Bola Sepak : Undian Piala Belia 2017

Piala Belia 2017 akan bermula pada 26 Februari 2017 akan datang. 19 pasukan bawah 19 tahun akan bersaing merebut kejuaraan edisi kali ke 8 ini sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2008. Kejohanan ini pastinya mampu melahirkan bakat-bakat baru bola sepak negara yang kini semakin ketandusan pemain-pemain berkualiti untuk ditonjolkan ke peringkat yang lebih tinggi. Pada edisi Piala Belia 2016 yang lalu, Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) Bawah 17 berjaya merangkul kejuaraan menewaskan pasukan Selangor dengan keputusan agregat 3-1. 

19 pasukan ini telah diundi dalam 2 kumpulan di mana 4 pasukan teratas setiap kumpulan akan meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir seterusnya merebut 4 slot pasukan ke separuh akhir dan 2 slot pasukan ke perlawanan akhir. Undian kumpulan telah diadakan pada 2 Februari 2017 yang lalu bersekali dengan undian kumpulan Piala FAM 2017 dan Piala Presiden 2017. Bual Sukan percaya, Piala Belia 2017 ini mampu menjadi medan terbaik melahirkan pemain-pemain pelapis di saingan lebih tinggi akan datang. Berikut adalah undian kumpulan Piala Belia 2017 akan datang :

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Undian Pusingan Ketiga Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE

Undian Pusingan Ketiga Kelayakan AFC Piala Asia 2017 UAE akan berlangsung hari ini jam 8.00 malam. Undian ini akan berlangsung di Abu Dhabi, UAE bersekali dengan pelancaran logo rasmi AFC Piala Asia 2019 UAE. 24 buah negara akan diundi dalam 6 kumpulan di mana pasukan juara dan naib juara kumpulan masing-masing akan melangkah ke pusingan akhir AFC Piala Asia 2019 UAE. 12 pasukan sebelum ini telah mengesahkan kemaraan ke pusingan akhir akan datang.

24 pasukan ini terdiri daripada 4 pasukan yang muncul selaku naib juara kumpulan kelayakan pusingan kedua, 7 pasukan tempat ketiga kumpulan kelayakan pusingan kedua, 3 pasukan terbaik tempat keempat kumpulan kelayakan pusingan kedua, 5 pasukan pemenang saingan playoff pusingan pertama, 3 pasukan pemenangan saingan playoff pusingan kedua manakala 2 lagi pasukan ialah juara dan naib juara Kejohanan AFC Piala Solidariti 2016 iaitu Nepal dan Macau yang menggantikan pasukan Kuwait (penggantungan oleh FIFA) serta pasukan Guam (menarik diri). 

24 pasukan ini telah dibahagikan kepada berdasarkan kedudukan ranking semasa FIFA yang dikeluarkan pada 12 Januari 2017. Pasukan Malaysia atau Harimau Malaysia berada di balang 4 undian berikutan kedudukan pasukan negara di ranking ke 161 dunia. Berikut adalah kedudukan balang undian Pusingan Ketiga Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE :

Balang 1

Jordan (107)
Oman (118)
Filipina (122)
Bahrain (123)
Republik Kyrgyz (124)
Korea Utara (125) 

Balang 2
India (129)
Palestin (131)
Tajikistan (132)
Vietnam (136)
Hong Kong (140)
Turkmenistan (143) 

Balang 3 
Maldives (145)
Lebanon (148)
Yemen (149)
Afghanistan (151)
Chinese Taipei (157)
Myanmar (159)

Balang 4 
Malaysia (161)
Singapura (165)
Cambodia (172)
Nepal (174)
Bhutan (176)
Macau (184)

Perlawanan peringkat kumpulan dijadualkan berlangsung dari 28 Mac 2017 hingga 27 Mac 2018 akan datang melibatkan 6 perlawanan bagi setiap pasukan iaitu 3 laman sendiri dan 3 di laman lawan. Bual Sukan akan mengemaskini kedudukan Kumpulan Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE selepas undian kumpulan diadakan pada jam 8.00 malam ini. Berikut adalah kedudukan Kumpulan Pusingan Ketiga Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE :

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Undian Kumpulan TM Piala Malaysia 2016

Hari ini berlangsung undian peringkat kumpulan saingan TM Piala Malaysia 2016 di mana 16 pasukan terdiri daripada 11 pasukan Liga Super 2016 serta 5 pasukan daripada Liga Premier 2016 telah layak berdasarkan kedudukan mereka dalam liga masing-masing. Sekali lagi TM tampil sebagai penaja utama TM Piala Malaysia 2016 akan datang. 16 pasukan ini diundi dalam 4 kumpulan di mana pasukan yang muncul juara dan naib juara akan meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir. Sepak mula TM Piala Malaysia 2016 akan bermula pada bulan Ogos 2016 akan datang.

Pasukan Selangor atau The Reds Giants selaku juara bertahan musim lalu pastinya sekali lagi akan turun mempertahankan kejuaraan yang mereka miliki musim lalu. Namun begitu, laluan sukar pastinya ditempuhi oleh mereka apabila 15 pasukan lain juga pastinya mengimpikan kejuaraan didakap oleh pasukan masing-masing. Pasukan seperti Johor Darul Ta’zim FC, Felda United, Terengganu dan Kedah pastinya menjadi antara pasukan pilihan pada saingan kali ini. Bual Sukan percaya, setiap perlawanan yang dihadapi adalah penting untuk setiap pasukan mencatatkan keputusan terbaik masing-masing. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang untuk mencipta jaringan serta disiplin pertahanan yang mantap pastinya mempunyai kelebihan untuk mencatatkan keputusan terbaik.

Berikut adalah kedudukan undian pasukan yang bakal bersaing dalam TM Piala Malaysia 2016 akan datang :

Kumpulan A : TTeam, Kedah, Sarawak, Johor Darul Ta’zim II
Kumpulan B : Selangor, Kelantan, Pahang FC, Kuala Lumpur
Kumpulan C : Johor Darul Ta’zim FC, PDRM FA, Perak, Selangor PKNS FC
Kumpulan D : Felda United, Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

UNDIAN PIALA MALAYSIA 2016

KUMPULAN A
PASUKAN
A1
T-TEAM FC
A2
KEDAH FA
A3
SARAWAK FA
A4
JOHOR DARUL TA’AZIM 2
KUMPULAN B
PASUKAN
B1
SELANGOR FA
B2
KELANTAN FA
B3
PAHANG FC
B4
KUALA LUMPUR FA
KUMPULAN C
PASUKAN
C1
JOHOR DARUL TA’AZIM FC
C2
PDRM FA
C3
PERAK FA
C4
SELANGOR PKNS FC
KUMPULAN D
PASUKAN
D1
FELDA UNITED FC
D2
TERENGGANU FA
D3
MELAKA UNITED
D4
NEGERI SEMBILAN FA


LIGA BOLASEPAK MALAYSIA

Incoming search terms:

Bola Sepak : Undian Pusingan Akhir UEFA EURO 2016 France

Undian peringkat kumpulan kejohanan berprestij bola sepak negara-negara eropah atau UEFA EURO 2016 France telah berlangsung pada 12 Disember 2015 yang lalu. 24 negara akan mengambil bahagian pada kejohanan kali ini di mana ianya merupakan tambahan 8 negara berbanding edisi terdahulu iaitu 16 negara. Pusingan Akhir Kejohanan Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis akan berlangsung pada 10 Jun hingga 10 Julai 2016 akan datang. 

5 negara akan membuat kemunculan buat kali pertama di pentas pusingan akhir kali ini iaitu Iceland, Wales, Albania, Slovakia dan Ireland Utara. Pasukan gergasi eropah iaitu Belanda tidak akan beraksi pada kejohanan kali ini berikutan kegagalan dalam saingan kumpulan kelayakan. Pasukan juara bertahan edisi UEFA EURO 2012 yang lalu iaitu Sepanyol pastinya mempunyai misi mengekalkan kejuaraan yang mereka kecapi. Namun begitu, saingan pasukan tuan rumah Perancis bersama-sama pasukan gergasi eropah lain seperti Jerman, Itali, England, Portugal, Belgium serta negara-negara lain pastinya sengit.

Bual Sukan percaya, setiap pasukan pastinya akan mempersiapkan pasukan terbaik menghadapi saingan kali ini. Tidak mustahil, kejutan pasti akan berlaku pada saingan kali ini. 24 negara ini telah dibahagikan kepada 6 Kumpulan di mana 6 Juara dan 6 Naib Juara Kumpulan serta 4 pasukan terbaik tangga ketiga akan melangkah ke pusingan 16 pasukan terbaik. Jika dilihat dari segi undian kumpulan, setiap kumpulan dilihat sengit dengan Kumpulan E boleh dikatakan antara Kumpulan Maut kali ini. Namun undian kumpulan lain juga sengit dan saingan akhir nanti pastinya mendebarkan. Berikut adalah undian Kumpulan Pusingan Akhir UEFA EURO 2016 France akan datang :

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Undian Play-offs UEFA Euro 2016 France

Undian Play-offs Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis atau UEFA Euro 2016 France telah berlangsung di Ibu Pejabat UEFA di Nyon, Switzerland pada 18 Oktober 2015. 8 negara akan merebut 4 lagi tempat ke Pusingan Akhir akan datang. Saingan akan diadakan secara timbal balik di mana perlawanan pusingan pertama dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 14 November 2015 manakala perlawanan pusingan kedua dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 17 November 2015 akan datang.

Negara yang layak dikira melalui keputusan agregat, kelebihan gol di tempat lawan ataupun menerusi sepakan penalti. Kelapan-lapan pasukan ini mempunyai peluang yang seimbang di mana mereka mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang menjaringkan gol pastinya mempunyai kelebihan untuk melangkah ke Pusingan Akhir UEFA Euro 2016 France akan datang. Bual Sukan percaya, saingan kelapan-lapan pasukan ini pastinya mendebarkan dan tidak mustahil berakhir dengan keputusan yang dramatik dan mendebarkan. Berikut adalah Undian serta Jadual Perlawanan Play-offs UEFA Euro 2016 France akan datang : 
PUSINGAN PERTAMA
12 November 2015
Norway lwn Hungary

13 November 2015
Bosnia and Herzegovina lwn Ireland

14 November 2015
Sweden lwn Denmark
Ukraine lwn Slovenia

PUSINGAN KEDUA
15 November 2015
Hungary lwn Norway

16 November 2015
Ireland lwn Bosnia and Herzegovina

17 November 2015
Denmark lwn Sweden
Slovenia lwn Ukraine 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

‘Beri kami undian baharu’

Sumber: Utusan Online

Seandainya Indonesia tidak menyertai Sukan SEA 2015

KUALA LUMPUR – Pengendali skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee menegaskan, undian semula perlu dilakukan jika Indonesia tidak menyertai acara bola sepak pada Sukan SEA di Singapura, hujung Mei ini.

Katanya, undian semula perlu dibuat untuk memastikan tidak berlaku situasi berat sebelah antara 10 pasukan bertanding.

Katanya, tidak dapat di­terima akal jika penganjur mengekalkan undian sedia ada sekiranya Indonesia tidak mengambil bahagian.

Negara tersebut kini dalam situasi bahaya ekoran campur tangan kerajaan menerusi Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia (Kemenpora) ke atas Persa­tuan Seluruh Sepak Bola Indonesia (PSSI).


“Jika benar Indonesia tidak mengambil bahagian dalam acara bola sepak di Sukan SEA, saya rasa sewajarnya tuan rumah melakukan undian semula melibatkan semua pasukan kerana bilangan pasukan antara dua kumpulan tidak seimbang.

“Tidak patut kalau Kumpulan A hanya tinggal empat pasukan, termasuk tuan rumah sedangkan Kumpulan B, ada enam pasukan. Di manakah keadilan jika kami terpaksa bermain lebih dua perlawanan?

“Apa sahaja mekanisma yang akan diambil Sekretariat Sukan SEA dengan membuat cabutan semula atau memilih secara rawak salah satu pasukan dari Kumpulan B ke Kumpulan A, saya tidak kisah.

“Yang penting jumlah pasukan perlu seimbang iaitu lima pasukan dalam tiap kumpulan, ” katanya.

Kemenpora sebelum ini pernah memberi tiga surat teguran kepada PSSI agar dua kelab, Arema Cronus dan Persebaya Surabaya, mencapai kata sepakat dengan Badan Olahraga Profesional Indonesia (BOPI).

Selepas PSSI tidak melayani permintaan itu, Kemenpora telah menghantar surat rasmi dengan tidak mengiktiraf organisasi badan induk bola sepak negara berkenaan.

Teguran itu meletakkan PSSI dalam bahaya ke­rana adanya campur tangan kerajaan, dan perkara tersebut boleh mengundang kepada penggantungan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Keharmonian dan Perkongsian Kemenpora, Gatot S. Dewa Broto dalam salah laman web bola sepak Indonesia, Tempo.Co pada Sabtu lalu.

Pada undian Sukan SEA yang dilakukan 15 April lalu, Malaysia diletak dalam Kumpulan B bersama Thailand, Vietnam, Brunei, Timor Leste dan Laos.

Kumpulan A pula dianggotai Indonesia, Filipina, Myanmar, Kemboja dan tuan rumah Singapura.

Bagi Kim Swee, jika pe­nganjur enggan membuat undian semula andai Indonesia tidak mengambil bahagian, pingat sudah boleh dikalung kepada pasukan yang beraksi dalam Kumpulan A kerana mereka mempunyai kelebihan besar.

“Kumpulan A bermain tiga perlawanan, manakala kami terpaksa menghabiskan lima perlawanan.

“Jika mampu layak, sudah tentu sukar bagi kami berdepan pasukan yang berada di tahap kecergasan terbaik sedangkan kami terpaksa bermain lima perlawanan dalam 14 hari.

“Saya harap tidak ada unsur-unsur sebegini akan berlaku pada Sukan SEA nanti kerana ia bukan sesuatu yang sihat, namun saya yakin pihak Singapura akan mengamalkan semangat fairplay sepanjang kejohanan ini, ” katanya.


LIGA BOLASEPAK MALAYSIA

Undian Kempen Piala Malaysia 2015

Selepas berakhirnya perlawanan ‘Play-Off’ Piala Malaysia 2015 melibatkan pasukan ATM bertemu NS Matrix dan Sime Darby menentang JDTII semalam, maka lengkaplah slot 16 pasukan yang mengambil bahagian dalam kempen kali ini selepas ATM dan JDTII melayakkan diri selepas menewaskan lawan masing masing.

Pertandingan berprestij ini melibatkan 10 pasukan teratas Liga Super, empat pasukan teratas Liga Perdana dan dua pasukan yang berjaya mengharungi perlawanan ‘Play-Off’ tersebut.

Undian akan dijalankan berdasarkan balang berikut :
Balang A – Johor Darul Ta’zim, Selangor, Pahang dan Terengganu.
Balang B – Felda United, PDRM, Lions XI, Perak
Balang C – Kelantan, Sarawak, Kedah, Penang FA
Balang D – T-Team, PKNS F.C, ATM, Johor Darul Ta’zim II

Undian untuk penentuan pasukan akan berlangsung esok untuk mengetahui kumpulan masing-masing bagi mengharungi kempen yang akan bermula pada 11 September 2015.

Mario Gomez dan Nenad Bacina pasti memikul tugas besar untuk menghalang penguasaan Pahang yang akan mempertahankan kejuaraan piala berprestij ini. Taktikal mereka untuk merencanakan rentak permainan untuk pasukan masing masing pasti ditagih oleh semua pnyokong Harimau Selatan
Johor Darul Ta’zim