIFA gamers adalah petanda bola sepak sedang berevolusi.

“Ini adalah evolusi semulajadi kelab Manchester City. Kami sudah lama berkerjasama dengan rakan perniagaan kami, EA Sports dan FIFA”.

Pada hari pertandingan, Kieran ‘Kez’ Brown akan mewakili Manchester City dalam pertandingan FIFA. Tetapi di luar hari pertandingan, beliau akan menyertai unit media untuk menghasilkan rancangan untuk saluran Youtube kelabnya.

kez2

“Apabila kami mencari pemain e-sports, kami mahukan bukan sahaja seorang gamers yang menakjubkan, muda dan berbakat. Kami juga mahukan seorang yang mampu berinteraksi dengan bijak dengan peminat-peminat kami di seluruh dunia.”

“Kemi percaya yang Kieran memiliki kesemua ciri tersebut.”

Acara sukan e-sports lain

Selain pembabitan dalam cabang permainan video bola sepak, kelab-kelab bola sepak yang lain juga membuat pelaburan dalam acara e-sports yang lain.

Seteru utama Manchester City, Manchester United juga dilaporkan sedang melamar sekumpulan pemain e-sports dari Eropah untuk mewakili mereka dalam permainan Overwatch; sebuah permainan first-person shooter.

Ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana pasukan Bundesliga, Schalke 04 mempunyai pasukan League of Legends (LoL) mereka sendiri.

Dalam pada itu, pemilik kelab Arsenal iaitu Alisher Usmanov juga telah melaburkan $ 100 juta ke dalam Virtus.pro, platform gaming terbesar Russia pada bulan Oktober tahun lalu. E-sports kini dilihat mempunyai masa depan yang cerah di bumi Eropah.

usmanov

FIFA di Malaysia

Tahukah anda, Malaysia juga mempunyai pasukan e-sports FIFA sendiri yang dikenali sebagai Team Infinite? Baru-baru ini mereka telah mengharumkan nama negara apabila muncul sebagai juara FIFA16 kejohanan AGES seluruh ASEAN.

Lebih manis apabila di peringkat akhir, kedua-dua peserta yang layak adalah dari pasukan yang mewakili Malaysia.

infinite

Tak mustahil pada satu hari nanti, ahli-ahli Team Infinite pula akan direkrut kelab-kelab bola sepak untuk mewakili mereka dalam acara e-sports.

Baca juga: West Ham Ikut Jejak Wolfsburg, Tandatangani Gamers Sebagai Pemain eSports FIFA Rasmi

The post Manchester City Tandatangani Gamer Berusia 18 Tahun Sebagai Pemain E-Sports FIFA Rasmi appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Dortmund Benarkan Hummels Ke Bayern, Kelab Sama Yang Pecat Bapanya 4 Tahun Lepas

Penyokong Borussia Dortmund akan melalui detik déjà vu pada perlawanan akhir DFB-Pokal 2016 pada 21 Mei nanti selepas laman web rasmi pasukan mengesahkan mereka akan membenarkan Mats Hummels menyertai musuh Der Klassiker, Bayern Munich.

Bagaimanapun dalam kenyataan sama, Dortmund turut menegaskan mereka hanya akan melepaskan Hummels jika Bayern membuat tawaran yang sesuai dengan status Hummels sebagai pemain kesebelasan utama.

Dortmund menulis kenyataan berikut dalam laman web rasmi mereka:

“Mats Julian Hummels telah memberitahu Borussia Dortmund GmbH & Co. KGaA bahawa beliau mahu berpindah menyertai Bayern Munchen pada musim depan.”

“Ahli-ahli lembaga pengarah telah membuat keputusan untuk membenarkan perpindahan ini berlaku dengan syarat Bayern mesti membuat tawaran yang sesuai dengan kebolehan pemain yang istimewa dan berbaloi untuk dipertimbangkan.”

“Sehingga kini, Bayern Munchen masih belum membuat sebarang tawaran langsung.”

“Kami juga mahu menambah, seperti pemain Borussia Dortmund yang lain, Hummels tiada klausa keluar dari kelab dan masih mempunyai kontrak sehingga 30 Jun 2017.”

Kembali ke Munich

Mats Hummels tidak asing dengan Bayern Munich selepas menghabiskan majoriti zaman remajanya bersama skuad Jugend akademi Bayern Munich sejak berumur 7 tahun lagi.

Bapanya, Hermann Hummels merupakan bekas jurulatih skuad remaja Bayern Munich sebelum dipecat dan ditamatkan kontrak oleh pengurus Bayern ketika itu, Jurgen Klinsmann pada 2012.

Sejak itu, bapanya menubuhkan syarikat ejen pengurusan pemain yang bertanggungjawab mengurus karier dua anaknya sendiri, Mats Hummels di Borussia Dortmund dan adiknya, Jonas Hummels di SpVgg Unterhaching.

Ironi Hummels

Bagi penyokong Dortmund, kehilangan Hummels – seorang lagi pemain bintang mereka selepas Mario Gotze dan Robert Lewandowski – kepada Bayern Munich pastinya tidak disenangi oleh mereka.

Tambahan pula Hummels pernah dipetik membuat kenyataan berikut ketika diminta mengulas mengenai perpindahan Gotze ke Bayern:

“Menjuarai liga bukanlah segala-galanya. Sebaliknya bermain bola sepak menarik dan berjaya bersama rakan-rakan adalah segala-galanya.”

Apa yang pasti, Hummels akan menerima layanan buruk daripada penyokong Dortmund atas sikap hipokrit beliau ini.

Dan menjelang final DFB-Pokal antara Bayern dengan Dortmund pada 21 Mei nanti, perhatian pastinya terarah kepada Hummels.

Insiden ini adalah déjà vu kepada insiden Robert Lewandowski yang bermain untuk Dortmund buat kali terakhir dalam final DFB-Pokal 2014 menentang Bayern. Bayern menang 2-0 dalam perlawanan tersebut.

Baca juga: Hummels & Weidenfeller Bersemuka Dengan Peminat Dortmund Selepas Mereka Tewas Lagi Di Gelanggang Sendiri

The post Dortmund Benarkan Hummels Ke Bayern, Kelab Sama Yang Pecat Bapanya 4 Tahun Lepas appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Rangers Kembali Ke Scottish Premiership, 4 Tahun Selepas Dihumban Ke Divisyen Ke-4

Rangers akan kembali bermain dalam Scottish Premiership pada musim depan, selepas sah bergelar juara Scottish Championship – liga divisyen ke-2 Scotland – musim ini dengan kemenangan 1-0 menentang Dumbarton semalam.

Tempat Rangers dalam Scottish Premiership dijamin pada musim depan ketika saingan liga Scottish Championship masih berbaki 4 perlawanan. Sepanjang musim, mereka hanya tewas 3 perlawanan liga.

Kejayaan Rangers yang dilatih oleh Mark Warburton ini tidak datang dengan mudah.

Revolusi Warburton

Selepas dilanda masalah kewangan dan masuk administration, Rangers dihumban ke Scottish League Two – liga divisyen ke-4 Scotland.

Maka tak hairanlah, majoriti pemain skuad utama Rangers membatalkan kontrak mereka pada 2012 untuk mencari pasukan baru yang bermain dalam liga yang lebih kompetitif.

Pemain Rangers yang memilih untuk kekal di Rangers pula perlu berhadapan dengan realiti bermain dengan gaji yang jauh lebih rendah dan bermula dari bawah semula.

Untuk ke Scottish Premiership, Rangers pula terpaksa mencuba 3 pengurus berlainan sebelum menjumpai Mark Warburton.

Era kenaikan Rangers bermula dengan Ally McCoist yang bertanggungjawab menaikkan Rangers dari divisyen ke-4 ke divisyen ke-2 Scotland.

Bagaimanapun McCoist gagal membantu Rangers untuk naik dari divisyen ke-2 ke Scottish Premiership. Begitu juga dengan 2 penggantinya, Kenny McDowall dan Stuart McCall.

Di bawah kendalian Warburton, Rangers muncul dengan imej baru. Dibantu oleh bekas kapten Rangers David Weir, Warburton merevolusikan gaya permainan Rangers kepada jenis menyerang yang digemari penyokong.

Bukan saja memperkenalkan gaya permainan yang cantik, Warburton juga berjaya membawa Rangers kembali ke Scottish Premiership dengan bergelar juara divisyen ke-2.

Warburton bawa kestabilan

Berbeza dengan pengurus Rangers sebelumnya, Warburton jauh lebih tenang ketika berhadapan dengan ahli-ahli lembaga pengarah kelab.

Jika Ally McCoist sentiasa bergaduh di bilik lembaga pengarah, Warburton bernasib baik kerana tiba di Rangers ketika kemelut ahli-ahli lembaga pengarah kelab sudah selesai sejak diambil alih oleh ahli perniagaan, Dave King.

Dave King sentiasa memastikan Warburton mempunyai duit untuk dilaburkan kepada pasukan.

Setiap musim beliau mengeluarkan £20 juta duitnya sendiri untuk memastikan Rangers sentiasa kompetitif di Scotland.

Persiapan naik liga

Dengan berita pengesahan kenaikan Rangers ke Scottish Premiership, persoalan baru pula akan timbul.

Berapa banyakkah duit yang bakal diberi oleh ahli-ahli lembaga pengarah kelab kepada Mark Warburton sebagai persiapan untuk menghadapi saingan Scottish Premiership pada musim depan?

Jika kita mengimbas kembali apa yang dilakukan oleh Hearts pada musim ini selepas mereka dipromosi ke Scottish Premiership, Rangers tidak perlu berbelanja besar pun untuk berada dalam kelompok ke-3 terbaik liga.

Apa yang mereka perlu lakukan adalah mengulangi formula pada musim ini, iaitu meminjam pemain muda yang bagus seperti Billy King (Hearts), Dominic Ball (Tottenham Hotspur) dan Gedion Zelalem (Arsenal) yang dipinjam pada musim ini.

Warburton sudah pun menunjukkan beliau mampu mengesan bakat murah yang berkualiti seperti yang dilakukannya ketika membawa masuk James Tavernier dan Martyn Waghorn.

Apa yang perlu Rangers lakukan adalah mencari pemain yang lapar, iaitu lapar untuk berjuang mengembalikan era kegemilangan Rangers dalam liga bola sepak terulung Scotland.

Baca juga: Bagaimana Penyokong Hearts Menghalau Keluar Pengurusan Kelab Yang Bangsat

The post Rangers Kembali Ke Scottish Premiership, 4 Tahun Selepas Dihumban Ke Divisyen Ke-4 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Nigeria Juara FIFA Piala Dunia Remaja Bawah 17 Tahun Chile 2015

Pasukan Bola Sepak Bawah 17 Tahun Nigeria berjaya merangkul kejuaraan FIFA Piala Dunia Remaja Bawah 17 Tahun Chile 2015 apabila berjaya menewaskan pesaing mereka Mali dengan keputusan 2-0 hasil jarngan Victor Osimhen dan Funsho Bamgboye. Pasukan yang mendapat gelaran Golden Eaglets ini sekali lagi membuktikan kemampuan mereka mengekalkan kejuaraan yang dmenangi pada disi 2013 yang lalu. Dengan kejayaan ini, pasukan Nigeria muncul juara terbanyak kejohanan iaitu sebanyak 5 kali (1985, 1993, 2005, 2013 dan 2015).

Pemain Nigeria juga berjaya merangkul Anugerah Pemain Terbaik Kejohanan menerusi Kalechi Nwakali manakala Victor Osimhen juga dari Nigeria berjaya merangkul Anugerah Kasut Emas selaku Penjaring Terbanyak kejohanan dengan 10 Gol. Bual Sukan percaya, pemain-pemain ini dijangka bakal mewarnai masa depan negara masing-masing di masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada pasukan Nigeria atas kejayaan mereka muncul juara kejohanan edisi 2015 kali ini. 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Kejohanan AFC Piala Asia 2016 Qatar Bawah 23 Tahun

Kejohanan AFC Piala Asia 2016 Qatar Bawah 23 Tahun atau AFC U-23 Asian Cup Qatar 2016 akan berlangsung pada 12 hingga 30 Januari 2016 akan datang. Kejohanan edisi kali kedua ini akan disertai oleh 16 pasukan di mana Qatar layak secara automatik selaku tuan rumah manakala 15 lagi pasukan layak menerusi pusingan kelayakan yang telah diadakan mengikut kumpulan masing-masing (10 Juara Kumpulan & 5 Naib Juara Terbaik). Saingan kali ini dijangka lebih menarik di mana 3 pasukan yang menamatkan saingan selaku juara, naib juara dan pemenang tempat ketiga akan layak ke saingan Bola Sepak Sukan Olimpik 2016 Rio, Brazil akan datang. 16 pasukan ini telah diundi dalam 4 kumpulan di mana pasukan juara dan naib juara kumpulan akan melangkah ke pusingan suku akhir.  

Pasukan Iraq selaku juara bertahan edisi 2013 yang lalu pastinya sekali lagi akan turun untuk mempertahankan gelaran yang mereka menangi. Namun begitu, saingan 15 pasukan lain pastinya getir dan tidak mustahil kejutan pasti berlaku. Bual Sukan percaya, setiap pasukan pastinya mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing. Saingan setiap perlawanan pastinya sengit dan setiap peluang serta ruang menjaringkan gol pastinaya akan digunakan sebaik mungkin oleh setiap pasukan untuk mencerahkan laluan ke pusingan seterusnya. Berikut adalah kedudukan kumpulan serta Jadual Perlawanan Kejohanan AFC Piala Asia 2016 Qatar Bawah 23 Tahun akan datang :

KUMPULAN A : 
Qatar, Syria, Iran, China

12 Januari 2016
Syria lwn Iran
Qatar lwn China

15 Januari 2016
China lwn Syria
Iran lwn Qatar 

18 Januari 2016
Qatar lwn Syria
Iran lwn China

KUMPULAN B : 
Arab Saudi, Jepun, Korea Utara, Thailand

13 Januari 2016
Jepun lwn Korea Utara
Arab Saudi lwn Thailand

16 Januari 2016
Thailand lwn Jepun
Korea Utara lwn Arab Saudi 

19 Januari 2016
Arab Saudi lwn Jepun
Korea Utara lwn Thailand

KUMPULAN C :
Iraq, Korea Selatan, Uzbekistan, Yemen

13 Januari 2016
Iraq lwn Yemen
Korea Selatan lwn Uzbekistan

16 Januari 2016
Yemen lwn Korea Selatan
Uzbekistan lwn Iraq 

19 Januari 2016
Iraq lwn Korea Selatan
Uzbekistan lwn Yemen

KUMPULAN D : 
Jordan, Australia, UAE, Vietnam  

14 Januari 2016
Jordan lwn Vietnam
Australia lwn UAE

17 Januari 2016
Vietnam lwn Australia
UAE lwn Jordan

20 Januari 2016
Jordan lwn Australia
UAE lwn Vietnam

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : FIFA Piala Dunia Remaja Bawah 17 Tahun Chile

Kejohanan FIFA Piala Dunia Remaja Bawah 17 Tahun Chile atau FIFA U-17 World Cup Chile 2015 akan berlangsung pada 17 Oktober hingga 8 November 2015 akan datang. 24 negara akan bersaing merebut gelaran juara edisi kali ke 16 ini yang akan dilangsungkan di Chile. Pada edisi ke 15 di UAE yang lalu, pasukan Nigeria berjaya merangkul kejuaraan untuk kali keempat. Kejohanan ini pastinya akan melahirkan pemain-pemain muda berpotensi untuk masa akan datang yang bakal mewakili negara masing-masing di peringkat yang lebih tinggi.

24 negara ini terdiri daripada 6 benua iaitu 6 negara Zon UEFA, 5 negara CONMEBOL (termasuk Chile selaku tuan rumah), 4 negara Zon CAF (Afrika), 4 negara Zon AFC (Asia), 4 negara Zon CONCACAF dan 1 negara Zon OFC (Ocenia). 24 pasukan ini telah diundi dalam 6 kumpulan di mana juara dan naib juara kumpulan beserta 4 pasukan terbaik tempat ketiga kumpulan akan meneruskan saingan ke pusingan 16 pasukan terbaik. Bual Sukan menjangkakan saingan kejohanan kali ini pastinya sengit apatah lagi setiap pasukan pastinya menghantar pemain-pemain muda terbaik dan berpotensi untuk masa akan datang negara masing-masing, Antara pasukan yang dijangka mencabar iailah Chile, Brazil, Perancis, Jerman dan Nigeria. Namun pasukan-pasukan lain juga mampu mencabar kejuaraan kejohanan kali ini.

Berikut adalah kedudukan kumpulan Kejohanan FIFA Piala Dunia Remaja Bawah 17 Tahun Chile :
 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Malaysia Bawah 13 Tahun Juara Iber Cup Costa Del Sol 2015

Pasukan muda negara di bawah Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara atau National Football Development Program (NFDP) berjaya membuktikan mereka mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi apabila berjaya muncul juara Iber Cup Costa Del Sol 2015 dengan menewaskan pasukan pilihan Spoting Lisbon dari Portugal dengan keputusan 2-1. Pasukan muda negara juga berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menewaskan kelab-kelab pilihan iaitu Atletico Madrid (1-0), SL Olivais (2-0), OS Belenenses (1-0), FC Barreirense (5-0), Sevilla (0-0 : menang penentuan penalti 7-6). Kejayaan ini membuktikan kemampuan pasukan NFDP di bawah bimbingan bekas pemain kebangsaan, Lim Teong Kim (LTK) mula membuahkan hasil serta mampu bersaing ke peringkat yang lebih tinggi di masa akan datang sekaligus membawa sukan bola sepak Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi di masa akan datang.
Bual Sukan percaya, dengan komitmen dan kesungguhan setiap barisan kejurulatihan, pemain serta pengurusan yang baik, sasaran layak ke Piala Dunia Bawah 17 Tahun 2019 pastinya boleh dicapai. Namun begitu, campurtangan pihak-pihak tertentu wajar dielakkan selain para pemain muda negara kekal fokus menggalas cabaran negara dalam setiap aksi mereka. Sebagai peminat sukan bola sepak, Bual Sukan percaya semua pihak mengharapkan kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada barisan muda negara. Anda semua harapan serta masa depan bola sepak negara. Terima kasih Lim Teong Kim serta barisan kejurulatihan serta pihak pengurusan NFDP yang berjaya membuktikan pelan pembangunan bola sepak negara adalah sesuatu yang bermanfaat. 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa