Samir Nasri Kutuk Vardy Penipu, Kritik Layanan Media England

Samir Nasri tidak berpuas hati dan melabel Jamie Vardy penipu. Ianya selepas insiden panas di antara Nasri dan Vardy dalam UCL.

Dalam pertemuan kedua di antara Leicester dan Sevilla, berlaku konfrontasi di antara kedua-dua pemain.

Nasri telah menanduk Jamie Vardy sekaligus membuatkan pemain Perancis tersebut dibuang padang pada minit ke-74.

Mengulas tentang insiden terbabit, Samir Nasri berkata:

“Dia tidak bercakap apa-apa dan dia melakukannya (berlakon) dengan sangat baik.”

“Kami saling bersemuka dan dia terus terjatuh. Saya ingatkan pemain Inggeris lebih kuat daripada saya.”

“Kepala dia yang datang ke arah kepala saya, dan dia tiba-tiba jatuh.”

“Dia berlakon dengan baik sekali. Saya tidak menyentuh dia langsung dan saya tidak menanduk dia.”

“Apabila dia jatuh, pengadil terus memberikan kami berdua kad kuning.”

Wartawan bertanya, sama ada Nasri mahu menuduh Vardy sebagai diving?

Nasri menjawab:

“Awak rasa macam mana? Cuba lihat balik imej tersebut. Ya! Dia diving dan berlakon dengan baik sekali.”

“Saya tidak cukup bijak untuk memikirkan serta melakukan perkara itu hari itu.”

“Pada pandangan saya, dia (Vardy) seorang penipu. Jika dia pemain asing, wartawan di England akan terus menulis dia seorang penipu.”

“Saya hanya boleh bercakap dan tidak boleh menulis seperti anda.”

“Mereka 2-0 di hadapan, bermainlah seperti lelaki sebenar dan menang sebagai lelaki sebenar.”

“Walaupun anda tidak lebih baik daripada pasukan kami, tetapi anda sudah 2-0 di hadapan, bakal mara dan teruskan bermain dengan semangat kesukanan.”

Ditanya sama ada Nasri menunggu Vardy di terowong. Nasri mengakui hal tersebut. Ini kerana pada mulanya dia mahu bersemuka dengan Vardy sekali lagi.

Namun selepas berfikir balik, beliau membatalkan hasrat tersebut, takut dia tidak boleh mengawal emosi dan membawa kepada perkara lain seperti bergaduh dan digantung oleh UEFA selepas ini.

Sevilla tewas 2-0 dalam perlawanan ini dan mara ke suku akhir UCL dengan aggregate 3-2.

Sebagai tambahan, Samir Nasri beraksi sangat cemerlang dengan Sevilla musim ini dan di antara perancang terbaik di Eropah.

Baca juga: Statistik: AS Monaco Teruskan Rekod Cemerlang Ke Atas Pasukan Dari England

The post Samir Nasri Kutuk Vardy Penipu, Kritik Layanan Media England appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Hollywood Akan Buat Filem Tentang Jamie Vardy, Watak Dilakonkan Oleh Vinnie Jones

6 tahun lepas, Jamie Vardy bermain untuk Stocksbridge Park Steels – sebuah pasukan amatur yang dianggotai pekerja kilang besi – di liga divisyen ke-8 England.

2 tahun kemudiannya, Vardy menjaringkan gol sulung untuk Fleetwood Town – pasukan divisyen ke-6 England – di hadapan 768 penonton di Stadium Gateshead.

Kini 4 tahun kemudiannya, Vardy sedang bersaing dengan Harry Kane untuk merebut takhta penjaring terbanyak Premier League.

Beberapa bulan sebelum itu, Vardy memecahkan rekod Ruud van Nistelrooy selepas menjaringkan gol buat kali ke-11 berturut-turut.

Pasukan Vardy, Leicester City pula sedang mendahului liga dan hanya memerlukan 9 mata dalam baki 5 perlawanan untuk bergelar juara.

Naratif Jamie Vardy ini sangat berinspirasi. Ia adalah kisah klasik bagaimana seorang pemain tak terkenal mengatasi segala halangan untuk muncul sebagai pemain terbaik. Maka tak hairanlah Holly berminat untuk membuat filem Vardy.

Calon pelakon filem Jamie Vardy

Idea menerbitkan filem Jamie Vardy ini ditimbulkan oleh Adrian Butchart, seorang produser Hollywood pada Oktober 2015 lagi.

Butchart yang menerbitkan 3 filem bola sepak bertajuk Goal! sebelum ini sudah menjalankan kajian dan menghabiskan masa bersama Vardy dan keluarganya untuk mendapatkan persetujuan.

Menurut laporan Daily Mail, Butchart sudah berkira-kira untuk membawa penyanyi One Direction, Louis Tomlinson untuk membawa watak Vardy. Menurut Butchart:

“Kami sedang melihat beberapa pelakon. Zac Effron dan Robert Pattinson adalah dua calon kami.”

“Tapi penyanyi One Direction, Louis Tomlinson juga menarik perhatian kami kerana dia pandai bermain bola, boleh berlakon dan berasal dari Selatan Yorkshire. Jadi dia boleh bercakap dengan dialek sama dengan Vardy.”

“Malah kami dengar dia juga minat Vardy. Dia tweet Jamie semasa Jamie memecahkan rekod Nistelrooy semasa November lepas.”

Bagaimanapun menurut laporan Leicester Mercury, Vardy mahukan bekas pemain tengah Wimbledon dan pelakon filem Lock, Stock and Two Smoking Barrels, Vinnie Jones untuk melakonkan wataknya.

Bagaimanapun dalam satu undian online yang dilakukan oleh Leicester Mercury, ramai penyokong Leicester mahukan Vinnie Jones melakonkan watak Nigel Pearson – jurulatih yang bertanggungjawab membawa Vardy masuk ke Leicester.

Kami juga bersetuju dengan penyokong Leicester. Muka, persona dan karakter Nigel Perason sesuai dilakonkan oleh Vinnie Jones.

Bakal siap tahun 2017

Leicester Mercury juga melaporkan produser filem, Adrian Butchart berharap filem ini bakal memulakan penggambaran lewat tahun 2016 dan bakal menemui penonton di panggung wayang pada 2017.

Menurut Butchart:

“Kami perlu tunggu EURO 2016 dulu supaya jalan ceritanya sempurna dan tak tergantung.”

“Tapi bermula September, Oktober dan November tahun ini, kami akan memulakan penggambaran jika tiada aral melintang. Kami mahu filem ini ditanyangkan pada tahun depan.”

Richard Halsey, editor filem yang memenangi anugerah Oscar pada tahun 1977 hasil kerjanya dalam filem Rocky dilaporkan telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Butchart dalam filem Jamie Vardy ini.

Universal Pictures, Disney dan Warner Brothers dikatakan semuanya berminat untuk melabur dalam projek filem ini.

Baca juga: 11 Filem Bola Sepak Terbaik Yang Perlu Anda Tonton

The post Hollywood Akan Buat Filem Tentang Jamie Vardy, Watak Dilakonkan Oleh Vinnie Jones appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Claudio Ranieri Beritahu 4 Rahsia Kejayaan Leicester City: Vardy, Kante, Pizza, Penyokong

Saya masih ingat pertemuan pertama saya bersama pengerusi kelab pada musim panas 2015. Beliau duduk dan memberitahu saya:

“Claudio, ini tahun yang sangat penting untuk kelab. Saya mahu kita kekal dalam liga. Saya mahu kita selamat.”

Saya menjawab, “Okey. Saya akan bekerja keras di padang latihan dan cuba capai sasaran ini.”

40 mata. Itu sasaran kami. Itulah jumlah mata yang kami perlukan untuk kekal dalam liga.

Sebelum ini, saya tak pernah bermimpi bila saya baca surat khabar pada 4 April 2015, Leicester City berada di tangga teratas liga dengan 69 mata.

Pada tarikh sama tahun lepas, Leicester City berada di tangga terbawah liga. Sukar untuk saya percaya.

Jangan lari banyak sangat, Kante!

Saya sudah berusia 64 tahun, jadi saya tak banyak berjalan. Saya dah berkahwin dengan isteri saya selama 40 tahun. Jadi bila saya cuti, saya cuba luangkan masa dengannya.

Biasanya kami pergi melawat tasik berhampiran rumah kami. Kalau kami rasa nak jalan jauh sikit, kami pergi tengok wayang.

Tetapi kebelakangan ini, sukar untuk saya keluar tanpa perhatian peminat. Saya dengar sudah ada orang Amerika Syarikat yang mula meminati kelab kami.

Kepada anda peminat-peminat baru, saya ucapkan: selamat datang ke kelab kami. Kami mahu anda menikmati gaya kami bermain bola sepak. Dan saya mahu anda sayang pemain saya.

Mungkin anda pernah dengar nama mereka. Pemain yang dianggap terlalu kecil atau perlahan bagi kelab besar. N’Golo Kanté. Jamie Vardy. Wes Morgan. Danny Drinkwater. Riyad Mahrez.

Semasa hari pertama saya di latihan, saya tahu betapa bagusnya mereka. Dari situlah saya tahu; Leicester ada peluang untuk kekal dalam liga.

Semasa latihan, Kante berlari tanpa henti sampaikan saya rasa dia mempunyai bateri tersorok di seluar pendeknya. Saya terpaksa beritahu dia:

“Hey N’golo. Perlahan-lahanlah. Jangan berlari banyak sangat, okay?”

“Ya, bos. Ya. Okay,” jawabnya.

10 saat kemudian, saya lihat dia berlari lagi. Saya beritahu dia:

“Satu hari nanti, saya rasa awak akan tanduk sendiri bola yang awak cross.”

Vardy bukan pemain bola, dia adalah kuda yang bagus

Kante sangat menakjubkan, tapi dia bukan satu-satunya pemain kami yang menakjubkan. Ada banyak lagi.

Jamie Vardy, sebagai contoh. Dia bukan pemain bola. Dia adalah kuda yang sangat bagus. Dia perlu dibiarkan bebas di padang. Saya berkata kepadanya:

“Awak bebas untuk bergerak kemana-mana yang awak mahu. Tapi awak mesti tolong pasukan bila kita hilang bola. Itu saja yang saya minta. Bila awak beri tekanan kepada pemain lawan, rakan sepasukan anda yang lain akan ikut awak.”

Sebelum perlawanan pertama liga, saya beritahu pemain:

“Saya mahu awak bermain untuk rakan sepasukan anda. Kita adalah pasukan kecil, jadi kita kena berjuang sepenuh hati. Saya tak peduli siapa lawan kita. Saya hanya mahu awak berjuang.”

“Kalau mereka menang, okay. Tahniah. Tapi mereka perlu tunjukkan yang mereka lebih bagus daripada kita.”

Penyokong yang fantastik

Dari hari pertama, suasana di stadium sangat fantastik. Ia bermula dari pengerusi kelab, kemudian pemain, staf dan seterusnya pemain. Saya dapat merasakan tenaga yang kuat di King Power Stadium.

Adakah penyokong kami hanya bersorak bila kami menyerang? Oh tidak, tidak, tidak. Mereka turut bersorak bila kami sedang ditekan. Mereka merasai kesakitan kami. Mereka faham kesukaran perlawanan.

Lepas janji piza, kami catat 12 clean sheets!

Kami memulakan musim liga dengan baik. Tapi matlamat kami, seperti saya kata, adalah menyelamatkan pasukan dari tersingkir.

Dalam 9 perlawanan pertama, kami menang. Tapi bolos banyak gol. Kami perlu menjaringkan 2-3 gol untuk menang. Saya risau.

Sebelum perlawanan, saya cuba bermacam-macam teknik motivasi untuk dapatkan clean sheet. Tapi pertahanan kami tetap bocor.

Akhirnya, sebelum perlawanan menentang Crystal Palace, saya cakap:

“Hari ini saya mahu clean sheet. Jika kamu dapat clean sheet, saya akan belanja piza.”

Barulah kami dapat clean sheet. Kami menang 1-0 menewaskan Crstal Palace.

Jadi saya tunaikan janji saya dan bawa pemain-pemain saya ke Peter Pizzeria di Leicester City Square. Tapi saya ada satu kejutan untuk mereka. Saya beritahu mereka:

“Kamu perlu bekerja keras untuk dapatkan sesuatu. Semalam kamu bekerja keras untuk dapatkan piza. Sekarang kamu kena buat piza kamu sendiri.”

Jadi kami pergi ke dapur yang dipenuhi dengan doh roti, keju dan sos. Kami uli pai kami sendiri. Sebagai orang Itali, saya mahu pemain saya tahu cara menikmati piza dan pasta yang bagus.

Selepas janji piza saya, kami menghasilkan banyak clean sheets. 12 clean sheets. Saya rasa ini bukan satu kebetulan.

Biarkan penyokong bermimpi

Kini kami mempunyai 6 perlawanan lagi, dan kami mesti terus berjuang. Leicester adalah kelab kecil yang menunjukkan dunia bahawa segalanya boleh dicapai dengan semangat dan keazaman. 26 pemain. 26 otak yang berbeza. Tapi satu hati.

Beberapa tahun lepas, banyak pemain saya berada di liga bawahan. Vardy bekerja di kilang. Kante di liga ke-3 Perancis. Mahrez di liga ke-4 Perancis.

Kini kami bertanding merebut liga. Penyokong Leicester banyak memberitahu saya yang mereka sedang bermimpi (menjadi juara). Saya hanya berkata kepada mereka:

“Okay, awak teruskan bermimpi. Kami akan bekerja keras untuk jadikan mimpi anda satu realiti.”

Walau apa pun yang bakal terjadi bila musim liga habis nanti, saya rasa cerita kami sangat penting untuk peminat bola sepak seluruh dunia. Ia memberi harapan kepada pemain-pemain muda yang diberitahu mereka ‘tidak cukup bagus’.

Mereka boleh berkata kepada diri mereka sendiri:

“Bagaimana saya nak capai tahap tertinggi bola sepak? Jika Vardy boleh lakukannya, jika Kante boleh lakukannya, mungkin saya juga boleh.”

Apa yang anda perlukan untuk bermain bola sepak di tahap tertinggi?

Nama yang besar? Tidak.

Kontrak yang besar? Tidak.

Anda cuma perlu berfikiran terbuka, berjiwa besar, bateri yang penuh dan berlarilah dengan bebas.

Siapa tahu, mungkin di akhir musim nanti, kita akan mempunyai parti piza kita masing-masing.

Nota editor: Artikel ini ditulis oleh Claudio Ranieri untuk laman web The Players Tribune dan diterbitkan setelah mendapat kebenaran pihak editorial mereka. Artikel asal boleh dibaca di sini.

Baca juga: Blackburn Rovers 1994/1995: Juara Yang Dilatih Dalglish, Diketuai Sherwood, Ditunjangi Gandingan SAS

The post Claudio Ranieri Beritahu 4 Rahsia Kejayaan Leicester City: Vardy, Kante, Pizza, Penyokong appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA