Sepanyol Takkan Ubah Taktikal, Itali Bakal Guna Eder Untuk Ikat Busquet

Perang psikologi antara media Itali dengan Sepanyol sudah bermula.

Ketika ini, media kedua-dua negara sedang cuba mengkaji taktikal lawan masing-masing untuk menjangka keputusan Itali vs Sepanyol; perlawanan berprofil paling tinggi dalam peringkat 16 pasukan terakhir Piala Eropah 2016.

Football Espana mendedahkan komen Cesc Fabregas yang memberitahu, Sepanyol takkan mengubah apa-apa taktikal mereka meskipun sedar Itali bermain dengan formasi ultra-menyerang 3-3-4.

“Italy sentiasa sukar untuk ditewaskan. Apa yang pasti dari segi taktikal, kami takkan ubah cara kami menyerang dan bertahan.”

“Kami hanya akan bergantung kepada variasi pemain yang kami ada di bahagian serangan.”

 

Ketika ini, Sepanyol mempunyai dua pilihan untuk mengetuai jentera serangan – Alvaro Morata dan Aritz Aduriz.

Vincente del Bosque lebih gemarkan Morata yang gemar melakukan link-up play dengan pemain-pemain tengahnya.

Ini membolehkan Sepanyol menyerang dengan hantaran pendek dan menggunakan kebijaksanaan Morata mencari ruang membuat penyudah untuk menjaringkan gol.

Tetapi jika Sepanyol perlukan alternatif yang lebih direct dan fizikal, Aduritz adalah calonnya.

Ulangan final Piala Eropah 2012

Fabregas turut menjelaskan perlawanan awal pagi esok (waktu Malaysia) ini akan sangat berlainan dengan perlawanan final Piala Eropah 2012.

“Perlawanan itu mungkin persembahan terbaik saya untuk La Roja.”

“Selalunya anda akan rasa tekanan yang tinggi dalam final. Tetapi segalanya mudah bagi kami pada malam itu. Bagaimanapun, pada malam nanti, ia cerita lain.”

Eder kunci Itali kalahkan Sepanyol

Sementara itu di kem Itali, akhbar La Gazzetta dello Sport mendedahkan penyerang Internazionale, Eder bakal menjadi pemain paling penting untuk menggagalkan Sepanyol pada awal pagi esok.

Eder akan diarahkan untuk turun dan melakukan intense pressing kepada Sergio Busquets untuk menyukarkan build-up serangan Sepanyol yang sentiasa bermula dari bawah.

 

Ini juga taktik sama yang dilakukan oleh Croatia apabila Ivan Rakitic diarahkan untuk melakukan perkara sama kepada Busquets semasa Croatia menewaskan Sepanyol 2-1.

Tugas Eder ini sangat memenatkan kerana Eder juga perlu naik menyerang dan menyokong Graziano Pelle apabila Itali mempunyai penguasaan bola.

Conte: Itali bukan kambing korban

Sementara itu, ketua jurulatih Itali, Antonio Conte memberi amaran kepada Sepanyol bahawa pasukannya tidak akan menjadi ‘kambing korban’ untuk Sepanyol.

“Mereka (Sepanyol) perlu menjadi ‘lebih dari istimewa’ untuk kalahkan kami,” kata Conte.

 

Ketika ditanya mengenai stereotaip Sepanyol sering bergelut ketika bertemu pasukan yang menggunakan back three, Conte menjawab:

“Formasi hanyalah nombor sahaja. Setiap pasukan sudah ada sistem unik yang secocok dengan karakteristik pemain-pemainnya.”

“Kalau kami kalahkan Sepanyol, ia adalah kerana kami mengkaji pasukan mereka. Kami tahu kekuatan dan kelemahan mereka. Bukannya kerana stereotaip tersebut.”

Itali akan menentang Sepanyol di Stade de France, Paris pada pukul 12 tengah malam ini (waktu Malaysia). Pemenang akan bertemu Jerman dalam peringkat suku akhir.

Baca juga: Antonio Conte Tegur Analisis Taktikal Media Itali: Kami Main 3-3-4, Bukannya 3-5-2

The post Sepanyol Takkan Ubah Taktikal, Itali Bakal Guna Eder Untuk Ikat Busquet appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Courtois: Saya Takkan Tamatkan Karier Di Chelsea, Ia Takkan Berlaku

Pepatah Inggeris ada mengatakan honesty is the best policy (kejujuran adalah amalan yang paling baik). Tetapi kejujuran Thibaut Courtois mungkin akan membuatkan beliau akan ada masalah dengan penyokong Chelsea.

Dalam temuramah penjaga gol Chelsea dan Belgium itu bersama Sporza (akhbar sama yang mendedahkan pengakuan Wilmots yang membenarkan Nainggolan merokok), Cortouis dengan jujur memberitahu:

“Saya tidak akan menamatkan karier saya di Chelsea.”

Tak setia di Chelsea?

Ketika ditemuramah oleh wartawan Sporza, Courtois turut mendedahkan beliau tidak mempunyai kelab kegemaran sejak kecil.

“Saya tak mempunyai kelab kegemaran semasa kecil. Kalau di Sepanyol, saya banyak menonton perlawanan Madrid dan Barcelona. Di Jerman, saya tengok Bayern dan Dortmund.”

“Di England, saya tengok Arsenal, Manchester United dan Chelsea. Di Itali, Juventus dan Milan.”

“Saya tak gemar mana-mana kelab ini pun. Tapi saya tahu saya sentiasa mahu bermain di kelab-kelab besar seperti ini.”

Wartawan Sporza tersebut kemudiannya cuba merungkai cita-cita sebenar Courtois sama ada beliau masih menyimpan niat untuk bermain di kelab-kelab yang disebutnya. Courtois menjawab:

“Tak semestinya bermain di sana. Saya sudah pun berada di kelab yang bagus, Chelsea. Kita tengok sahajalah macam mana nanti.”

“Jadi anda akan kekal bermain di Chelsea sehingga penghujung karier anda?” soal wartawan Sporza lagi.

“Susah saya nak cakap. (Termenung seketika) Itu takkan berlaku. Saya tak rasa saya akan bersara di Chelsea,” balas Courtois jujur.

Impak Brexit

Courtois juga memberikan pandangan beliau berkenaan impak referendum Kesatuan Eropah (EU) yang menyaksikan kemenangan kem Brexit – sekaligus menyaksikan Britain akan meninggalkan EU.

Courtois khuatir perkara ini akan membawa kepada kurangnya minat pemain dari negara lain untuk bermain di Liga Perdana Inggeris.

“Pound telah jatuh nilai. Ia akan memberi impak yang besar kepada ekonomi semua pemain yang sudah bermain di England atau yang mahu bermain di England.”

“Terdapat juga peraturan bahawa anda perlu bermain 70-75% daripada perlawanan untuk pasukan kebangsaan untuk mendapatkan permit kerja di England.”

“Jika peraturan ini tidak diubah suai, Liga Perdana Inggeris akan berdepan dengan kesukaran.”

Pada musim lepas, Courtois mencatat 5 clean sheets bersama Chelsea untuk menamatkan musim sukar bagi Chelsea di 10 kedudukan liga teratas.

Beliau kini dalam persiapan rapi bersama Belgium untuk menghadapi pusingan peringkat 16 pasukan dalam Piala Eropah 2016 menentang Hungary.

Baca juga: Panduan Memilih Sarung Tangan Penjaga Gol

The post Courtois: Saya Takkan Tamatkan Karier Di Chelsea, Ia Takkan Berlaku appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

GERMAN TAKKAN MENANG ANDAI ARGENTINA KALAH

Yeayyy!!

Hai. Kembalinya anda bersama saya, Gonzailee Higuain yang merupakan pengulas untuk juara menunggu Piala Dunia 2014 iaitu Argentina. Saya ada sikit nak cakap tentang harapan ke atas pasukan saya. Artikel ini sebenarnya sudah ditulis dan disimpan dalam draf sejak tiga bulan yang lalu. Hari ini, saya membuat sedikit suntingan untuk menyesuaikannya dengan keadaan semasa. Maksudnya, situasi ini sudah pun ada dalam bayangan saya sejak tiga bulan lepas lagi. Oh sebelum terlupa, saya mula menyokong Argentina sejak Malaysia tidak layak ke Piala Dunia lagi.

Perlawanan kali ni antara Argentina menentang German bakal menyaksikan keputusan berbeza. Belanda yang menang besar lawan Sepanyol tidak menjamin tempat mereka di final pun. Jadi, jangan cuba buat bangang kabor kemenangan 7-1 German akan bagi pengaruh besar dalam perlawanan ni nanti. Rest is history. Argentina menang nasib melalui sepakan penalti menentang Belanda? Beritahu itu dekat Itali yang menang dengan Perancis pada 2006.

Okeylah. Saya malas nak bicara panjang. Piala Dunia akan jadi milik Argentina. Menang 4-0 atau 5-0 saya tak kisah. Yang pastinya trofi Piala Dunia akan dijulang Messi dengan penuh bongkak depan Pele di tanah Brazil.

Saya juga nak ulas sikit tentang gambar Messi bersama pemimpin Yahudi. Yahudi dan Zionis itu berbeza. Semua Zionis ialah Yahudi tetapi bukan semua Yahudi ialah Zionis. Kalau Messi nak join Yahudi, mampos dia la. Kalau dia nak join Zionis, pun mampos dia jugak. Saya tak peduli. Janji dia tahu main sukan yang saya suka dan saya akan kekalkan kapasiti saya sebagai peminat seorang pemain bola dan bukannya peminat seorang penyokong Yahudi.

Sejarah 1986 akan berulang. Empat tahun lepas, Argentina tewas 4-1 kepada German tapi kemenangan itu tidak menjadikan trofi Piala Dunia menjadi milik German pun. Ingat sini baik-baik. Peristiwa pada 2010 itu bolehlah disimpulkan sebagai “German tidak akan menang andai Argentina kalah.”

Vamos Argentina. Kita nak lawan bintang JDT ni. Main elok-elok.

Nota kaki : Apa-apa hal, Pray For Gaza dan satu lagi gambar aku nak tunjuk.

Bakal top scorer 75 gol EPL musim depan. Amacam?

Sokernet: Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia