tevez

Tevez Tewas Ketika Perlawanan Pertamanya Bersama Shanghai Shenhua

Carlos Tevez alami mimpi buruk selepas pasukan baharunya iaitu Shanghai Shenhua dimalukan oleh kelab Australia – Brisbane Roar.

Ia berlaku selepas pasukan Tevez tersebut tumbang dalam aksi play-off AFC Champions League di Shanghai.

Rugi seruginya

Pemain yang merupakan pemain yang tinggi gajinya dibayar di dunia ini mengalami kekalahan memilukan dalam penampilan pertamanya bersama dengan pasukan baharunya itu.

Dalam aksi tersebut, pasukan Tevez yang diuruskan oleh Gus Poyet gagal memanfaatkan kelebihan di laman sendiri selepas tewas 2-0 kepada Brisbane Roar yang merupakan pasukan yang sedang mengalami masa dalam pembayaran gaji pemain.

Brisbane menjaringkan gol pada minit ke-2 selepas Brandon Borrello melakukan rembatan tepat ke arah penjuru bawah pintu gol Shanghai Shenhua.

Gol kedua Brisbane Roar hadir menerusi Tommy Oar selepas beliau melakukan rembatan padu ke pintu gol Shanghai Shenhua pada minit ke-40.

Penyokong Shanghai Shenhua berhak untuk memberikan sorakan boo kepada pasukan mereka selepas tamat perlawanan.

Hal ini kerana seorang lagi pemain import mereka yang merupakan bekas penyerang Newcastle United, Obafemi Martins gagal menyempurnakan segala peluang yang terhidang untuk beliau.

Oscar jaring gol

Satu lagi kelab Shanghai iaitu Shanghai SIPG pula mengalami nasib berbeza.

Pasukan yang diperkuatkan dengan bekas bintang Chelsea iaitu Oscar dan juga bekas bintang Porto Hulk telah berjaya menewaskan lawan mereka di aksi play-off selepas menewaskan Sukhotai dengan jaringan 3-0.

Oscar membuka jaringan menerusi rembatan rendah sebelum Elkesson menjaringkan gol menarik menggunakan backheel untuk menggandakan jaringan.

Shanghai SIPG terus menambah jaringan. Kali ini gol sendiri memberikan gol ketiga kepada mereka.

Baca juga: AC Milan Akhiri 4 Kekalahan Berturut-Turut, Bermain 9 Orang

The post Tevez Tewas Ketika Perlawanan Pertamanya Bersama Shanghai Shenhua appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *