Chad (Negara Ke-4 Termiskin Di Dunia) Taja Kelab Perancis FC Metz, Undang Kritikan Pelbagai Pihak

Perkara ini sangat tidak dijangka dan kami tidak pun terfikir perkara ini akan berlaku.

Chad, sebuah negara miskin yang terletak di benua Afrika telah menaja sebuah kelab di Ligue 1 iaitu FC Metz dalam usaha mereka untuk menaikkan industri pelancongan negara mereka.

Namun begitu, reaksi yang diterima oleh rakyat Chad dan masyarakat antarabangsa tidaklah bagus seperti yang diharapkan.

Mahu pulih reputasi negatif

Chad merupakan negara yang terletak di benua Afrika di bahagian utara Afrika Tengah.

Chad merupakan negara daratan yang berjiran dengan negara seperti Sudan, Mesir dan Libya.

Sebab utama mengapa Chad mahu menaja pasukan FC Metz adalah kerana mereka mahu menghapuskan persepsi negatif negara mereka yang selama ini dianggap sebagai zon panas peperangan.

Dek dibelenggu krisis peperangan sejak sekian lama, Chad merupakan negara ke-4 termiskin di dunia.

Selain daripada itu, Chad juga dikenali dengan reputasi negatif kerana mempunyai kadar kematian kanak-kanak yang tinggi, dengan 1 daripada 7 kanak-kanak akan mati sebelum usia 5 tahun.

Selain itu, Chad juga terkenal kerana mempunyai hampir 300 ribu orang pelarian dari Republik Afrika Tengah dan Sudan.

Dalam masa yang sama, militan Boko Haram dari Nigeria menjadikan Chad sebagai tempat untuk mereka melarikan diri.

Oleh kerana itulah Chad mahu menaja FC Metz agar negara mereka tidak dipandang negatif oleh negara-negara lain serta menarik orang-orang luar menerusi pelancongan.

Undang kritikan ramai pihak

Namun begitu, strategi Chad untuk menaja FC Metz mengundang kritikan pelbagai pihak, sama ada dari rakyat Chad sendiri mahupun masyarakat antarabangsa.

Strategi kerajaan Chad mahu menaja FC Metz kerana mahu menarik orang Eropah untuk melancong di negara mereka.

Akhbar Perancis Le Progres, menyatakan tindakan itu tindakan yang ‘membuang duit’. Sementara itu bagi ketua Persatuan Sukan Chad, Hissene Ngaro merasakan tindakan itu adalah ‘tindakan yang bodoh’.

Menurut laporan, jumlah tajaan adalah sebanyak €12 juta (RM 55 juta) namun ia telah dinafikan oleh Menteri Sukan Chad, Betel Miarom.

Menurutnya, wang tajaan tersebut diberi oleh sebuah syarikat pelancongan tempatan, bukannya menggunakan duit rakyat.

Sementara itu FC Metz sendiri hanya mendiamkan diri mengenai perkara ini.

Chad menaja FC Metz selama 3 tahun dengan jersi pasukan Ligue 1 tersebut akan tertera “TChad: Oasis du Sahel” yang bermaksud “TChad: Si Gurun Sahel”.

FC Metz merupakan kelab Perancis yang baharu sahaja dinaikkan ke Ligue 1 dari Ligue 2 selepas memperoleh tempat ketiga pada musim lalu.

Baca juga: OGC Nice Keluarkan Jersi Khas, Tribute Kepada 85 Mangsa Serangan Paris

The post Chad (Negara Ke-4 Termiskin Di Dunia) Taja Kelab Perancis FC Metz, Undang Kritikan Pelbagai Pihak appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Ozil Taja Kos Pembedahan 11 Kanak-Kanak Afrika, Mahu Ajak Lagi 9 Pemain Taja

Nampak gayanya, Mesut Ozil tidak pernah berhenti memberi ‘assist’ – sama ada di atas mahupun di luar padang.

Semua peminat bola sepak sedia maklum Ozil merupakan antara pemain paling banyak mencipta peluang gol untuk Arsenal dan Jerman.

Di luar padang, beliau terkenal sebagai dermawan yang gemar membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Terbaru beliau terlibat dalam projek BigShoe11, sebuah projek kebajikan yang melibatkan 11 pemain dari pelbagai negara untuk masing-masing menaja kos pembedahan 11 kanak-kanak di Afrika.

Dengan tema ‘our goal is to help children’ (matlamat kami adalah untuk membantu kanak-kanak), projek BigShoe11 setakat ini sudah mendapat sokongan Ozil serta bintang Juventus dan Perancis, Paul Pogba,

Ini bermakna hasil penglibatan mereka berdua, mereka telah menaja kos 22 pembedahan kanak-kanak tak bernasib baik di Afrika yang menderita kebakaran kulit dan kecacatan kaki.

Ozil selamatkan Sarah

Salah seorang kanak-kanak yang kos pembedahannya dibiayai oleh Ozil, Sarah merupakan mangsa kebakaran di Tanzania.

Sarah yang baru berusia 4 tahun menderita kabakaran kulit kritikal selepas rumahnya terbakar akibat penggunaan lampu kerosen (minyak tanah).

Menurut BigShoe11, unggun api, lampu kerosen dan letupan gas adalah punca utama selalu berlakunya kebakaran rumah di Tanzania.

Dia langsung tak dapat menggerakkan torso, leher, lengan dan jarinya akibat kecederaan tersebut.

Ketika mula-mula berjumpa dengan pakar pembedahan plastik, Dr. Stefan Riml dari Austria, Sarah cuba menyorok kecederaannya di sebalik jaket merah.

ozil1

Tetapi setelah berjaya diyakinkan oleh doktor, Sarah menjalani pembedahan selama 4 jam untuk memindahkan kulitnya dari bahagian badan yang tak terbakar ke kawasan badannya yang melecur teruk.

Kini Sarah sudah boleh menggerakkan jarinya semula.

Pogba selamatkan Shania

Salah seorang kanak-kanak yang pembedahannya dibiayai oleh Pogba adalah Shania yang mengalami masalah kecacatan kaki.

Shania yang berusia 6 tahun mempunyai tulang kaki yang bengkok dengan kritikal, sehinggakan bola besar boleh melepasi kakinya.

ozil2

Meskipun cacat, Shania masih mampu bergelak tawa, bermain dan melompat seperti kanak-kanak lain.

Bagaimanapun Dr. Annemarie Schraml dari Jerman yang merawat Shania memberitahu:

“Jika Shania tidak dibedah, lututnya hanya bertahan sehingga umurnya 20 tahun sahaja. Pembedahan perlu dilakukan untuk memperbetulkan tulang kakinya.”

Pembedahan Shania berjaya. BigShoe11 melaporkan Shania bakal boleh berjalan semula dalam masa beberapa minggu.

Mahu cari pemain lain taja

Bersesuaian dengan tema dan objektifnya, Ozil dan Pogba masing-masing berazam untuk mencari dan mengajak pemain-pemain bola sepak lain untuk turut menaja kos pembedahan 11 kanak-kanak di Afrika.

Untuk mencapai sasaran projek BigShoe11, Ozil dan Pogba perlu mencari 9 lagi pemain untuk menaja 99 lagi kos pembedahan kanak-kanak di Afrika.

Baca juga: Mesut Ozil Bakal Menjadi Pemain EPL Pertama Pakai But Tanpa Tali

The post Ozil Taja Kos Pembedahan 11 Kanak-Kanak Afrika, Mahu Ajak Lagi 9 Pemain Taja appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Syarikat terkenal Thailand minat taja JDT

Juara Piala AFC 2015, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menjadi jenama global, sekali gus melangkah setapak lagi ke peringkat antarabangsa selepas berjaya menarik minat tajaan daripada sebuah syarikat terkenal di Thailand. Perkhabaran baharu itu diumumkan menerusi akaun rasmi Facebook skuad Harimau Selatan iaitu Johor Southern Tigers (JST), sebentar tadi.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim, berkata berita baik berkenaan diperoleh ketika permulaan jelajah pasukan itu di negara jiran terbabit semalam untuk aksi pra musim menentang dua kelab negara Gajah Putih itu. “Kita mendapat maklumat ada syarikat korporat besar yang beroperasi di negeri itu yang mahu menaja pasukan kita. “Saya dimaklumkan, syarikat korporat itu turut menaja beberapa pasukan yang beraksi di Eropah.

“Jadi, secara tidak langsung ini menyatakan jenama JDT sudah berada di tahap antarabangsa,” katanya. Ismail berkata, rundingan antara JDT dan syarikat korporat itu sedang giat dijalankan. Katanya, sebarang keputusan akan dimaklumkan kepada semua penyokong setia skuad Harimau Selatan itu selepas ini.
Johor DT