5 Pasukan Bola Sepak Paling Teruk Di Dunia

Kami tertanya-tanya: apakah perasaan apabila menjadi pasukan yang paling teruk di dunia?

Ini kerana hampir setiap minggu, 5 pasukan terteruk di dunia ini tewas dengan jumlah jaringan besar. Kadangkala jumlah jaringannya tidak masuk akal.

Jika bagi kita tewas 5-0 itu sudah cukup perit, bagi mereka itu adalah satu kelegaan. Selalunya mereka tewas dengan jumlah jaringan besar sehingga boleh mencecah 27-0!

Berikut merupakan cerita 5 pasukan yang paling teruk di dunia.

1. Laurieston Lions (Scotland)

Mereka adalah pasukan amatur yang berasal dari Stirling, Scotland.

Mereka bermain dalam liga amatur iaitu Stirling and District Amateur League di kawasan kejiranan mereka.

JS96201072

Pasukan ini mencipta reputasi negatif apabila tewas 37-0 kepada musuh setempat, Pennies FC pada perlawanan pertama liga mereka.

Dalam perlawanan tersebut, Laurieston Lions’ sudah pun ketinggalan 20-0 pada separuh masa pertama. Malah pengadil perlawanan tersebut terpaksa menghabiskan perlawanan 10 minit lebih awal kerana ‘kasihan’ atas penderitaan pasukan itu.

Perlawanan kedua juga menampakkan sedikit peningkatan. Walaupun masih tewas, mereka hanya bolos 33 gol sahaja.

Sejak hari itu, mereka digelar pasukan paling teruk di Britain.

2. Pasukan kebangsaan Samoa Amerika

samoa

Pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2002 Zon Ocenia, pasukan Samoa Amerika tiba di New South Wales untuk menentang Australia.

Mereka berjaya bertahan untuk 7 minit pertama. Namun selepas itu mereka bolos 16 gol pada separuh masa pertama sahaja!

Kemudiannya mereka tewas dengan jaringan 31-0. Jumlah ajringan Australia sangat besar sehinggakan papan markah pun tersilap menayangkan jumlah gol dengan menayangkan 32-0!

32-0

3. Madron FC (England)

madron-fc

Madron FC pernah mencipta sejarah apabila menjadi pasukan paling teruk di Britain apabila tewas dengan jaringan 55-0!

Rekod yang tercipta pada 2010 itu hadir apabila Madron menentang skuad simpanan Illogan.

Madron bagaimanapun tewas kerana mereka hanya mempunyai 7 pemain sahaja yang boleh beraksi. Dan itu ternyata memberikan kelebihan kepada Illogan kerana mereka memulakan perlawanan dengan 11 lawan 7.

Bagaimana pun, penolong jurulatih Illogan iaitu Mark Waters tidak sedikit pun gembira dengan kemenangan besar tersebut.

Sebaliknya beliau kagum dengan semangat Madron yang sanggup datang bermain walaupun hanya mempunyai 7 pemain.

4. Longford AFC (England)

pay-football-legend-stuart-pearce

Longford diisytiharkan sebagai pasukan paling teruk di England untuk tahun 2016.

Mereka bermain di liga yang diberi nama Gloucestershire Northern Senior League Two dan mencatatkan rekod kekalahan 22 perlawanan berturut-turut.

Sepanjang rekod itu mereka telah tewas dengan jaringan yang besar seperti 14-0, 16-0 dan 17-0!

Disebabkan rekod yang teruk itu, mereka telah membayar Stuart Pearce (gambar bawah), bekas pemain antarabangsa England untuk keluar dari persaraan dan membantu Longford.

web-stuart-pearce-get

Namun usahanya untuk membantu Longford tidak berhasil apabila pasukannya tewas 1-0 kepada Wotton Rovers pada debutnya.

5. SO L’Emyrne (Madagascar)

goleadas

Dan rekod kekalahan paling memalukan jatuh kepada kelab SO L’Emyrne dari Madagascar!

Rekod yang tercipta pada 2002 ini adalah ketika perlawanan play-off THB Champions League – liga utama Madagascar.

SO L’Emryne tewas kepada musuh tradisi mereka iaitu AS Adema dengan jumlah 149-0!

Namun kekalahan ini adalah dirancang kerana mereka memprotes keputusan pengadil.

Hal ini terjadi kerana ketika perlawanan kedua terakhir liga antara SO L’Emyrne dengan DSA Antananarivo, pengadil telah memberikan penalti yang meragukan yang menjurus kepada keputusan 2-2 antara keputusan.

Keputusan seri itu menyingkirkan SO L’Emyrne dari perebutan kejuaraan liga dan AS Adema menjadi juara liga.

Pemain SO L’Emyrne bertindak menjaringkan 149 gol sendiri dengan pemain AS Adema hanya melihat sahaja.

Penonton yang hadir menjadi berang kerana disajikan dengan perlawanan sebegitu rupa, lantas mereka menggegar kaunter tiket mahukan wang mereka dikembalikan.

Ketika perlawanan itu juga, pengurus pasukan SO L’Emyrne telah bergaduh dengan pengadil perlawanan.

Hasilnya, Persatuan Bola Sepak Madagascar telah menggantung pengurus terbabit selama 3 tahun.

Dan 4 pemain pasukan SO L’Emryne iaitu Mamisoa Razafindrakoto, Manitranirina Andrianiania, Nicolas Rakotoarimanana dan Dominique Rakotonandrasana digantung untuk baki musim tersebut serta dilarang dari melawat mana-mana stadium sepanjang tempoh itu.

Pengadil tersebut pula tidak dikenakan sebarang pergantungan langsung.

Baca juga: Homeless World Cup: Piala Dunia Untuk Golongan Gelandangan, Indonesia Pasukan Terbaik Di Asia

The post 5 Pasukan Bola Sepak Paling Teruk Di Dunia appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Peminat MLS Undi Frank Lampard Sebagai Pemain Paling Teruk Dalam Sejarah MLS

Apabila Stefan Brody, wartawan sukan New York Daily News menulis tweet yang berbunyi…

“Senarai terkini pemain paling teruk pernah ditandatangani dalam sejarah MLS: 1) Frank Lampard 2) Rafa Marquez”

…beliau tak menyangka tweet beliau akan muncul di laman-laman web peminat MLS yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapat beliau.

Frank Lampard merupakan designated player (pemain yang dibenarkan mempunyai gaji melebihi peraturan gaji siling MLS) untuk New York City FC.

Gaji Lampard dilaporkan berjumlah USD6 juta setahun, melebihi gaji dua lagi designated player NYCFC – David Villa (USD5.6 juta setahun) dan Andrea Pirlo (USD2 juta setahun).

Bagaimanapun sepanjang dua musim bersama NYCFC, Lampard hanya bermain 10 perlawanan sahaja. Musim ini beliau cedera dan langsung tak dapat diturunkan.

Persoalannya bagaimana beliau mendapat gelaran ‘pemain paling teruk pernah ditandatangani dalam sejarah MLS’? Laman web FTW USA menyediakan hujah-hujahnya:

Julai 2014

MLS mengumumkan Frank Lampard telah menandatangani kontrak sebagai Designated Player untuk New York City FC (NYCFC) dan akan mula bermain pada 2015.

Lampard dijangka akan menyertai David Villa untuk memperkuatkan NYCFC.

Ogos 2014

Sebulan selepas mengumumkan Lampard telah sah menandatangani kontrak dengan NYCFC, Manchester City pula mengumumkan Lampard akan menyertai pasukan mereka secara pinjaman sehingga pra-musim MLS bermula.

Hal ini tidak menjadi masalah kerana Manchester City dan NYCFC dimiliki oleh pihak yang sama iaitu City Football Group. Jadi berita ini taklah mengejutkan penyokong NYCFC.

NYCFC juga menyatakan Lampard akan kembali beraksi bersama pasukan untuk perlawanan sulung musim 2015 mereka.

Januari 2015

Selepas membuat debut bersama pasukan Manchester City, pengurus pasukan Manuel Pellegrini meluahkan minatnya untuk ‘menyimpan’ Lampard sehingga habis musim.

Lebih mengejutkan, City Football Group mengakui bahawa Lampard tidak pernah menandatangani kontrak bersama pasukan NYCFC. Mereka juga menyatakan laporan laman web rasmi Manchetser City yang mengatakan Lampard ‘dipinjam’ adalah satu kesilapan.

Ketika inilah media dan penyokong NYCFC baru tahu, Lampard sebenarnya hanya menandatangani kontrak dengan City Football Group. Bukannya NYCFC.

Ini membolehkan Lampard memilih pasukan mana yang ingin beliau bermain. Penyokong NYCFC benar-benar kecewa.

Julai 2015

Selepas musim Premier League berakhir serta mengambil sedikit masa untuk berehat, barulah Lampard secara rasminya menyertai NYCFC.

Tetapi ketika inilah, Lampard ditimpa kecederaan sehingga terpaksa diketepikan selama sebulan untuk menjalani rawatan pemulihan.

Ogos 2015

Lampard akhirnya melakukan debut sebagai pemain gantian. Beliau bermain sebanyak sepuluh perlawanan dan membuat 3 jaringan semusim. NYCFC bagaimanapun terlepas perlawanan playoff MLS Cup.

Kini

Lampard tidak bermain langsung sepanjang musim MLS ini dan terlepas 10 perlawanan berturut-turut selepas mengalami kecederaan betis.

Tanpa kehadiran Lampard, NYCFC telah memenangi 3 kejuaraan sepanjang musim ini dan menduduki kedudukan keempat dalam MLS Eastern Conference.

Dengan NYCFC sendiri sudah memiliki ramai pemain tengah, Lampard bukan lagi pilihan kesebelasan utama pengurus baru, Patrick Vieira.

Baru-baru ini, stesen penyiaran British BBC mengumumkan bahawa Lampard akan menjadi pundit untuk kejohanan EURO 2016 pada musim panas nanti. Perlu diingat, ketika itu MLS sedang berlangsung.

Ini bagaikan satu penghinaan buat penyokong NYCFC. Lampard meraih USD6 juta setahun tanpa bermain walau seminit untuk kelabnya. Tak cukup dengan itu, beliau akan meluangkan masa musim panas ini bekerja sebagai penganalisis TV pula.

Tak hairanlah bagi penyokong NYCFC dan peminat MLS secara umumnya, Lampard adalah ‘pemain paling teruk pernah ditandatangani dalam sejarah MLS’.

Baca juga: Penyokong NY Red Bulls Mengutuk Lampard Dan Pirlo Dengan Kain Rentang Ini

The post Peminat MLS Undi Frank Lampard Sebagai Pemain Paling Teruk Dalam Sejarah MLS appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Penyokong Undi 11 Pemain Paling Teruk Yang Pernah Mewakili Kelab Mereka. Ini Keputusannya.

Pemain lagenda sentiasa diingati oleh penyokong. Tetapi penyokong juga tidak pernah melupakan pemain paling teruk yang pernah mewakili kelab kesayangan mereka.

Dalam forum Reddit, kami meminta peminat bola sepak untuk menyenaraikan 11 pemain (mengikut posisi) paling teruk yang pernah mewakili kelab mereka.

Respon yang kami terima sangatlah positif, terutamanya daripada penyokong kelab liga England. Jadi kami kumpulkan hasil penemuan kami kepada 10 kelab utama di Eropah.

Berikut merupakan 11 pemain paling teruk yang pernah mewakili kelab mereka:

1. Tottenham Hotspur

Formasi dipilih: 4-4-2

Penjaga gol: Radek Cerny

Pertahanan: Goran Bunjevčević, Mbulelo Mabizela, Alton Thelwell, Gilberto da Silva Melo

Tengah: Øyvind Leonhardsen, Milenko Ačimovič, Michael Brown, Willem Korsten

Penyerang: Bobby Zamora, Helder Postiga

2. Arsenal

Formasi dipilih: 4-4-2

Penjaga gol: Richard Wright

Pertahanan: Nelson Vivas, Igors Stepanovs, Pascal Cygan, Gus Caesar

Tengah: Kaba Diawara, Junichi Inamoto, Denilson, Amaury Bischoff

Penyerang: Christopher Wreh, Francis Jeffers

3. Liverpool

Formasi dipilih: 4-4-2

Penjaga gol: Adam Bogdan

Pertahanan: Philipp Degen, Djimi Traore, Danny Wilson, Paul Konchesky

Tengah: Antonio Nunez, Christian Poulsen, Salif Diao, Bruno Cheyrou

Penyerang: El Hadji Diouf, Andrij Voronin

4. Chelsea

Formasi dipilih: 4-3-3

Penjaga gol: Ross Turnbull

Pertahanan: Khalid Bouhlarouz, Winston Bogarde, Jes Høgh, Asier del Horno

Tengah: Juan Sebastian Veron, Slaviša Jokanović, Enrique de Lucas

Penyerang: Shaun Wright-Phillips, Robert Fleck, Mateja Kezman

5. Manchester City

Formasi dipilih: 4-3-3

Penjaga gol: Simon Tracey

Pertahanan: Danny Mills, Tal Ben Haim, Stefan Savic, Ben Thatcher

Tengah: Steve McManaman, Ousmane Dabo, Kelvin Etuhu

Penyerang: Roque Santa Cruz, Jo, Craig Russell

6. Manchester United

Formasi dipilih: 4-4-2

Penjaga gol: Massimo Taibi

Pertahanan: Ronnie Wallwork, William Prunier, Jonathan Spector, Michael Clegg

Tengah: Bebe, Eric Djemba-Djemba, Liam Miller, Kleberson

Penyerang: David Bellion, Manucho

7. Bayern Munich

Formasi dipilih: 4-4-2

Penjaga gol: Lukas Raeder

Pertahanan: Christian Lell, Massimo Oddo, Breno, Edson Braafheid

Tengah: Andreas Herzog, Andreas Ottl, Landon Donovan, Michael Wiesinger

Penyerang: Vahid Hashemian, Ali Daei

8. Juventus

Formasi dipilih: 4-2-3-1

Penjaga gol: Antonio Chimenti

Pertahanan: Jorge Andrés Martínez, Jean-Alain Boumsong, Jorge Andrade, Cristian Molinaro

Tengah: Milos Krasic, Tiago Mendes, Sunday Oliseh, Eljero Elia, Diego

Penyerang: Amauri

9. Barcelona

Formasi dipilih: 4-3-3

Penjaga gol: Roberto Bonano

Pertahanan: Samuel Okunowo, Dmytro Chygrynskiy, Philippe Christanval, Winston Bogarde

Tengah: Fábio Rochemback, Gerard López, Dragan Ćirić

Penyerang: Aliaksandr Hleb, Alfonso Pérez, Geovanni

10. Real Madrid

Formasi dipilih: 4-2-3-1

Penjaga gol: Albano Bizzarri

Pertahanan: Carlos Secretário, Jonathan Woodgate, Predrag Spasic, Royston Drenthe

Tengah: Pablo Gabriel García, Thomas Gravesen, Ivan Campo

Penyerang: Julien Faubert, Perica Ognjenović, Antonio Cassano

Baca juga: 10 Pemain Yang Merosot Pada Mulanya, Kemudian Berubah Menjadi Pemain Bintang

The post Penyokong Undi 11 Pemain Paling Teruk Yang Pernah Mewakili Kelab Mereka. Ini Keputusannya. appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

7 Hadiah Krismas Paling Terbaik (Dan Paling Teruk) Yang Diterima Peminat Bola Sepak

Perayaan Krismas merupakan antara peluang terbaik bagi peminat bola sepak untuk mendapatkan merchandise bola sepak yang mereka idam-idamkan.

Antara yang popular adalah buku, jersi dan DVD musim pasukan kegemaran menjadi juara.

Kami mengumpul 7 hadiah Krismas paling terbaik yang diterima oleh peminat bola sepak seluruh dunia. Termasuklah yang paling teruk.

1. Juventus

juventus

Penyokong Juventus ini bukan saja menerima hadiah yang cool, malah ia adalah hadiah yang paling bermakna untuk setiap penyokong la Vecchia Signora.

Jersi yang diterimanya merupakan jersi away yang dipakai oleh pemain Juventus ketika final Champions League 1996 di Rome.

Dalam perlawanan tersebut, Juventus muncul juara selepas menewaskan Ajax Amsterdam dalam penentuan sepakan penalti.

Harga pasaran untuk jersi yang rare ini adalah RM956.00.

2. Borussia Dortmund

dortmund

Hadiah ini diterima oleh seorang penyokong Borussia Dortmund dari Australia.

Sejak kembali ke Westfalonstadion dari Manchester United, tahap persembahan Shinji Kagawa bukan saja kembali ke potensi sebenarnya. Malah nama Kagawa kini merupakan nama tetap kesebelasan utama Dortmund.

3. Liverpool

liverpool1 liverpool2

Penyokong Liverpool ini memuat naik gambar hadiahnya di Imgur dengan caption:

“Santa was real good to me this year”.

Jersi ini kekal antara jersi Liverpool yang cantik, dengan rekaan kolar yang cool. Ditambah pula dengan cetakan nombor 14 dan nama Xabi Alonso, jersi ini boleh mencapai nilai RM287 di Internet.

4. Manchester United

man united

Penyokong Manchester United yang sudah menyokong sejak era Ron Atkinson pasti masih ingat detik kapten Bryan Robson menjaringkan 2 gol dan memenangi penalti untuk menjulang FA Cup pada tahun 1983.

Ketika itu, United memakai jersi Adidas dengan nama penaja, Sharp Electronics, tertera di baju.

Jersi yang diterima penyokong United ini ada dijual di butik rasmi Manchester United dengan harga RM193. Ia bukan design asal seperti yang dipakai oleh pemain pada 1983.

5. Chelsea

chelsea

Buku ini menyenaraikan segala fakta dan nombor tentang sejarah Chelsea sejak penubuhannya pada 110 tahun lepas.

6. Arsenal

arsenal1 arsenal2 arsenal3 arsenal4 (1)

Penyokong Arsenal ini beruntung kerana bukan saja dapat hadiah yang tak dijangkanya. Malah ia datang dari penyokong Arsenal juga.

Baucar lawatan ke Stadium Emirates yang diperolehi penyokong Arsenal ini mungkin tak semahal jersi, tetapi pengalaman yang bakal diperolehinya pasti akan diingati sampai bila-bila.

7. Aston Villa

astonvilla

Seorang penyokong Aston Villa menerima hadiah (paling kejam) ini sempena hari Krismas. Beliau memuat naik gambar hadiahnya di Twitter dengan caption:

“I laughed. Then the sadness came.”

Baca juga: 17 Kata-kata Johan Cruyff Yang Mengubah Cara Anda Berfikir Tentang Bola Sepak

The post 7 Hadiah Krismas Paling Terbaik (Dan Paling Teruk) Yang Diterima Peminat Bola Sepak appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

5 Sebab Mengapa Prestasi Chelsea Teruk Ketika Ini

Apabila Chelsea tewas 1-3 kepada Southampton di Stamford Bridge pada Sabtu lepas, itulah kali pertama Jose Mourinho melihat Chelsea bolos lebih daripada 2 gol di Stamford Bridge.

Baru 8 perlawanan liga berlangsung, Chelsea sudah bolos 17 kali. Musim lepas, Chelsea hanya bolos 8 gol dalam 8 perlawanan liga.

Musim ini, mereka adalah pasukan kedua paling banyak bolos dalam liga.

Apa sebenarnya yang berlaku? Bagaimana daripada seorang juara, Chelsea berubah kepada pasukan yang goyah? Inilah soalan yang paling banyak kami terima di inbox fanpage Facebook kami.

Masih terlalu awal?

Pertama sekali, kami ingin tekankan bahawa mempertahankan kejuaraan adalah kerja yang lebih sukar daripada memenanginya. Apabila anda bergelar juara, semua pasukan akan mengkaji pasukan anda seperti buku Fizik Tingkatan 5.

Apabila kalah, pasukan anda akan berada dalam kitaran yang kejam (vicious cycle). Kalah -> keyakinan rendah -> kesilapan individu -> keyakinan jatuh -> banyak kesilapan individu -> keyakinan jatuh lagi -> lebih banyak kesilapan individu dan seterusnya…

Untuk berlaku adil kepada Jose Mourinho, beliau sudah melakukan segala tips-tips pengurusan ketika pasukannya kalah.

i. Beliau memilih untuk fokus kepada aspek positif persembahan pasukannya walaupun keputusan tidak memihak mereka. Contoh: (seri 2-2 vs Swansea), (kalah 1-2 vs Crstal Palace), (kalah 1-3 vs Everton).

ii. Beliau mengalih perhatian media kepada persembahan buruk pengurus Chelsea sebelumnya. Contoh: (kalah 0-3 vs Man City), (kalah 1-3 vs Southampton)

iii. Beliau mengkritik keseluruhan pasukannya. Contoh: (seri 2-2 vs Newcastle United)

iv. Beliau mengkritik persembahan beberapa individu dalam pasukannya. Contoh: (kalah 1-2 vs Crystal Palace), (kalah 1-2 vs Porto)

v. Beliau mengalih perhatian media kepada kesilapannya sendiri. Contoh: (kalah 1-3 vs Everton)

vi. Beliau mengalih perhatian media kepada pengadil. Contoh: (kalah 1-3 vs Southampton)

Jelas sekali, Mourinho telah melakukan segalanya untuk menamatkan rentetan kekalahan Chelsea. Tetapi apakah punca prestasi buruk Chelsea pada awal musim ini?

Kami merujuk kepada beberapa laman web peminat Chelsea dan komen mereka di Reddit untuk mengetahui puncanya. Ini adalah 5 punca paling popular yang dikemukakan oleh penyokong Chelsea:

1. Tidak memberi peluang kepada pemain lain

Menurut penyokong Chelsea di CFCnet, satu polisi pengurusan Mourinho yang mereka tak gemar adalah – membeli pemain dengan harga mahal dan tidak memberi peluang bermain dari minit 1′.

Kepercayaan Mourinho terhadap core pasukannya sangat tinggi sehinggakan pemain lain hanya mendapat maksimum 20 minit di akhir perlawanan untuk menunjukkan bakat mereka.

Mohamed Salah, Andre Schurrle dan Juan Cuadrado adalah antara beberapa pemain yang tidak mendapat peluang yang cukup untuk menunjukkan kebolehan mereka sebagai kesebelasan utama.

Victor Moses adalah pemain Chelsea yang paling menyerlah ketika perlawanan pra-musim 2015/2016. Mourinho bertegas mengatakan Moses akan menjadi sebahagian pasukan Chelsea pada musim ini.

Tetapi akhirnya Moses dipinjamkan ke West Ham pula.

Ruben Loftus-Cheek juga tak diberikan peluang untuk bermain sedangkan semua penyokong Chelsea tahu; Loftus-Cheek lebih mobile dan laju daripada John Obi-Mikel, dan lebih baik daripada Ramires daripada aspek pertahanan.

Keputusan Chelsea untuk menjual Ryan Bertrand dan Felipe Luis juga mengecewakan penyokong mereka.

Bertrand sudah membuktikan kebolehannya semasa Roberto de Matteo membawa Chelsea menjuarai Champions League. Felipe Luis pula adalah nama tetap kesebelasan utama Atletico Madrid yang menamatkan dominasi Barcelona dan Real Madrid dalam La Liga.

Tetapi kedua-dua mereka masih dianggap bek kiri pilihan kedua dibelakang Cesar Azpilicueta, yang berkaki kanan. Ini membawa kepada punca kedua paling popular…

2. Persembahan buruk Ivanovic

Selepas kekalahan 1-2 Chelsea kepada Crystal Palace, wartawan Bleacher Report, Garry Hayes, mengajukan soalan unik kepada pengurus Palace, Alan Pardew.

“Adakah anda sengaja mengarahkan Yannick Bolasie dan Wilfred Zaha menyerang kawasan Branislav Ivanovic?”

Alan Pardew menjawab:

“Ya. Itu memang jelas sekali.”

Screen-Shot-2015-09-30-at-12.25.14-AM

Ivanovic adalah sebahagian daripada kelompok pemain yang sangat dipercayai oleh Mourinho. Beliau adalah nama tetap kesebelasan utama Chelsea yang memenangi liga pada musim lepas. Jadi kami faham mengapa Mourinho mempercayainya.

Tetapi ketika ini, sudah jelas lagikan bersuluh, Ivanovic perlukan satu tempoh di bangku simpanan untuk menilai kembali persembahannya.

Apatah lagi bila beliau dengan mudahnya ‘diayamkan’ oleh Dusan Tadic dalam situasi 1 lawan 1 pada Sabtu lepas.

Ramai pemyokong Chelsea mahu melihat Cesar Azpilicueta kembali mengambil posisi bek kanan. Baba Rahman pula diberi peluang di posisi bek kiri.

Dengan Baba Rahman di bek kiri, beliau boleh membuat larian overlapping dan membekalkan hantaran lintang setiap kali Eden Hazard masuk ke tengah (cuts inside).

3. Fabregas dipasangkan dengan Matic

Ketika Chelsea membeli Fabregas daripada Barcelona, dari awal lagi Mourinho sudah menjelaskan di posisi mana Fabregas akan bermain.

“Bagi Barca, dia (Fabregas) adalah false nine, pemain no.10 dan pemain sayap. Tetapi saya dan dia tahu posisi terbaik untuknya. Itu yang saya akan beri kepada dia.”

Di Chelsea, Fabregas bermain di samping Matic. Di hadapan 2 pertahanan tengah dan di belakang pemain no.10.

Pada awal musim 2014/2015, keputusan Mourinho untuk meletakkannya di samping Matic nampak berkesan. Kedua-dua pemain saling melengkapi antara satu sama lain.

Tetapi sepantas Fabregas memnyesuaikan diri di Chelsea, sepantas itu jugalah pasukan lain mendapat tahu kelemahan Fabregas adalah aspek pertahanannya.

Tugas defensif di jentera tengah dipikul oleh Matic seorang. Gary Cahill (dan Kurt Zouma) seringkali terpaksa keluar dari posisi mereka untuk mengisi ruang yang ditinggalkan oleh Fabregas setiap kali Chelsea kehilangan bola.

Ramai yang berpendapat Fabregas patut bermain di posisi no.10. Di hadapan 2 pemain tengah dan di belakang penyerang tunggal.

Mourinho pernah mencuba Fabregas di posisi no.10 ketika perlawanan menentang Everton (Chelsea kalah 1-3). Tetapi Fabregas dengan mudah dikawal oleh Gareth Barry dan James McCarthy.

Mikel dan Matic di belakangnya pula tidak cukup kreatif untuk mencipta peluang. Jadi di mana sebenarnya posisi terbaik Fabregas?

4. Tidak memainkan John Terry daripada mula

Ketika ditanya wartawan mengapa beliau mengeluarkan Terry dan memasukkan Zouma pada separuh masa kedua ketika kekalahan 0-3 kepada Manchester City, Mourinho menjelaskan:

“Kami perlu menyerang. Jadi kami perlu bermain dengan garisan defensif yang tinggi. Zouma adalah pemain pertahanan paling laju yang saya ada. Lebih laju daripada Azpilicueta dan Ivanovic.”

Baca: ANALISIS TAKTIKAL EPL 2015/16: MANCHESTER CITY 3-0 CHELSEA

Ramai penyokong Chelsea menegaskan tugas bertahan bertahan adalah tugas satu pasukan. Bukannya tugas pemain pertahanan sahaja.

Bagi mereka, logik menyalahkan kelembapan larian John Terry sebagai punca kekalahan Chelsea sudah terbukti salah. Kerana sepanjang Zouma bergandingan dengan Cahill pun, Chelsea masih bolos banyak gol.

5. Mourinho menarik cerita negatif ke Chelsea

Hanya ada 2 pendapat sahaja tentang Mourinho. Sama ada anda sukakannya. Atau anda bencikannya. Tiada kelompok neutral dalam apa-apa hal yang melibatkan Mourinho.

Ketika ini, Mourinho nampak tidak stabil.

Selepas menggelar soalan seorang wartawan Sky Sports sebagai ‘bodoh’ dan menyuruhnya menggunakan Google sebelum mengemukakan soalan, Mourinho mengundang kontroversi sekali lagi.

Kali ini, beliau menuduh pengadil ‘takut memberikan penalti kepada Chelsea’ meskipun ulang tayang jelas menunjukkan Falcao jatuh dulu sebelum berlaga dengan Maarten Stekelenburg.

Cerita-cerita negatif tentang Chelsea ini hanya membuatkan pemainnya hilang hormat terhadap karismanya sebagai pengurus.

Selepas insiden Diego Costa semasa perlawanan menentang Arsenal, Jose Mourinho memuji Costa. Sedangkan Kurt Zouma terang-terang mengatakan Costa ‘suka menipu’.

Perbezaan sebegini mungkin nampak kecil. Tetapi ia menampakkan perbezaan mentaliti ‘fair play’ antara Mourinho dengan pemainnya sendiri.

Baca juga: INILAH RUPA STADIUM BARU CHELSEA PADA 2020 NANTI

The post 5 Sebab Mengapa Prestasi Chelsea Teruk Ketika Ini appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms: