Pergi atau tidak pergi, yang mana lebih merugikan?

Nelo Vingada diumum sebagai ketua jurulatih negara yang baru.
(gambar: aspapoilasdobiscaia.blogspot.my)

Risau, gusar, dan bimbang. Lebih kurang sama sahaja maksudnya tetapi sedikit sebanyak kegelisahan yang dialami oleh skuad kebangsaan sebelum pergi ke Pyongyang untuk melawan pasukan Korea Utara memang ada asasnya. Lagipun bukankah pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sejak awal-awal lagi sudah mengemukakan permohonan kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk bermain di gelanggang berkecuali demi kepentingan bersama atas dasar serta faktor keselamatan? Jadi mengapa pula pihak AFC masih lagi teragak-agak untuk membuat keputusan yang bertimbang rasa berkenaan rayuan tersebut?

Apabila Korea Utara sudah pun diberi tempoh masa yang cukup untuk mencadangkan tempat perlawanan neutral namun gagal memberikan jawapan, keadaan yang telah pun rumit itu tidak sepatutnya dirumitkan lagi oleh pihak AFC. Selepas perlawanan kelayakan Piala Asia ini telah ditunda dari 28 Mac 2017 ke tarikh baru 8 Jun 2017 (13 Ramadan 1438H*), Malaysia yang telah pun berusaha mencari ikhtiar yang terbaik kini hanya menanti giliran pihak AFC sahaja untuk melaksanakan tanggungjawabnya dengan adil serta saksama.

Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan
telah menyerahkan kepada Kementerian Luar Negeri untuk
menasihatkan samada Malaysia boleh ke Pyongyang atau tidak.
(gambar: themalaysiantimes.com.my)

Umum mengetahui bahawa pasukan bolasepak negara langsung tidak terlibat dengan kes pembunuhan Kim Jong-nam, dan jauh sekali daripada hendak memberikan ulasan mengenai berita ujian peluru berpandu di negara yang mengamalkan ideologi Juche tersebut. Di sebalik ketidaktentuan yang sedang berlaku, Malaysia hanya mahukan sebuah perlawanan bolasepak yang dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah, tiada halangan perjalanan dan seumpamanya. Seandainya pihak AFC dan juga Korea Utara benar-benar mampu menjamin kebebasan serta keselamatan dengan teratur maka barulah kita boleh menyaksikan satu permainan bolasepak yang penuh dengan semangat kesukanan.

Namun begitu, hingga setakat ini belum ada jaminan yang diberikan maka sebab itulah perlawanan tidak seharusnya diadakan di Pyongyang. Ia kurang sesuai buat masa ini berdasarkan logik akal. Sudah tentu perkara ini memerlukan kerjasama yang utuh daripada semua pihak terbabit, tetapi sekiranya pihak AFC berkeras mahu memaksa Malaysia bermain di Pyongyang maka Malaysia akan membuat pilihan. Membuat pilihan samada menarik diri serta berhadapan dengan risiko denda dan sebagainya, ataupun pergi juga ke Pyongyang dengan membawa misi yang berkaitan dengan bolasepak sahaja.

Wisma Putra akan menyatakan pendiriannya sebelum FAM
membuat keputusan bersabit dengan perlawanan tersebut.
(gambar: kekandasatria.blogspot.my)

Pergi atau tidak pergi ke Pyongyang, Malaysia barangkali sudah tahu bahawa ia berkemungkinan tinggi akan menanggung beban sejumlah kerugian. Cuma apa yang perlu diketahui dengan lebih mendalam adalah yang mana satu yang lebih merugikan agar dapat ditangani dengan sewajarnya. Terus terang boleh dikatakan, Korea Utara dikenali sebagai negara yang mempunyai pasukan bolasepak yang lebih kuat berbanding Malaysia. Lihat sahajalah kepada ranking Persekutuan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan lihat jugalah pencapaian Korea Utara dalam sejarahnya. Tidak pelik jikalau Korea Utara dianggap sebagai pilihan untuk menumpaskan Malaysia, dan keputusan yang sebaliknya samada seri apatah lagi kalah semestinya akan mengejutkan banyak pihak. Tidak perlu diragukan lagi, itulah jangkaan atau gambaran kasar sekiranya Malaysia ingin terbang ke Pyongyang untuk perlawanan tersebut.

Jika memilih untuk tidak pergi, maka Malaysia sampai bila-bila pun tidak akan tahu adakah sejarah baru akan tercipta ataupun sejarah lama akan terus berulang kembali. Meskipun Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan pasukannya baru sahaja membawa masuk Nelo Vingada, seorang warganegara Portugis yang juga bekas pengurus sebuah kelab dari India iaitu NorthEast United FC sebagai ketua jurulatih negara, jawatan yang sebelumnya diisi oleh Datuk Ong Kim Swee itu masih lagi tetap menggalas harapan besar sebilangan besar rakyat Malaysia. Harapan tersebut bermula dengan para pemain tempatan yang terbaik dikumpulkan secara merit dari seluruh negara untuk mewakili skuad kebangsaan. Seterusnya, pasukan Harimau Malaya yang dibentuk berupaya menjaringkan gol melebihi gol yang dibolosi dan kemudiannya memenangi perlawanan-perlawanan penting sebelum dinobatkan sebagai gergasi rantau Asia Tenggara, bakal johan benua Asia, mahupun calon juara dunia.

Mampukah Eduardo Manuel Vingada memberikan perubahan
yang positif buat Malaysia seperti mana yang beliau lakukan
untuk juara Piala Asia tahun 1996 iaitu Arab Saudi?
(gambar: midialab.org)

“You can’t win if you don’t play.” – Jimmy Chance

DUNIA BOLA SEPAK

Popov Tembak KAFA Kerana Culas Bayar Hutang Dan Tidak Takut Ditolak Mata

Velizar Popov menembak pengurusan KAFA sekali lagi di dalam akaun twitter rasmi beliau.

Sebelum ini bekas pengendali Kelantan itu menagih gaji 2 bulan terakhir beliau di Kelantan yang masih belum dibayar oleh KAFA.

Ianya selepas Popov membalas kenyataan McKain yang melabel KAFA sebagai penipu ketika KAFA mengumumkan sudah membayar tunggakan gaji.

Beberapa minggu yang lalu, FAM telah mengumumkan semua pasukan Liga Super dan Liga Premier telah menerima wang mereka.

Presiden FAM sebelum itu memberikan peringatan agar semua pasukan membayar hutang mereka secepat mungkin. Ini termasuk tunggakan gaji dan jurulatih.

Jika tidak, pasukan yang masih bermasalah dengan tunggakan gaji ini berhadapan dengan tindakan pemotongan mata.

Tan Sri Annuar Musa, bekas Presiden KAFA pula membidas kenyataan FAM ini dan menganggap ia terlalu drastik sambil menyalahkan FMLLP sebagai punca masalah ini.

Popov nyata kecewa apabila mendenar KAFA bercadang untuk melaburkan duit untuk pemain import yang baharu sedangkan gaji bekas pemain dan jurulatih.

Dalam status beliau di twitter, Popov merasakan tindakan KAFA itu sukar diterima.

Beliau juga merasakan KAFA sepatutnya mengutamakan isu untuk mengelak dipotong mata dan juga membayar gaji pemain dan jurulatih yang masih tertunggak berbanding dengan perkara lain.

Popov juga menyatakan beliau sangat komited ketika menjadi jurulatih Kelantan. Namun kini sumbangan beliau seakan-akan tidak dipandang oleh KAFA. Popov mahu menuntut wang yang juga hak beliau.

FMLLP dan FAM buat masa ini masih belum mengumumkan apa-apa tindakan susulan daripada kenyataan mereka minggu lalu yang mahu memotong mata beberapa pasukan.

Ini kerana mereka gagal menjelaskan hutang gaji pemain dan jurulatih.

Baca juga: McKain Tweet Isu Gaji, Velizar Popov Antara Mangsa Yang Terkejut Kenyataan ‘Plastik’ KAFA

The post Popov Tembak KAFA Kerana Culas Bayar Hutang Dan Tidak Takut Ditolak Mata appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Apa yang tidak kena dengan bolasepak Malaysia?

Harapan rakyat adalah negara dibawa keluar dari masa
lampau yang gelap ke arah masa depan yang lebih cerah.
(gambar: www.rojakdaily.com)

Walaupun bekas penyerang kebangsaan awal tahun 2000an dahulu iaitu Akmal Rizal Ahmad Rakhli telah pun menggantungkan butnya dan mula menjinakkan diri sebagai pengulas sukan pula, namun terdapat beberapa rakan seperjuangannya yang masih lagi bermain sehingga kini. Meskipun sudah dianggap sebagai pemain senior dan mungkin semakin jauh daripada panggilan untuk menyertai skuad negara tetapi Indra Putra Mahayuddin, Norhafiz Zamani Misbah, mahupun Mohd Shukor Adan (yang telah bersara di peringkat antarabangsa) kekal sebagai tonggak penting buat pasukan masing-masing dalam Liga Malaysia (Liga-M).

Malaysia sememangnya sering dianugerahkan dengan ramai pemain bolasepak tempatan yang berbakat, namun seringkali juga bakat tersebut disia-siakan begitu sahaja. Selepas beberapa tahun sahaja, banyak sekali pemain-pemain muda berbakat mulai hilang daripada pandangan. Mereka bukannya menjadi orang halimunan atau ke luar negara tetapi telah diketepikan bagi memberi ruang kepada pemain-pemain import yang entah apa-apa. Padahal, kebanyakan awang import yang kini beraksi di Liga-M langsung tidak setaraf dengan pemain-pemain bintang yang lalu seperti Bambang Pamungkas, Elie Aiboy, Baichung Bhutia, Kiatisuk Senamuang, Worrawoot Srimaka, Mehmet Durakovic, Stephen Keshi, Felipe Melo, Dani Guiza, Pablo Aimar, Luciano Figueroa, Merzagua Abderrazak, Scott Ollerenshaw, Alistair Edwards, Abbas Saad, Zsolt Bücs, dan lain-lain. Jangan katakan Tony Cottee, skuad NFDP (Program Pembangunan Bolasepak Negara) pun nampak lebih hebat lagi berbanding awang import yang bukan sahaja tidak dikenali tetapi juga belum pun menyarung jersi kebangsaan negara mereka.

Angan-angan sahaja: Barisan kesebelasan utama negara dalam alam maya.
(kredit: eurosport.com)

Oleh sebab itu, transisi atau peralihan pemain senior kepada pemain junior sejak kebelakangan ini tidak dapat berjalan dengan lancar. Jika dahulu ada Dol Fatah, kemudian Dollah Don sebagai perintis, Abdul Ghani Minhat telah berhasil menyerahkan obor perjuangan kepada Mokhtar Dahari sebelum diberikan pula kepada Hassan Sani. Masuk tahun 1990an, gejala rasuah (bookie, kelong) yang entah mana datangnya telah dikantoikan secara berleluasa. Bukan hendak salahkan satu pihak sahaja, tetapi disebabkan sindiket menjual permainan untuk perjudian maka telah lenyaplah bakat-bakat yang istimewa seperti Matlan Marjan dan Azizol Abu Haniffah. Mujurlah masih terselamat beberapa pemain seperti Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Hashim Mustapha, dan Azman Adnan. Kalau tidak, bertambah pudarlah, tawar, dan malapnya kancah bolasepak negara.

Kemudian, sedikit demi sedikit, bakat bolasepak tanahair mula berputik semula. Nama-nama yang tidak kurang hebatnya mula kedengaran. Zulfakri Ashaari, Nidzam Adzha Yusoff, Che Zambil Ahmad, Rafdi Abdul Rashid, Manzoor Azwira Abdul Wahid, Rusdi Suparman, Anuar Abu Bakar, Shamsurin Abdul Rahman, S. Paidiya Rau, Liew Kim Tu, Zami Mohd Noor, Azmi Mohamad, Rusdee Sulong, Azizul Kamaluddin, Wan Rohaimi Wan Ismail, Bobby Pian, Suharmin Yusof, dan beberapa nama lagi. Elok-elok baru hendak bangun, tiba-tiba skuad senior kebangsaan dibubarkan. Gantinya, adalah sekumpulan pemain belia yang dinamakan sebagai skuad projek Olimpik 2000. Masih mentah dan kurang berpengalaman pada waktu itu telah menyebabkan bakat-bakat muda yang berpotensi tinggi seperti Khalid Jamlus, V. Saravanan, Tengku Hazman Raja Hassan, Chow Chee Weng, Gilbert Cassidy Gawing, Megat Amir Faisal, dan Jamsari Sabian terbantut di tengah jalan. Tanpa memenangi sebarang kejohanan yang melepasi peringkat nasional, mereka juga dipersalahkan sepenuhnya kerana gagal mencapai sasaran (yakni mara ke Sukan Olimpik tahun 2000 di Sydney, Australia).

Akmal Rizal Rakhli dan Khalid Jamlus,
malah Shawal Johadi pun, telah
jalankan tugas mereka.
(sumber: ww1.utusan.com.my)

Maka, yang berpengalaman diabaikan, dan yang berpotensi dirosakkan. Inilah yang dikatakan ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’. Hasilnya, zaman kegemilangan bolasepak negara berlalu begitu sahaja dan semakin sukar untuk dikembalikan. Walaupun begitu, bibit-bibit keyakinan kembali kelihatan apabila sebuah generasi baru (sebahagiannya merupakan lepasan skuad Olimpik 2000) telah membersihkan jalan yang sebelum ini begitu banyak halangan. Sekalipun kejayaan besar tidak dicapai pada zaman mereka, sekurang-kurangnya mereka membantu memberikan laluan kepada generasi-genarasi yang akan datang untuk memperoleh kejayaan yang amat ditunggu-tunggukan. Generasi yang dimaksudkan tersebut adalah generasi Akmal Rizal, termasuklah Hairuddin Omar, Liew Kit Kong, Mohd Nizaruddin Yusof, dan rakan-rakan. Dengan tunjuk ajar yang mereka kongsikanlah, maka Safee Sali, Amri Yahyah, Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim, serta yang lain-lainnya berjaya juga meraih kejuaraan Asia Tenggara (Piala AFF 2010) yang sangat bermakna buat negara.

Kini, tanggungjawab besar menanti di bahu pemain-pemain generasi muda masakini. Tak ‘kanlah hanya berpuas hati apabila menang menentang negara-negara Asean sahaja. Sudah tiba masanya untuk kembali menyaingi negara-negara Asia yang lain. Jepun dan Korea Selatan sudah tentulah, tetapi juga negara-negara seperti Arab Saudi, Iran, China, dan sebagainya. Selagi masih terkebelakang di benua Asia, usah bermimpilah untuk bertandang ke benua Eropah atau benua Amerika Selatan. Oleh itu, jangan lagi menyorok di belakang tirai yang lutsinar, memang tiada gunanya. Para peminat serta para penyokong bolasepak yang tertentu adakalanya tertanya-tanya ke mana perginya pemain-pemain harapan seperti Titus James Palani, Ahmad Aminuddin Shaharuddin, dan Samransak Kram. Adakah masih boleh berbakti untuk negara? Jika tidak, adakah kerana tidak mampu atau tidak mahu? Soalan yang sama akan ditanya kepada Nazmi Faiz Mansor, Irfan Fazail, Syahrul Azwari Ibrahim, Nik Shahrul Azim Abdul Halim, Rozaimi Abdul Rahman, Ashri Chuchu, Matthew Davies, Fazly Mazlan, Amer Saidin, Kogileswaran Raj, S. Kumaahran, Faisal Abdul Halim, Ariff Farhan Md Isa, Mohd Ridzuan Abdunloh, Farhan Abu Bakar, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Haziq Nadzli, Adib Zainuddin, Najmuddin Samat, dan kesemua pemain bolasepak profesional negara yang belum ingin bersara.

DUNIA BOLA SEPAK

JDT Luah Rasa Kecewa, Mutu Tahap Pertandingan Naungan NFDP Tidak Memuaskan

JDT menerusi laman JOHOR Southern Tigers di Facebook telah mengeluarkan kenyataan penuh kecewa diatas mutu kejohanan bola sepak peringkat umur kelolaan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Menerusi Alistair Edwards yang merupakan Pengarah Sukan JDT, pihak JDT cukup kecewa dengan mutu kualiti kejohanan tersebut yang disifatkan beliau sebagai “tidak profesional.”

Kata beliau, skuad JDT B-12 dan B-13 tahun menyertai kejohanan naungan NFDP hari ini.

Namun begitu, beliau menerima aduan daripada jurulatih barisan kejurulatihan mereka yang mutu profesionalisma kejohanan tersebut berada pada tahap yang tidak memuaskan.

“Mereka tidak menyedia pengadil, malah tiada garis padang ditandakan.”

“Mereka cuma guna kon untuk tandakan garis padang sahaja.”

Selain daripada itu, Alistair juga berkata yang kejohanan tersebut tidak menyediakan tempat teduhan yang sesuai untuk para pemain mereka berteduh.

“Tidak ada tempat teduhan untuk pemain disediakan.”

Gambar: JOHOR Southern Tigers

Selain daripada itu, Alistair juga menyatakan yang pihak penganjur tidak memberikan alasan yang kukuh apabila sesebuah perlawanan ditangguhkan.

“Sepak mula yang dijadualkan sebaliknya tertangguh tanpa alasan yang jelas.”

Apa yang menjadi kegusaran Alistair adalah mengenai tahap kualiti penganjuran kejohanan tersebut kerana baginya ia sungguh berbeza dengan apa yang sering dilakukan oleh pihaknya di JDT.

Kejohanan ini merupakan penganjuran kali pertama dan beliau berharap mutu penganjuran dapat ditingkatkan di masa akan datang.

“Walaupun saya menyedari bahawa ia adalah pertandingan pertama untuk musim 2017, saya benar-benar berharap bahawa organisasi ini boleh dinaikkan kepada tahap yang sesuai untuk manfaat pemain dan pegawai pasukan yang mengambil bahagian.”

Baca juga: OGC Nice Sah Tamatkan Ligue 1 Dalam Kelompok 3 Teratas, Jauh Tinggalkan Lyon

The post JDT Luah Rasa Kecewa, Mutu Tahap Pertandingan Naungan NFDP Tidak Memuaskan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

MENGAPA PEMAIN BERKELAS DUNIA TIDAK MAMPU BERMAIN BAIK DI LIGA-M?

Pelbagai aksi dan karenah dapat disaksikan di Liga Malaysia setiap tahun. Paling menarik apabila terdapat sebilangan pemain berkelas dunia menyertai kelab Liga-M.

Namun, pemain berkelas dunia nampaknya gagal untuk menyerlah di Liga-M. Mengapa perkara ini boleh berlaku? Ketahui lebih lanjut dalam artikel ini !

INTENSITI DAN TEMPO LIGA MALAYSIA TERLALU RENDAH !

Kalau kita saksikan dengan teliti, kebanyakan pasukan Liga Malaysia mengamalkan ‘build-up attack’ daripada half sendiri dan banyak bermain di kawasan sendiri sebelum melancarkan serangan ke tempat lawan. Secara tidak langsung, tempo permainan akan menjadi perlahan dan ianya sedikit sebanyak menganggu rentak permainan serta melengahkan masa. Pemain berkelas dunia agak tidak biasa dengan tempo sebegini kerana di liga luar negara, tempo permainan mereka adalah daripada tahap ‘moderate’ hingga ‘ultra-fast’. Selain itu, intensiti di Liga-M juga sangat rendah dengan tidak banyak pressing dilakukan dan terjahan di sini terlampau kasar hingga menyebabkan kecederaan serius. Ianya berbeza dengan pemain berkelas dunia yang gemar untuk ‘recycle’ bola dengan cepat dan melakukan ‘clean tackles’.

PEMAIN BERKELAS DUNIA SUDAH OFF-PEAK?

Kadangkala, corak permainan di Liga-M tidak boleh dipersalahkan 100%. Salah satu sebab mereka gagal di Liga-M mungkin kerana mereka sudah off-peak! Apa itu off-peak? Ia bermaksud pemain itu sudah melepasi kemuncak prestasi mereka dan sedang mengalami kejatuhan prestasi yang drastik. Pablo Aimar antara pemain yang sudah off-peak ketika menyertai Johor DT. Bukan salah pemain tetapi salah pengurusan & jurulatih ketika itu!

PEMAIN MALAYSIA TIADA ‘BASIC FOOTBALL’ ?

Ini mungkin kenyataan sebenar tentang Liga Malaysia. Sampai bila pemain kita mahu ‘buta’ tentang ‘basic football’? Sampai bila pemain kita terus tinggal di bawah ‘tempurung’? Sampai bila? Kalau kita perhatikan, pemain berkelas dunia tidak dapat langsung melakukan tugas mereka dengan baik disebabkan kelemahan ‘basic football’ pemain Malaysia. Tiada kesefahaman dan kurang kemahiran individu sebenarnya menyusahkan mereka umpama mereka keseorangan di atas padang! Sampai bila?

Sekian sahaja penulisan saya kali. Saya harap ada yang faham mengapa pemain berkelas dunia pun tidak mampu mengubah pasukan selemah ATM FA. Terima kasih !

Artikel ini ditulis oleh Seladang Tacts Amirul.

Sokernet: Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia

Previu EPL 2016/17Manchester United vs Spurs : Old Trafford Gelanggang Tidak Digemari Spurs

Perlawanan di antara Manchester United dan Tottenham Hotspurs sudah pasti menjadi tumpuan semua pada malam ini.

Prestasi Semasa

Manchester United dan Tottenham Hotspurs agak tidak konsisten dalam EPL pada 6 perlawanan terakhir mereka. Walaubagaimanapun, Spurs membelasah Swansea dalam perlawanan terakhir EPL mereka dengan jaringan 5-0.

Agak malang untuk skuad Jose Mourinho yang gagal mencuri 3 mata daripada Everton sebelum ini selepas seri 1-1.

Dari segi graf prestasi di EPL, ia agak berpihak kepada Spurs selepas United seri dalam 3 perlawanan terakhir mereka.

Rekod Pertemuan

Manchester United sentiasa unggul dalam perlawanan ini. Kedua-dua pasukan telah bertemu 184 kali dalam sejarah mereka.

Manchester United menang 87 perlawanan. Manakala Spurs hanya menang 49 kali. 48 perlawanan lagi adalah seri.

Dalam 6 pertemuan terakhir mereka pula, kedua-dua pasukan agak setara dengan masing masing menang 2 kali dan seri 2 kali. Masing masing turut menjaringkan 7 gol dalam tempoh tersebut.

Taktikal Manchester United

Manchester United kelihatan semakin stabil dengan 4-2-3-1. Sebelum ini mereka banyak mencuba 4-3-3 dan juga 4-4-1-1.

Kekuatan mereka lebih kepada duel. Pasukan ini memiliki kuasa duel yang sangat baik. Namun lawan mereka pada hari ini juga memiliki kekuatan yang hampir sama.

Seterusnya adalah kreativiti yang semakin baik. Mungkin dalam beberapa perlawanan EPL mereka sepatutnya mendapat lebih banyak gol.

Kelemahan mereka buat masa ini lebih kepada fokus di dalam perlawanan. Manchester United akan bermain dengan baik sekiranya menjaringkan gol pertama dan kedua dengan segera.

Jika ketinggalan, pasukan ini mudah hilang fokus. Adakah ia akan diperbaiki pada kali ini?

Seterusnya adalah isu mobiliti dan work rate pasukan ini yang masih agak sederhana. Sumber opta mendedahkan

  • Manchester United hanya mencatatkan distance coverage sepanjang 1490.6km, paling rendah di antara 20 pasukan EPL setakat ini.

Taktikal Tottenham Hotspurs

Mereka ada 3 formasi yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Pertamanya 4-2-3-1, kemudian 3-4-1-2 dan yang ketiga adalah 4-4-1-1.

Kekuatan pasukan ini terletak pada kepantasan mereka dalam perlawanan. Spurs adalah pasukan yang menggemari bola sepak bertekanan tinggi (high pressing).

Kelemahan pasukan ini adalah mungkin lebih kepada kesilapan individu ketika bertahan. Mereka kerap melepaskan bola yang mengundang bahaya di kawasan sendiri.

Tidak lupa juga mentaliti pemain mereka ketika bermain dengan lawan seperti Manchester United. Mereka kerap menjadi pasukan yang berbeza karakter dalam perlawanan besar.

Isu ini seakan-akan semakin diperbaiki dalam beberapa musim kebelakangan ini, namun simptom itu tetap muncul pada waktu-waktu tertentu.

Pemain Tumpuan

Henrik Mkhitaryan (Manchester United)

Tidak pasti sama ada beliau akan diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam perlawanan ini. Ini kerana Jose Mourinho berkata sebelum ini, pemain ini masih perlu belajar untuk mengadaptasi bola sepak Inggeris.

Pandangan kami, Henrik Mkhitaryan adalah pemain yang berhak untuk berada dalam kesebelasan utama mereka selepas aksi cemerlang beliau dalam Liga Europa dan beberapa perlawanan sebelum itu.

Beliau memperbaiki isu kepantasan dan kualiti sebagai penjaring gol tambahan.

Hugo Lloris (Tottenham Hotspurs)

Spurs memiliki unit yang berkapabiliti untuk menjaringkan gol. Namun untuk mempertahankannya, itu yang sentiasa menjadi isu sejak beberapa perlawanan kebelakangan ini.

Hugo Lloris antara penjaga gol berpengaruh di EPL. Beliau juga berpotensi untuk menjadi pengubah nasib pasukan seperti mana yang kerap dilakukan Davi De Gea.

Namun berita gembira sudah pastilah melihat kepulangan Toby Alderweireld ke dalam pasukan.

Fakta Opta

  • Manchester United hanya menang 2 daripada 8 perlawanan EPL terakhir menentang Spurs (Seri 3, Kalah 3)
  • Untuk Spurs pula, Old Trafford adalah gelanggang lawan yang paling banyak mereka kalah dalam EPL (Kalah 19, Menang 2, Seri 3)
  • Gawang Spurs adalah salah satu daripada 7 pasukan yang Wayne Rooney robek lebih daripada 10 kali.
  • Harry Kane masih belum menjaringkan gol ke atas Manchester United dalam EPL
  • Purata umur untuk kesebelasan utama Spurs musim ini setakat ini adalah 25 tahun, 238 hari. Ia adalah yang paling muda
  • Zlatan Ibrahimovic telah menjaringkan 71 gol daripada 70 perlawanan liga (termasuk Ligue 1 dan EPL) sejak 2012/13.
  • Zlatan juga sangat sukakan Disember. Daripada 34 penampilan liga (Premier League, Serie A, La Liga dan Ligue 1) ,beliau menjaringkan 34 gol setakat ini. Purata 1 gol 1 perlawanan liga pada Disember.

Siapa Akan Menang?

Perlawanan ini sangat mustahak untuk kedua-dua pasukan merapatkan kedudukan dengan pasukan di ranking lebih tinggi dalam liga.

Spurs akan memintas City untuk menghuni tangga ke-4 jika menang. United pula akan merapatkan kedudukan dengan defisit 3 mata sahaja dari Spurs jika mereka menang.

Baca juga : Sergio Ramos Pakar Jaringan Pada Minit Ke-90 Dan Masa Kecederaan

The post Previu EPL 2016/17Manchester United vs Spurs : Old Trafford Gelanggang Tidak Digemari Spurs appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Previu Piala AFF 2016: Tidak Ada Alasan Untuk Malaysia Tidak Menang!

Malaysia akan memulakan kempen mereka menentang Kemboja pada 4.30 petang ini. Selaku naib juara edisi sebelum ini, Malaysia sudah pastilah pasukan pilihan.

Berikut adalah 5 perkara yang kami gariskan menjelang pertemuan pertama ini.

1. Rekod Pertemuan

Berdasarkan rekod pertemuan, kedua-dua pasujan pernah bertemu 13 kali. 10 kemenangan milik Malaysia, 1 keputusan seri.

2 kemenangan dimiliki Kemboja pada 1956 dalam Piala AFF dan pada 1970 dalam Piala Asia, di mana Kemboja menggunakan nama Republik Khmer.

7 pertemuan terakhir adalah milik 100% Malaysia dengan 7 kemenangan. 36 gol dijaringkan Malaysia dalam 7 aksi terakhir tersebut dan hanya 8 direkodkan oleh Kemboja.

2. Penyakit Perlawanan Pertama Malaysia

Malaysia masih belum pernah menang dalam perlawanan pembukaan Piala AFF Suzuki sejak 2008.

Pada edisi 2010, Malaysia dibelasah Indonesia 5-1 pada perlawanan pembukaan. Edisi yang sama menyaksikan Malaysia membalas dendam dengan menang perlawanan akhir timbal balik menentang Indonesia dengan 4-2.

mas1

Pada edisi 2012, di mana Malaysia menjadi tuan rumah bersama Thailand, pasukan negara kita ditewaskan Singapura 3-0 dalam perlawanan pertama.

Pada edisi 2014, Malaysia diikat 0-0 oleh pasukan Myanmar. Jadi dalam 3 edisi terakhir Malaysia tewas 2 kali dan seri sekali dalam perlawanan pembukaan.

Sekadar menjaringkan 1 gol dan bolos 8 kali.

3. Kekuatan Misteri Kemboja

Pasukan ini mungkin antara salah satu pasukan di Asia Tenggara yang menunjukkan peningkatan yang signifikan walaupun kualiti mereka masih di belakang negara lain.

camb1

Rekod 5 perlawanan terakhir mereka adalah dengan 4 kemenangan dan 1 kekalahan. Sebelum ini kita melihat sukarnya pasukan kita menewaskan Timor Leste dan Singapura.

camb

Pasukan ini ada rekod 3 kemenangan ke atas 2 pasukan tersebut (2-Timor Leste, 1-Singapura) dalam 11 perlawanan terakhir mereka tahun ini.

Mereka diberikan label pasukan paling lemah dalam kumpulan B. Ini bukan bermakna skuad negara kita ada jaminan untuk menang mudah ke atas mereka.

Beraksi dengan tekanan yang rendah, akan membantu Kemboja untuk bermain bola sepak lebih semula jadi.

4. Taktikal Datuk Ong Kim Swee

HARIMAU MALAYSIA / ONG KIM SWEE

Buat masa ini, Datuk Ong masih belum ada formasi dan taktikal yang dominan. Diharap beliau dan anak-anak buahnya mampu memberikan output dengan perancangan mereka.

Sebelum ini Datuk Ong Kim Swee menggariskan isu itu berlaku kerana wujud beberapa isu. Contohnya kesukaran untuk mengumpulkan kesebelasan terbaik dalam masa yang diharapkan beliau.

Dalam beberapa perlawanan ujian sebelum ini, skuad Malaysia mencuba beberapa formasi asas termasuk 4-1-1-4, 4-3-3 dan 4-4-2.

Cabaran seterusnya adalah, pasukan yang dibentuk Datuk Ong boleh dikatakan agak bergelut untuk membentuk keserasian.

Kali ini, pasukan ini amat berbeza dengan sebelum ini selepas beberapa tonggak utama negara kita sudah pun bersara. Diharap pemain yang ada akan dapat memberikan aksi terbaik dan keputusan positif.

5. Pemain Tumpuan

Chan Vathanaka adalah pemain yang harus diberikan tumpuan. Pemenang kasut emas Liga Kemboja pada 2015 pada usia 21 tahun ini adalah pemain yang sangat meningkat naik dalam pasukan ini.

Chan Vathanaka. - kredit gambar : FourFourTwo Malaysia

Chan Vathanaka. – kredit gambar : FourFourTwo Malaysia

Beliau menjadi asas kekuatan pasukan Kemboja. Beliau sudah merobek gawang Singapura, Hong Kong dan Timor Leste sebelum ini.

Untuk pasukan Malaysia, kami merasakan Baddrol Bakhtiar adalah pemain yang akan menjadi nadi pasukan Malaysia kerana Datuk Ong Kim Swee jelas menjadikan beliau sebagai titik fokal kepada taktikal.

Kerap dikritik kerana aksi beliau yang lemah ketika bertahan dan terlalu banyak melakukan hantaran jauh. Kami percaya, kepimpinan dan pengalaman Baddrol amat penting dalam pasukan kebangsaan yang ada.

Beberapa musim kebelakangan ini, beliau banyak beraksi di sayap kanan dan juga kiri ketika bermain di bawah sistem Tan Cheng Hoe.

baddrol

Namun begitu, dalam skuad kebangsaan, Baddrol adalah pilihan utama untuk menggalas posisi di tengah. Kerapkali beliau bermain di posisi tengah bertahan.

Pada pendapat kami, beliau lebih efektif bermain box to box berbanding dengan defensive midfielder.

Sebelum Wisel

Ini adalah perlawanan penting untuk Malaysia dan misi wajib menang. Agak menarik untuk menunggu senarai kesebelasan utama skuad negara kita dan bagaimana formasi mereka.

Pada masa yang sama, kita juga sudah pasti mahu melihat potensi yang ada pada skuad Kemboja dalam perlawanan ini.

Baca juga : 5 Gol Terbaik Yang Pernah Dijaringkan Pemain Malaysia Di Piala AFF

The post Previu Piala AFF 2016: Tidak Ada Alasan Untuk Malaysia Tidak Menang! appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Teknologi Garisan Gol: Teknologi Yang Bermula Selepas Gol Lampard vs Neuer Tidak Dikira

Dalam bola sepak, tidak semua orang akan gemar dengan keputusan pengadil. Pengadil banyak membuat kesilapan, kata mereka.

Tetapi dalam pada masa yang sama, tidak semua juga orang yang gemar apabila bola sepak yang terlalu dikawal oleh teknologi.

Alasan mereka adalah ia akan mengurangkan drama dan emosi dalam bola sepak. Teknologi akan membuatkan bola sepak itu tidak ‘hidup’ dan seperti permainan video FIFA ataupun PES.

Teknologi Garisan Gol ataupun bahasa universalnya Goal Line Technology (GLT) telah dicadangkan sejak awal tahun 2000 lagi.

Namun FIFA merasakan perkara itu sebagai tidak perlu.

Namun selepas beberapa kontroversi yang melibatkan gol melepasi garisan gol atau tidak berlaku, FIFA menerima lebih banyak permintaan agak GLT dilaksanakan dengan kadar segera.

FIFA melambatkan proses perlaksanaan GLT sehinggalah berlangsungnya temasya Piala Dunia 2014, hampir 14 tahun selepas cadangan tersebut dikemukakan.

Jaringan Lampard yang dibatalkan

Ketika Jerman dan England bertemu dalam perlawanan peringkat 16 pasukan terbaik Piala Dunia 2010, England ketinggalan 2-0 di belakang Jerman hanya selepas 32 minit.

5 minit kemudian, Matthew Upson merapatkan jurang menjadi 2-1.

Tidak lama selepas itu Frank Lampard merembat bola dari jarak jauh. Rembatannya terkena palang dan melantun jatuh di dalam garisan gol.

lampard-disallowed-goal-world-cup-2010_xx9pt8pcl04210a8mvk0pnyey

Disebabkan GLT tidak dilaksanakan, perlawanan diteruskan kerana pengadil perlawanan Jorge Larrionda tidak dapat mengesahkan gol tersebut.

Pemain England begitu kecewa sehingga mereka membiarkan kekecewaan mereka mempengaruhi persembahan mereka seterusnya. Jerman menang 4-1 dalam perlawanan tersebut.

Kontroversi ini membuatkan FA England menguatkan lagi sokongan penggunaan GLT. Pada 2013, England menjadi negara pertama di Eropah menggunakan GLT dalam liga domestik mereka.

Jaringan Edin Dzeko (gambar di bawah) menentang Cardiff City pada 18 Januari 2014 adalah jaringan pertama yang ditentukan melalui teknologi garisan gol.

goalline-tech-in-epl

Teknologi garisan gol Piala Dunia Brazil 2014

Setelah melihat keberkesanannya dalam Liga Perdana Inggeris, FIFA menggunakan teknologi tersebut dalam temasya Piala Dunia Rio 2014. FIFA memilih GoalControl sebagai pembekal utama teknologi tersebut.

Gol pertama yang diadili dengan GLT dalam Piala Dunia adalah cubaan gol Karim Benzema ketika Perancis menentang Honduras di peringkat kumpulan.

Gol tersebut disahkan sebagai jaringan sendiri oleh penjaga gol Honduras.

554f8acc-3b77-4dac-99d0-6051fdb7f044-2060x1236

Bercakap kepada goal.com, Frank Lampard sangat meyokong penggunaan teknologi tersebut.

Lampard menyifatkan jaringan beliau yang dibatalkan pengadil sebelum ini telah menjadi titik tolak kepada penggunaan GLT dalam bola sepak.

Bagaimana ia berfungsi?

Setiap teknologi garisan gol menggunakan kaedah dan sistem yang berbeza-beza. Hanya teknologi yang diiktiraf oleh FIFA sahaja boleh digunakan.

Sistem GLT adalah automatik. Isyarat gol akan dihantar serta merta kepada jam tangan khas yang digunakan oleh pengadil dalam masa 1 saat.

165012893_2176026401001_901868133-4619-1361296053942

Namun begitu dalam Piala Dunia 2014, FIFA tetap memberikan pengadil kuasa sebagai penentu mutlak keputusan.

Isyarat akan dihantar kepada pengadil dalam masa 1 saat. Pengadil akan berhubung dengan bilik kawalan dan memberitahu sama ada beliau memerlukan keputusan GLT atupun tidak. Jika tidak, GLT tidak akan dipaparkan.

491677645ml00118-colombia-v

Untuk mendapatkan pengiktirafan daripada FIFA, GLT perlu melalui beberapa fasa ujian dengan jawatankuasa khas FIFA.

article-2385936-1305d360000005dc-101_634x378

Berikut adalah 5 teknologi yang telah diberikan pengiktirafan dan diberikan lesen oleh FIFA untuk GLT.

1. GoalControl

Ia adalah teknologi daripada Jerman yang menggunakan 14 kamera berkelajuan tinggi yang dipasang di semua penjuru stadium. Setiap 7 kamera akan fokus kepada setiap 1 permukaan gol.

GoalControl telah menjadi pilihan utama FIFA dalam implementasi GLT. Ujian pertama dilakukan pada Piala Konfederasi FIFA 2013.

Pada Piala Dunia 2014, GoalControl turut menjadi pilihan FIFA.

2. Hawk-Eye

Ini adalah teknologi yang paling popular dalam GLT. Ini mungkin kerana ia menjadi teknologi GLT pertama yang digunakan secara meluas dalam EPL musim 2013/14; liga Eropah pertama yang menggunakan GLT.

Hawk-Eye sebelum ini sudah lama digunakan dalam sukan kriket, tennis, dan snooker. Kini ia turut digunakan dalam sukan seperti badminton.

Ia mirip dengan sistem GoalControl. Hawk-eye menggunakan kamera berkelajuan tinggi dengan 7 kamera khas dipasang untuk fokus kepada 1 garisan gol.

2153297_big-lnd

Hawk-Eye dan GoalControl masing-masing bole menghasilkan keputusan yang tepat walaupun sudut padangan beberapa kamera mereka terhalang.

article-0-1b5ae5af000005dc-379_634x380

3. Sistem GLT Cairos

Ia adalah satu teknologi yang dibangunkan oleh Adidas, dimana ada cip ‘sensor’ di pasang di dalam bola. Ia berbeza dengan GoalControl dan Hawk-Eye yang menggunakan kamera berkelajuan tinggi.

12t_large

Sensor yang dipasang di dalam bola ini akan mengesan medan magnet yang dihasilkan oleh wayar nipis yang dipasang di bawah kotak penalti.

Komputer menjejaki kedudukan bola tersebut melalui cip sensor. Isyarat akan dihantar kurang dari 2 saat apabila bola melintasi garisan gol.

cair

4. GoalRef

Digunakan untuk kali pertama pada Piala Dunia Kelab FIFA 2012. Teknologi dari Jerman ini menggunakan prinsip asas induksi magnet.

Medan magnet yang dihasilkan sekitar lingkaran tiang gol akan bertindak balas terhadap gerakan bola yang dipasang dengan litar elektronik pasif, melepasi kawasan gol.

article-2243982-1661671c000005dc-444_634x424

5. GoalMinder

Ia mirip dengan GoalRef cuma ia menggunakan kamera berkelajuan tinggi yang dipasan di sekitar tiang gol. Ia akan menghantar rakaman tersebut kepada pengadil dan membiarkan pengadil membuat keputusan.

Kesimpulan

GLT adalah teknologi yang memudahkan tugas pengadil dalam membuat keputusan paling penting dalam perlawanan bola sepak.

Namun begitu, kos yang tinggi membuatkan teknologi ini tidak mampu dimiliki oleh banyak pasukan-pasukan di liga utama di Eropah.

Bundesliga dan Serie A antara liga yang baru sahaja menggunakan GLT secara menyeluruh selepas sebelum ini banyak kelab tidak mampu untuk membayar kos yang mahal.

La Liga baru sahaja mengumumkan mereka masih tidak mampu melaksanakan penggunaan GLT kerana masih banyak kelab La Liga yang tidak mampu.

Untuk GoalControl dengan Hawk-Eye, kos keseluruhan dikatakan berjumlah sekitar £250,000.

Baca juga: Nike Perkenal Anti-Clog Traction, Kasut Bola Halang Lecah Melekat Di Tapak

The post Teknologi Garisan Gol: Teknologi Yang Bermula Selepas Gol Lampard vs Neuer Tidak Dikira appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Malaysia ketandusan pemain berbakat? Oh, tidak…

Berita persaraan awal empat orang pemain dari kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang ingin berhenti menyarung jersi kebangsaan sememangnya mencetuskan pelbagai reaksi terutamanya daripada beberapa pihak yang masih mengambil berat tentang senario bolasepak tanahair. Setiap kali ada isu yang melibatkan pasukan kebangsaan ‘Harimau Malaya‘, maka akan timbullah semula ketidakpuasan hati orang ramai terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Penukaran nama pasukan kebangsaan kepada “Harimau Malaysia” yang diumumkan oleh FAM dan penajanya tidak lama dahulu nampaknya telah terbukti tidak memberi apa-apa makna.

Safiq Rahim, Aidil Zafuan, dan Tunku Ismail (TMJ) bersama Piala AFC.
(kredit: www.bharian.com.my / johorsoutherntigers.com.my)

Apabila Mohd Safiq Rahim (29 tahun), Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak (29 tahun), Kunanlan a/l Subramaniam (30 tahun), dan Mohd Amirulhadi Zainal (30 tahun) membuat keputusan untuk bersara daripada skuad kebangsaan walaupun masih lagi boleh berbakti, ia merupakan satu tamparan hebat buat barisan kepimpinan di FAM. Samada mereka sedar setelah ditampar dengan begitu hebat atau tidak, entahlah. Selepas ini, janganlah terlalu hairan sekiranya Datuk Ong Kim Swee pula yang akan menerima nasib yang serupa dengan Dollah Salleh, seorang jurulatih yang sangat berwibawa dan juga bekas pemain kebangsaan yang bertaraf bintang pun terpaksa meletakkan jawatan kerana dipersalahkan sebagai ketua jurulatih kebangsaan. Semua orang dengan mudahnya ditolak ke tepi dan dibuang kecuali anda tahu siapa, yang bertali leher berbelang kuning-hitam!

Lazimnya, seseorang pemain kebangsaan tidak mengumumkan persaraan daripada bolasepak antarabangsa melainkan sudah terlalu tua atau mengalami kecederaan yang sangat serius. Selain daripada itu, seseorang pemain itu tidak pernah bersara secara rasmi daripada mewakili negara. Cuma, apa yang terjadi adalah mereka tidak lagi dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan. Hanya apabila seseorang pemain itu menggantung but dan tidak lagi bermain dalam mana-mana liga maka umum mengetahui bahawa pemain tersebut secara automatiknya terus bersara daripada arena bolasepak profesional. Oleh itu, sekiranya seseorang pemain kebangsaan yang masih berada di kemuncak prestasi, apatah lagi merupakan ketua pasukan atau timbalan ketua pasukan bersara secara mengejut itu bermakna terdapat masalah besar yang sedang menimpa.

Peletakan jawatan seorang presiden belum mampu
menyelesaikan masalah kerana punca masalah
adalah memberi amanah kepada bukan ahlinya.

Walau bagaimanapun, adalah tidak adil seandainya Presiden FAM iaitu Tengku Mahkota Pahang, DYTM Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah sahaja yang dibidas memandangkan tanggungjawab mempertahankan maruah bolasepak negara tidak terletak di atas bahu seorang presiden semata-mata. Tanggungjawab mempertahankan maruah serta mengangkat martabat bolasepak negara sebenarnya dipikul oleh semua yang terlibat bermula dari para pemain sehinggalah kepada para penyokong. Namun begitu, pihak yang berada di tengah-tengah yang menghubungkan antara para pemain dengan para penyokong itu adalah para pegawai. Para pegawailah yang memainkan peranan paling besar sekali dalam memastikan kedua-dua belah yakni para pemain dan para penyokong sentiasa mendapat apa yang sewajarnya. Tanpa para pemain maka tiadalah yang akan bermain bolasepak dan tanpa para penyokong maka tiadalah yang akan menonton perlawanan bolasepak. Tanpa kedua-duanya, tiada gunanya lagi untuk melantik sebarang pegawai walaupun dibayar gaji buta.

Oleh yang demikian, kalaulah para pegawai hanya mementingkan kehidupan mewah dengan bercuti ke luar negara serta bekerja sambil lewa, kenapa pula hendak terkejut jika ada pihak yang marah sehingga mahu beri penyepak (dengan tangan) dan penyepak (dengan kaki)? Memanglah kekerasan dan keganasan bukan boleh menyelesaikan masalah tetapi mengapa pula harus membuka ruang dan peluang untuk semua itu? Tidakkah mengundang masalah namanya itu? Hatta, masalah jangan dicari, tetapi bila ada masalah jangan pula lari. Jelas sekali, sudah tiba masanya untuk para pegawai di FAM berubah jika tidak mahu diubah dari kedudukan mereka sekarang. Selagi mana yang tidak bersalah dipersalahkan dan yang bersalah boleh terlepas, selagi itulah sejarah kegemilangan bolasepak negara semakin jauh dari penglihatan.

Tugas berat kini menanti Ong Kim Swee untuk melaksanakan
perubahan drastik dalam merubah wajah skuad kebangsaan.
(gambar: says.com)

Selepas aksi Play-Off 1 Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Timor-Leste awal bulan Jun yang lalu, skuad kebangsaan sepatutnya sudah mula membuat persiapan untuk Piala Suzuki AFF 2016 pada penghujung November nanti. Namun, apa yang berlaku hanyalah gangguan yang bakal merencatkan persediaan Malaysia sahaja. Dalam siri beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa dalam Jelajah Oceania baru-baru ini, sudahlah negara tewas 0-2 kepada Papua New Guinea (naib juara Piala Negara-negara Oceania 2016 dan ranking ke-193 dunia), kemenangan tipis 2-1 bertemu New Caledonia (ranking ke-183 dunia) pula tidak diiktiraf FIFA atas kesilapan teknikal tuan rumah khabarnya. Mujurlah dapat juga satu keputusan seri 1-1 dalam perlawanan dengan Fiji (ranking ke-186 dunia). Dengan ketiadaan kapten Safiq Rahim dan tiga rakan-rakannya, selepas ini cuma tinggal empat perlawanan persahabatan antarabangsa sahaja lagi dalam bulan September dan Oktober sebelum pasukan negara memberikan cabarannya di peringkat Asia Tenggara. Samada pasukan negara mampu bersaing atau tidak, kita tunggu dan lihat sahajalah nanti.

Sudah tentu, ketiadaan pemain-pemain tonggak dan berpengalaman pastinya menggusarkan para peminat bolasepak tempatan. Menggantikan mereka dengan pemain-pemain lain bukanlah perkara yang mudah kerana memang susah untuk mencari mahupun mengenal pasti bintang-bintang baru manakah yang akan bersinar sama cerah kalau tidak lebih terang daripada bintang-bintang terdahulu. Maka akan timbul persoalan di benak fikiran orang-orang yang tertentu, adakah Malaysia ketandusan pemain berbakat? Jawapannya, (inshaaAllah) sudah tentu tidak. Betulkah Malaysia masih mempunyai pemain-pemain berbakat? Ya, samada sedar atau tidak, tahu atau tidak tahu, negara kita yang bertuah ini sentiasa dianugerahkan dengan pemain-pemain berbakat sejak dahulu lagi. Hanya orang-orang yang tidak menghargai mereka sahaja yang tidak nampak dan membazirkan bakat mereka. Siapakah calon-calon pemain yang diharapkan boleh menggantikan tempat pemain-pemain “pencen” awal yang sungguh telah banyak berjasa selama ini?

Adakah sirih akan pulang ke gagang?
(sumber: www.slsgsoccer.com)

DUNIA BOLA SEPAK

Pengeboman Ankara Dan Istanbul: Mengapa Turki Tidak Mendapat Kempen Solidariti Seperti Paris?

Pada petang Sabtu 13 Mac 2016 yang lepas, sebuah bom meletup berhampiran dengan perhentian bas di tengah bandar Ankara. Letupan bom tersebut meragut 37 nyawa orang awam. Ratusan lagi cedera.

Antara yang terkorban adalah Kemal Bulut; bapa kepada penyerang Turki dan Galasataray, Umut Bulut.

Umut Bulut merupakan penyerang berusia 32 tahun dan sudah mempunyai 36 caps bersama pasukan kebangsaan Turki.

_88765456_tweettt

Untuk pengetahuan anda, letupan bom yang mengorbankan bapa Umut Bulut ini merupakan serangan maut ke-4 yang berlaku di Turki sejak Oktober 2015.

Empat serangan ini saja sudah mengorbankan sekurang-kurangnya 175 nyawa orang awam, jauh melebihi 130 nyawa yang diragut oleh kes pengeboman Paris pada November 2015 yang lepas.

Dan ketika artikel ini ditulis, bandar Istanbul baru saja (2 hari lepas) menjadi saksi serangan bom yang mengorbankan sekurang-kurangnya 4 orang.

Tetapi di mana kempen solidariti untuk Turki?

Di mana kempen ‘Je suis’ untuk Ankara dan Istanbul?

Di mana kempen ‘Pray for Turkey’?

Di mana Facebook app yang membolehkan pengguna menukar gambar profil mereka kepada bendera Turki?

Latar belakang serangan bom di Turki

Kami pernah menulis dalam artikel ‘Penyokong Turki Ejek Upacara Tafakur Untuk Mangsa Keganasan Paris’ bahawa konflik berpanjangan di Turki berpunca daripada pergeseran antara Parti Buruh Kurdistan (PKK) dengan kerajaan pusat Turki.

PKK adalah parti politik yang memperjuangkan hak orang Kurdish untuk memperolehi negara sendiri sejak 1978. Tetapi permintaan mereka tidak pernah dilayan oleh kerajaan Turki.

Ini menyebabkan PKK dan cawangan partinya yang lebih radikal – Helang Pembebasan Kurdistan (TAK) – bertindak balas melancarkan siri-siri serangan terhadap tentera Turki.

Apabila serangan terhadap tentera Turki tidak mencukupi, PKK dan TAK mula menyasarkan orang awam pula.

Tak cukup dengan serangan daripada orang Kurdistan di Turki yang mahukan kemerdekaan, kerajaan Turki juga terpaksa berhadapan serangan daripada Islamic State (IS).

Pergeseran kerajaan Turki dengan IS bermula selepas Turki membenarkan Amerika Syarikat menggunakan pangkalan tentera udara mereka di Incirlik.

Ini membolehkan Amerika Syarikat dapat melancarkan serangan udara terhadap IS di Iraq dan Syria.

Jika anda merupakan presiden Turki, anda pastinya pening kepala. Anda mempunyai dua musuh iaitu TAK dan IS; dan kedua-duanya gemar menggunakan pengebom berani mati yang mengorbankan orang awam.

politik turki

Sejak Oktober 2015, Turki sudah menyaksikan 4 tragedi gara-gara pengebom berani mati dari TAK dan IS:

1. Oktober 2015: Lebih 100 orang awam mati selepas 2 pengebom berani mati menyasarkan ribuan peserta perhimpunan keamanan antara Kurdistan dengan kerajaan Turki di Ankara. IS mengaku bertanggungjawab.

2. Januari 2016: 12 pelancong Jerman terkorban selepas diserang pengebom berani mati di Istanbul. IS mengaku bertanggungjawab.

3. Februari 2016: 28 tentera Turki terbunuh dalam konvoi ketenteraan di Ankara. TAK mengaku bertanggungjawab.

4. Mac 2016: 35 orang awam terkorban selepas diserang oleh pengebom berani mati wanita di Ankara. TAK mengaku bertanggungjawab.

Dan pada Sabtu lepas (19 Mac 2016), seramai 4 orang awam pula terkorban dalam selepas diserang oleh seorang pengebom berani mati di Istanbul. Kerajaan Turki menyalahkan IS atas tragedi ini.

Sehari kemudian (20 Mac 2016), gabenor Istanbul mengumumkan pembatalan perlawanan Kıtalararası Derbi antara Galatasaray dengan Fenerbahce atas tujuan keselamatan.

Kerisauan gabenor Istanbul itu sebenarnya ada asasnya kerana jarak lokasi pengeboman Sabtu lepas dengan stadium Galatasaray, Turk Telecom Arena hanyalah 11km sahaja.

Mengapa tiada kempen solidariti untuk Turki?

Satu-satunya jawapan yang boleh kami beri kepada soalan ini adalah sikap tak peduli orang ramai terhadap apa yang berlaku di Turki.

Ia dijelaskan dengan lebih tepat melalui post Facebook ini:

For those who do not know Turkey, or who distance themselves from these attacks, maybe this will open your eyes.The…

Posted by James Taylor on Sunday, March 13, 2016

Bak kata si penulis:

“Jika kita boleh berasa sedih terhadap kegansan yang berlaku kepada mangsa Paris, mengapa kita tidak menunjukkan sentimen sama kepada Ankara?”

“Jika anda tak dapat menunjukkan kesedihan sama yang anda tunjukkan semasa serangan Paris, mungkin anda perlu berfikir mengapa. Mengapa anda merasakan sebegitu?”

Jika media antarabangsa tidak memberikan sentimen sama yang mereka berikan semasa serangan Paris, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai komuniti peminat bola sepak yang prihatin untuk memberikan solidariti kita kepada Turki.

Anda tak berdiri berseorangan, Turki!

Baca juga: ‘Penyokong Turki Ejek Upacara Tafakur Untuk Mangsa Keganasan Paris’

The post Pengeboman Ankara Dan Istanbul: Mengapa Turki Tidak Mendapat Kempen Solidariti Seperti Paris? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms: