Tan Sri Annuar Musa Tarik Diri Bertanding Presiden FAM

Salah satu daripada calon presiden baharu FAM iaitu Tan Sri Annuar Musa telah menarik diri daripada bertanding sebagai presiden FAM.

Keputusan ini disahkan oleh beliau sendiri selepas mengadakan sidang media di Parlimen sebentar tadi – sumber Astro Awani.

Tiada desakan

Menurut Annuar sendiri, keputusan beliau menarik diri ini bukanlah atas desakan daripada mana-mana pihak.

“Tiada sebarang desakan daripada mana-mana pihak, ini keputusan saya sendiri.”

Tambah Annuar lagi, beliau akan meneruskan tugas beliau seperti biasa dengan jawatan yang ada sekarang dan tidak akan menerima sebarang posisi sebagai penasihat di FAM.

“Saya rasa tak perlu, saya akan lakukan tugas seperti biasa.”

“Bagi saya, FAM perlu bermula dari posisi yang betul.”

Elak berpuak

Keputusan Annuar untuk menarik diri daripada menjadi calon presiden FAM adalah kerana beliau tidak mahu situasi berpuak-puak wujud di dalam FAM.

“Tiada guna jika ada yang menang dan yang kalah.”

“Jika saya menang, akan ada yang kata saya ini menang kerana Khairy Jamaluddin. Tetapi jika pihak satu lagi (TMJ) menang pula akan timbul kelompok yang suka dan tak suka dengannya.”

“Itu satu perkara yang tidak baik untuk bola sepak.”

Penarikan diri Annuar sebagai calon presiden FAM menyaksikan pertandingan satu penjuru yang kini menyaksikan hanya Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang masih bertanding.

TMJ dijangka menang tanpa bertanding pada Kongres FAM ke-53 Sabtu ini.

Baca juga: Manifesto TMJ Sempena Pemilihan Presiden FAM: Bola Sepak Adalah Milik Rakyat

The post Tan Sri Annuar Musa Tarik Diri Bertanding Presiden FAM appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Sungai Ara FC Tarik Diri Saingan Piala FAM 2017

Dengan saingan Piala FAM 2017 yang dijadualkan bermula pada 19 Februari 2017 akan datang, pasukan kelab berpangkalan di Pulau Pinang, Sungai Ara FC mengumumkan secara rasmi keputusan menarik diri dari saingan Piala FAM 2017 ekoran ketiadaan penajaan bagi musim ini. Sebelum ini juga pasukan Sungai Ara FC juga terpaksa menarik diri pada saingan pusingan pertama Piala FA Malaysia 2017 di mana mereka dijadualkan bertemu dengan pasukan MOF FC di gelanggang sendiri. Pasukan Sungai Ara FC sebelum itu telah diundi dalam Kumpulan B untuk saingan Piala FAM 2017. Dengan penarikan diri pasukan Sungai Ara FC dalam saingan Piala FAM 2017 menjadikan pasukan dalam Kumpulan B adalah sebanyak 7 pasukan sahaja.

Bual Sukan berpendapat, penarikan diri ini merupakan petanda yang kurang enak didengar dan sesuatu perlu dilakukan oleh pengurusan tertinggi bola sepak negara bagi memastikan pasukan-pasukan berstatus kelab ini mampu terus mewarnai bola sepak negara. Dengan kos pengurusan pasukan yang semakin meningkat juga mampu membunuh kelab-kelab kecil jika sesuatu tidak dilakukan. Bual Sukan ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Sungai Ara FC dalam saingan domestik peringkat negeri serta terima kasih kerana mewarnai bola sepak negara sepanjang 3 tahun beraksi dalam saingan Piala FAM. Kepada barisan pemain pasukan Sungai Ara FC atau nama gelaran mereka Jungle Cats ini bukanlah penamat cita-cita anda untuk terus bermain dan beraksi dalam sukan bola sepak. Kepada peminat pasukan pula, teruskan memberi sokongan padu kepada pasukan kesayangan anda.

Berikut adalah petikan kenyataan yang Bual Sukan petik dari facebook rasmi Sungai Ara FC berhubung penarikan diri pasukan mereka dalam saingan Piala FAM 2017 :
Berita Rasmi SAFC, 15 Februari 2017. Pasukan bola sepak tempatan Pulau Pinang, Sungai Ara FC 2017 dengan ini mengumumkan dengan rasminya menarik diri dari menyertai saingan Piala FAM 2017 setelah 3 tahun berada dalam saingan Piala FAM. Penarikkan diri ini terpaksa dibuat memandangkan tiada tajaan diterima untuk musim 2017 ini. Pihak pengurusan mengucapkan terima kasih kepada para pemain, barisan jurulatih, para penyokong dan semua yang selama ini bersama-sama pasukan. Pengurusan SAFC juga memohon maaf kepada semua kerana tidak mampu merealisasikan impian para pemain dan peminat untuk melihat SAFC berjaya dalam saingan bola sepak tempatan..

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Klip video JDT tarik 2 Juta penonton

Klip video bertaraf dunia yang dihasilkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mempromosi jersi baharu mereka jenama Adidas itu, melakar sejarah luar biasa dalam perkembangan bola sepak negara.

Video yang pertama kali dihasilkan oleh pasukan atau kelab bola sepak di tanah air kita ini, mendapat perhatian ramai sama ada di dalam dan luar negara sejak disiarkan malam tadi menerusi akaun rasmi Facebook JDT, Johor Southern Tigers (JST). Pemeriksaan di laman sosial itu mendapati ia sudah ditonton lebih

2 juta pengunjung, selepas kira-kira 15 jam tersiar, sekali gus mencipta satu fenomena yang belum pernah berlaku di negara ini. Dan setakat jam 12.30 tengah hari tadi pula, video terbabit sudah dikongsi lebih 46,000 kali dan mendapat kira-kira 6,000 komen dari pengunjung serta disukai hampir 64,000 pengguna Facebook.

Rata-rata pengunjung laman sosial ini melahirkan rasa kagum dan seronok menonton video itu kerana kaedah promosinya dilihat setanding dengan kelab bola sepak antarabangsa yang pernah disiarkan sebelum ini. Video berdurasi selama tiga minit tujuh saat itu menampilkan barisan pemain pasukan JDT dan pengendali mereka, Mario Gomez selain kemunculan khas pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

JERSI JDT 2016
JERSI KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM 2016—–2016 JOHOR DARUL TA’ZIM FOOTBALL CLUB JERSEYHidup Johor Demi Johor#BerjuangBersamaKami
Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, January 16, 2016

Video terbabit menampilkan pemain skuad Harimau Selatan yang menunjukkan pelbagai aksi menarik di sekitar ruang menunggu di lapangan terbang dan di landasan berlepas kapal terbang.

Di penghujung video terbabit, penyokong dapat menyaksikan ‘wajah sebenar’ jersi pasukan JDT yang bakal digunakan oleh barisan juara berganda Liga Super itu untuk mengharungi saingan liga musim ini. Jersi baharu yang ditaja jenama antarabangsa Adidas itu, boleh didapati dalam tiga warna iaitu biru, merah dan putih sempena mengambil warna bendera Johor dilihat begitu menarik. Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ),

Datuk Ismail Karim berkata, laman web itu mencatat sejarah tersendiri apabila video promosi jersi baharu itu mencecah sehingga 4 juta ‘cecah’ dan sudah ditonton lebih 1.2 juta orang. “Jadi, ini sekali gus menunjukkan populariti JDT kini berada pada tahap lebih jauh meninggalkan pesaing yang lain” katanya.

Pelancaran jersi baharu pasukan JDT itu diadakan di Dataran Bandaraya, Johor Bahru, malam tadi dan dimeriahkan dengan kehadiran lebih 8,000 penyokong setia JDT.
Johor DT