Bola Sepak : Luis Enrique Bakal Tinggalkan FC Barcelona

Ketua Jurulatih FC Barcelona, Luis Enrique mengumumkan beliau bakal meninggalkan pasukannya pada penghujung musim 2016/17 selepas membimbing FC Barcelona selama 3 musim. Beliau yang menggantikan Ketua Jurulatih dari Argentina, Gerrado Martino pada 19 Mei 2014 berjaya membawa pasukannya muncul Juara La Liga Sepanyol (2 Kali), Juara Copa de Rey (2 kali), Juara Supercopa de Espana (1 kali), Juara UEFA Champions League (1 kali), Juara UEFA Super Cup (1 kali) dan Juara FIFA Club World Cup (1 kali).

Bual Sukan percaya, pihak pengurusan kelab FC Barcelona pastinya akan mencari calon Ketua Jurulatih terbaik bagi membimbing pasukan FC Barcelona untuk musim baru kalendar bola sepak eropah musim 2017/18 akan datang. Dengan barisan pemain-pemain bertaraf bintang seperti Lionel Messi, Luis Suarez, Neymar dan ramai lagi, pastinya tiada masalah untuk Ketua Jurulatih baru yang bakal dilantik membimbing pasukan untuk musim akan datang.     

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Kontrak Aubameyang Mempunyai Klausa ‘Tidak Akan Tinggalkan Dortmund Jika Reus Kekal’

Bromance antara penyerang Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang dengan kawan baiknya, Marco Reus mungkin antara yang paling unik dalam dunia bola sepak.

Menurut laporan Bild dan laman web transfermarkt.com, kontrak Aubameyang mempunyai klausa khas yang membuatkannya berjanji ‘tidak akan tinggalkan Borussia Dortmund selagi Marco Reus kekal di Dortmund’.

Ini adalah sesuatu yang logik kerana ‘Batman’ tidak pernah meninggalkan ‘Robin’.

Pada bulan Febuari 2015 yang lepas, Marco Reus menandatangani kontrak baru 4 tahun untuk kekal di Signal Iduna Park sehingga 2019.

Ini mendorong kawan baiknya, Pierre-Emerick Aubameyang untuk turut menandatangani kontrak baru pada Julai 2015 untuk kekal memakai jersi kuning hitam Dortmund sehingga 2020.

Baru-baru ini, Aubameyang dikaitkan dengan gosip perpindahan ke FC Barcelona dan Arsenal. Akhbar Bild melaporkan Dortmund tidak akan melepaskan Aubameyang dengan bayaran kurang €60 juta.

Ketika ini, Aubameyang sedang mendahului senarai penjaring terbanyak Bundesliga bersama Robert Lewandowski dengan 14 gol.

Baca juga: Reaksi Pemain Bundesliga Kepada Rating FIFA 16 Mereka

The post Kontrak Aubameyang Mempunyai Klausa ‘Tidak Akan Tinggalkan Dortmund Jika Reus Kekal’ appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Fadzli Saari tinggalkan ATM; pulang sertai Sime Darby

Sumber: Berita Harian

KUALA LUMPUR: Selepas hanya setengah musim menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Fadzli Saari sah kembali ke pangkuan Sime Darby FC, hari ini untuk membantu pasukan berstatus kelab itu keluar daripada kedudukan tercorot Liga Super ketika ini. 

Fadzli, 32, yang pernah menyarung jersi Pahang, Selangor, KL PLUS dan T-Team beraksi selama dua musim bersama Sime Darby FC pada 2013 dan 2014 sebelum membuat keputusan berpindah ke ATM, awal musim ini. 

Namun, peluang terhad beraksi selain lebih diletakkan sebagai penyerang berbanding posisi digemarinya iaitu pemain tengah dilihat punca dia memilih kembali ke Sime Darby ketika pintu perpindahan kedua dibuka dari 1 April lalu hingga 28 April ini.


“Hari ini baru saja kami menyelesaikan perpindahan Fadzli dari ATM. Tapi dia tidak dibawa ke Kota Bharu untuk aksi suku akhir kedua Piala FA bertemu Kelantan, esok. 

Ismail lega “Dia hanya akan buat penampilan sulung bertemu bekas pasukannya, ATM pada aksi Liga Super di Selayang, Sabtu ini,” kata jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria ketika dihubungi, hari ini. 

Ismail turut yakin kehadiran semula Fadzli mampu memperbaiki kedudukan Sime Darby yang kini di tangga ke-12 Liga Super tanpa sebarang kemenangan selepas lapan perlawanan dengan hanya meraih satu mata hasil sekali seri dan tewas tujuh kali. 

“Sepanjang dua musim Fadzli bersama Sime Darby, dia banyak membantu pasukan. Harap dia dapat memperkasa posisi tengah kami kerana dia memiliki ketinggian dan kualiti bertahan serta sifat kepimpinan tinggi yang diperlukan di posisi berkenaan. 

“Saya tak kisah kerana dia meninggalkan pasukan pun dengan cara baik dan kini dia mahu kembali semula. Tapi dia tetap perlu mengembalikan tahap kecergasan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama,” tegas Ismail. 

Dalam pada itu, Ismail menafikan dirinya sudah dipecat oleh Sime Darby ekoran kegagalan pasukan itu meraih sebarang kemenangan selepas lapan aksi Liga Super musim ini. “Saya masih kekal jurulatih dan pihak pengurusan sentiasa memahami keadaan kami,” katanya.



LIGA BOLASEPAK MALAYSIA

Incoming search terms: