Mahrez Terus Dikaitkan Dengan Arsenal, Ranieri Memberikan Respon

Sebelum ini, Jamie Vardy pernah dikaitkan dengan kelab London tersebut juga. 

Namun, Vardy kemudian menandatangani kontrak baru bersama juara Inggeris ini. Leicester kemudian kehilangan N’golo Kante ke Chelsea.
Berberapa hari kebelakangan ini, banyak media melaporkan bahawa Riyad Mahrez pula mahu menyertai Arsenal.

riyad-mahrez-leicester-celtic_3750361

Satu berita yang membuatkan pengurus Leicester City, Claudio Ranieri sendiri tampil memberikan komen dalam sidang media selepas perlawanan pra-musim menentang Celtic.

Perlawanan berakhir 1-1 dan Mahrez menjadi penjaring gol penyamaan dengan gol yang menarik.

Mahrez Akan Kekal!

Ranieri menegaskan, beliau yakin Mahrez akan kekal bersama dengan mereka untuk musim hadapan.

Celtic-v-Leicester-City-International-Champions-Cup

“Anda tidak nampak betapa gembiranya beliau?”

“Dia bermain bersungguh-sungguh dan menjaringkan gol untuk kami.”
“Ia amat penting untuk saya mengekalkan pemain bintang yang saya ada.”

leicesters_riyad_mahrez_and_daniel_amartey_256150

“Dia adalah bintang kami, dan kami tidak mempunyai ramai bintang seperti pasukan lain.”

“Dengan pasukan lain beliau mungkin tidak bermain pada tahap sekarang, mungkin juga dia duduk di bangku simpanan. Jadi lebih baik beliau kekal bersama kami.”

Ranieri kelihatan sangat yakin Riyad Mahrez akan kekal dan berkata:

“Anda(wartawan) teruskan menulis, menulis dan menulis. Dia pula akan kekal bersama kami. Dia gembira!.”

Berita ini mungkin akan mengakhiri spekulasi ke atas pemain yang dicalonkan sebagai pemain terbaik tahunan PFA musim lalu.

Baca juga: Claudio Ranieri Beritahu 4 Rahsia Kejayaan Leicester City: Vardy, Kante, Pizza, Penyokong

The post Mahrez Terus Dikaitkan Dengan Arsenal, Ranieri Memberikan Respon appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Penyokong Wales Desak Gareth Bale Buat Rawatan Rambut Atau Botak Terus

Bola sepak sejak era 60-an sudah menyaksikan banyak pemain-pemain bola sepak yang menggayakan fesyen dandanan rambut terkini.

Ia tiada masalah jika pemain-pemain menggayakan potongan rambut yang pendek seperti Paul Pogba…

 

…atau Aaron Ramsey (walaupun kami agak kurang gemar dengan warna blonde yang dipilihnya, tapi itu cerita lain).

Masalah akan timbul apabila pemain-pemain terlalu mengambil kira dan masa menjaga kerapian rambutnya di atas padang (supaya nampak cantik di kamera TV) daripada bermain bola sepak.

Inilah suara-suara bising yang dilontarkan oleh penyokong Wales apabila melihat pemain bintang skuad kebangsaan mereka, Gareth Bale menghabiskan terlalu banyak masa membetulkan rambutnya yang panjang.

Buat prosedur atau botak terus!

Kami percaya isu gaya rambut pemain bola sepak adalah isu peribadi pemain. Mereka berhak untuk menentukan gaya rambut yang mereka suka.

Apa yang penting adalah persembahan mereka di atas padang.

Tetapi bagi seorang penyokong Wales di Reddit, beliau berpendapat Gareth Bale terlalu banyak menghabiskan masa membetulkan rambut panjangnya kerana – mahu menyorok masalah botaknya.

balez-300x225

“Saya rasa anda dah tahu bahawa Bale sedang mengalami masalah keguguran rambut yang teruk.”

“Ia bukanlah satu masalah. Ramai lelaki yang menghadapi masalah ini pada usia yang muda.”

“Tapi sejak kebelakangan ini, usahanya untuk menyorok tempat botak di kepalanya membuatkan beliau mengambil masa lebih lama untuk membetulkan rambutnya – sehingga kadang kala, beliau terpaksa berhenti bermain sekejap.”

Penyokong Wales ini turut melihat perubahan gaya permainan Bale sejak berambut panjang.

 

“Semasa Wales menang lawan Slovakia tempoh hari, masalah keguguran rambut membuatkannya nampak keberatan untuk memecut atau melakukan tackle – mungkin dia takut ikatan rambutnya terlerai.”

Komen ini mengingatkan kami kepada Andre Agassi – pemain tenis Amerika Syarikat – yang pernah tewas kejohanan Terbuka Perancis kerana tak mahu rambut palsunya terlucut.

Beliau kemudiannya mencadangkan Bale supaya membotakkan kepalanya terus seperti bosnya, Zinedine Zidane.

“Saya tak faham kenapa dia tak botakkam sahaja kepalanya macam (Zinedine) Zidane. Adakah dia takut akan jadi kurang popular bila dah botak?”

“Jika dia takut botak pun, gunakanlah duitnya yang banyak itu untuk membuat rawatan penyambungan rambut seperti (Wayne) Rooney dan (Cesc) Fabregas.”

Prosedur kosmetik bukan asing

Berdasarkan kajian kami terhadap artikel-artikel lama Gareth Bale di Tottenham Hotspur, beliau sebenarnya pernah ditempelak oleh Harry Redknapp atas masalah sama.

Pengurus Spurs ketika itu, Harry Redknapp pernha memberitahu media keobsesan Bale membetulkan rambutnya:

“Kadang-kala, dia buat saya bengang dalam latihan. Dari segi teknikal, beliau memang sangat bagus. Tapi dia selalu sangat bermain-main dengan rambutnya.”

“Apa saja yang dibuat kepada rambutnya, ia tak pernah betul. Ada saja benda yang dia nak perbetulkan.”

“Kadang-kadang, saya nak saja menjerit kepadanya: Gareth, berhenti usik rambut anda!”

Bercakap mengenai kemungkinan Gareth Bale melakukan prosedur rawatan rambut, beberapa pengguna Reddit memberi hujah – Bale mungkin takut botak kerana telinganya yang capang.

Bagaimanapun pendapat ini disanggah oleh pengguna Reddit lain yang memberitahu – Bale pernah mendapatkan pembedahan kosmetik untuk ‘memperbetulkan’ telinga yang capang.

gareth bale ears

Bt5oGK5CcAELn5Z

Malah ada sesetengah pengkomen yang memberitahu:

“Bale patut menjadi macam Bobby Charlton (gambar bawah) sahaja.”

2qjanhz

Baca juga: Bagaimana Llandudno FC, Pasukan Kecil Dari Wales Cari Dana Bermain UEFA Europa League

The post Penyokong Wales Desak Gareth Bale Buat Rawatan Rambut Atau Botak Terus appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Tok Gajah terus malang

Sumber: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR – Pahang semakin parah apabila tersingkir daripada sai­ngan Piala FA semalam, malah malang turut dikongsi oleh Felda United yang ditunjukkan jalan keluar oleh PKNS FC.

Kuala Lumpur, Perak, Sabah, PKNS FC dan Sime Darby, sebaliknya melengkapkan slot suku akhir untuk mengiringi Johor Darul Ta’zim (JDT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Kedah, yang sudah terlebih dulu menempah tiket mereka, kelmarin.

Turun dengan status juara dua kali iaitu pada 2006 dan 2014, Tok Gajah meneruskan prestasi buruk Liga Super dalam saingan Piala FA apabila dikejutkan oleh kelab Liga Perdana, Sime Darby 0-1 di Stadium Darul Makmur.


Pemain tengah, Syed Sobri Syed Mohamad muncul wira Sime Darby apabila meledak gol tunggal kemenangan seawal minit kelima permainan.

Sementara itu, Felda United yang baru melepaskan takhta Liga Super kepada JDT, Selasa lalu, dihukum oleh PKNS menerusi kekalahan 3-2 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Naib juara 2014 itu memulakan saingan dengan langkah kanan apabila terlebih dulu membuka jaringan menerusi penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe pada minit ke-15.

Begitupun, tiga gol yang diperoleh PKNS pada babak kedua menerusi Gabriel Guerra (m49), Matias Nicholas (m65) dan Mohd. Nazrin Syamsul Bahri pada minit ke-69 memastikan kemenangan tuan rumah. Felda cuba merapatkan jurang menerusi Mohd. Hadin Azman di minit ke-76, tetapi gol tersebut gagal membantu The Fighters.

Di Stadium Likas, Sabah melangkah ke suku akhir buat kali pertama dalam tempoh lapan tahun sejak 2008 apabila menumpaskan Ang­katan Tentera Malaysia (ATM) 2-1.

Dua jaringan Sabah diperoleh menerusi penyerang import dari Nigeria, Prince Nnake minit ke-12 dan pemain tengah, Maxsius Musa di minit ke-46, manakala gol tunggal ATM dihasilkan Muhammad Faiz Ibrahim pada minit ke-22.

Di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, Kuala Lumpur tidak menghadapi masalah beraksi di tempat lawan apabila menumpaskan tuan rumah, Perlis 2-0 dalam aksi panas yang menyaksikan dua kad merah dilayangkan pengadil.

Dua jaringan skuad City Boys diperoleh menerusi Fahrul Razi Kamaruddin pada minit ke-19 iaitu sebelum rakan sepasukannya, Mario Karlovic menerima kad merah pada minit ke-46 dan Muhamad Hafiz Mohd. Johar melengkapkan kedudukan 2-0, minit ke-46.

Satu lagi kad merah dilayangkan kepada pemain tuan rumah, Azmizi Azmi pada minit ke-81.

Di Stadium Perak, Ipoh, Bos Gaurus berjaya memanfaatkan ke­lebihan beraksi di laman sendiri untuk meraih kemenangan 1-0 ke atas Kuantan FA menerusi gol tunggal Vokhid Sodhiev pada minit ketiga.

Undian suku akhir akan diadakan pada pukul 9.30 pagi ini.


LIGA BOLASEPAK MALAYSIA

Canizares Mahu De Gea Jadi Penjaga Gol No.1 Sepanyol, Casillas Digugurkan Terus

Iker Casillas mungkin telah muncul sebagai pemain paling banyak mendapat caps antarabangsa di Eropah dengan 166 penampilan, tetapi rekod itu sedikit pun tidak menghalang ramai penyokong Sepanyol yang mempersoalkan kebolehan beliau menjaga gawang La Roja.

Dengan kehadiran ramai penjaga gol muda yang hebat seperti David de Gea (Manchester United), Sergio Rico (Sevilla), Sergio Asenjo (Villareal) dan Jaume Domènech (Valencia), buat kali pertamanya Casillas menghadapi risiko digugurkan daripada skuad Sepanyol untuk EURO 2016.

Prospek menggugurkan penjaga gol Porto itu daripada skuad EURO 2016 turut disuarakan oleh bekas penjaga gol Sepanyol dan rakannya sendiri, Santiago Cañizares.

Santiago Cañizares dan Iker Casillas merupakan kawan baik, dan kedua-duanya datang daripada sistem akademi Real Madrid.

Ketika bercakap dalam program radio El Larguero selepas Sepanyol seri 0-0 dengan Romania pada Ahad lepas, Cañizares yang mesra dipanggil Cañete berpendapat David de Gea sepatutnya sudah menjadi penjaga gol no.1 Sepanyol.

“De Gea sepatutnya sudah menjadi penjaga gol no.1. Prestasi beliau telah lama mengatasi tahap prestasi Casillas.”

Cañizares yang mengumpul 46 caps bersama Sepanyol ketika bermain untuk Valencia turut berpendapat ketua jurulatih Sepanyol, Vincente del Bosque tidak perlu membawa Casillas ke Perancis dalam EURO 2016 nanti.

“Jika De Gea menjadi penjaga gol no.1, saya takkan bawa Casillas dalam skuad sebagai pengganti. Sergio (Rico) dan Jaume (Domènech) lebih sesuai menjadi pengganti De Gea.”

Di Porto, Casillas tidak terlepas daripada kritikan peminat Porto.

Paling terbaru, beliau melakukan beberapa kesilapan besar ketika Porto kalah mengejut 0-1 kepada Vitória de Guimarães dan 1-3 kepada Braga dalam saingan liga Portugal.

Baca juga: 5 Sebab Mengapa Prestasi Real Madrid Teruk Pada 2015

The post Canizares Mahu De Gea Jadi Penjaga Gol No.1 Sepanyol, Casillas Digugurkan Terus appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Ajax Amsterdam Tutup Kawasan Tempat Duduk Penyokong Lawan, Beri Mereka VIP Box Terus

Penyokong Heracles Almelo pulang dari Amsterdam ArenA dengan perasaan gembira, selepas diberikan layanan istimewa oleh pihak pengurusan Ajax Amsterdam ketika datang ke Amsterdam ArenA untuk menyokong pasukan mereka.

15 penyokong Heracles menempuhi perjalanan selama 2 jam dari bandar mereka, Almelo untuk datang ke Amsterdam ArenA – hanya untuk mendapat tahu mereka adalah satu-satunya penyokong Heracles yang datang.

Melihat hanya 15 saja penyokong Heracles yang datang, pihak pengurusan Ajax Amsterdam menutup kawasan stadium yang dikhaskan untuk penyokong pasukan lawan, dan menjemput mereka untuk menonton perlawanan dari VIP box terus.

Bilik VIP Box Amsterdam ArenA yang boleh memuatkan 20 orang pada satu-satu masa, turut menawarkan pemandangan yang terbaik di stadium, hidangan makan malam dan chic bar untuk tetamu.

189679_fullimage_KL3 189678_fullimage_KL2

Tambah manis buat penyokong Heracles, pasukan mereka berjaya mengikat Ajax 0-0 untuk kekal di tangga ke-5 liga dan mengekalkan impian beraksi di Eropah pada musim depan.

Ajax pula kekal sebagai pendahulu Eredivise, hanya dipisahkan 1 mata daripada juara bertahan PSV Eindhoven.

Baca juga: 11 Pemandangan Yang Anda Dapat Jika Membeli Tiket Termurah Di 11 Stadium

The post Ajax Amsterdam Tutup Kawasan Tempat Duduk Penyokong Lawan, Beri Mereka VIP Box Terus appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Masih relevenkah K.Devan untuk terus membimbing N.Sembilan?

Sebelum bermulanya saingan Liga Premier 2015, PBNS telah mengambil langkah membawa pemain-pemain berpengalaman serta melantik K.Devan sebagai jurulatih untuk merealisasikan sasaran menjuarai Liga Premier 2015 dan seterusnya layak beraksi dalam saingan Liga Super musim hadapan. Walaupun ada pemain yang boleh dianggap sudah berada di hujung kerjaya, sehingga digelar kuda tua, namun ia tidak menjadi masalah buat para penyokong. Bagi penyokong apa yang penting asalkan pemain terbabit menepati kehendak jurulatih untuk merencanakan taktikal terbaik bagi membawa kejayaan buat pasukan “Hobin Jang Hobin”itu sudah memadai.
Dalam aksi pramusim, pencapaian pasukan N.Sembilan cukup menyakinkan. Skuad bimbingan Devan Berjaya menewaskan pencabar dari Liga Super seperti ATM, Perak serta Terengganu. Pada peringkat awal saingan Liga Premier aksi yang ditampilkan agak memuaskan dengan mencatatkan beberapa kemenangan. Namun ia juga disebabkan pasukan N.Sembilan belum menentang pencabar yang kuat dalam 4 perlawanan awal liga.
Namun kemerosotan prestasi skuad N.Sembilan dapat dilihat semenjak daripada tewas kepada pasukan T-Team. Selepas itu pasukan N.Sembilan kalah kepada P.Pinang dalam saingan Piala FA sebelum seri menentang PKNS dan tewas kepada Kedah. Kemenangan terhadap JDT II tidak begitu menyakinkan. Dan kemuncak kepada kemarahan penyokong apabila tewas kepada pasukan K.Lumpur. Dalam erti kata lain, prestasi skuad N.Sembilan mengalami kemerosotan dari satu perlawanan kesatu perlawanan. Adakah ia berpunca daripada corak latihan yang diterapkan jurulatih?
PBNS serta Devan telah mensia-siakan peluang untuk memperbaiki kekurangan yang wujud dalam pasukan pada jendela perpindahan pemain April lepas. Ketika pasukan seperti Kedah, T-Team, Sabah mengambil peluang ini dengan menggantikan dengan pemain yang lebih baik, sebaliknya berlaku dalam pasukan N.Sembilan. Bukan setakat pemain import malahan pemain tempatan baru juga tidak diambil pada jendela perpindahan tersebut. Sedangkan aksi pemain import seperti Jean Alexandre dilihat agak merudum akhir-akhiri ni. Pertukaran posisi antara Alexandre dan Kim Jin Ryung di lihat sedikit memberikan impakpositif. Namun masih belum cukup untuk memberikan keputusan positif buat pasukan N.Sembilan.
Jika gagal menang menentang P.Pinang pada 8 Mei ini, Devan sudah boleh dianggap gagal untuk mencapai misi yang diharapkan. PBNS harus mengambil langkah proaktif untuk mencari pengendali baru agar misi untuk ke Liga Super tidak berkubur begitu sahaja.Tidak perlu untuk menunggu lagi kerana rekod 4 menang, 2 seri dan 3 kekalahan dalam 9 perlawanan adalah jauh daripada sasaran. Agak pelik, jurulatih seperti Ridzuan Abu Shah yang mempunyai rekod yang baik sewaktu menjadi “caretaker” pada 2013 dipinggirkan begitu sahaja. Malah pemain muda yang Berjaya digilapnya seperti Amirul Omar serta Bukhairi Idris terbiar begitu sahaja selepas pemegiannya. N.Sembilan memerlukan jurulatih yang mempunyai taktikal yang pelbagai selain berani mengetengahkan pemain muda. Devan dilihat cukup setia dengan kesebelasan yang hampir sama dalam setiap perlawanan. Walaupun kesebelasan utama tersebut gagal mempamerk an aksi terbaik dalam perlawanan sebelumnya .Lihat sahaja kepada posisi penjaga gol. Walaupun seringkali melakukan kesiapan yang membawa kepada kekalahan pasukan, Helmi Heliza masih menjadi penjaga gol utama. Walau macam mana teruk sekalipun dia bermain, posisi penjaga gol utama sudah pasti menjadi miliknya dalam setiap perlawanan. Helmi Heliza sudah berada di zon selesa dibawah Devan. Begitu juga dengan beberapa pemain lain. Semoga PBNS mendengar pandangan daripenyokong. Rehatkan Devan seandainya N.Sembilan gagal untuk memungut 3 mata pada 8 Mei ini. Semoga misi untuk ke Liga Super 2016 kembali bersinar.
Penulis :Gagak Di Rimba

Bolasepak Malaysia

Incoming search terms: