Bola Sepak : Pusingan 16 UEFA Piala Liga Europa 2016/17

Saingan UEFA Piala Liga Europa 2016/17 atau UEFA Europa League 2016/17 telah memasuki pusingan 16 pasukan terbaik. 16 pasukan ini akan bersaing bagi merebut 8 slot pasukan ke suku akhir. 16 kelab tersebut terdiri daripada 3 kelab dari Belgium, 2 kelab masing-masing dari Jerman dan Russia serta masing-masing 1 kelab dari negara Sepanyol, England, Itali, Perancis, Belanda, Greece, Turki, Denmark dan Cyprus. Antara pasukan pilihan yang masih meneruskan cabaran ke Pusingan 16 Pasukan Terbaik ini adalah seperti pasukan Manchester United, AS Roma dan Schalke 04. Namun begitu, saingan pasukan lain juga pastinya sengit dan kejutan pasti berlaku seperti edisi-edisi lalu.  

Undian Pusingan 16 pasukan terbaik telah diadakan pada 24 Februari 2017 yang lalu. Perlawanan Pusingan Pertama dijadualkan berlangsung pada 9 Mac 2017 manakala Perlawanan Pusingan Kedua pula dijadualkan berlangsung pada 16 Mac 2017 akan datang. Bual Sukan percaya, Pengurus pasukan masing-masing pastinya mempunyai perancangan formasi, strategi dan taktikal bertemu pasukan lawan. Setiap peluang dan ruang menjaringkan gol pastinya akan dimanfaatkan sebaiknya oleh pasukan masing-masing. Berikut adalah undian Pusingan 16 UEFA Piala Liga Europa 2016/17 akan datang : 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Pusingan 16 UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2016/17

Kejohanan berprestij kelab-kelab eropah UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2016/17 atau UEFA Champions League 2016/17 telah memasuki pusingan 16 pasukan terbaik. 16 pasukan ini telah berjaya muncul selaku juara serta naib juara peringkat kumpulan masing-masing. 16 kelab tersebut terdiri daripada 4 kelab Sepanyol, 3 kelab masing-masing dari Jerman dan England serta 2 kelab masing-masing dari Itali, Perancis dan Portugal. Pusingan 16 pasukan ini dijadualkan berlangsung pada 14,15, 21 dan 22 Februari 2017 bagi perlawanan pusingan pertama manakala pusingan kedua dijadualkan berlangsung pada 7,8,14 dan 15 Mac 2017 akan datang. Undian Pusingan 16 Terbaik Liga Juara-Juara Eropah telah dilangsungkan pada 12 Disember 2016 yang lalu. 16 pasukan ini akan bersaing merebut 8 slot ke pusingan suku akhir seterusnya menghampiri laluan ke perlawanan akhir di Cardiff, Wales pada bulan Mei 2017 akan datang. 
Juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah 2015/16, Real Madrid pastinya akan mempertahankan gelaran kejuaraan mereka pada edisi kali ini. Namun begitu, pasukan Real Madrid pastinya bakal berdepan laluan sukar apabila diundi bertemu kelab Itali, Napoli pada perlawanan pusingan 16 terbaik ini. Pada pandangan Bual Sukan, kesemua pasukan ini mempunyai peluang yang seimbang untuk melangkah ke peringkat suku akhir. Pengurus pasukan masing-masing pastinya mempunyai perancangan formasi, strategi dan taktikal menghadapi lawan mereka sama ada di tempat sendiri serta di tempat lawan. Saingan pastinya sengit dan tiada jalan mudah untuk ke semua pasukan ke saingan suku akhir akan datang. Dengan disiplin pertahanan dan serangan yang baik, pasukan yang berjaya mengadaptasikannya mampu mencerahkan laluan ke saingan berikutnya. 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Macam Mana Proses Kiraan Mata UEFA ‘Coefficient’ Dilakukan?

Pasti ada yang pernah terfikir, kenapa sesetengah negara perlu melalui peringkat kelayakan UEFA Champions League (UCL) atau Europa League (UEL) walaupun mereka adalah juara liga di negara mereka?

Hal ini kerana terdapat sistem perkiraan mata untuk menentukan sama ada pasukan dari satu-satu liga akan memperoleh slot automatik ke UCL dan UEL atau perlu melalui peringkat kelayakan.

Oleh itu, kami akan menjawab soalan pembaca kami mengenai cara perkiraan mata ini di dalam artikel ini.

Pengenalan

Sejak diperkenalkan pada 1979 oleh UEFA. Sistem yang dikenali sebagai UEFA coefficients mempunyai 3 perkiraan berbeza untuk kategori bola sepak lelaki di Eropah:

  • National team coefficients – sistem kiraan mata untuk pasukan kebangsaan. Digunakan untuk menentukan seeding sesebuah negara ketika kelayakan EURO dan pusingan akhir EURO.
  • Country coefficients – sistem kiraan mata untuk mengira jumlah kiraan mata sesebuah liga secara kolektif. Seterusnya menentukan bilangan slot sesebuah liga untuk UCL dan UEL.
  • Club coefficients – sistem kiraan mata untuk kelab. Ia akan menentukan kedudukan kelab dalam UEFA Club Ranking.

Jadi, dalam artikel ini kami akan menerangkan bagaiamana club coefficients yang kemudiannya memberikan kesan kepada country coefficients.

Mata kelayakan

Jika sesebuah pasukan itu bermula dari peringkat kelayakan. Jumlah mata yang ditawarkan sedikit berbeza untuk UCL dan UEL.

Jumlah mata coefficients untuk pusingan kelayakan UCL:

  • 0.5 mata untuk pasukan yang tersingkir di pusingan pertama kelayakan
  • 1.0 mata untuk pasukan yang tersingkir di pusingan kedua kelayakan

Bagi pasukan yang tersingkir di pusingan ketiga dan keempat UCL, tiada mata diberikan. Sebaliknya, mereka akan diberikan mata kelayakan UEL. Berikut jumlah mata untuk setiap pasukan UEL:

  • 0.25 mata untuk pasukan yang tersingkir di pusingan pertama kelayakan
  • 0.5 mata untuk pasukan yang tersingkir di pusingan kedua kelayakan
  • 1.0 mata untuk pasukan yang tersingkir di pusingan ketiga kelayakan
  • 1.5 mata untuk pasukan yang tersingkir di pusingan keempat kelayakan

Diperingkat kelayakan UCL atau UEL, sesebuah pasukan akan memperoleh 1 mata untuk setiap perlawanan yang mereka menang. Sementara 0.5 mata akan diberikan jika seri dan 0 untuk tewas.

Dan seterusnya bermula dari peringkat kumpulan hinggalah peringkat akhir UCL dan UEL, mereka akan memperoleh 2 mata untuk setiap kemenangan, 1 mata untuk seri dan 0 untuk tewas.

Mata bonus

Bermula dari peringkat kumpulan sehingga peringkat akhir UCL dan UEL, terdapat mata bonus untuk setiap pasukan yang melalui setiap peringkat. Berikut adalah kiraan mata bonus untuk setiap peringkat:

  • 4 mata bonus untuk bermain di peringkat kumpulan
  • 5 mata bonus untuk bermain di peringkat 16 pasukan terakhir
  • 1 mata bonus untuk setiap peringkat bermula dari suku akhir hingga ke akhir

Contoh pengiraan

Untuk mendapatkan kiraan yang lebih jelas. Kami mengambil contoh perkiraan untuk mata coefficient UCL menggunakan keputusan pasukan Celtic pada musim ini.

Celtic bermula di pusingan kedua kelayakan UCL dan tersingkir di peringkat kumpulan. Jadi berapakah mata coefficient Celtic musim ini? Kami kirakan untuk anda:

  • Peringkat kelayakan: 3.5 mata dari 6 perlawanan kelayakan (3 menang, 1 seri, 2 kalah)
  • Peringkat kumpulan: 3 mata dari 6 perlawanan kumpulan (3 seri, 3 kalah)
  • Mata bonus: 4 mata kerana bermain di peringkat kumpulan
  • Jumlah: 10.5 mata

Bagi pasukan UEL pula, kami mengira jumlah mata untuk pasukan Dundalk dari Ireland. Ia sedikit berbeza kerana Dundalk pada mulanya bermain di pusingan kelayakan UCL namun mereka tersingkir dan bermain di peringkat kumpulan UEL:

  • Peringkat kelayakan UCL: 2.5 mata dari 6 perlawanan kelayakan (1 menang, 3 seri, 2 kalah)
  • Peringkat kumpulan UEL: 3 mata dari 6 perlawanan kelayakan (1 menang, 1 seri, 4 kalah)
  • Mata bonus: 4 mata kerana bermain di peringkat kumpulan
  • Jumlah: 9.5 mata

Bagaimana pula dengan pengiraan country coefficient?

Slot untuk setiap liga di dalam UCL dan UEL dikira berdasarkan prestasi setiap pasukan dari setiap liga di 2 kejohanan tersebut pada setiap 5 tahun.

Berikut adalah cara-cara mengira mata coefficient untuk satu musim:

  • Mata club coefficient dari semua kelab dari liga negara A yang bermain di UCL dan UEL akan digabungkan.
  • Ia kemudiannya akan dibahagikan kepada jumlah pasukan dari liga negara A yang bermain di UCL dan UEL.
  • Jadi untuk mendapatkan jumlah coefficient untuk 5 musim. Hanya tambah sahaja jumlah purata mata coefficient dari setiap musim.

Jika anda lihat pada perkiraan kami tadi, ia cuma menghasilkan jumlah mata yang kecil.

Namun dalam kiraan UEFA, ia dikira dalam kiraan ribu.

Sebagai contoh, jika sebentar tadi kita mengira mata coefficient Celtic adalah 9.5 mata. Maka, jumlahnya adalah 9.500 mata.

Hal ini kerana, dalam peraturan pengiraan UEFA coefficient, kesemua kiraan dikira dalam bentuk ribu dan jumlah mata tidak akan dibundarkan.

Kesimpulan

Pengiraan UEFA coefficient ini memang diakui sedikit rumit dan agak sukar difahami.

Namun secara amnya, sistem ini amat mudah untuk menentukan jumlah mata yang disumbangkan oleh setiap kelab dalam kejohanan UCL dan UEL.

Namun begitu, sistem ini tetap ada kelemahannya sendiri.

Hal ini kerana, ia sering berat sebelah kepada pasukan dari liga yang lebih kuat serta mengekalkan status quo terhadap pasukan-pasukan utama.

Baca juga: Makalele Role: Peranan Dinamik Dan Cerdas Di Tengah Padang

The post Macam Mana Proses Kiraan Mata UEFA ‘Coefficient’ Dilakukan? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Real Madrid Juara 2016 UEFA Super Cup

Juara Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 atau 2015/16 UEFA Champions League , Real Madrid di bawah kendalian pengurus Perancis, Zinedine Zidane membuka tirai saingan eropah 2016/17 dengan penuh bergaya apabila merangkul gelaran pembuka tirai saingan eropah iaitu Piala Super 2016 atau UEFA 2016 Super Cup. Pasukan Real Madrid menewaskan kelab senegara yang juga juara Piala Liga Europa 2015/16 atau 2015/16 UEFA Europa League, Sevilla dengan keputusan 3-2 selepas masa tambahan dalam perlawanan yang berlangsung pagi tadi di Larkendal Stadion di Trondheim, Norway. Daniel Carvajal menjadi pemusnah kepada pasukan Sevilla apabila beliau berjaya menyempurnakan peluang pada minit le 119 masa tambahan sekaligus membantu pasukannya muncul juara. Ini merupakan kejuaraan kali ketiga buat Real Madrid setelah muncul juara pada edisi UEFA Super Cup tahun 2002 dan 2014.
 
Pasukan Sevilla dilihat berpeluang muncul juara apabila berjaya mendahului Real Madrid dengan jaringan 2-1 sehinggalah jaringan penyamaan masa tambahan melalui tandukan mudah oleh Ketua Pasukan Real Madrid, Sergio Ramos (minit ke 90+3) mengheret perlawanan ke masa tambahan. Sebelum itu, gol-gol Sevilla dijaringkan oleh Franco Vazquez (minit ke 41) serta penalti Yevhen Konoplyanka (minit ke 72). Gol pertama pasukan Real Madrid dijaringkan oleh Maco Asensio (minit ke 21). Sevilla terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain apabila pemain pertahanan mereka, Timothée Kolodziejczak dibuang padang ekoran menerima 2 kad kuning. Pasukan Real Madrid merehatkan beberapa pemain utama seperti Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale pada perlawanan ini.
Kejayaan ini pastinya akan menjadi pencetus semangat kepada pasukan Real Madrid untuk menghadapi saingan di peringkat domestik dan peringkat eropah musim ini. Bagi pasukan Sevilla pula, mereka selepas ini bakal berdepan FC Barcelona dalam saingan 2016 Supercona de Espana pada 14 dan 17 Ogos 2016 akan datang. Bual Sukan percaya, saingan eropah musim ini pastinya menjanjikan aksi yang menarik serta penuh dramatik dan mendebarkan. Tahniah diucapkan kepada pasukan Real Madrid atas kejayaan merangkul gelaran edisi 2016 UEFA Super Cup.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : 2016 UEFA Super Cup

Piala Super Eropah 2016 atau 2016 UEFA Super Cup akan berlangsung di pada 9 Ogos 2016 di mana Larkendal Stadion di Trondheim, Norway akan menjadi gelanggang pertemuan tersebut. Kejohanan edisi ke 41 ini akan menemukan 2 kelab dari Sepanyol iaitu Real Madrid selaku Juara Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 (2015/16 UEFA Champions League) dengan kelab Sevilla selaku juara Piala Liga Europa 2015/16 (2015/16 UEFA Europa League). Untuk rekod, ini adalah kali ketiga berturut-turut sejak 2014 melibatkan pertemuan kelab dari Sepanyol di mana pada tahun 2014 melibatkan pertemuan Real Madrid dan Sevilla manakala edisi 2015 melibatkan pertemuan antara FC Barcelona juga dengan pasukan Sevilla. Selain itu, edisi kali ini juga merupakan kali ketiga berturut-turut pasukan Sevilla bersaing pada Piala Super Eropah sejak tahun 2014.
Real Madrid di bawah kendalian Zinedine Zidane dari Perancis pastinya memburu kejuaraan buat kali ketiga manakala Sevilla di bawah kendali pengurus baru iaitu bekas Ketua Jurulatih Chile, Jorge Sampaoli dari Argentina memburu kejuaraan buat kali kedua. Kedua-dua pasukan pastinya mempunyai perancangan formasi, strategi dan taktikal terbaik menghadapi lawan masing-masing. Bual Sukan percaya, kedua-dua pasukan ini pastinya akan mempamerkan permainan terbaik masing-masing bagi memastikan Piala Super Eropah 2016 berjaya dimenangi oleh mereka. Dengan gabungan barisan pemain-pemain sedia ada, pemain-pemain muda serta pemain-pemain baru sudah pasti kedua-dua pengurus ini akan merancang yang terbaik untuk pasukan masing-masing.


Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia Zon UEFA

Perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 Russia atau FIFA World Cup 2018 Russia bagi zon UEFA akan bermula pada bulan September 2016 akan datang sehingga bulan Oktober 2017. Zon UEFA telah diperuntukkan sebanyak 13 slot di mana 9 slot adalah menerusi perlawanan peringkat kumpulan manakala 4 lagi slot adalah menerusi penentuan playoff. 54 pasukan telah diundi kepada 9 kumpulan di mana pasukan yang muncul juara kumpulan layak secara automatik ke Pusingan Akhir FIFA Piala Dunia 2018 Russia akan datang. 8 pasukan terbaik di tempat kedua kumpulan akan bersaing secara playoff merebut 4 lagi slot bagi pasukan zon UEFA. Juara bertahan FIFA Piala Dunia 2014 Brazil iaitu pasukan Jerman diundi dalam Kumpulan C bersama-sama dengan pasukan Republik Czech, Ireland Utara, Norway, Azerbaijan dan San Marino.

Pasukan yang masih segar dengan kejayaan merangkul gelaran Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis atau UEFA Euro 2016 France iaitu Portugal pula diundi dalam Kumpulan B bersama-sama dengan pasukan Switzerland, Hungary, Faroe Island, Latvia dan Andorra. Kumpulan A bakal menyaksikan pasukan Belanda diundi bersama-sama dengan pasukan Perancis, Sweden, Bulgaria, Belarus dan Luxembourg. Kumpulan D terdiri daripada pasukan Wales, Austria, Serbia, Republik Ireland, Moldova dan Georgia manakala Kumpulan E pula terdiri daraipada pasukan Romania, Denmark, Poland, Montenegro, Armenia dan Kazakhstan. Pasukan England pula diundi dalam Kumpulan F bersama-sama dengan pasukan Slovakia, Scotland, Slovenia, Lithuania dan Malta. Juara Piala Dunia 2010 Afrika Selatan iaitu Sepanyol diundi dalam Kumpulan G bersama-sama dengan pasukan Itali, Albania, Israel, Macedonia dan Liechtenstein. Kumpulan H pula menayaksikan pasukan Belgium diundi bersama-sama dengan pasukan Bosnia & Herzegovina, Greece, Estonia, Cyprus dan Gibraltar manakala Kumpulan I pula terdiri daripada pasukan Croatia, Iceland, Ukraine, Finland dan Kosovo. 

Bual Sukan percaya, setiap perlawanan yang dihadapi adalah amat penting untuk mencapai kemenangan bagi mencerahkan laluan ke pusingan akhir FIFA Piala Dunia 2018 Russia akan datang. Tidak mustahil juga, keputusan mengejut akan berlaku pada saingan pusingan kelayakan kali ini. Barisan kejurulatihan pasukan masing-masing pastinya akan merancang formasi, strategi serta taktikal terbaik masing-masing menghadapi pasukan lawan. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan serta mempunyai tahap disiplin pertahanan yang tinggi dilihat mampu mencapai keputusan yang diinginkan. Berikut adalah Jadual Perlawanan Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2016 Russia bagi Zon UEFA :

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

UEFA Mahu Ubah Format Piala Eropah Kepada 32 Pasukan Selepas Format 24 Pasukan Dikritik

Selepas menerima pelbagai kritikan kerana penganjuran Piala Eropah 2016 yang menggunakan format 24 pasukan, Pengarah Operasi UEFA, Martin Kallen (gambar bawah) memberi bayangan Piala Eropah 2024 mungkin akan menggunakan format 32 pasukan – seperti Piala Dunia.

Embed from Getty Images

Format 2016 galak bola sepak pasif?

Semasa Piala Eropah 2016 yang tamat baru-baru ini, pasukan yang berada di tempat ketiga peringkat kumpulan – Portugal – telah menjuarai kejohanan itu.

Tambah mengharukan, Portugal pula gagal memenangi mana-mana perlawanan dalam peringkat kumpulan mereka.

Embed from Getty Images

Dalam perlawanan terakhir kumpulan F menentang Hungary, Portugal kelihatan tidak berminat untuk menambah gol lagi ketika masih terikat 3-3 kerana pemenang perlawanan berpotensi menjadi naib juara kumpulan.

Menjadi naib juara kumpulan bererti mereka akan berada dalam laluan sama dengan pasukan-pasukan pilihan seperti Jerman, Perancis dan England dan terpaksa menentang mereka lebih awal.

Inilah yang dihadapi oleh naib juara kumpulan, Iceland yang berjumpa dengan England (peringkat 16 pasukan terakhir) dan Perancis (suku akhir).

Hal yang sama turut dilakukan oleh Ireland Utara dan Republik Ireland yang layak menerusi slot pasukan tempat ke-3 terbaik.

Ketua jurulatih Jerman, Joachim Loew adalah antara yang lantang bersuara menentang format Piala Eropah 2016 baru-baru ini. Beliau berpendapat Piala Eropah harus kembali kepada format 16 pasukan.

Menurut Loew lagi, pasukan seperti Albania dan Wales mara ke pusingan 16 pasukan terbaik dengan bermain corak bola sepak bertahan. Menurutnya lagi format 24 pasukan menggalakkan bolasepak ultra-defensif.

Embed from Getty Images

UEFA tidak akan kembali kepada format 16 pasukan

Bercakap mengenai kemungkinan Piala Eropah akan menggunakan kembali format 16 pasukan, Martik Kallen pantas mematikan idea tersebut.

Menurutnya UEFA mungkin tidak akan kembali dengan idea 16 pasukan. UEFA turut mengesahkan akan mengekalkan format sedia ada untuk penganjuran Piala Eropah 2020.

Ia sekaligus akan meneruskan lagi perdebatan isu kualiti pertandingan ini di masa akan datang. Ramai menjangkakan kualiti bola sepak Piala Eropah 2020 akan menjadi semakin bosan.

Kenapa UEFA mahu kekalkan format sedia ada?

Apabila majoriti ahli gabungan UEFA, wartawan, jurulatih dan peminat bola sepak Eropah mendesak UEFA supaya mengubah kembali format Piala Eropah, UEFA pula berkeras mempertahankannya. Apa sebabnya?

Ini kerana UEFA mendapat pendapatan lumayan berjumlah €1.93 bilion hasil daripada hak penyiaran 51 perlawanan daripada format 24 pasukan ini.

Ia peningkatan pendapatan komersial yang mendadak berbanding ketika menggunakan format 16 pasukan yang cuma menawarkan 31 perlawanan sahaja sebelum ini.

Perlu diingat, jumlah pendapatan tersebut masih belum merangkumi jumlah pendapatan jualan merchandises dan tiket.

Melalui format 24 pasukan bertanding, negara penganjur juga mendapat manfaat apabila jutaan penyokong bola sepak yang memasuki negara mereka membeli-belah; sekaligus meransang pertumbuhan ekonomi.

Mengulas kritikan format 24 pasukan, Martin Kallen berkata:

“Ramai orang persimis pada awalnya dengan sistem 24 pasukan, namun akhirnya ia terbukti berjalan dengan baik sekali”

Piala Eropah ikut format Piala Dunia

Walaubagaimanapun menurut kata Kallen, UEFA tetap komited untuk memantau kualiti pertandingan untuk memastikan kejohanan Piala Eropah berada dalam prestij yang tinggi.

“Jika format ada 4 lagi pasukan tempat ke-3 akan mara tidak digemari, maka format 32 pasukan mungkin akan lebih menjadi pilihan.”

“Ia adalah pilihan lebih baik berbanding format 16 pasukan.”

Kallen menyatakan, penganjuran 32 pasukan adalah idea yang akan menjadikan Piala Eropah seperti Piala Dunia. Jawatankuasa UEFA (gambar bawah) masih dalam proses penilaian untuk memastikan sama ada idea ini boleh dilaksanakan atau tidak seawal-awalnya pada 2024.

Embed from Getty Images

Pada masa yang sama, jika mereka mendapati format tersebut relevan, UEFA tidak akan menolak kemungkinan untuk mengguna pakai format tersebut.

Namun, buat masa ini Kallen menyatakan, format 24 pasukan adalah yang terbaik. Jadi, apakah pula pandangan anda?

Baca juga: Format Baru Piala Eropah 2016 Dikritik: Kurang Gol Dan Galak Pasukan Bermain Defensif

The post UEFA Mahu Ubah Format Piala Eropah Kepada 32 Pasukan Selepas Format 24 Pasukan Dikritik appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan UEFA Euro 2016 France

Sepak mula Kejohanan UEFA Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis atau UEFA Euro 2016 France telah pun bermula dari 10 Jun 2016 hingga 10 Julai 2016 akan datang. 24 buah negara bakal bersaing merebut kejuaraan berprestij ini. Pasukan yang muncul juara akan mewakili zon UEFA ke saingan Piala Konfederasi FIFA 2017 Russia akan datang. 24 pasukan ini telah diundi dalam 6 kumpulan di mana 6 pasukan yang muncul juara dan 6 pasukan yang muncul naib juara kumpulan bersama-sama dengan 4 pasukan terbaik di tangga ketiga peringkat kumpulan akan meneruskan saingan ke pusingan kalah mati 16 pasukan terbaik.

Pasukan Sepanyol selaku juara bertahan pastinya akan sekali lagi turun mempertahankan gelaran kejuaraan yang mereka miliki 2 kali berturut-turut iaitu pada UEFA Euro 2008 Austria & Switzerland serta UEFA Euro 2012 Poland & Ukraine. Antara pasukan yang pastinya menjadi pilihan ialah pasukan tuan rumah, Perancis, Jerman, England, Itali, Belgium dan Portugal. Namun begitu pasukan-pasukan lain juga turut mampu melakar kejutan pada edisi kali ini. Bual Sukan percaya, setiap perlawanan peringkat kumpulan yang dihadapi ini adalah amat penting untuk setiap pasukan memungut marta penuh bagi mencerahkan laluan ke pusingan seterusnya. Setiap Ketua Jurulatih juga pastinya mempunyai perancangan formasi, strategi serta taktikal menghadapi lawan masing-masing. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan selain disiplin pertahanan yang mantap pastinya mempunyai kelebihan mencapai keputusan yang diharapkan. Penyokong-penyokong pasukan masing-masing pastinya akan memberikan sokongan padu kepada pasukan kesayangan mereka.

Berikut adalah Keputusan Perlawanan UEFA Euro 2016 France (akan dikemaskini dari semasa ke semasa) :     

KUMPULAN A

10 Jun 2016
Perancis lwn Romania (2-1)

Perancis : Olivier Giroud, Dimitri Payet
Romania : Bogdan Stancu

11 Jun 2016
Albania lwn Switzerland (0-1)
Switzerland : Fabian Schar

15 Jun 2016
Romania lwn Switzerland
Perancis lwn Albania

19 Jun 2016
Switzerland lwn Perancis
Romania lwn Albania

KUMPULAN B

11 Jun 2016
Wales lwn Slovakia (2-1)

Wales : Gareth Bale, Hal Robson-Kanu
Slovakia : Ondrej Duda

England lwn Russia (1-1)

England : Eric Dier
Russia : Vasili Berezutski


15 Jun 2016
Russia lwn Slovakia

16 Jun 2016
England lwn Wales

20 Jun 2016
Slovakia lwn England
Russia lwn Wales

KUMPULAN C


12 Jun 2016
Poland lwn Ireland Utara (1-0)

Poland : Arkadiusz Milik

Jerman lwn Ukraine (2-0)

Jerman : Shkodran Mustafi, Bastian Schweinsteiger

16 Jun 2016
Ukraine lwn Ireland Utara
Jerman lwn Poland

21 Jun 2016
Ireland Utara lwn Jerman
Ukraine lwn Poland

KUMPULAN D


12 Jun 2016
Turki lwn Croatia (0-1)

Croatia : Luka Modric

13 Jun 2016
Sepanyol lwn Republik Czech

17 Jun 2016
Republik Czech lwn Croatia
Sepanyol lwn Turki

21 Jun 2016
Croatia lwn Sepanyol
Republik Czech lwn Turki

KUMPULAN E

13 Jun 2016
Republik Ireland lwn Sweden
Belgium lwn Itali

17 Jun 2016
Itali lwn Sweden

18 Jun 2016
Belgium lwn Republik Ireland

22 Jun 2016
Sweden lwn Belgium
Itali lwn Republik Ireland

KUMPULAN F


14 Jun 2016
Austria lwn Hungary
Portugal lwn Iceland

18 Jun 2016
Iceland lwn Hungary
Portugal lwn Austria

22 Jun 2016
Iceland lwn Austria
Hungary lwn Portugal


* Kemaskini pada 13 Jun 2016.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Kedudukan Carta Jaringan UEFA Euro 2016 France

Kejohanan UEFA Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis atau UEFA Euro 2016 France berlangsung pada 10 Jun hingga 10 Julai 2016 akan datang. Ini merupakan kejohanan edisi kelima belas sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1960. Pada edisi kali ini, 24 pasukan akan bersaing dan mereka telah diundi dalam 6 kumpulan di mana 16 pasukan akan melangkah ke pusingan kalah mati melibatkan 6 pasukan juara kumpulan, 6 pasukan naib juara kumpulan serta 4 lagi pasukan terbaik di tangga ketiga kumpulan. Setiap perlawanan yang dihadapi pastinya sangat penting mencapai kemenangan bagi memastikan laluan ke pusingan seterusnya semakin cerah.

Bual Sukan percaya, barisan kejurulatihan pasukan masing-masing pastinya mempunyai perancangan formasi, strategi serta taktikal terbaik masing-masing bagi memberikan saingan kepada pasukan lawan yang dihadapi. Kemampuan memanfaatkan peluang dan ruang mencipta dan menjaringkan gol juga perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh pasukan masing-masing. Selain itu, penerapan disiplin pertahanan dan berpasukan yang baik juga pastinya membuahkan hasil kepada pasukan masing-masing. Penyokong-penyokong pasukan juga pastinya akan terus menerus memberikan sokongan padu kepada pasukan masing-masing.

Berikut adalah Kedudukan Carta Jaringan UEFA Euro 2016 France (akan dikemaskini dari semasa ke semasa) :

1 Gol
Olivier Giroud (Perancis)
Dimitri Payet (Perancis)
Bogdan Stancu (Romania)
Fabian Schar (Switzerland)
Gareth Bale (Wales)
Hal Robson-Kanu (Wales)
Ondrej Duda (Slovakia)
Eric Dier (England)
Vasili Berezutski (Russia)
Arkadiusz Milik (Poland)
Shkodran Mustafi (Jerman)
Bastian Schweinsteiger (Jerman)
Luka Modric (Croatia)

* Kemaskini pada 13 Jun 2016.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms: