Bola Sepak : Rekod Johor Darul Ta’zim FC Lebur

Tarikh 18 Februari 2017 pastinya menjadi saksi apabila pasukan Juara Liga Super tiga tahun berturut-turut, Johor Darul Ta’zim FC (JDTFC) gagal meneruskan rekod tanpa kalah mereka dalam 25 perlawanan berturut-turut selepas tewas kepada pasukan Perak The Bos Gaurus (Perak TBG) di bawah kendalian Ketua Jurulatih paling tua Liga Super 2017, Karl-Heinz Weigang dari Jerman dengan keputusan 1-2 dalam perlawanan di Stadium Ipoh, Perak. Jaringan 2 pemain import Perak TBG iaitu Yashir Pinto dan Vladislav Mirchev meranapkan rekod mereka setelah kali terakhir tewas adalah pada musim Liga Super 2015 iaitu kepada pasukan Felda United juga dengan keputusan 1-2 pada 22 Ogos 2015. Gol saguhati pasukan Harimau Selatan dijaringkan oleh penyerang kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri. Pada musim lalu, pasukan Harimau Selatan unggul apabila mencatat rekod baru yang pastinya sukar disaingi oleh pasukan-pasukan lain iaitu tidak tewas dalam 22 perlawanan Liga Super 2016 (18 Kemenangan & 4 Seri)

Walaupun rekod tanpa kalah mereka telah berakhir, pasukan JDT FC tetap merupakan antara pasukan terkuat saingan Liga Super 2017. Pasukan Harimau Selatan di bawah kendalian Ketua Jurulatih baru dari Mexico, Benjamin Mora masih mengekalkan rekod bersih tanpa kalah di stadium keramat mereka Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos. Dengan saingan Liga Super 2017 yang masih panjang, pasukan Harimau Selatan tetap menjadi pilihan edisi kali ini. Bual Sukan percaya, pasukan Harimau Selatan pastinya akan bangkit semula dan memberikan fokus kepada satu perlawanan ke satu perlawanan yang lain. Apapun tahniah kepada pasukan Perak TBG dan JDTFC kerana berjaya mempamerkan permainan terpuji dan beraksi dengan penuh semangat kesukanan walaupun bermain di atas padang yang becak. Saingan Liga Super 2017 pastinya akan menyajikan aksi-aksi menarik 12 pasukan yang bertanding.   

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Keputusan Piala AFC 2017 Pasukan Johor Darul Ta’zim FC

Pasukan Johor Darul Ta’zim FC sekali lagi membawa cabaran negara ke saingan Piala AFC 2017 akan datang. Ini merupakan kali keempat berturut-turut pasukan Harimau Selatan ini membawa cabaran ke saingan Piala AFC. Pasukan JDTFC yang kini dikendalikan oleh Ketua Jurulatih bersal dari Mexico, Benjamin Mora merupakan Juara Piala AFC 2015 selain menjadi semifinalis pada edisi Piala AFC 2016.

Pada saingan Piala AFC 2017 ini, pasukan Harimau Selatan telah diundi dalam Kumpulan F bersama-sama dengan kelab Magwe FC (Myanmar), Global FC (Filipina) dan Boeung Ket Angkor FC (Kemboja). Dengan perubahan format pertandingan, pasukan juara kumpulan akan melangkah ke peringkat seterusnya manakala pasukan naib juara terbaik Kumpulan F, G atau H merebut satu slot pasukan ke peringkat seterusnya. Dengan perubahan format pertandingan ini, saingan pastinya akan lebih menarik dengan setiap pasukan akan memberikan permainan terbaik masing-masing merebut slot ke pusingan berikutnya. Bual Sukan percaya, dengan barisan pemain-pemain berpengalaman digabungkan dengan barisan pemain import dan pemain muda berkualiti, pasukan Harimau selatan mampu mencapai keputusan yang baik pada edisi kali ini. Namun begitu, saingan 3 lagi pasukan tidak boleh dipandang mudah kerana kecuaian mampu meranapkan impian pasukan JDTFC mara ke pusingan berikutnya. 
Berikut adalah Keputusan Perlawanan Piala AFC 2017 pasukan Johor Darul Ta’zim FC :

21 Februari 2017
Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) lwn Boeung Ket Angkor FC (Cambodia) Menang 3-0
(Gabriel Guerra, Nazmi Faiz, Safiq Rahim)

7 Mac 2017
Magwe FC (Myanmar) lwn Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia)  

14 Mac 2017
Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) lwn Global FC (Filipina)

5 April 2017
Global FC (Filipina) lwn Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) 

19 April 2017
Boeung Ket Angkor FC (Cambodia) lwn Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) 

3 Mei 2017
Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) lwn Magwe FC (Myanmar)  

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Cabaran Johor Darul Ta’zim FC di Piala AFC 2017

Pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDTFC) selaku Juara Liga Super Malaysia 2016 dan Juara Piala FA 2016 sekali lagi akan bersaing di Kejohanan Piala AFC 2017 akan datang bersama-sama dengan Naib Juara Liga Super Malaysia 2016, Felda United FC. Saingan Piala AFC 2017 ini merupakan edisi ke 14 sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2004. Pasukan Harimau Selatan merupakan juara Piala AFC 2015 sekaligus memecah dominasi kelab-kelab Asia Barat yang sentiasa menjadi juara setiap edisi kejohanan Piala AFC. Pada saingan Piala AFC 2016 yang lalu, pasukan JDTFC terkandas di pusingan separuh akhir apabila ditunjukkan jalan keluar oleh kelab India, Bengaluru FC. Bagi saingan Piala AFC 2017, format pertandingan telah dipinda supaya saingan dilihat lebih kompetitif.

Pasukan JDTFC di bawah kendalian Ketua Jurulatih berasal dari Mexico, Benjamin Mora diundi dalam kumpulan F bersama-sama dengan kelab Magwe FC (Myanmar), Global FC (Filipina) dan Boeung Ket Angkor FC (Cambodia). Perlawanan pertama akan berlangsung pada 21 Februari 2017 manakala perlawanan terakhir kumpulan akan berlangsung pada 3 Mei 2017. Setiap kelab dilihat berpeluang melangkah ke pusingan seterusnya di mana pasukan juara akan ke peringkat separuh akhir zon masing-masing. Setipa kelab ini mempunyai barisan pemain kebangsaan negara masing-masing digandingkan dengan pemain import serta barisan pemain muda berpotensi masing-masing. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan pastinya mempunyai peluang yang lebih cerah ke saingan peringkat berikutnya. Ketua Jurulatih masing-masing pastinya mempunyai perancangan formasi, strategi dan taktikal terbaik masing-masing.
Bual Sukan menjangkakan saingan menarik akan dipamerkan oleh JDTFC bagi mencerahkan peluang merangkul kejuaraan edisi Piala AFC 2017 ini. Berikut adalah Jadual Perlawanan Kumpulan F Piala AFC 2017 akan datang :

21 Februari 2017
Global FC (Filipina) lwn Magwe FC (Myanmar)
Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) lwn Boeung Ket Angkor FC (Cambodia)

7 Mac 2017
Boeung Ket Angkor FC (Cambodia) lwn Global FC (Filipina)
Magwe FC (Myanmar) lwn Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia)  

14 Mac 2017
Boeung Ket Angkor FC (Cambodia) lwn Magwe FC (Myanmar), 
Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) lwn Global FC (Filipina)

5 April 2017
Magwe FC (Myanmar) lwn Boeung Ket Angkor FC (Cambodia)
Global FC (Filipina) lwn Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) 

19 April 2017
Boeung Ket Angkor FC (Cambodia) lwn Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) 
Magwe FC (Myanmar) lwn Global FC (Filipina)

3 Mei 2017
Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) lwn Magwe FC (Myanmar)
Global FC (Filipina) lwn Boeung Ket Angkor FC (Cambodia)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Gamba Osaka lawan Johor Darul Ta’zim FC

Pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim FC akan berkunjung ke Jepun bertemu kelab Liga Divisyen 1 Jepun (J-League 1), Gamba Osaka pada saingan playoff AFC Liga Juara-Juara Asia 2017. Perlawanan dijadualkan berlangsung pada 7 Februari 2017 di Stadium Bola Sepak Bandar Suita. Pemenang perlawanan ini akan melangkah ke pusingan peringkat kumpulan AFC Liga Juara-Juara Asia 2017 dalam Kumpulan H bersama-sama dengan pasukan Adelaide United (Australia), Jiangsu Suning (China) dan Jeju United (Korea Selatan). Pasukan JDTFC sebelum itu berjaya menewaskan pasukan Bangkok United FC dari Thailand dengan penentuan sepakan penalti 5-4 setelah kedudukan terikat dengan keputusan 1-1. Pasukan Gamba Osaka merupakan pasukan yang berada di tangga keempat Liga Divisyen 1 Jepun (J1) pada musim 2016.
Selain itu juga, pasukan Gamba Osaka yang dibimbing oleh Ketua Jurulatih berasal dari Jepun, Kenta Hasegawa yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan Jepun adalah antara pasukan yang berjaya muncul juara AFC Liga Juara-Juara Asia iaitu pada edisi 2008 menewaskan pasukan Adelaide United dengan agregat 5-0. Pasukan Harimau Selatan di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Mexico, Benjamin Mora pastinya akan berdepan tugas getir berdepan pasukan lawan yang dibarisi oleh beberapa pemain kebangsaan, bekas pemain kebangsaan serta pemain import berkualiti. Antara pemain yang perlu diberikan perhatian adalah Ketua Pasukan mereka, Yasuhito Endo yang amat berpengalaman di peringkat kelab dan antarabangsa. JDTFC juga akan beraksi tanpa penyerang import dari Argentina iaitu Jeronimo Barrales yang dilayangkan kad merah pada pertemuan bertemu Bangkok United FC pada 31 Januari yang lalu.

Bual Sukan percaya, kedua-dua Ketua Jurulatih pasukan mempunyai perancangan formasi, strategi dan taktikal untuk memerangkap lawan masing-masing. Dengan disiplin menyerang dan bertahan yang baik pastinya akan membuahkan hasil. Walauapapun keputusan perlawanan ini, JDTFC wajar diberikan pujian kerana berjaya melangkah ke pusingan playoff AFC Liga Juara-Juara Asia 2017 dan tidak mustahil mereka mampu melangkah lebih jauh di masa akan datang. 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Bangkok United FC lwn Johor Darul Ta’zim FC

Pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDTFC) atau nama gelaran mereka Harimau Selatan sekali lagi akan turun ke saingan pusingan kelayakan kedua AFC Liga Juara-Juara Asia 2017 atau 2017 AFC Champions League menentang pasukan Bangkok United FC (BUFC) di Stadium Thammasat, Pathum Thani, Thailand pada 31 Januari 2017 akan datang. Ini adalah kali ketiga berturut-turut pasukan JDTFC yang kini di bawah kendalian Ketua Jurulatih Mexico, Benjamin Mora bersaing pada pusingan kelayakan AFC Liga Juara-Juara Asia. Musim lalu mereka tewas melalui penentuan penalti dengan kelab Thailand Muangthong United FC setelah terikat 0-0 sepanjang perlawanan 120 minit berlangsung. Manakala pada musim 2015, pasukan JDTFC tewas kepada kelab Thailand, Bangkok Glass dengan keputusan 3-0. Pasukan BUFC atau nama gelaran mereka Bangkok Angels di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Brazil, Alexandre Polking merupakan naib juara Liga Premier Thailand 2016 manakala JDTFC adalah juara Liga Super Malaysia 2016.

Pemenang pusingan kelayakan kedua AFC Liga Juara-Juara Asia 2017 antara JDTFC dan Bangkok United FC akan bertemu dengan kelab di tangga keempat Liga Divisyen 1 Jepun (Liga J1), Gamba Osaka pada saingan playoff AFC Liga Juara-Juara Asia 2017 yang dijadualkan pada 7 Februari 2017 di Stadium Bolasepak Bandar Suita, Jepun. Pasukan BUFC pastinya mempunyai kelebihan apatah lagi mereka beraksi di gelanggang sendiri. Namun begitu, wakil negara JDTFC pastinya akan memberikan tentangan sengit kepada pasukan BUFC sekaligus melangkah ke pusingan playoff bertemu Gamba Osaka.  

Bual Sukan percaya, perlawanan kedua-dua pasukan ini pastinya akan berlangsung sengit apatah lagi kedua-dua pasukan ini dibarisi oleh beberapa pemain kebangsaan serta bekas pemain kebangsaan negara masing-masing digandingkan bersama barisan pemain import berkualiti dan pemain-pemain muda berpotensi dalam satu pasukan. Kedua-dua Ketua Jurulatih pasukan pastinya mempunyai perancangan formasi, strategi dan taktikal yang diharapkan mampu memerangkap pasukan lawan masing-masing. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan selain disiplin pertahanan yang tinggi dilihat mampu ke pusingan seterusnya. Semoga berjaya kepada pasukan JDTFC dalam misi melakar sejarah sebagai kelab Malaysia pertama ke saingan peringkat kumpulan AFC Liga Juara-Juara Asia.    

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Piala AFC 2016 Pasukan Johor Darul Ta’zim FC

Juara bertahan Piala AFC 2015, Johor Darul Ta’zim FC atau nama gelaran mereka Harimau Selatan sekali lagi akan beraksi mewakili kelab Malaysia bersama-sama dengan Juara Piala Malaysia 2015, Selangor ke saingan Piala AFC 2016. JDT FC yang juga Juara Liga Super 2015 pastinya akan berusaha mengekalkan kejuaraan saingan kali ini. Pasukan Harimau Selatan di bawah bimbingan Ketua Jurulatih daripada Argentina, Mario Gomez telah diundi dalam Kumpulan H bersama-sama dengan kelab Bengaluru FC dari India, Lao Toyota FC (Laos) dan Ayeyawady United (Myanmar). Setiap pasukan pastinya mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing untuk merebut 2 tempat teratas kumpulan seterusnya melangkah ke pusingan 16 pasukan terbaik pada saingan kali ini.
Bual Sukan percaya, pasukan Harimau Selatan pastinya mempunyai strategi serta perancangan taktikal dan formasi terbaik untuk menghadapi 3 kelab ini sama ada di gelanggang sendiri mahupun gelanggang lawan. Dengan jadual perlawanan yang padat di sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa sudah tentulah memerlukan setiap pemain mengekalkan kecergasan terbaik masing-masing selain mengelakkan kecederaan berlaku. Ketua Jurulatih mereka juga pastinya akan membariskan pemain-pemain terbaik setipa perlawanan bagi memastikan pasukan JDT FC mampu melangkah ke pusingan seterusnya dengan memberi fokus satu perlawanan ke satu perlawanan yang lain.

Kekentalan barisan pertahanan serta kemampuan menyudahkan peluang terhidang pastinya akan membawa kejayaan kepada pasukan Harimau Selatan. Berikut adalah keputusan perlawanan Piala AFC 2016 Pasukan JDT FC : 

24 Februari 2015
Johor Darul Ta’zim FC lwn Ayeyawady United (menang 8-1)
(Safiq Rahim (3), Jorge Pareyra Diaz, Marcos Antonio, Juan Martin Lucero (2), Aidil Zafuan)

9 Mac 2016
Bengaluru FC lwn Johor Darul Ta’zim FC

16 Mac 2016
Johor Darul Ta’zim FC lwn Lao Toyota FC

13 April 2016
Lao Toyota FC lwn Johor Darul Ta’zim FC

27 April 2016
Ayeyawady United lwn Johor Darul Ta’zim FC

11 Mei 2016
Johor Darul Ta’zim FC lwn Bengaluru FC

* Kemaskini pada 24 Februari 2016.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Senarai Pemain Pasukan Johor Darul Ta’zim FC 2016

Juara bertahan Liga Super 2015 serta juara Piala AFC 2015, Johor Darul Ta’zim FC atau JDT FC pastinya sekali lagi menjadi pasukan pilihan untuk saingan Liga Malaysia 2016 akan datang. Dengan barisan pemain-pemain bintang, pasukan yang mendapat gelaran Harimau Selatan atau The Southern Tigers ini pastinya akan turun mempertahankan gelaran serta menambah koleksi kejuaraan yang mereka miliki. Masih mengekalkan kebanyakan pemain-pemain musim lalu, JDT FC yang dilatih oleh Ketua Jurulatih berpengalaman dari Argentina iaitu Mario Gomez pastinya akan memastikan pasukan mereka mencatat kejayaan membanggakan pasukan JDT FC.


Musim 2016, pasukan JDT FC bakal diperkuatkan dengan kehadirang penyerang berbisa dari Brazil iaitu Paulo Rangel yang pernah mewakili pasukan Perak, Selangor dan Terengganu selain kehadiran semula penyerang Argentina iaitu Jose Pareyra Diaz. Selain itu, turut menyertai JDT FC ialah pemain sayap dari Pahang iaitu Azamuddin Akil. Bual Sukan percaya, laluan JDT FC untuk mempertahankan kejuaraan yang mereka miliki pastinya lebih mencabar di mana setiap pasukan pastinya akan memberikan cabaran getir antara satu sama lain bagi memastikan kemenangan berpihak kepada pasukan masing-masing. Dengan saingan Liga Malaysia 2016 yang akan dijalankan secara penswastaan, saingan musim 2016 pastinya akan lebih sengit dan mencabar. Dengan perancangan strategi, taktikal dan formasi yang menjadi, tidak mustahil pasukan Harimau selatan ini mampu sekali lagi mencatat kejayaan memberangsangkan bagi musim Liga Malaysia 2016 akan datang. 

Berikut adalah senarai pemain pasukan Johor Darul Ta’zim FC atau Harimau Selatan pada saingan Liga Malaysia 2016 akan datang :

PENJAGA GOL
Farizal Marlias, Samuel Sommerville, Mohd. Izham Tarmizi

PERTAHANAN
Mohd. Fazly Mazlan, Asraruddin Putra Omar, Marcos Antonio (Brazil), Aidil Zafuan Abdul Razak, Mahali Jasuli, Mohd. Amer Saidin, Fadhli Shas
TENGAH
Amirul Hadi Zainal, Safiq Rahim (Ketua Pasukan), S.Kunalan, Gary Steven Robbat, Hariss Harun (Singapura), Mohd. Shakir Shaari, Azamuddin Akil, Mohd. Nazrin Nawi, Jasazrin Jamaluddin, S.Chanturu, Junior Eldstal, Muhammad Akram Mahinan

PENYERANG 
Paulo Rangel (Brazil), Safee Sali, Jorge Pareyra Diaz (Argentina), Mohd. Azinee Taib, Mohd. Amri Yahyah

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Tuah Johor Darul Ta’zim

Tahniah diucapkan kepada pasukan Johor Darul Ta’zim FC atas kemenangan bersejarah menjuarai Piala AFC 2015 dengan menewaskan FC Istiklol 1-0 di Stadium Pamir, Dushanbe, Tajikistan semalam (31 Oktober 2015).

Semoga kejayaan yang membanggakan negeri Johor khususnya dan juga rakyat Malaysia umumnya ini boleh menjadi titik tolak bagi kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

#SyabasJDT

DUNIA BOLA SEPAK

CUTI PERISTIWA SEKIRANYA JOHOR DARUL TA’ZIM MENANG PIALA AFC 2015

Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari esok, Ahad 1hb November 2015 sebagai cuti khas peristiwa untuk seluruh negeri Johor sekiranya kemenangan berpihak kepada pasukan Johor Darul Ta’zim pada perlawanan akhir Piala AFC menentang FC Istiklol hari ini.

Perlawanan yang dijadualkan pada jam 5.00 petang waktu tempatan di Stadium Central Republican, Dushanbe Tajikistan ini juga merupakan satu kejayaan buat JDT apabila berjaya mara hingga ke peringkat akhir dan pastinya lebih manis seandainya dapat membawa pulang piala tersebut ke Johor. Bersama-sama kita mendoakan kejayaan dan kemenangan berpihak kepada Johor Darul Ta’zim.
YB Dato’ Haji Ismail Bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor
Johor DT

TM PIALA MALAYSIA 2015 | JOHOR DARUL TA’ZIM II mln KEDAH

Ayuh saksikan pertembungan perlawanan bola sepak antara pasukan Johor Darul Ta’zim dan Kedah dalam saingan merebut kejuaraan TM Piala Malaysia 2015 yang akan berlangsung pada hari Rabu ini, 4hb November 2015. Perlawanan tersebut akan diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada jam 8.45 malam.

Jangan lepaskan peluang untuk turut sama memberikan sokongan dan menyaksikan perlawanan tersebut. Luaskan Kuasamu Johor.
Johor DT