Arsene Wenger: “Hanya Ada 1 Pasukan Sahaja Di London Ini!”

Walaupun aksi bola sepak kelab tidak ada untuk 2 minggu ini, namun cerita mengenai bola sepak kelab tetap ada.

Ia melibatkan Arsenal, lebih tepat mengenai Alexis Sanchez.

Tempo hari, Alexis Sanchez  melaporkan mahu teraksi bersama pasukan yang berpengkalan di London.

Pasukan yang mana? Arsenal? Chelsea? Tottenham Hotspur? Fulham? Atau Queens Park Rangers?

Menurut Sanchez, beliau mahu terus beraksi bersama pasukan yang berpengkalan di London tetapi pasukan London yang mempunyai ciri-ciri “pasukan juara”.

1 London

Kenyataan yang diberikan oleh Sanchez itu ternyata menimbulkan spekulasi terhadap bintang Chile itu.

Hal ini kerana, ia menguatkan lagi dakwaan ketika ini yang pemain tersebut mahu berhijrah ke pasukan London yang lain iaitu Chelsea.

Namun begitu, Wenger telah pun berikan maklum balas beliau mengenai spekulasi yang menjadi tumpuan ketika ini.

Bagi Wenger, komen yang diberikan oleh Sanchez merupakan tanda yang beliau mahu terus kekal di Arsenal.

“Apa yang dikatakan oleh Sanchez itu menandakan beliau mahu kekal di Arsenal.”

Wenger juga berkata di London hanya terdapat 1 pasukan sahaja yang bertakhta di hati Sanchez.

“Di London hanya ada 1 pasukan sahaja iaitu pasukan Arsenal,” seloroh Wenger.

“Jadi saya boleh katakan yang Sanchez dengan gembiranya mahu terus kekal di Arsenal.”

Kontrak Sanchez akan berakhir pada tahun 2018 dengan masih tiada lagi perkembangan terbaharu mengenai pembaharuan kontrak pemain antarabangsa Chile itu.

Wenger juga dalam pada itu menegaskan Arsenal tidak lagi akan menjual pemain terbaik mereka seperti yang dilakukan mereka sebelum ini.

Baca juga: Paolo Maldini: “Pertahanan Sekarang Semakin Hilang Karakter Bertahan”

The post Arsene Wenger: “Hanya Ada 1 Pasukan Sahaja Di London Ini!” appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Hector Bellerin: “Jika Wenger Keluar Dari Arsenal, Saya Akan Turut Serta”

Hector Bellerin keluar Arsenal? Adakah ini akan terjadi?

Pemain pertahanan kanan Arsenal itu tegaskan mahu keluar dari Arsenal namun dengan satu syarat.

Beliau hanya akan keluar sekiranya Arsene Wenger membuat keputusan untuk tidak bersama lagi dengan kelab tersebut selepas lebih 20 musim berkhidmat.

Calon utama Barcelona

Tapi ke mana Bellerin akan pergi? Beliau memilih untuk pulang ke kelab lamanya iaitu Barcelona.

Barcelona sudah lama inginkan beliau kembali, hal ini terbukti apabila media-media di Sepanyol sering mengeluarkan gosip yang beliau menjadi buruan Barcelona.

Barcelona antara kelab utama dunia pasti mahukan pemain berkaliber seperti Bellerin bermain untuk mereka. Tambahan pula, posisi di pertahanan kanan mereka berada dalam masalah.

Mereka kehilangan Alexi Vidal, dan Sergi Roberto masih lagi tidak berada dalam prestasi terbaik jadi Bellerin mungkin penyelesaian jangka panjang terbaik buat mereka.

Wenger pergi, kami juga pergi

Pemergian Wenger ini dijangka beri kesan buruk kepada Arsenal. Hal ini kerana, bukan sahaja Bellerin akan tinggalkan Arsenal sekiranya pengurus daripada Perancis itu tidak menyambung kontraknya di Arsenal.

Mesut Ozil juga mengatakan masa depan beliau di Arsenal bergantung kepada Wenger. Sekiranya Wenger kekal, beliau juga akan kekal di Arsenal.

Selain Ozil, Alexis Sanchez juga berkata masa depan beliau juga bergantung dengan kekalnya Wenger di Arsenal atau pun tidak.

Bellerin jelas seorang yang setia pada Wenger. Terdahulu ketika Manchester City datang memanggil, beliau memilih untuk kekal di Arsenal.

Baginya, Wenger adalah individu terbaik yang boleh memajukan karier Bellerin.

Baca juga: McKain Tweet Isu Gaji, Velizar Popov Antara Mangsa Yang Terkejut Dengan Kenyataan ‘Plastik’ KAFA

The post Hector Bellerin: “Jika Wenger Keluar Dari Arsenal, Saya Akan Turut Serta” appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Arsene Wenger Digantung 4 Perlawanan Selepas Tolak Pengadil Keempat

Arsene Wenger digantung 4 perlawanan oleh England FA selepas insiden melibatkan beliau dengan pengadil keempat tempoh hari.

Semuanya berlaku ketika aksi diantara Arsenal dan Burnley minggu lepas.

Tolak pengadil

Arsene Wenger digantug 4 perlawanan selepas menolak pengadil keempat Anthony Taylor selepas berang ketika aksi perlawanan menentang Burnley.

Beliau nyata kecewa selepas Burnley diberikan sepakan penalti pada masa kecederaan yang membolehkan Burnley menyamakan kedudukan.

Wenger yang kemudiannya bengang melepaskan kemarahannya kepada Taylor. Selepas itu Taylor pun mengarahkan beliau untuk keluar dari bangku simpanan.

Selepas itu, Wenger dihalang dari melihat aksi perlawanan di terowong selepas Taylor menghalang beliau.

Tindakan itu menyebabkan Wenger semakin marah, lantas beliau menolak Taylor sebanyak 2 kali tanda protes.

Kejadian yang dirakam oleh kamera itu menyebabkan insiden itu dibincangkan dengan hebatnya.

Namun begitu, selepas perlawanan Wenger memohon maaf dan mengakui yang beliau menyesal atas tindakannya itu.

“Saya menyesal. Patut saya diam saja.”

Didenda

Namun penyesalan beliau tiada gunanya apabila beliau tetap didenda oleh England FA diatas kelakuannya.

England FA telah mendenda Wenger dengan denda sebanyak £25 ribu serta beliau digantung dari menguruskan perlawanan sebanyak 4 perlawanan.

Ini merupakan satu malapetaka kepada Arsenal kerana Wenger tidak akan berada di bangku simpanan dalam 4 perlawanan yang cukup penting.

Ia bermula pada perlawanan FA Cup minggu ini menentang Southampton disusuli dengan perlawanan Premier League menentang Watford.

Ketiadaan Wenger pada perlawanan penting turut dirasai ketika perlawanan menentang Chelsea yang merupakan perlawanan ketiga Wenger digantung.

Dan perlawanan terakhir adalah ketika menentang Hull City, juga dalam aksi Premier League.

The post Arsene Wenger Digantung 4 Perlawanan Selepas Tolak Pengadil Keempat appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Antara Wenger, Guardiola dan Mourinho, Cesc Fabregas Tak Mahu Namakan Pengurus Kegemarannya

Cesc Fabregas enggan menamakan pengurus kegemarannya ketika ditanya dalam rancangan soal jawab Facebook di Sky Sports semalam.

Rancangan yang dihoskan oleh personaliti TV Sky Sports, David Jones, itu turut disertai oleh bekas rakan sepasukan Fabregas dan lagenda Arsenal, Thierry Henry.

Ketika berita Henry yang mengutuk pemain Chelsea secara terbuka di hadapan Fabregas tersebar luas, Henry dan Fabregas turut berbincang tentang perlumbaan kejuaraan Liga Perdana Inggeris, EURO 2016, lawan terbaik dan rakan sepasukan terbaik mereka.

Tetapi satu soalan yang gagal dijawab oleh Fabregas adalah siapa pengurus kegemarannya.



Fabregas hanya pernah bermain di bawah 4 pengurus dalam karier seniornya iaitu Vincente del Bosque (Sepanyol), Arsene Wenger (Arsenal), Pep Guardiola (Barcelona) dan Jose Mourinho (Chelsea).

Tetapi Fabregas enggan memberi jawapan konkrit. Sebaliknya beliau menjawab:

“Saya ada pengurus kegemaran tapi saya tak boleh beritahu.”

Ketika didesak Henry untuk memberitahu jawapannya, Fabregas memberitahu sebab mengapa beliau tak mahu mendedahkan jawapannya.

“Saya tak mahu mencipta situasi (yang tak selesa).”

“Saya dah banyak berkerja di bawah banyak pengurus. Pengurus kegemaran saya sudah tentulah yang terbaik. Tetapi saya tak mahu cakap sekarang.”

“Tapi semua pengurus yang saya pernah bermain, semuanya membawa pengaruh yang positif kepada saya.”

Mungkin Fabregas mahu menjawab Wenger, tetapi beliau tak mahu jawapannya menjejaskan hubungannya dengan peminat Chelsea.

Mungkin juga Fabregas mahu menjawab Mourinho, tetapi takut akan menjejaskan hubungannya dengan peminat Arsenal.

Baca juga: Thierry Henry Kutuk Chelsea Di Hadapan Cesc Fabregas Dalam Rancangan Soal Jawab Facebook

The post Antara Wenger, Guardiola dan Mourinho, Cesc Fabregas Tak Mahu Namakan Pengurus Kegemarannya appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms: