Statistik: 5 Penjaring Terbanyak EPL Dari Brazil Setakat Ini

Pada minggu lalu, Coutinho telah diiktiraf sebagai penjaring terbanyak di EPL di antara pemain-pemain dari Brazil. Berikut adalah senarai 5 penjaring terbanyak di EPL dari Brazil buat masa ini.

1. Philippe Coutinho – Liverpool (30 gol)

Perancang Liverpool ini berjaya menjaringkan 9 gol dalam EPL musim ini. Ketika dimasukkan pada perlawanan Stoke vs. Liverpool minggu lalu, beliau menjaringkan gol penyamaan untuk pasukan beliau.

Ini sekaligus menjadikan beliau pendahulu carta untuk pemain-pemain dari Brazil. Memecahkan rekod 13 tahun yang dipegang oleh Juninho Paulista.

Aksi cemerlang Coutinho musim ini terus menjadi subjek kepada khabar angin beliau menjadi sasaran Barcelona.

2. Juninho – Middlesbrough (29 gol)

Pada satu ketika dahulu selain Fabio Rochemback, Middlesbrough juga ada pemain sensasi dari Brazil iaitu Juninho Paulista.

Pemain yang berbadan kecil dan lincah ini menamatkan karier di EPL pada 2004 dengan 29 gol. Anda masih ingat tak dengan pemain ini?

Nah kami ingatkan anda:

Pemain yang mendapat perhatian banyak kelab besar terutama dari Serie A, namun beliau memilih untuk kekal di Middlesbrough.

Pemain yang dipanggil ‘The Little Fella’ ini dianggap antara pemain terbaik dalam sejarah kelab Middlesbrough. Turut menjadi sebahagian pemain dalam skuad Brazil yang menjuarai Piala Dunia 2002.

3. Oscar – Chelsea (21 gol)

Chelsea bertarung dengan banyak kelab gergasi lain untuk mendapatkan pemain remaja bernama Oscar.

Oscar menyertai Chelsea pada 2012. Beliau terus menjadi pemain utama dalam skuad Roberto Di Matteo. Menjadi pemain penting dalam trio Mata-Hazard-Oscar yang digelar Mazacar.

Beliau meninggalkan Chelsea pada pertengahan musim ini dengan menyertai Shanghai SIPG. Menariknya, Oscar sudah mencatatkan 21 gol sepanjang karier beliau di EPL.

Mungkinkah suatu hari nanti Oscar akan kembalik ke EPL?

4. Roberto Firmino – Liverpool (19 gol)

Ini mungkin pemain yang paling cepat untuk sampai ke angka 20. Beliau cuma 1 gol dipisahkan dengan angka tersebut.

Pemain yang menjadi regular dalam skuad Jurgen Klopp ini menyertai Liverpool pada 2015. Beliau pernah menjadi penggempur utama Hoffenheim sebagai 9 jadian kerana mereka kekurangan penyerang berbisa.

Kemampuan Firmino menjaringkan gol antara sebab beliau diberikan kepercayaan mengetuai barisan hadapan Liverpool. Selain menjaringkan gol, Firmino juga tipikal defensive-forward yang rajin.

5. Willian – Chelsea (17 gol)

Pemain penyerang sayap ini terkenal dengan skil dan kepakaran dalam bola mati. Menyertai Chelsea pada 2013, Willian antara pemain penting dalam skuad Chelsea.

Musim ini peranan beliau lebih kepada back-up kepada Pedro ataupun Hazard. Tetapi pemain ini sudah ada 17 gol dalam EPL.

Willian adalah pemain yang sentiasa komited sama ada bermain dalam kesebelasan utama atau masuk dari bangku simpanan.

Beliau memang game-changer yang digeruni.

Baca juga: Statistik: Manchester United Bukan Pasukan Yang Paling Tinggi Bayaran Ejen Di EPL

The post Statistik: 5 Penjaring Terbanyak EPL Dari Brazil Setakat Ini appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Calon Penjaring Terbanyak Liga Perdana Inggeris 2016/17

Musim baru Liga Perdana Inggeris 2016/17 atau Premier League 2016/17 akan bermula pada 13 Ogos 2016 akan datang. 20 kelab bakal bersaing merebut kejuaraan liga musim ini selain tiket ke saingan eropah musim 2017/18 akan datang serta mengelakkan pasukan daripada terperosok di 3 tangga terbawah seterusnya membawa kepada relegasi ke Liga Kejuaraan 2017/18. Pasukan penuh kejutan musim lalu yang juga merupakan juara saingan Liga Perdana Inggeris 2015/16 yang lalu, Leicester City pastinya sekali lagi sedaya upaya mengekalkan konsistensi permainan musim lalu seterusnya berusaha mengekalkan kejuaraan yang mereka miliki musim lalu. Namun begitu, saingan musim ini dilihat sangat menarik di mana pasukan-pasukan melantik barisan pengurusan baru serta menandatangani pemain-pemain berkualiti memantapkan pasukan masing-masing.
Dengan musim dan jadual liga yang panjang serta jadual domestik dan saingan kelab-kelab eropah yang padat, setiap pasukan pastinya akan memastikan pemain-pemain mereka dapat mengelak daripada mengalami kecederaan serta mengekalkan tahap kecergasan tertinggi bagi memastikan kelab mereka mampu terus bersaing pada edisi kali ini. Setiap pengurus pastinya mempunyai perancangan formasi, strategi dan taktikal terbaik menentang pasukan lawan sama ada di gelanggang sendiri mahupun gelanggang lawan. Keupayaan pasukan menyudahkan setiap gerakan dan peluang menjaringkan gol adalah antara faktor yang penting memastikan kejayaan pasukan masing-masing. Antara pemain yang bakal menjadi tumpuan adalah pemain penyerang pasukan. 

Musim 2015/16 menyaksikan bagaimana ketajaman penyudah penyerang kebangsaan England, Jamie Vardy yang mewakili Leicester City membantu pasukannya mencatatkan keputusan-keputusan penting dengan jaringan beliau seterusnya membantu pasukan muncul juara buat kali pertama dalam sejarah kelab mereka. Musim 2016/17 bakal menyaksikan saingan penyerang kelab masing-masing bersaing merebut gelaran kasut emas selaku penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris 2016/17. Berikut adalah calon yang Bual Sukan jangkakan mampu bersaing menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris 2016/17 akan datang :

Harry Kane (Tottenham Hotspur)
Jamie Vardy (Leicester City)
Sergio Aguero (Manchester City)
Romelu Lukaku (Everton)
Olivier Giroud (Arsenal)
Alexis Sanchez (Arsenal)
Daniel Sturridge (Liverpool)
Diego Costa (Chelsea)
Zlatan Ibrahimovic (Manchester United) 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Penjaring Terbanyak Liga-Liga Utama Eropah

Musim panjang liga-liga eropah telah pun berakhir dengan kejayaan manis pasukan yang berjaya merangkul kejuaraan liga masing-masing. Antara yang menjadi tumpuan adalah kemampuan pemain terutamanya barisan penyerang menyempurnakan satiap peluang dan ruang yang terhidang menjaringkan gol untuk membantu pasukan mencatatkan keputusan terbaik masing-masing. Namun begitu, setiap jaringan pastinya adalah hasil kerja keras serta usaha berpasukan.

Berikut adalah senarai pemain yang berjaya memenangi anugerah kasut emas liga domestik masing-masing selaku penjaring terbanyak liga bagi musim 2015/16 :

La Liga : Luis Suarez (FC Barcelona) – 40 Gol
English Premier League : Harry Kane (Tottenham) – 25 Gol
Bundesliga : Robert Lewandowski (FC Bayern Munich) – 30 Gol 
Serie A : Gonzalo Higuain (Napoli) – 36 Gol
Primeira Liga : Jonas (SL Benfica) – 32 Gol
Ligue 1 : Zlatan Ibrahimovic (PSG) – 38 Gol
Russian Premier League : Fyodor Smolov (FC Krasnodar) – 20 Gol
Ukrainian Premier League : Alex Teixera (Shakhtar Donetsk) – 22 Gol
Eredivisie : Vincent Janssen (AZ Alkmaar) – 27 Gol
Jupiler Pro League : Jeremy Perbet (Charleroi FC) – 20 Gol
Swiss Super League : Marc Janko (FC Basel) – 16 Gol
Super Lig : Mario Gomez (Besiktas) – 26 Gol
Superleague Greece : Kostas Fourtunis (Olympiakos) – 18 Gol
Scottish Premiership : Leigh Griffiths (Celtic) – 31 Gol

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Calon Penjaring Terbanyak TM Piala Malaysia 2015

Sepak mula Kejohanan TM Piala Malaysia 2015 akan bermula Jumaat 11 September 2015 dengan pasukan Juara Liga Super 2015, Johor Darul Ta’zim FC dijadualkan bertemu pasukan Perak di stadium keramat mereka. 16 pasukan bakal bersaing merebut kejuaraan kali ini terdiri daripada 9 pasukan negeri (Pahang, Selangor, Terengganu, Perak, Kelantan, Sarawak, Kedah, Pulau Pinang, Johor Darul Ta’zim II),  6 pasukan kelab (Johor Darul Ta’zim FC, Felda United, PDRM FA, ATM FA, TTeam, PKNS FC) serta 1 pasukan jemputan (Singapore Lions XII). 

16 pasukan ini telah dibahagikan kepada 4 kumpulan di mana pasukan yang muncul juara serta naib juara kumpulan akan meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir. Pasukan juara bertahan, Pahang atau Tok Gajah pastinya menghadapi misi sukar mempertahankan kejuaraan musim ini kerana setiap pasukan pastinya mempunyai kekutan serta kelebihan masing-masing yang boleh menyukarkan pasukan Pahang mempertahankan kejuaraan. Setiap peluang jaringan yang tercipta pastinya akan sedaya upaya dimanfaatkan oleh penggempur pasukan masing-masing bagi mencari kemenangan berharga. Tidak dinafikan, peranan penjaring gol pasukan adalah amat penting terutamanya dalam membantu pasukan mendapatkan jaringan yang diperlukan. Pada pandangan Bual Sukan, berikut adalah 10 pemain yang bakal menjadi calon penjaring terbanyak edisi TM Piala Malaysia 2015 akan datang :

Dramane Traore (PDRM FA)
Luciano Figeroa (JDT FC)
Matias Conti (Pahang)
Issey Nakajima-Ferran (Terengganu)
Charles Chad Souza (Perak)
Tomislav Busic (TTeam)
Afiq Azmi (Selangor)
Indra Putra Mahyuddin (Felda United)
Chidi Edeh (Kedah)
Nor Farhan Mohammad (Kelantan)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms: