7 Masalah Yang Dihadapi Ketika Aktiviti Futsal Malam

Futsal adalah satu aktiviti yang digemari ramai. Ia juga antara alternatif terbaik untuk peminat bola sepak padang. Jadi aktiviti futsal pada malam hari di kompleks futsal antara salah satu riadah yang popular.

kredit foto : Asnawi Aazizan

Antara sebab futsal malam-malam ini menjadi pilihan adalah kerana lebih ramai ada masa terluang pada malam hari terutama yang bekerja.

Namun ada beberapa masalah yang kerap dihadapi oleh pemain-pemain aktiviti futsal malam ini yang anda juga pernah lalui.

1. Penyertaan

Biasanya kita akan mengumpul nama-nama pemain yang akan bermain. Bagi yang ada kumpulan whatsapp, telegram ataupun facebook, pastinya ia akan dihebah melalui medium tersebut.

Masalah maklum balas kerap menjadi masalah apabila ramai yang gagal memberikan respon segera. Soalannya mudah, nak main atau tidak?

Jadi, kerap berlaku jumlah yang tidak tepat bila aktiviti. Antaranya adalah isu terlebih ramai. Ianya apabila dalam proses mengumpul ahli, berlaku kekurangan 3 atau 4 orang daripada yang dijangka.

Gambar sekadar hiasan/ kredit foto : Amir Zarif

Lalu dipesan kepada rakan-rakan supaya membawa seorang lagi rakan. Masalahnya, mereka membawa 1 pasukan. Ada juga yang berkata:

“Bang, tadi saya memang ajak dia seorang, tapi dia ajak kawan dia seorang lagi, kawan dia ajak dia seorang lagi.”

2. Cancel Saat Saat Akhir

Antara masalah paling kerap berlaku. Ada yang tak nak datang dengan alasan yang pelik dan kurang munasabah walaupun sudah berjanji bersungguh-sungguh.

Gelanggang pula sudah ditempah dan dibayar deposit. Untuk yang ada kecemasan dan hal yang tidak dapat dielakkan kita faham. Tapi apabila melibatkan 5 hingga 8 orang yang cancel last minute, memang pening dibuatnya.

Ada yang mendiamkan diri bila ditanya status semasa dan menghilang dari group whatsapp selama seminggu selepas buat hal.

Tidak lupa juga yang perangai cakap lebat dalam group tapi tiba hari bermain, tak nampak batang hidung. Akhirnya hanya 6 atau 8 orang sahaja yang ada dan terpaksa bermain sebab gelanggang dah ditempah.

kredit foto: Asnawi Aazizan

Lalu aktiviti crossbar challenge menjadi pilihan.

3. Diva

Antara masalah yang paling dibenci oleh kita semua. Salah satu perangai diva adalah, melihat hanya 2 pasukan yang bermain, mulalah tak nak bermain dan balik.

Adas juga diva yang suka-suka datang lambat. Lebih teruk, apabila diva ini berkelompok, berkumpulan atau berpasukan.

Ramai kita faham jika ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Namun yang menjadi masalah adalah apabila pattern itu berulang-ulang setiap kali melibatkan orang atau kumpulan yang sama.

Tiba di gelanggang futsal, tidak terus memakai kasut. Pergi ‘mengorbit’ gelanggang dahulu. Memakai kasut punyalah lama. Lepas siap pakai kasut, periksa telefon pintar. Kemudian pekena rokok sebatang dahulu.

Tempahan dibuat untuk 10 malam sehingga pukul 12 malam tetapi datangnya pukul 11 malam. Lebih teruk kalau ia melibatkan ramai orang yang berperangai begitu.

Terbuang setengah jam sebab mencari cukup orang untuk bermula. Seperti biasa, tembak tiang dahulu. Kemudian bila ramai datang lambat, mulalah panik semua nak bermain sebab masa semakin suntuk.

Bayar untuk 2 jam tapi bermain hanya sejam.

kredit foto : Luqman Musthafa

4. Tak Nak Jadi Penjaga Gol

Antara masalah yang diutarakan kepada kami adalah, sikap tak nak menjadi penjaga gol dengan alasan, ‘saya tak pandai keeper.’

Gambar sekadar hiasan/ kredit foto : Asnawi Aazizan

Ia hanya aktiviti santai malam-malam dengan rakan-rakan. Jadi alasan seperti ini agak sukar diterima. Ada yang menjadi penjaga gol sampai ke sudah tidak keluar-keluar dari gelanggang atas permintaan pasukan seterusnya.

“Bro stay la! Kami tak ada keeper.

Kadangkala rakan yang bermain keeper juga mahu bermain sebagai pemain outfield. Apa salah bagilah mereka peluang.

5. Bayaran

Biasanya, kita akan membayar sama rata untuk bayaran gelanggang. Namun ada perangai yang kadang-kadang mengelak dari membayar. Ada yang balik awal.

Jika ia persahabatan dengan pasukan lain mungkin senang nak kutip berdasarkan pasukan. Tapi jika ia melibatkan keahlian terbuka, ia menjadi masalah.

Kami juga mendengar rintihan si penempah kerap menjadi mangsa kerana membayar deposit awal tapi kemudian terpaksa dibatalkan.

Si penempah juga kerap merungut apabila bayaran kurang mereka harus menambah. Sedangkan mereka sudah luangkan masa dan tenaga untuk pergi ke kompleks futsal.

6. Bermain Terlalu Serius

Bermain futsal santai malam-malam adalah aktiviti riadah. Ia berbeza dengan perlawanan persahabatan untuk persediaan ke kejohanan futsal.

Semua orang memang mahu serius dalam melakukan hobi untuk kepuasan namun janganlah sampai terlalu serius dan melebih sehingga melakukan contact yang terlalu keras.

Ia bukan kejohanan yang diselia dan ada insurans. Jika tercedera sudah pasti ia akan memberikan impak kepada kerja mahupun pelajaran.

Kecederaan memang boleh berlaku, tetapi jika tidak terlalu kasar bermain, sekurang-kurangnya kita dapat mengelakkan impak kecederaan yang teruk seperti patah kaki.

Jadi berpada-padalah.

Gambar sekadar hiasan / kredit foto: Ibnu Syauqer

Bahkan perlawanan latihan skuad kebangsaan di Piala Dunia pun mereka akan fokus kepada aspek teknikal dan taktikal, bukannya bermain sampai ada yang tercedera.

7. Bermain Terlalu Lama

Kami mendapat maklum balas sistem siapa menang akan kekal menjadi pilihan kepada aktiviti yang melibatkan banyak pasukan.

Namun ramai juga mengeluh sistem itu akan menyebabkan pasukan kuat akan bermain terlalu lama. Ramai juga pemain tidak mahu bercampur dengan pemain yang dirasakan tidak cukup power.

Rasanya sistem ini memang bagus, namun gunakanlah common sense. Jika sudah berada di gelanggang lebih dari 3 perlawanan rasanya tak salah untuk keluar dan membiarkan pasukan lain bermain .

Jadikan ia aktiviti sukan bersama-sama bukannya mencari mana pasukan invincibles.

Kredit gambar : Amir Zarif

Masa kumpul duit untuk bayaran tidak ada sistem siapa pemain bintang bayar lebih sebab pemain lain cuma rakan sparring.

Rumusan

Itu antara beberapa konflik dan masalah yang kerap dihadapi oleh pemain-pemain futsal yang serius mahu beriadah bersama-sama dengan rakan-rakan dan kenalan baru yang sama minat.

Kami memahami masalah di atas kerana kami pun seperti anda. Jadi, kami berharap peminat sukan futsal teruskan menjadikan futsal sebagai sukan riadah untuk bermuhibbah bersama rakan-rakan, termasuk rakan-rakan lama.

Pada masa yang sama ia akan membantu kita kekal sihat dan cergas dengan aktiviti fizikal.

Kredit foto : Asrul Hisyam Othman

Dan jangan lupa, ucaplah terima kasih kepada orang yang berusaha mengadakan aktiviti ini. Tak rugi pun.

Itu antara perkongsian kami hasil daripada diskusi kami dengan beberapa kaki futsal malam ini. Anda ada masalah lain yang anda kerap hadapi, kongsikan!

Baca juga: 8 Tips Untuk Tingkatkan Kemahiran Futsal!

The post 7 Masalah Yang Dihadapi Ketika Aktiviti Futsal Malam appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

5 Perkara Yang Pasti Kita Rindu Dari Siri PES Terdahulu

Siri Pro Evolution Soccer (PES) pada satu ketika merupakan raja permainan video satu masa dahulu.

Permainan yang tidak terlalu kompleks, seronok untuk dimainkan bersama teman-teman telah menjadikan permainan ini sentiasa digemari oleh sesiapa sahaja.

Tahun demi tahun, PES sudah pun berevolusi. Namun dalam evolusi tersebut, ada beberapa perkara yang hanya PES pada siri terdahulu sahaja ada tetapi pada siri yang terbaru tiada.

Oleh itu, kami saja nak usik memori anda dengan 5 perkara yang pasti anda akan rindu pada siri PES yang lama.

Adriano dan Alvaro Recoba

Lupakan gabungan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi kerana kita ada gabungan Alvaro Recoba dan Adriano!

Dua pemain ini mempunyai keupayaan tak masuk akal, hal ini kerana Recoba mempunyai curling stats 99 dan Adriano mempunyai shooting stats sebanyak 99!

Punca mengapa Adriano diberikan stats sebegitu rupa kerana salah seorang daripada pencipta permainan PES ini iaitu Shingo ‘Seabass’ Takatsuka dikatakan merupakan seorang peminat Internazionale dan juga Adriano.

Ada orang cakap, banyak jaring koyak sebab rembatan padu Adriano.

Nama mengarut

Sebelum masuknya era ‘next-gen’, isu perlesenan kelab dan nama pemain tidak pernah menjadi kegusaran para pemain PES.

Bagi mereka, mereka gembira bermain PES walaupun sesetegah nama pemain dan pasukan teramatlah pelik namanya.

Seperti contoh, pasukan-pasukan Premier League jarang mempunyai nama yang tepat.

Nama-nama seperti Mersyeside Red (Liverpool), Man Red (Manchester United) dan juga East London (West Ham United) masih lagi ada di dalam PES kerana masalah mereka untuk mendapatkan lesen dari Premier League sendiri.

Bagi pemain pula, lazimnya nama-nama untuk pemain dari Jerman dan Belanda yang akan terkena sindrom ‘nama pelik’ ini.

Anda pasti pernah ingat bukan dengan nama Von Mistelroum yang merujuk kepada Ruud Van Nistelrooy atau pun Orhailmanaz untuk Marc Overmars?

Penulis teringat dahulu terdapat satu siri PES yang mempunyai pasukan Malaysia di dalamnya. Dan nama ‘pelik’ untuk Hairuddin Omar ketika itu adalah Okem.

PES Shop

Salah satu perkara yang cukup digemari oleh pemain PES adalah PES Shop.

Disitulah pelbagai barangan dijual, dari pek pemain klasik, bola berbentuk bungkusan gula-gula hinggalah ke set topi yang pelik.

Pasti anda diantara kita yang pernah beli set binatang yang bolehkan pemain anda beraksi sambil menunggang burung unta bukan?

Jon Champion & Jim Beglin

PES terkenal dengan kelemahan mereka dalam bahagian ulasan. Bukan kerana pemilihan pengulas, tetapi kerana pengulas sering mengulang apa yang mereka katakan dalam setiap perlawanan.

Tetapi tak dinafikan penulis agak tidak bersetuju dengan pemilihan Jim Beglin, hal ini kerana nada mendatar beliau tidak sesuai dengan emosi yang ditunjukkan oleh Jon Champion. Ataupun dengan Peter Drury yang kini lebih beremosi berbanding Champion.

Gandingan Jon Champion dan Jim Beglin bermula sejak PES 2008 dan berakhir pada PES 2015.

Penulis masih lagi ingat reaksi Champion jika kita terlepas peluang untuk menjaringkan gol keempat, “Oh it’s should be their fourth!”

Kami sediakan video ayat-ayat yang digunakan Champion ketika mengulas untuk PES.

The Original Master League Team

Dan siapa boleh lupa dengan pasukan yang dianggotai oleh Ordaz, Minanda dan si masyhur Castolo?

Jika anda bermain Master League, pasti anda terpaksa bermula dengan pemain-pemain yang diberi nama Ivarov, Espimas dan juga Dodo.

Pasukan ini akhirnya menjadi pasukan lagenda, dengan Castolo menjadi muka wajib pasukan anda untuk menjaringkan gol pada setiap perlawanan. Bawalah pemain mana pun, akhirnya Castolo juga yang akan menjadi penjaring gol.

Kini pasukan ini tiada lagi, kesemua pemain di skuad ini sudah pun tua. Ada diantara mereka sudah menjadi ‘scout’ di mod MyClub untuk PES 2017.

Baca juga: 10 Soundtrack FIFA & PES Yang Pasti Akan Menggamit Memori Anda

The post 5 Perkara Yang Pasti Kita Rindu Dari Siri PES Terdahulu appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Juninho Pernambucano: Pemain Yang Mengambil Sepakan Percuma Seperti Sepakan Penalti

Jika anda membesar dengan menonton bola sepak ketika era 2000-an. Pasti anda berasa beruntung bukan?

Mana tidaknya, pada waktu itu kita mempunyai ramai pemain yang merupakan pakar sepakan percuma!

David Beckham, Roberto Carlos antara nama-nama yang cukup hebat mengambil sepakan percuma. Tapi siapa yang teratas diantara semua?

Pastinya lagenda dari Brazil yang merupakan kebangaan Olympique Lyonnais – Juninho Pernambucano.

Raja Cilik Sao Januario

Juninho memulakan karier seniornya pada tahun 1993 di pasukan yang bernama Sport Recife. Di situ, beliau menstabilkan nama di dalam pasukan dengan cukup pantas apabila bermain untuk pasukan pertamanya.

Selepas berjaya membantu Sport Recife memenangi 2 gelaran peringkat wilayah. Juninho dirisik Vasco da Gama untuk menyertai mereka.

Dan pada tahun 1995, Juninho menjadi kebanggaan para peminatnya kerana banyak perkara.

Antaranya kerana sepakan percuma beliau ketika menentang River Plate dalam saingan separuh akhir Copa Libertadores 1998.

Sepakan percuma itu yang membawa mereka perlawanan akhir Copa Libertadores dan kemudiannya menjadi juara pada tahun tersebut.

Jasa beliau terhadap Vasco da Gama terlalu banyak. Sepanjang 6 tahun beliau di sana, Juninho telah membantu kelabnya memperoleh 2 gelaran liga pada 1997 dan 2000.

Selain itu, Juninho telah membantu kelabnya kepada 2 gelaran Amerika Selatan iaitu Copa Libertadores pada tahun 1998 dan Copa Mercosur pada tahun 2000.

Oleh kerana sumbangan yang cukup banyak, Juninho telah menerima nama jolokan iaitu Reizinho de São Januário (Raja Cilik Sao Januario) di atas nama stadium Vasco da Gama iaitu Sao Januario.

Selain itu juga, beliau dikenali sebagai Reizinho da Colina atau Raja Cilik di Rimba yang merujuk kepada gelaran Vasco da Gama iaitu Rimba (The Hill).

Lagenda Olympique Lyonnais

Juninho tiba di Perancis untuk bersama Olympique Lyonnais pada 2001 dan ternyata kehadiran beliau telah mengubah segala-galanya mengenai nasib Olympique Lyonnais.

Jika diikutkan rekod, Olympique Lyonnais merupakan kelab yang tidak pernah menjulang gelaran Ligue 1 sebelum kehadiran Juninho.

Namun selepas kehadiran beliau, kelab tersebut telah berjaya merangkul 7 gelaran Ligue 1. Dan ia dilakukan secara 7 kali berturut-turut!

Di Perancis, beliau telah mengumumkan nama beliau ke dunia bola sepak sedunia. Juninho dikenali sebagai pemain yang sering membantu pasukan untuk mendapatkan gol menerusi hantara-hantaran beliau.

Dan yang paling penting, beliau merupakan pemain yang terkenal dengan kebolehan mengambil sepakan percuma beliau dengan cukup cemerlang.

Beliau dipilih sebagai kapten oleh pengurus Gerard Houlier diatas kebolehan beliau memimpin pasukan. Dan selepas 8 tahun bersama Olympique Lyonnais, Juninho pergi meninggalkan kelab selepas kontrak beliau tamat pada Mei 2009.

Karier selepas Olympique Lyonnais

Selepas beraksi di liga Perancis. Juninho berpindah ke Timur Tengah untuk bersama dengan Al-Gharafa di Qatar.

Di sana, beliau berjaya memimpin pasukannya memenangi gelaran liga, Qatari Stars Cup dan Qatari Crown Prince Cup.

Oleh kerana persembahan beliau yang cemerlang, Juninho telah dipilih sebagai pemain terbaik tahunan untuk Liga Qatar.

Selepas itu, Juninho kembali ke Brazil untuk bersama dengan Vasco da Gama untuk kali kedua.

Beliau menjaringkan gol pertama beliau di karier kedua beliau bersama dengan Vasco da Gama pada perlawanan pertama beliau.

Juninho kemudiannya menjaringkan beberapa lagi jaringan sepakan percuma yang sinonim dengan beliau. Antaranya ketika menentang Corinthians dan Bahia.

Pada 2013, Juninho kemudiannya menerima tawaran untuk beraksi di Major League Soccer (MLS) bersama New York Red Bulls.

Namun begitu, jodoh beliau di MLS tidak lama. Hal ini kerana, selepas 6 bulan bersama Juninho dan New York Red Bulls mencapai persetujuan untuk menamatkan kontrak beliau.

Kelab terakhir yang diwakili Juninho adalah Vasco da Gama. Dalam karier ketiga beliau bersama kelab tersebut, Juninho mempunyai misi untuk menyelamatkan kelab tersebut dari tersingkir dari Serie A Brazil.

Namun begitu, usaha beliau untuk membantu pasukannya terselamat dari disingkirkan ke divisyen 2 berkecai apabila pasukannya menjadi sebahagian daripada 4 pasukan yang terpaksa disingkirkan dari Serie A Brazil untuk musim 2013.

Selepas tersingkir ke liga bawahan, Juninho kemudiannya mengambil keputusan untuk bersara dari bermain bola sepak.

Karier bersama Brazil

Bersama pasukan Brazil, Juninho tidaklah mempunyai karier yang gemilang seperti rakan-rakan lain seperti Ronaldhino ataupun Ronaldo.

Hal ini kerana beliau hanya mempunyai cuma 3 gelaran sahaja di peringkat antarabangsa iaitu Touloun Cup pada tahun 1995, Piala Konfederasi FIFA pada 2005 dan Lunar New Year Cup juga pada 2005.

Lebih malang, beliau pernah disisihkan dari menyertai skuad Copa America Brazil untuk edisi kejohanan 2004.

Apa yang menarik mengenai karier antarabangsa beliau, Juninho pernah bermain di 2 perlawanan berbeza dalam 1 hari.

Hal ini terjadi pada 7 September 1999 di mana di Brazil, beliau bermain 15 minit di separuh masa kedua untuk pasukan Brazil ketika menentang Uruguay.

Selepas perlawanan, beliau terus terbang ke Montevideo di Uruguay untuk bersama-sama kelabnya, Vasco da Gama untuk perlawanan Copa Mercosur menentang Nacional.

Raja sepakan percuma

Tidak terlalu keterlaluan untuk penulis katakan Juninho merupakan pemain paling cemerlang dalam mengambil sepakan percuma sepanjang zaman.

Hal ini kerana sebelum Cristiano Ronaldo terkenal dengan teknik sepakan percuma knuckleball, beliau sudah pun menggunakan teknik tersebut.

Teknik tersebut ternyata banyak membantu beliau untuk menjaringkan banyak gol dari situasi bola mati. Ia juga membolehkan beliau untuk menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dari jarak yang jauh.

Rekod beliau cukup cemerlang, di Olympique Lyonnnais sahaja beliau sudah menjaringkan 44 gol sepakan percuma.

Secara keseluruhan beliau menjaringkan 75 gol dari sepakan percuma – terbanyak diantara pakar sepakan percuma yang lain.

Itulah kisah Juninho si pakar sepakan percuma dari Brazil. Kata orang, beliau mengambil sepakan percuma seperti mengambil sepakan penalti.

Benar apa yang orang katakan itu. Buktinya? Lihat gol beliau ketika menentang Barcelona ini!

Baca juga: Shunsuke Nakamura: Raja Sepakan Percuma Dari Jepun

The post Juninho Pernambucano: Pemain Yang Mengambil Sepakan Percuma Seperti Sepakan Penalti appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak Pantai, Cabang Bola Sepak Yang Jarang Mendapat Perhatian

Dalam sukan bola sepak, terdapat juga sukan yang boleh dikatakan sebagai ‘adik’ kepada bola sepak.

Sebagai contoh futsal dan juga bola sepak pantai.

Futsal seperti yang kita tahu, dimainkan secara meluas dan seluruh dunia dan juga di negara kita. Namun tidak bagi bola sepak pantai.

Untuk artikel kali ini, kami ceritakan kepada anda mengenai sukan yang terkenal di Amerika Selatan ini.

Asal-usul

Bola sepak pantai ini sudah dimainkan secara tidak formal begitu lama dan ia bermula di Brazil.

Namun begitu, ia mula dimainkan secara rasmi pada 1992 selepas Beach Soccer Worldwide (BSWW) ditubuhkan.

Tujuannya BSWW ditubuhkan adalah untuk mewujudkan sistem yang teratur dari segi peraturan teknikal permainan dan membawa permainan ini ke perhatian seluruh dunia.

Pada 1994, bola sepak pantai pertama kali mendapat siaran di seluruh apabila kejohanan Beach Soccer World Championship di Pantai Copacabana, Rio De Janeiro.

Kejayaan kejohanan tersebut berjaya menarik perhatian dunia. Sejak itu, bola sepak pantai semakin berkembang dan mempunyai pengikutnya sendiri.

Asas teknikal bola sepak pantai

Pra-syarat untuk bermain bola sepak pantai adalah mestilah dilangsungkan diatas permukaan pasir yang lembut dan padang yang kecil serta kompak.

Hal ini membolehkan pemain menjaringkan gol dari mana-mana sudut di atas padang.

Disebabkan itu juga, purata percubaan tepat ke arah pintu gol untuk satu perlawanan bola sepak pantai adalah 60 percubaan tepat ke arah pintu gol!

Bola sepak pantai dimainkan secara 5 lawan 5 dengan kedua-dua pasukan mempunyai bilangan pertukaran yang tidak terhad.

Pemain juga dilarang sama sekali untuk memakai kasut ketika bermain. Namun begitu, ankle tape dibenarkan untuk dipakai ketika perlawanan.

124714255

Berbanding bola sepak biasa yang dilangsungkan secara 90 minit. Bola sepak pantai dilangsungkan selama 36 minit dengan 12 minit untuk setiap separuh masa.

Oleh kerana bola sepak pantai ini terkenal di benua Amerika, kiraan masa dilakukan secara menurun sama seperti sukan bola keranjang dan hoki ais.

Lebih kecil berbanding bola sepak biasa

Padang untuk bola sepak pantai pula berukuran 35-37 meter panjang dan 26-28 meter lebar.

Padang tersebut perlulah permukaan pasir secara keseluruhannya dan perlu dibersihkan terlebih dahulu daripada objek-objek yang boleh mencederakan pemain.

2099

Di setiap sudut padang, terdapat 6 batang tiang bendera yang mempunyai maksud tersendiri.

2 bendera di bahagian tepi padang sebelah tengah merupakan petanda bagi menunjukkan disitulah garis tengah padang.

Manakala 4 baki bendera di penjuru padang merupakan tiang bendera sepakan penjuru.

Bola sepak pantai mempunyai 4 orang pengadil. Namun tugas mereka sedikit berbeza dengan bola sepak biasa.

1 pengadil merupakan pengadil perlawanan, 2 pengadil ditugaskan untuk menjaga bangku simpanan kedua-dua pasukan.

Manakala pengadil ke-4 bertindak sebagai penjaga masa ketika perlawanan.

Piala Dunia Bola Sepak Pantai

Kejohanan-kejohanan bola sepak pantai sering diadakan untuk pasukan kebangsaan sahaja.

Piala Dunia untuk bola sepak pantai diwujudkan kali pertama pada 1995 di Brazil. Ketika itu, BSWW merupakan penganjur kejohanan tersebut.

10 tahun kemudian, kejohanan tersebut dianjurkan oleh FIFA selepas FIFA melihat kebangkitan memukau sukan ini di peringkat dunia.

Sebelum 2009, Piala Dunia Bola Sepak Pantai ini dilangsungkan secara tahunan. Namun bermula tahun 2009, kejohanan ini dilangsungkan secara dwitahunan.

Beach Soccer

Brazil merupakan kuasa utama dalam sukan ini. Untuk rekod, mereka telah menjuarai Piala Dunia Bola Sepak Pantai sebanyak 13 kali!

Untuk pengetahuan anda, pasukan negara juga pernah beraksi pada Piala Dunia Bola Sepak Pantai edisi 1999 di Brazil.

Namun rekod tidak begitu baik apabila pasukan negara hanya mampu menamatkan cabaran di peringkat kumpulan yang dihuni bersama dengan Amerika Syarikat dan Portugal.

bola-pantai

Kesimpulan

Bola sepak pantai mungkin cabang bola sepak yang asing di negara kita kerana kurangnya pendedahan dan minat.

Namun begitu, jika anda berpeluang menonton sukan ini sama ada di internet atau kaca TV. Anda pasti akan terhibur kerana ia sedikit berbeza dengan bola sepak biasa dan juga futsal.

Kami akan mencari lebih banyak info untuk sukan ini khas untuk anda di masa akan datang.

Oh ya! Jika anda pernah bermain bola sepak pantai, jangan lupa komen di ruangan komen!

Baca juga: 5 Tips Untuk Melakukan Cubaan Gol (Shooting) Dalam Futsal

The post Bola Sepak Pantai, Cabang Bola Sepak Yang Jarang Mendapat Perhatian appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Tragedi Nahas Kapal Terbang Chapecoense: Mimpi ‘Leicester Brazil’ Yang Berakhir Dengan Tragedi

Dunia bola sepak semalam berduka dengan berita tragedi nahas kapal terbang Chapecoense yang berlaku di Medellin, Colombia. Nahas tersebut telah mengorbankan 71 penumpang, dan anak kapal. Namun laporan ini masih belum disahkan sepenuhnya.

cha4

Tragedi nahas kapal terbang ini turut membawa pemain-pemain Chapecoense dan wakil media. Chapocoense sebuah kelab yang meningkat mendadak sejak akhir-akhir ini.

Mereka bukanlah kelab Serie A Brazil yang kita kenali seperti Santos, Corinthians dan beberapa kelab gergasi Brazil yang lain.

Siapakah mereka?

Nama penuh kelab itu adalah Associação Chapecoense de Futebol. Ia ditubuhkan pada tahun 1973. Chapecoense berpangkalan di bandar Chapeco di Negeri Santa Catarina di wilayah selatan Brazil.

Wilayah kecil ini ada pola penduduk hanya 200,000 orang. Ia terletak kira-kira 450 km dari Porto Alegre.

Setelah bekerja keras di divisyen bawahan Brazil sejak tahun 1979, Chapecoense akhirnya kembali semula ke Serie A pada 2014 sehingga ke hari ini.

Ini adalah suatu pencapaian yang membanggakan untuk kelab kerdil ini. Chapecoense telah digelar sebagai Leicester Brazil kerana kemampuan mereka mencabar pasukan besar yang lain.

cha2

Mereka berada dalam Serie D pada 2009. Pada 2012 mereka beraksi di Serie C, ia diikuti promosi ke Serie B pada 2013.

Pada 2014, mereka berjaya kembali ke Serie A. Pencapaian mereka ini disempurnakan lagi dengan kejayaan mereka mara ke final Copa Sudamericana 2016.

Mereka mara ke final Copa Sudamericana buat pertama kali dalam sejarah kelab mereka. Ia adalah kejohanan ‘adik’ kepaa Copa Libertadores (anda bayangkan ia Europa League dan UCL).

Mereka menewaskan Indepediente di pusingan 16 pasukan. Di peringkat separuh akhir mereka menewaskan satu lagi kelab terkemuka iaitu San Lorenzo.

Jadi, sepatutnya pada 1 Disember ini mereka akan bermain dalam final pertama Copa Sudamericana menentang Atlético Nacional sebelum perlawanan timbal balik di tempat mereka pada 6 Disember.

cha5

Atas semangat kesukanan, Atlético Nacional telah menghantar pemohonan rasmi kepada CONMEBOL agar kejuaraan Copa Sudamericana 2016 diberikan kepada Chapecoense.

Siapa Yang terlibat dalam kemalangan itu?

Laporan menyatakan sekurang-kurangnya 5 daripada 81 penumpang dan anak kapal terselamat daripada nahas kapal terbang Chapecoense tersebut.

Walaupun ia tidak diketahui berapa banyak dan yang pemain bola sepak berada dalam penerbangan, laporan media tempatan berkata Marcos Danilo, Alan Ruschel dan Jackson Follmann masih hidup.

Berdasasrkan imej twitter ini, ia menunjukkan Danilo dan Ruschel duduk bersebelahan antara satu sama lain dalam penerbangan itu.

Siapakah pemain yang ternama kelab itu?

Cleber Santana adalah kapten kelab ini. Beliau merupakan pemain tengah yang pernah bermain bersama-sama dengan Atletico Madrid pada 2007.

Gambar di bawah ini adalah tweet daripada De Gea yang pernah bermain bersama-sama beliau di Atletico.

Santana kembali ke Brazil menyertai Sao Paulo pada 2010. Selepas berhijrah ke beberapa kelab, Santana memutuskan untuk menyertai Chapecoense pada 2015 dan memberikan isyarat ini mungkin kelab terakhir beliau sebelum bersara.

Matheus Biteco juga antara nama yang tidak asing bagi pemain Bundesliga. Beliau menyertai Hoffenheim daripada Gremio pada 2015.

Pada musim 2016, beliau dipinjamkan ke Chapecoense untuk membantu pembangunan bakat beliau. Pemain ini baru berusia 21 tahun dan merupakan pemain pertahanan B-20 tahun Brazil.

Mimpi Indah Yang Berakhir Dengan Tragedi Nahas

Antara pemain Chapecoense yang tak menyertai penerbangan pesawat tersebut, Alejandro Martinuccio menyatakan:

“Impian kami sudah berakhir! Semalam (kelmarin) saya bertemu dengan mereka untuk mengucapkan selamat tinggal.”

“Mereka berkata kepada saya, mereka ke sana untuk memburu impian itu dan menjadikannya satu realiti.”

Martinuccio tidak menyertai penerbangan tersebut kerana masalah kecederaan. Turut tidak menyertai penerbangan tersebut adalah 8 pemain lain.

cha3

Journalis sukan terkemuka Argentina, Martin Mazur memberitahu CNN:

“Chapocoense antara salah satu kisah dongeng yang indah. Tidak seperti kelab besar Brazil yang lain, kecemerlangan mereka dalam Copa Sudamericana membuatkan mereka ‘disayangi’ dan disokong oleh orang Brazil.”

“Mereka adalah Cinderella di Amerika Selatan. Dan tidak siapa menyangka ia akan berakhir begini rupa.”

cha1

Ramai pemain mengucapkan takziah termasuk Neymar, Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, David De Gea dan Ronaldinho. Pemain-pemain dan staf Real Madrid dan Barcelona bertafakur untuk 1 minit sebelum memulakan latihan semalam.

Stadium Wembley diwarnai dengan warna hijau serta bangunan-bangunan di Brazil mengibarkan bendera separuh tiang.

wembley

Ia adalah tragedi yang menyayat hati mengulangi tragedi pasukan Torino pada 1949, nahas melibatkan pasukan Manchester United pada 1958 dan pasukan Zambia pada 1993

chapecoense_cabecalho

Baca juga : Kalusha Bwalya; Inspirasi Kebangkitan Zambia Selepas Nahas 1993

The post Tragedi Nahas Kapal Terbang Chapecoense: Mimpi ‘Leicester Brazil’ Yang Berakhir Dengan Tragedi appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

8 Fakta Bola Sepak Yang Anda Dengar Seperti Betul Tetapi Sebenarnya Tipu

Kita sering mendengar pelbagai cerita dari dunia bola sepak. Ada yang sebenarnya kedengaran seperti palsu tetapi hakikatnya benar.

Malah ada juga yang cerita yang selama ini kita dengar dan kita sangka ianya cerita betul tetapi sebenarnya tidak!

Oleh itu, kami tampilkan kepada anda 8 cerita bola sepak yang anda dengar selama ini betul tetapi sebenarnya adalah tahyul semata-mata.

8. ‘Soccer’ adalah terma Amerika Syarikat

Sering kita dimomokkan dengan stigma soccer adalah perkataan dari Amerika Syarikat.

Sebenarnya tidak. Perkataan soccer berasal dari Britain yang merujuk kepada nama singkatan bagi association berfungsi sebagai pemisah bagi nama sukan bola sepak dan ragbi.

Soccer digunakan secara meluas pada kurun ke-19 di Britain. Namun apabila tiba era 1900-an, perkataan Football mula diangkat sebagai panggilan kepada bola sepak di Britain.

Rakyat Amerika Syarikat kemudiannya mengambil perkataan soccer sebagai nama untuk bola sepak dan ia digunakan secara meluas di sana.

Harus diingat, perkataan soccer juga digunakan secara meluas di negara seperti Australia juga!

140626-1

7. Penguasaan bola menjamin kemenangan 

Kita selalu berfikir terutamanya ketika era penguasaan Barcelona yang jika kita mempunyai penguasaan bola yang tinggi, kita pasti akan menang.

Hakikatnya tidak. Memperoleh penguasaan bola yang tinggi mungkin mampu memberikan anda peluang yang besar untuk memenangi perlawanan, tetapi ia tidak akan memberikan jaminan 100% kepada anda.

Sebagai contoh, Leicester City menjadi juara Premier League dengan hanya purata penguasaan bola sebanyak 42% sahaja serta peratusan hantaran tepat sebanyak 70% sahaja yang merupakan antara yang terendah di Premier League musim lalu.

Selain itu, Celtic juga memenangi perlawanan menentang Barcelona dengan penguasaan bola sebanyak 11% sahaja!

Hari ini 4 tahun yang lalu, Celtic menyambut ulang tahun ke-125 mereka dengan kemenangan ini. 🍀🍀 #Ayuh #SemuanyaBOLA #UCL #HailHail

A photo posted by Semuanya BOLA (@semuanyabolaofficial) on Nov 7, 2016 at 11:36pm PST

Jadi, penguasaan bola tidak menjamin kemenangan. Tetapi bagaimana anda menggunakan bola itu yang akan menentu kemenangan.

6. Serie A adalah liga membosankan

Kata-kata ini sering diluahkan oleh para peminat Premier League lazimnya. Bagi mereka, Serie A adalah liga yang membosankan kerana kerap terjadi perlawanan yang seri 0-0.

derby-panas-internazionale-vs

Sebaliknya, Serie A adalah liga yang paling menghiburkan untuk ditonton. Hal ini kerana Serie A merupakan liga paling banyak gol dijaringkan diantara 5 liga utama Eropah musim lalu:

  1. Serie A – 979 gol
  2. La Liga – 968 gol
  3. Ligue 1 – 960 gol
  4. Premier League – 956 gol
  5. Bundesliga – 900 gol

Jadi sekarang, siapa kata Serie A membosankan?

5. India menolak tawaran bermain di Piala Dunia

Sejak dahulu kita selalu dengar cerita mengenai India yang menolak pelawaan untuk beraksi di Piala Dunia 1950 kerana FIFA menghalang mereka beraksi dengan kaki ayam.

Ia adalah auta semata-mata, India menolak untuk bermain di Piala Dunia 1950 adalah kerana mereka ingin menumpukan tumpuan mereka kepada Sukan Asia dan juga Sukan Olimpik 1956.

india-cycle-sporting-3-asianga

Hasil dari itu, India berjaya memperoleh pingat emas di Sukan Asia serta berjaya menamatkan saingan lebih tinggi daripada Great Britain dan Australia dalam pungutan pingat di Sukan Olimpik 1956.

4. Pep Guardiola kalis pemain muda

Pep Guardiola sering terkait dengan reputasi gemar memiliki skuad yang terdiri daripada himpunan pemain bintang.

Namun begitu stigma itu tidaklah begitu tepat. Berbalik kepada kali pertama beliau mengambil alih tugas sebagai pengurus Barcelona menggantikan Frank Rijkaard, ketika itu skuad Barcelona terdiri daripada pemain bintang seperti Ronaldhino dan Deco.

Guardiola melepaskan Ronaldhino dan Deco lantas membeli Dani Alves dari Sevilla dan Gerard Pique dari Manchester United.

Dalam masa yang sama, Guardiola menjadikan Sergio Busquets antara muka tetap kesebelasan utama Barcelona ketika umur beliau 20 tahun serta menjadikan Lionel Messi antara pemain false nine terbaik di dunia.

Mana tidaknya, Guardiola berjaya menjadikan jumlah jaringan Messi daripada 18 gol kepada 38 gol di musim seterusnya!

messi-guardiola-1

3. Ryan Giggs bermain untuk England

Pernah terjadi satu kisah dimana Ryan Giggs sebenarnya boleh bermain untuk England.

Hal ini kerana ketika masih bergelar pelajar, Giggs pernah mewakili England ketika peringkat sekolah. Walaupun Giggs seorang warganegara Wales, Giggs boleh mewakili England walaupun kerana beliau tinggal di Manchester.

Peminat England mula merasakan Giggs patut bermain untuk England di peringkat senior kerana itu. Namun begitu apa yang dilakukan Giggs adalah perkara normal di Britain.

img-1

Pemain dari Scotland atau Ireland Utara yang tinggal di England juga pernah mewakili England di peringkat sekolah. Ketika peringkat remaja dan senior, mereka memilih untuk mewakili negara asal mereka.

Giggs akhirnya memilih untuk mewakili skuad B-18 tahun Wales dan kemudiannya skuad senior Wales.

2. Bentesan Roy Keane

Siapa tak kenal dengan Roy Keane? Seorang lagenda Manchester United dan pemain yang cukup keras di atas padang.

Pernah terjadi satu insiden dimana Keane melakukan bentesan terhadap pemain Manchester City, Alf Inge Haaland ketika Manchester Derby pada 2001.

Bentesan itu cukup keras sehingga menyebabkan Haaland cedera teruk. Dan untuk sekian lama ramai menjangka karier beliau telah berakhir kerana itu.

Namun begitu, karier Haaland bukanlah berakhir kerana Keane. Sebaliknya, beliau berjaya bermain untuk satu lagi musim sebelum mengalami kecederaan ligament yang memaksa beliau bersara.

1. Pele menamatkan perang saudara

Sejak dahulu kita sering mendengar cerita yang Pele pernah menjadi wira dengan menghentikan perang saudara di Nigeria.

santos-brasil-antiguo-pele_1gf

Cerita palsu itu tersebar meluas di seluruh dunia. Namun ada seorang wartawan dari Huddersfield bernama Ojo Adebayor menceritakan hal sebenar.

Pele dan kelabnya Santos datang ke Nigeria untuk mencari wang dari perlawanan pra-musim dan bukannya ingin mendamaikan perang di sana.

Santos dikatakan meminta Persatuan Bola Sepak Nigeria (NFF) untuk membayar £11 ribu kepada Santos untuk perlawanan tersebut.

Kehadiran Pele dan Santos ke Nigeria mendapat liputan yang terlalu kuat dari media Nigeria ketika itu sehingga dakwaan Pele menamatkan perang saudara itu tidak benar kerana tiada bukti kukuh.

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: 10 Fakta Bola Sepak Yang Kedengaran Seperti Tipu

The post 8 Fakta Bola Sepak Yang Anda Dengar Seperti Betul Tetapi Sebenarnya Tipu appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Eder Enggan Dilabel Tumpul Sebaliknya Berkata Jerman Pasukan Yang Paling Bertaktikal

Eder menepis dakwaan daripada peminat bola sepak Itali yang mulai merasakan beliau sudah semakin hilang sentuhan di hadapan gol.

Ia berikutan keputusan seri dengan Jerman dalam perlawanan persahabatan tempoh hari.

Dalam perlawanan tersebut Eder gagal menunjukkan aksi yang lebih mengancam walaupun secara keseluruhan pasukan Itali diberikan pujian.

Eder lebih merasakan ia kerana Jerman memang pasukan yang sangat terurus dan bertaktikal tinggi.

Menurut Eder :

“Sepanjang karier antarabangsa saya, sudah 3 kali saya menentang pasukan Jerman dan saya gagal menjaringkan gol menentang mereka.”

“Saya berani menyatakan mereka adalah pasukan (kebangsaan) yang paling terurus walaupun sesiapa sahaja yang mereka turunkan.”

eder1

Ketika ditanya sama ada beliau risau akan persembahan beliau di dalam liga turut kurang memberangsangkan telah terbawa-bawa ke kem Itali? Ini jawapan Eder.

“Saya tidak begitu risau tentang isu tidak menjaringkan gol. Misalnya dalam Euro yang lalu, saya hanya menjaringkan 1 gol dan kami berjaya juga.”

Bagaimana dengan sistem serangan baru yang dicuba oleh Giampiero Ventura. Eder berkata:

“Ia adalah sistem yang kami mainkan dalam 20 minit terakhir menentang Sepanyol dan kami sedang berusaha untuk menjadikannya lebih baik.”

Giampiero Ventura kini cuba membangunkan sistem serangan bertiga dengan 3-4-3 berbanding dengan Antonio Conte yang menggemari 3-5-2 yang dinamik membentuk 3-3-4.

Ia cabaran yang hebat untuk pemain-pemain serangan Itali untuk memberikan output terbaik melalui sistem ini. Eder dalam sistem Conte banyak bermain seperti penyerang bayangan (shadow striker) di belakang Pelle.

Rasanya bukan Eder seorang sahaja yang berpendapat pasukan Jerman memiliki disiplin taktikal yang tinggi. Mereka memiliki persefahaman dan kualiti pemain yang sangat baik.

Baca juga : Statistik Menunjukkan Bundesliga Liga Paling Berintensiti Tinggi Di Eropah Berbanding Liga Lain

The post Eder Enggan Dilabel Tumpul Sebaliknya Berkata Jerman Pasukan Yang Paling Bertaktikal appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Manchester United, Majikan Bola Sepak Yang Paling Tinggi Mengeluarkan Bayaran Gaji Pemain

Satu kajian dilakukan oleh Global Sports Salaries Survey (GSSS) melaporkan pasukan yang memberikan gaji pemain paling tinggi secara keseluruhan dalam sukan ialah pasukan NBA, Cleveland Cavaliers.

Cavaliers mengeluarkan kos £6.54 juta setahun ataupun £125,883 sebulan sehingga Oktober 2016 untuk gaji pemain mereka. Ia juga dipengaruhi LeBron James yang menyertai mereka sebelum ini.

Selain itu, pasukan NBA turut merasai impak peningkatan mendadak kerana Brexit nilai dollar-pound tidak menentu.

Tahun ini 8 daripada 10 teratas dikuasai pasukan NBA berbanding dengan 7 daripada 10 teratas dikuasai pasukan bola sepak pada musim lalu.

Pasukan besbol New York Yankees di tangga kedua dengan membayar gaji pemain mereka £5.8 juta setahun.

Manchester United Paling Tinggi Bayar Gaji Pemain

Manchester United berada di tangga ke-4 dan menjadi pasukan bola sepak dengan pemberian gaji tertinggi pada 2016.

Kemasukan nama-nama besar seperti Paul Pogba dan Zlatan Ibrahimovic dalam pasukan Manchester United meningkatkan lagi perbelanjaan mereka. Wayne Rooney kekal pemain berpendapatan paling tinggi di EPL.

pogba

United mengeluarkan £5.77 juta setahun atau £110,962 sebulan untuk gaji pemain. Ia mengatasi Barcelona (£5.65 juta setahun) yang berada di tangga ke-5 dan Manchester City (£5.4 juta setahun)di tangga ke-9 secara keseluruhan.

Hanya 3 pasukan bola sepak berada di 10 teratas kali ini berbanding dengan 7 musim lalu. Manchester United dan Manchester City turut menjadi hanya 2 pasukan EPL yang berada di kedudukan 30 teratas.

Chelsea berada di tangga ke-34, Arsenal ke-47, Arsenal dan Liverpool tidak berada senarai 60 teratas.

Arsenal mungkin akan merasai kenaikan selepas kontrak beberapa pemain dimeterai. Antaranya Alexis Sanchez dan Mesut Ozil.

Liverpool berjaya mengurangkan kos gaji dengan baik selepas mengeluarkan pemain seperti Balotelli dan Benteke. Manakala Chelsea tidak menawarkan gaji terlalu mahal pada 2016.

Namun begitu pasukan EPL dijangka akan menguasai ranking pada tahun 2017 selepas perjanjian blockbuster dalam penyiaran musim ini.

Bayangkan, purata bayaran gaji seorang pemain EPL musim ini adalah atas £2.4 juta. Ia lebih 2 kali ganda berbanding dengan purata bayaran pemain La Liga yang berada di tempat kedua di belakang mereka.

gss

Pasukan lain seperti Real Madrid berada di tangga ke-19 dan PSG berada di tangga ke-35. Real Madrid mungkin akan meningkat mendadak pada 2017 kerana kontrak baru Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale.

Kajian GSSS tahun ini melibatkan 333 pasukan daripada 17 liga sukan melibatkan 7 sukan berbeza. Hasil data mereka mendapati 333 pasukan tersebut membayar $ 18.6 billion untuk pasukan utama mereka.

Baca juga : Parma, Kisah Bola Sepak Moden, Giant Killer Dan Kejatuhan Empayar I Crociatini

The post Manchester United, Majikan Bola Sepak Yang Paling Tinggi Mengeluarkan Bayaran Gaji Pemain appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

10 Senarai Pilihan Peminat Yang Untuk Memenangi Anugerah Puskas

Anugerah Puskas adalah anugerah tahunan yang memberikan peghargaan untuk gol tercantik dilakukan oleh pemain-pemain di seluruh dunia. Ia biasanya dilangsungkan pada Januari.

Anugerah ini terbuka, dengan syarat ada pencalonan daripada mana-mana pihak dengan video yang jelas.

Calon untuk anugerah Puskas 2016 adalah yang dicalonkan dari tarih 6 November 2015 sehinggalah satu tarikh yang akan diumumkan oleh FIFA pada masa teredekat ini.

Berikut adalah 10 calon yang diramal oleh peminat bola sepak seluruh dunia akan menjadi calon utama mengatasi yang lain.

1. Dele Alli (Tottenham Hotspur) vs Crystal Palace, Premier League – 23 Januari 2016

Dele Alli berusia 19 tahun ketika melakukan jaringan ini. Beliau menerima hantaran daripada Christian Eriksen.

Alli melakukan sentuhan pertama dan melepasi Mile Jedinak lalu melepaskan cubaan dari jarak 18 meter dan gol.

2. Aritz Aduriz (Athletic Bilbao) vs Marseille, UEFA Europa League – 18 Februari 2016

Usia hanya sekadar angka. Itulah Aritz Aduriz yang masih segar dengan kejayaan meledak 5 gol menentang Genk.

Untuk pencalonan anugerah Puskas, beliau pastinya akan dicalonkan kerana jaringan voli dari jarak 32 meter, menyambut clearance lemah daripada pemain Marseille.

FIFA biasanya menngemari jaringan voli jarak jauh seperti ini.

3. Quincy Amarikwa (San Jose Earthquakes) vs Portland Timbers, MLS – 13 Mac 2016

Qunict Amarikwa menjadi sensasi setelah gol ala gelecekan Mardona dari kawasan sendiri. Beliau memecut kira-kira 35 meter dan melakukan cubaan dari luar kotak penalti dengan teknik chip ke arah penjuru sebelah kiri.

Jaringan yang menggabungkan kekuatan, kepantasan, kebijaksanaan dan penyudah berteknikal tinggi.

4. Hlompho Kekana (South Africa) vs Cameroon, Kelayakan Piala Afrika – 26 Mac 2016

Kekana memang terkenal dengan gol-gol dari jarak jauh. Kali ini, ia antara yang terbaik pernah dilakukan beliau. Kekana melakukan cubaan dari kawasan beliau sendiri dan menewaskan N’dy Asembe.

5. Edgar Costa (Marítimo) vs Nacional, Primeira Liga – 2 April 2 2016

Dalam perlawanan Derbi Madeira Costa telah melakukan menguis bola yang melantun di luar kotak penalti dan melakukan satu voli yang cukup ‘kejam’ untuk diselamatkan penjaga gol

6. Javi Gómez (Socuéllamos) vs Toledo, Segunda División B – 24 April 24 2016

Ia turut menjadi antara video viral pada satu ketika. Jaringan dengan sepakan gunting dari jarak sekitar 28 meter. Jaringan yang membantu mereka untuk bersaing ke promosi namun sayangnya mereka gagal melakukannnya selepas itu.



7. Saúl Ñíguez (Atlético Madrid) vs Bayern Munich, UEFA Champions League -27 April 27 2016

Jaringan ala Messi ini sememangnya satu usaha solo yang menarik daripada Saul Niguez. Menggelecek dari tengah padang melepasi 3 pemain Bayern sebelum menewaskan Manuel Neuer.

8. Xherdan Shaqiri (Switzerland) vs Poland, UEFA Euro 2016 – 25 Jun 2016

Dianggap jaringan paling cantik dalam Piala Eropah lalu. Ia adalah libasan gunting daripada luar kotak penalti. Rasanya sukar untuk mana-mana penjaga gol menyelamatkan bola itu.

9. Kevin-Prince Boateng (Las Palmas) vs Villarreal, La Liga – 23 Oktober 2016

Sebelum ini FIFA tidak banyak memilih gol berpasukan (team goal) bebanding dengan jaringan kerana kehebatan individu.

Namun dalam beberapa edisi terakhir, beberapa gol secara berpasukan kian menjadi perhatian dengan mengambil kira cara gol dicipta.

Jaringan K-P Boateng ini adalah gabungan

10. Faiz Subri (Penang) vs Pahang, Liga Super Malaysia – 16 Februari 2016

Ini antara perkara terbaik yang berlaku dalam liga Malaysia musim ini. Jaringan sepakan percuma Faiz Subri menjadi viral dan fenomena di seluruh dunia.

Beliau melakukan sepakan percuma dengan lengkungan yang tak tercapai akal dan mencabar hukum fizik. Bahkan ia lebih sensasi daripada sepakan percuma UFO Roberto Carlos menentang Perancis.

Ramai peminat di seluruh dunia menganggap jaringan ini adalah pilihan utama untuk memenangi anugerah Puskas.

Mujurlah kita ada footage yang jelas untuk gol tersebut kerana kita kekurangan siaran langsung untuk perlawanan-perlawanan bola sepak domestik.

Kami di semuanyaBOLA turut berpandangan yang sama dan berharap ia menjadi realiti.

Anda bagaimana? Ada pilihan lain?

Baca juga : Antara 10 Cerita Di Sebalik Cara Pemain Bola Sepak Meraikan Gol

The post 10 Senarai Pilihan Peminat Yang Untuk Memenangi Anugerah Puskas appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

7 Aplikasi Smartphone Yang Wajib Ada Bagi Peminat Bola Sepak

1. LiveScore 

Boleh didapati di: iOS dan Android

Ini adalah app pertama yang mesti ada dalam telefon peminat bola sepak. Dan tujuan utamanya adalah untuk melihat keputusan terkini perlawanan bola sepak seluruh dunia.

Sama ada anda mahu melihat keputusan terkini Liga Perdana Inggeris atau Divisyen Kedua Belarus, semuanya ada dalam app ini.

Sayangnya servis LiveScore masih belum meliputi liga bola sepak di Malaysia.

Selain keputusan terkini, LiveScore juga menyediakan formasi, kemaskini kad kuning, kad merah, kesalahan (fouls) dan nama penjaring (beserta pembantu jaringan).

LiveScore

Selain bola sepak, LiveScore juga memberikan keputusan terkini kepada sukan hoki, bola keranjang, tenis dan kriket.

UI (user interface) LiveScore masih boleh diperbaiki lagi. Tetapi bagi sebuah app yang percuma, LiveScore sudah cukup bagus dalam tugasnya.

2. FotMob

Boleh didapati di: iOS dan Android

Jika LiveScore adalah kereta 2013 Scion FR-S, FotMob pula adalah Porsche Cayman.

Seperti LiveScore, FotMob juga memberikan keputusan perlawanan terkini, tetapi UI FotMob jauh lebih cantik dan mesra pengguna.

Tidak seperti LiveScore yang hanya memberi komentar teks kepada beberapa perlawanan besar sahaja, FotMob juga memberikan komentar teks kepada hampir 500 perlawanan setiap minggu.

Upload1 upload2

Berita-berita terkini bola sepak juga boleh didapati melalui app ini. Malah anda boleh mengetahui senarai kesebelasan utama pasukan, rekod pertemuan dan statistik selepas perlawanan.

Selain itu, FotMob juga membolehkan anda menetapkan pasukan kegemaran anda sendiri.

Jadi setiap kali perlawanan melibatkan pasukan kegemaran anda bermula, tamat dan mempunyai gol, FotMob akan menghantar notifikasi kepada anda.

upload 7

Seperti LiveScore, servis FotMob juga tidak meliputi liga bola sepak Malaysia. App ini juga masih belum mampu menyediakan jadual siaran langsung perlawanan di Astro.

Mungkin app developer tempatan boleh mengambil kesempatan ini untuk memenuhi kehendak majoriti peminat bola sepak Malaysia.

3. Forza Soccer (Percuma, iOS, Android)

Boleh didapati di: iOS dan Android

Seperti LiveScore dan FotMob, Forza juga melakukan perkara sama:

  1. menghantar notifikasi
  2. membekalkan berita dan data statistik perlawanan secara ringkas.

predictmotm

Cuma app ini lebih popular di kalangan peminat bola sepak Malaysia kerana kebolehannya membuat liputan keputusan Liga Super.

Bagaimanapun Forza masih belum mampu membuat liputan keputusan Liga Perdana dan Liga FAM.

Keunikan Forza terletak kepada kebolehannya untuk menyediakan platform untuk peminat bola sepak menyuarakan pendapat mereka.

Sebagai pengguna, anda boleh memilih pemain terbaik perlawanan, meramal juara liga dan penjaring terbanyak semusim.

Malah anda juga boleh menilai prestasi kerja pengurus pasukan, pengerusi kelab dan keseluruhan pasukan!

rateyourchairman

4. Fantasy Football Manager (FPL)

Boleh didapati di: Android sahaja

Ini app yang wajib anda muat turun jika anda bermain Fantasy Premier League.

Daripada membayar RM7.40 untuk app yang rasmi, sekumpulan app developer dari India membangunkan app ini sebagai alternatif yang percuma kepada anda.

App ini membantu anda melakukan segala-galanya untuk pasukan Fantasy Premier League anda dari telefon pintar. Malah berdasarkan reviu di Play Store, persembahan app ini dikatakan lebih baik daripada app rasmi yang berbayar.

upload 11 upload 12

5. FourFourTwo Stats Zone

Boleh didapati di: iOS dan Android

Jika anda lebih berminat untuk mengetahui kadar peratusan hantaran berjaya yang dilakukan oleh Marco Veratti daripada keputusan perlawanan PSG, app ini adalah untuk anda.

Seperti LiveScore, Forza dan FotMob, app ini juga memberikan maklumat keputusan terkini perlawanan di liga dan kejohanan utama Eropah. Tetapi ia memberikan data statistik yang lebih terperinci.

statszone1 statszone2 statszone3

6. Player Card (Percuma, Google Chrome extension)

Boleh didapati di: Chrome Web Store

Okay. Kami tahu ini bukan app untuk telefon pintar. Ia merupakan plugin tambahan untuk desktop browser anda.

Tetapi kami masukkan Player Card dalam senarai ini kerana ia memudahkan hidup peminat bola sepak dan sangat cool.

Sebaik sahaja anda install Player Card, anda hanya perlu menghalakan pointer mouse anda kepada nama pemain bola sepak dan ia akan memberikan maklumat pemain tersebut daripada Wikipedia.

Ini bermakna, dengan Player Card, anda tak perlu membuat carian manual di Wikipedia untuk mendapatkan info pemain.

Player Card akan highlight setiap nama pemain yang muncul di Google Chrome dan maklumat pemain tersebut akan terpampang sebaik sahaja anda menghalakan pointer mouse kepada nama pemain.

Player Card boleh dimuat turun di sini.

Contoh:

playercard

3a558ed78acf75d64fd8becd2554b7b1

7. Inikan Bola

Berbeza dengan 5 apps (dan 1 browser extension) di atas, Inikan Bola adalah sebuah app yang menggabungkan berita, jadual perlawanan dan kuiz trivia bola sepak dalam satu platform.

Berita terkini

photo_2016-11-11_17-31-04

Jadual perlawanan

photo_2016-11-11_17-31-14

Kuiz trivia

photo_2016-11-11_17-31-11

Apa yang lebih menarik adalah bermula 15 November 2016, app Inikan Bola bakal memperkenalkan kuiz #BolaVaganza. Selain itu anda juga boleh mencuba kuiz Adakah Anda Tahu dan Trivia Inikan Bola.

Kuiz #BolaVaganza bakal menawarkan banyak hadiah-hadiah mingguan dan keseluruhan yang menarik kepada penjawab kuiz trivia yang hebat.

Kami dah cuba soalan kuiz dalam app ini.

photo_2016-11-11_17-31-07

Boleh tahan susah juga soalannya. Tetapi kesusahan inilah yang membuatkan kami sangat ‘ketagih’ dengan app ini! Kalau senang, boringlah!

Anda boleh muat turun app Inikan Bola di sini dan nantikan kuiz #BolaVaganza pda 15 November 2016 ini!

Baca juga:  5 Permainan Bola Sepak Yang Boleh Anda Main Jika Sudah Bosan Dengan PES & FIFA

The post 7 Aplikasi Smartphone Yang Wajib Ada Bagi Peminat Bola Sepak appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA