Jermaine Pennant: “Liga Singapura Tak Akan Maju Walaupun Mereka Bawa Lionel Messi”

Pada tahun 1994, Singapura mengumumkan yang mereka akan keluar dari Liga Malaysia.

Dan pada 1996, mereka menubuhkan liga mereka sendiri iaitu S-League.

Mereka bermula dengan hanya 8 pasukan sahaja ketika musim sulung mereka mengambil tempat. Selepas 20 tahun kewujudan liga, S-League hanya mampu mempunyai maksima 11 pasukan sahaja.

Tak akan berkembang

Bekas pemain Arsenal dan Liverpool Jermaine Pennat, mengejutkan dunia bola sepak apabila beliau berkeputusan untuk menyertai S-League.

Pennant

Beliau memilih untuk menyertai Tampines Rovers dengan nilai gaji rekod tertinggi dalam sejarah S-League iaitu £11,500. (RM 60,000)

Namun begitu, pengalaman Pennant di Singapura tidaklah seindah yang disangkakan.

Beliau merasakan S-League tidak akan berkembang, dan mereka hanya akan duduk di dalam zon selesa mereka sendiri.

Pennant juga merasakan S-League tak akan berkembang kerana walaupun mereka membawa Lionel Messi sekali pun ke liga mereka.

“Buatlah apa saja pun. Kalau mereka bawa Lionel Messi pun tiada masalah. Mereka mampu menarik minat peminat bola sepak di Singapura untuk menonton S-League.”

“Tetapi mereka tidak ada duit. Dan jika liga mereka berterusan dibantu oleh kerajaan seperti liga yang mereka lakukan pada sukan lain. Mereka tak akan berkembang.”

Bagi Pennant, jika S-League tidak melakukan sesuatu. Liga mereka tidak akan kemana.

Tetap berdegil

Sejak penubuhan S-League pada 1996, mereka mengalami kesukaran untuk menarik peminat bola sepak di Singapura untuk datang menyokong liga tempatan.

Hal ini kerana mereka gagal untuk menarik penaja untuk menaja liga mereka dan dalam masa yang sama peminat bola sepak di Singapura lebih memilih untuk menonton aksi liga bola sepak dari Eropah di kaca televisyen.

01_19114155_0ee916_2647618a

Selepas 9 bulan bersama Tampines Rovers, Pennant akhirnya pergi meninggalkan kelab tersebut kerana tidak mahu menerima potongan gaji diatas gaji besar yang diterima beliau.

Beliau tidak berpuas hati kerana Tampines Rovers mengamalkan polisi gaji yang menghadkan nilai gaji untuk sesetengah pemain.

Bagi pengerusi Tampines Rovers Krishna Ramachandra, kelab beliau buat sedemikian untuk demi keadian setiap pemain di kelabnya.

“Adalah tidak adil untuk pemain yang lain kerana mereka semua mengambil potongan gaji tetapi beliau dapat gaji yang amat besar.”

“Ia akan beri suasana yang tidak seronok dibilik persalinan.”

Baca juga: 

The post Jermaine Pennant: “Liga Singapura Tak Akan Maju Walaupun Mereka Bawa Lionel Messi” appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Mengapa Barcelona Masih Boleh Membeli Pemain Walaupun Dikenakan Sekatan?

Aleix-Vidal

Artikel ini dipetik dari laman web www.11freunde.de dan ditulis oleh Fabian Scheler. Ia kemudiannya dialih bahasa dari bahasa Jerman ke bahasa Inggeris oleh grup14.com.

Padfa hujung tahun lepas, kelab Catalan ini telah dikenakan sekatan perpindahan pemain (transfer ban) selama setahun oleh FIFA. Ini bermakna Barcelona tidak boleh mendaftar pemain baru pada jendela perpindahan Januari 2015 dan musim panas 2015.

Sekatan ini dikenakan selepas Barcelona didapati bersalah melanggar peraturan FIFA ketika menandatangani 10 pemain bawah 17 tahun antara tahun 2009 hingga 2013.

Bagaimanapun, walaupun Barcelona menjalani sekatan perpindahan pemain, mereka masih mampu merekrut pemain baru.

Bagaimanakah Barcelona masih boleh membeli pemain baru sedangkan mereka dikenakan sekatan? Mengapa FIFA dan UEFA tidak mengambil tindakan? Apa sebenarnya yang sedang berlaku?

Penganalisis undang-undang sukan FIFA, Paul Lambertz menjelaskan bagaimana perpindahan pemain masih boleh berlaku di Nou Camp.

FC Barcelona sedang menjalani hukuman sekatan perpindahan pemain. Namun, mereka telah memperkenalkan pemain terbaru mereka, Aleix Vidal, seperti tiada sekatan dikenakan keatas mereka.

Barca sememangnya melakukan semuanya dengan betul (mengikut prosedur undang-undang).



Anda perlu jelaskan penyataan anda. Bukankah “sekatan perpindahan pemain” bermaksud kelab tersebut tidak dibenarkan merekrut pemain baru?

Inilah cara saya mengintrepertasi undang-undang FIFA. Sekatan ini hanya membuatkan Barca tidak dapat mendaftarkan pemain tersebut dengan pertubuhan (FIFA dan UEFA) sebagai pemain baru Barca.

Pendaftaran ini hanya diperlukan jika mereka ingin disenaraikan dalam perlawanan rasmi. Jadi, perpindahan pemain dari kelab lain ke Barca atau pemberian kontrak baru adalah dibenarkan.



Jadi, adakah terma “sekatan perpindahan pemain” ini boleh mengundang kritikan?

‘Sekatan’ ini bolehlah dilihat sebagai “harimau yang tidak mempunyai gigi”. Ia lebih kepada berbentuk hukuman yang ‘ringan’, pada pendapat saya.

Pemain yang direkrut masih boleh mengikat kontrak dengan kelab, berlatih dengan rakan-rakan sepasukan yang lain, dibenarkan bermain dalam perlawanan persahabatan, malah mereka juga boleh dipinjamkan ke kelab lain. Boleh dikatakan, kelab Barcelona boleh beroperasi seperti biasa.

Adakah sekatan ini sebenarnya tidak memberi kesan langsung kepada mereka?

Jujurnya, dalam perlawanan rasmi, pemain-pemain baru ini hanya dibenarkan bermain dalam perlawanan rasmi untuk Barca selepas tarikh 1 Januari 2016. Jika pemain seperti Vidal merelakan dirinya untuk berada di ‘luar’ pasukan utama sehingga tarikh itu, dia dibenarkan menyertai Barca tanpa sebarang masalah.



Barcelona telah menerima sekatan ini kerana FIFA mahu menghukum mereka akibat merekrut 10 pemain dibawah umur sepanjang tempoh 2009 hingga 2013. Adakah ini menunjukkan yang mereka sebenarnya tidak sedar akan kesalahan yang mereka telah lakukan sepanjang bertahun-tahun?

Jika kita menilainya dari luar, ia agak susah untuk menilai perkara ini. Tapi, apa yang pasti, perbalahan di antara kelab dalam merebut pemain-pemain muda semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Kadang kala, memang terdapat kelab yang membelakangi peraturan yang ditetapkan, seperti yang kita lihat berlaku di Barcelona. Dari pemerhatian pihak FIFA, kami perlu melindungi kanak-kanak ini dan menentang “perbalahan merebut bakat-bakat muda ini” secara lebih berkesan.

FC Barcelona juga menyatakan yang akademi bola sepak mereka, La Masia menyediakan sistem pendidikan yang baik dan mempunyai standard yang tinggi kepada pemain bawah umur. Adakah ia alasan yang boleh diterima?

Ianya mungkin penjelasan terbaik yang boleh dilakukan oleh pihak perhubungan awam (PR) kelab untuk menjelaskan keadaan ini kepada dunia luar. Namun, mereka sebenarnya tidak faham dengan hukuman yang dikenakan.



Sesetengah pihak media Sepanyol juga bertelagah mengenai isu ini. Kesalahan mereka melanggar peraturan FIFA tidak boleh ditebus dengan perkara ini, walaupun mereka mempunyai akademi sebaik itu. Barca harus menerima hukuman diatas kesalahan mereka.

Sekatan perpindahan pemain telah disebut pada bulan April 2014. Barca bagaimanapun boleh bertindak meminta penangguhan implementasi sekatan ini dengan mengemukakan rayuan. Terdapat masa yang cukup bagi mereka merekrut pemain seperti Luis Suarez, Marc-André ter Stegen dan Ivan Rakitić untuk nilai perpindahan €166 juta.

Sebenarnya, buku peraturan FIFA menggariskan bahawa sekatan tersebut sepatutnya aktif secara serta merta. Barca bagaimanapun telah membuat rayuan dan pihak pengurusan telah bersetuju untuk memberi mereka sedikit penangguhan.

Ia merupakan proses yang kompleks, dan ia tidak dapat diputuskan secara muktamad sehinggalah tiba tempoh perpindahan pemain yang seterusnya.

Jadi Barca telah melakukan semua benda dengan betul dan dibenarkan melakukan perpindahan pemain walaupun dikenakan sekatan. Jika masalah ini berlaku sekali lagi di masa akan datang dan kelab yang bersalah membuat rayuan, tempoh keputusan untuk meluluskan rayuan mereka mungkin terpaksa ditolak.

Apabila sekatan ini berlangsung, ramai orang mengharapkan yang ia akan menjadi iktibar kepada kelab lain, kerana yang menjalani hukuman ini adalah, Barcelona – sebuah kelab besar. Bagaimana anda melihat hal ini?

Dari pandangan saya, sekatan penghijrahan pemain seperti yang berlaku kepada Barca takkan menjadi iktibar kepada kelab lain. FC Barcelona masih lagi aktif di pasaran perpindahan pemain walaupun menjalani hukuman sekatan. Mereka juga sedang bersaing dengan hebat untuk mendapatkan pemain yang mereka mahu dan tiada siapa yang dapat menghalang mereka.

Kini, Barcelona sedang berusaha mendapatkan Paul Pogba dan Ilkay Gundogan. Apa akan terjadi sekiranya pemain-pemain ini benar-benar menyertai Barca?

Akan berlaku kekecohan yang besar. Sebenarnya, Barcelona telah mengkaji buku peraturan FIFA dengan bijak. Jika perpindahan pemain itu berlaku dan kelab Barca berhajat untuk meletakkan mereka dalam pasukan utama setahun kemudian, tiada masalah langsung.

Anda perlu ada idea tentang pasukan bagaimana yang ingin anda bina. Hanya beberapa kelab sahaja yang cukup hebat yang mampu melakukan “perpindahan tertangguh” seperti ini. Dan saya tak rasa orang-orang di FIFA pernah terfikir mengenainya.

Adakah FIFA sedang lena? Adakah organisasi ini bersalah dalam hal ini?

FIFA adalah pihak yang bertanggung jawab terhadap peraturan-peraturan mereka. Anda boleh menukarkan orang dalam organisasi FIFA jika mereka tidak melaksanakannya dengan baik. Tapi, bagi saya FIFA merupakan pihak yang tegas. Keberanian mereka untuk menghukum Barcelona menunjukkan bahawa mereka serius mahu melindungi kepentingan pemain bawah umur.

Perenggan ke 19 dari peraturan perpindahan pemain, yang mana Barcelona ingkari, mempunyai beberapa pengecualian. Contohnya: pemain bawah umur dibenarkan berpindah kelab jika ibubapa mereka berpindah diatas “sebab yang tidak berkaitan langsung dengan bola sepak”.

Helah ini sering digunakan untuk “mengikat” pemain muda berkenaan, dengan kelab tersebut memberikan pekerjaan kepada ibubapa pemain tersebut, menjadikan ia suatu alasan untuk mengekalkan mereka di kelab.

Itu adalah ‘loophole’ yang membolehkan peraturan FIFA ini disalah guna. Jika FIFA tidak menarik atau membetulkan kelemahan-kelemahan semua peraturan ini, anda boleh menyalahkan mereka kerana tidak bersungguh-sungguh melindungi pemain muda ini.



Kelemahan peraturan ini tidak didedahkan dengan mengambil kira kes Barca sebagai contoh. Oleh itu, anda seharusnya mengubah peraturan-peraturan ini, bukan?

Keputusan ini harus dibuat oleh FIFA dan bukan saya seorang. Tapi, saya berpendapat bahawa skop sekatan perpindahan pemain ini harus diperluaskan lagi jika anda benar-benar ingin memjadikan ia sebuah hukuman berat terhadap sesebuah kelab.

Masalahnya, semua kelab yang dihukum dengan sekatan perpindahan pemain akan bertindakbalas seperti Barca dan membuat rayuan. Jika FIFA mahu mengenakan hukuman sekatan perpindahan pemain secara terus, mereka harus mengubah kesemua peraturan tersebut menjadi satu peraturan baru.

Adakah ia sukar dilakukan?

Pada pendapat saya, ia tidaklah sukar. Ia cuma memerlukan syarat-syarat spesifik yang lebih khusus, seperti selain pemain-pemain ini tidak boleh didaftarkan dengan FIFA, semua urusan perpindahan pemain juga harus dibekukan secara serta merta. Ia hanya memerlukan sedikit tambahan beberapa perkataan khusus kepada peraturan yang sedia ada.

Sumber: Grup14.com

The post Mengapa Barcelona Masih Boleh Membeli Pemain Walaupun Dikenakan Sekatan? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA