Pemain-pemain lagenda Asia Tenggara

Walaupun kualiti bolasepak negara-negara yang berada di rantau Asia Tenggara kelihatan agak terkebelakang berbanding beberapa negara Asia yang lain, apatah lagi jika hendak dibandingkan dengan negara-negara kuasa besar bolasepak, sepuluh negara tersebut juga sebenarnya mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Sebagai contoh, negara Indonesia yang belum merdeka dan dikenali pada waktu itu sebagai Hindia Timur Belanda (Dutch East Indies) berjaya menjadi bukan sahaja negara Asia Tenggara yang pertama ke Piala Dunia FIFA tetapi juga wakil yang pertama di kalangan negara-negara Asia. Sayang sekali apabila kehadiran Hindia Timur Belanda di Perancis pada tahun 1938 merupakan satu-satunya penampilan dari Asia Tenggara ke Piala Dunia hingga setakat ini. Semenjak itu, benua Asia kini mempunyai pencabar-pencabar yang jauh lebih kuat di pentas antarabangsa dengan Asia Timur (Timur Jauh) dan Asia Barat (Timur Tengah) menjadi peneraju utama. 
Barisan pemain Hindia Timur Belanda
(sumber: scoopnest.com)
Maka, tidak hairanlah mengapa hanya Jepun, Korea Selatan, Korea Utara, China, Arab Saudi, atau Iran sahaja yang disebut-sebut menjadi pilihan utama untuk mewakili benua Asia. Lagipun, tidak ada lagi Burma*, Malaya, atau Siam. Bertambah rumit, negara Australia yang terletak di benua Australasia pun entah bagaimana berpindah menyertai negara-negara Asia. Mujurlah entiti yang dipanggil “Israel” telah dimasukkan ke Eropah. Kalau tidak, bertambah banyaklah pesaing bagi negara-negara Asia Tenggara.
Bagi menaikkan sedikit semangat penggemar bolasepak di rantau Asia Tenggara, izinkan DBS (duniabolasepak.blogspot.my) menyenaraikan sekurang-kurangnya seorang pemain bolasepak hebat atau lagenda bagi setiap negara anggota ASEAN (Association of Southeast Asian Nations) tanpa mengikut aturan yang tertentu.
1. Kiatisuk Senamuang (Thailand)
Kiatisuk Senamuang
Seorang polis berpangkat leftenan, bekas pemain Perlis FA ini digelar “Zico” sempena pemain ternama Brazil yang menjadi pujaannya. Dahulu bermain sebagai penyerang, kini beliau mengambil pengalaman di tepi padang pula sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Thailand dan pasukan bawah-23 Thailand. Menjuarai Kejohanan Bolasepak ASEAN (Piala AFF) sebanyak tiga kali (1996, 2000, 2002) sebagai pemain dan setakat ini sudah dua kali sebagai jurulatih (2014, 2016).

2. Fandi Ahmad (Singapura)
Fandi Ahmad
Kota Singa amat sinonim dengan lagenda ulung ini. Ayahnya iaitu Ahmad Wartam juga merupakan bekas pemain kebangsaan Singapura tetapi bermain sebagai penjaga gawang. Dianggap sebagai salah seorang pemain penyerang terbaik di Asia, beliau kini menceburi bidang kejurulatihan pula dan pernah memberikan kejuaraan buat Singapore Armed Forces (SAFFC) sebanyak dua kali pada tahun 2000 dan 2002 dalam S.League.

3. Mokhtar Dahari (Malaysia)
Mokhtar Dahari
Meskipun pemain lagenda kesayangan rakyat Malaysia ini tidak pernah membawa negara beraksi ke Piala Dunia, pengorbanannya masih tetap dikenang kerana kejayaan besar beliau adalah kesungguhannya untuk menjulang semangat orang-orang di sekelilingnya tidak kiralah waktu menang ataupun kalah. Ini terbukti apabila beliau terpaksa mengumumkan persaraan di peringkat antarabangsa sebanyak tiga kali sebelum betul-betul bersara. Sejak pemergiannya di usia yang agak muda selepas bertarung dengan muscular dystrophy, namanya sehingga kini terus menyala membakar semangat.

4. Le Huynh Duc (Vietnam)
Le Huynh Duc
Bekas penyerang kebangsaan Vietnam ini merupakan yang pertama dari negaranya yang bermain untuk kelab di luar negara apabila ditandatangani oleh Chongqing Lifan FC dari China pada 2001. Sebagai pemain, beliau mencatat sejarah apabila menyertai Sukan SEA tiga kali berturut-turut (1995, 1997, 1999) manakala Piala AFF pula sebanyak 5 kali (1996, 1998, 2000, 2002, 2004). Pernah dilantik sebagai penolong jurulatih pasukan kebangsaan Vietnam, beliau kini sedang giat melatih SHB Đà Nẵng FC, pasukan yang beliau sendiri pernah bawakan kejuaraan V-League pada tahun 2009.

5. Andi Ramang (Indonesia)
Andi Ramang
Muncul bersama kelab bolasepak tertua Indonesia iaitu Persatuan Sepakbola Makassar (PSM/Makassar Voetbal Bond), lagenda yang bernama Andi Anwar Ramang ini juga dikenali sebagai Rusli Ramang dalam dokumen rasmi FIFA. Pernah mewakili Indonesia dalam Sukan Olimpik tahun 1956 di Melbourne, Australia, beliau menjadi terkenal apabila banyak menjaringkan gol melalui sepakan gunting malah turut mampu menghasilkan gol terus daripada tendangan sudut.

6. Myo Hlaing Win (Myanmar)
Myo Hlaing Win
Penjaring terbanyak Piala AFF tahun 1998 ini menabur bakti sebagai penyerang kebangsaan Myanmar tidak lama dahulu. Kini sudah menjadi seorang jurulatih, antara pengalaman beliau dalam bidang kejurulatihan adalah melatih Nay Pyi Taw FC dan juga pasukan bawah-19 Myanmar.

7. Paulino Alcantara (Filipina)
Paulino Alcantara
Pemilik nama Paulino Alcántara Riestrá ini merupakan penjaring terbanyak dalam sejarah FC Barcelona sebelum rekodnya dipecahkan oleh seorang pemain dari Argentina, siapa lagi kalau bukan Leo Messi. Dilahirkan di Kota Iloilo, Filipina, beliau pernah menyarung jersi Catalonia dan Sepanyol, selain daripada negara asalnya iaitu Filipina. Membuat penampilan sulung untuk FC Barcelona ketika baru berumur 15 tahun, beliau masih lagi memegang rekod sebagai pemain termuda yang pernah bermain dan menjaringkan gol bagi kelab tersebut. Menjadi doktor selepas bersara sebagai pemain, beliau juga sempat melatih pasukan kebangsaan Sepanyol.

8. Hok Sochetra (Kemboja)
Hok Sochetra
Pernah melatih pasukan kebangsaan Kemboja pada tahun 2012, dahulu beliau juga merupakan bekas penyerang prolifik bagi negaranya. Menjaringkan 42 gol daripada 64 penampilan untuk Kemboja dari 1995 hingga 2003, beliau sememangnya ibarat sebutir permata yang bersinar dalam sejarah bolasepak negara yang suatu ketika pernah dipanggil sebagai Republik Khmer.

9. Bounlap Khenkitisack (Laos)
Bounlap Khenkitisack
Menyarung jersi Yotha FC semasa bermain dahulu, kini bekas pemain kebangsaan Laos ini berkhidmat sebagai pengurus dan ketua jurulatih bagi pasukan Lao Toyota FC. Selain sempat melatih pasukan lamanya Yotha FC, sebelum ini beliau juga pernah diberi tanggungjawab untuk melatih pasukan kebangsaan negaranya.

10. Rosanan Samak (Brunei Darussalam)
Rosanan Samak
Bermain sebagai penyerang, bekas pemain kebangsaan Brunei ini paling diingati apabila menjadi salah seorang anggota pasukan jemputan wakil Brunei yang memenangi Piala Malaysia pada 1999. Memulakan karier sebagai pemain dengan Kota Ranger FC, beliau kini adalah seorang jurulatih yang pernah melatih pasukan belia Brunei dan beberapa pasukan Brunei pelbagai peringkat umur.
Negara-negara di rantau Asia Tenggara
(kredit: economists-pick-research.hktdc.com)

Begitulah serba sedikit perkongsian yang mungkin dapat membantu negara-negara Asia Tenggara untuk mula menggunakan nama pemain-pemain seperti ini sebagai contoh ikutan buat generasi yang akan datang. Dalam usaha mencungkil bakat-bakat muda, tidak mustahil suatu hari nanti akan muncul bintang-bintang baru yang boleh menaikkan status rantau ini ke peringkat yang lebih tinggi pula dalam masa terdekat ini.

#KepulauanMelayu   #MalayArchipelago   #Nusantara

DUNIA BOLA SEPAK

Raja Asia Tenggara BAKAL KEMBALI!

Piala AFF Suzuki 2014 sudah sampai ke minggu akhirnya. Tak perlu lagi Daud nak ulas tentang apa yang telah pasukan bola sepak negara kecapi pada perlawanan separuh akhir yang sudah. Bagaikan satu miracle dari skuad kuda tua Dollah Salleh. Dengan pelbagai tomahan dan cacian, yang membina dan juga meruntuhkan, skuad kuda tua itu berjaya membawa nama negara ke kancah perlawanan akhir Piala AFF Suzuki edisi kali ini selepas kali terakhir kita melangkah ke perlawanan akhir ialah pada empat tahun lepas.

Bagi pandangan individu Daud, edisi tahun 2014 ialah tahun yang sangat mencabar buat pasukan dan juga penyokong Malaysia. Dengan aksi naik turun permainan di atas padang (yang sememangnya membuatkan kita semua hampir-hampir menerima serangan sakit jantung), cabaran penyokong dan komrad Ultras Malaya (UM07) ke away match, sehinggalah ke perangai kurang matang penyerang negara di laman sosial.

Bagi Daud, kesemuanya ialah cabaran bola sepak negara. Warna-warni bola sepak lah katakan. Dengan semua cabaran ini, kita wajib menutup tirai bola sepak Malaysia 2014 dengan memenangi Piala AFF Suzuki 2014!

Walaupun Daud tidak ke Hanoi untuk perlawanan separuh akhir kedua tempoh hari, tapi cerita komrad-komrad UM07 yang ke sana sangat menginspirasikan. Jalan udara dan jalan darat mereka tempuh semata-mata mahu memberi sokongan ke atas pasukan bola sepak tercinta. Nasiblah perlawanan pertama dan perlawanan timbal balik kedua dekat tarikhnya, kalau tidak, tak mustahil ada komrad yang akan ikut jalan laut untuk melengkapkan 3 jalan untuk ke away match.

Mereka rata-rata bukanlah orang senang. Bergaji besar. Berbalak-balak pangkatnya. Namun dari kecintaan ke atas pasukan bola sepak negara, Daud salut! Berbakul-bakul semangatnya! Bergolok gadai bermacam-macam barang peribadi semata-mata mahu membeli tiket penerbangan ke sana. Yang paling tidak masuk akal, ada satu kumpulan yang sememangnya tidak merancang mahu ke sana, namun kerana terlampau ghairah untuk member sokongan ke atas pasukan negara, mereka tanpa ada apa-apa rancangan terperinci, mereka terus membeli tiket ke sana. Salah seorangnya Capo bertopi merah UM07 sendiri, saudara Lekir dengan hanya berbaju kerja terus ke lapangan terbang KLIA 2 dengan harapan ada yang membawa baju tebal lebih (suhu di Hanoi waktu ini boleh tahan sejuknya).

Dengan semangat meninggi mereka inilah yang telah menginspirasikan lebih ramai komrad UM07 untuk ke away match perlawanan akhir pertama yang menemukan pasukan negara dan pasukan Thailand. Sejak semalam (Isnin), sudah ada beberapa kumpulan UM07 sudah mula menuju ke utara untuk ke Bangkok. Selebihnya ada yang akan gerak harini. Daud tak dapat nak ke sana. Maklumlah, kalau Daud pun ke sana, siapa nak jaga komrad di sini? Cuba fikir sejenak. Betapa pentingnya Daud di sini.

Kita yang tidak ke sana, doakan-doakan lah keselamatan mereka. Agar mereka dapat kembali untuk sama-sama mengemudi atmosfera di Bukit Jalil pula Sabtu ini dan juga dapat membawa pulang seberapa banyak away gol sebagai bekalan nanti.

Ultras Thailand dan penyokong Thailand sudah menjadi saudara dekat untuk Ultras Malaya. Bukan untuk menjadi bongkak mahupun riak, tetapi UM07 adalah inspirasi paling hampir mereka. Gambar, video dan artikel UM07 disebarkan ke seluruh pelusuk negara mereka kerana bagi mereka UM07 ada rujukan regional. Dengan hubungan yang baik, jitu, mampat, tembam dan padu ini, Daud harapkan akan ada perlawanan yang sihat dari Malaysia dan Thailand – di padang dan juga di teres.

B4vn51sCYAEMUTp

Sebagai negara kedua di dunia yang menubuhkan ultra untuk pasukan bola sepak sesebuah negara selepas Ultras Nippon, Daud mengharapkan kita mampu menewaskan jiran kita dari segi kreativiti di dalam curva. Dari segi tifo, choreography dan mungkin juga semangat diluar curva seperti MEGA CORTEO yang lepas. Sokongan dan kerjasama dari tuan-tuan komrad amatlah Daud hargai. Tanpa hangpa, Daud ini siapa?

Akhir kata,

Pisang emas di bawa belayar,
Pisang dibawa masaknya ranum,
Semangat harimau tak pernah pudar,
Mari ramai kita penuhkan stadium!

Jumpa di Stadium Nasional Bukit Jalil sabtu nanti!


Copy of Full Text RSS Builder

Johor DT Kelab ke -3 terbaik Asia Tenggara

Johor DT merupakan satu2nya pasukan bolasepak dari Malaysia yang menduduki ranking dalam senarai kelab2 terbaik di dunia .

Johor DT diletakkan di kedudukan ke – 885 dunia , yang juga merupakan kedudukan ke – 3 terbaik dari kalangan kelab2 Asia Tenggara di belakang Buriram United (Thailand) dan Binh Duong (Vietnam).

Berikut merupakan senarai 5 kelab bolasepak Asia Tenggara yang disenaraikan dalam ranking kelab2 terbaik dunia minggu ini :

Ranking dunia / kelab Asia Tenggara :

433 – Buriram United (Thailand)
675 – Binh Duong (Vietnam)
885 – Johor DT (Malaysia)
887 – Hanoi T&T (Vietnam)
888 – Bangkok Glass (Thailand)

Ralat : Home stadium JDT adalah Larkin , bukan Pasir Gudang seperti tertera.

Kredit info : www.clubworldranking.com
Johor DT

Incoming search terms: